The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PRAKATA PENGETUA MAAHAD TAHFIZ AS-SA'IDIYYAH (MTAS)Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhBersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya MTAS terus komited sebagai sebuah institusi pendidilan agama yang ung

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mtasns2020, 2021-01-08 23:21:19

PRAKATA PENGETUA MAAHAD TAHFIZ AS-SA'IDIYYAH (MTAS)Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhBersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya MTAS terus komited sebagai sebuah institusi pendidilan agama yang ung

PRAKATA PENGETUA MAAHAD TAHFIZ AS-SA'IDIYYAH (MTAS)Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhBersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya MTAS terus komited sebagai sebuah institusi pendidilan agama yang ung

BUKU PANDUAN MURID

&

PERATURAN TATATERTIB

SEKOLAH DAN ASRAMA

MAAHAD TAHFIZ AS-SA'IDIYYAH

TAMAN RASHIDAH UTAMA ,
JALAN PAROI SENAWANG ,
70400 SEREMBAN ,
NEGERI SEMBILAN

Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah

PRAKATA PENGETUA

( )MAAHAD TAHFIZ AS-SA'IDIYYAH MTAS

‫ﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻭﺭﺣﻤﺔ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺑﺮﻛﺎﺗﻪ‬

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya MTAS
terus komited sebagai sebuah institusi pendidikan agama yang unggul
di Negeri Sembilan ini. Ucapan ribuan terima kasih dan jazakumullah
khairan kathira kerana usaha untuk meneruskan dan mengekalkan
buku panduan pelajar dan peraturan tatatertib sejak beberapa tahun
yang lalu masih relevan untuk dijadikan panduan kepada para pelajar,
guru, ibu bapa dan semua warga MTAS . Saya berharap semua pihak
dapat memanfaatkan buku peraturan sekolah dan asrama ini untuk
kecemerlangan peraturan disiplin di sekolah ini.

Disiplin dan pematuhan disiplin memainkan peranan yang penting
dalam sistem persekolahan. Ia adalah kompenan penting yang berkait
rapat dengan tanggungiawab, tatatertib, keadaan dan sebagainya dan
diyakini mampu untuk membina kecemerlangan banyak aspek untuk
institusi MTAS pada masa yang akan datang.

Saya menyeru semua pihak untuk menggunapakai secara
keseluruhannya dan dapat memastikan isi kandungan yang terdapat
dalam buku peraturan ini dilaksanakan dengan secara hikmah dan
musyawarah.

Kita juga hendaklah mengamalkan kebiasaan dengan norma baharu
untuk memastikan usaha mengawal penularan wabak COVID-19 dapat
dibendung dengan sepenuhnya.

Saya doakan semoga MTAS akan terus bersinar serta mengorak
langkah maju ke hadapan dan dapat melahirkan generasi Al-Quran
melalui proses pentarbiahan yang berterusan. Semoga Allah swt
mengganjari dengan sebaik-baik balasan.

‫ﺑﺎﺭﻙ ﺍﻟﻠﻪ ﻓﻴﻜﻢ‬

Sekian, terima kasih.
Wassalam.

NORHAYATI BINTI HJ BAHARUM
17 Oktober 2020


Click to View FlipBook Version