The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mtasns2020, 2021-01-08 23:13:36

BUKU PERATURAN MTAS - 201118-3-40

BUKU PERATURAN MTAS - 201118-3-40

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM MUSLEH

Pendidikan Islam adalah satu proses yang berteraskan tauhid bagi membina insan
Rabbani di dalam sistem yang holistik, bersepadu, seimbang dan dinamik
berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Usaha ini adalah bagi membentuk individu
yang berkemampuan membangunkan kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan negara
ke arah satu peradaban yang sejahtera demi kebahagiaan di dunia dan akhirat

MOTTO
“AL-QURAN SUMBER KEHIDUPAN”

VISI
Menjadi sebuah Maahad Tahfiz yang cemerlang di Negeri Sembilan menjelang tahun
2020

MISI
Memartabatkan Pendidikan Islam bersepadu dengan melaksanakan perkara berikut:
  Meningkatkan potensi pelajar dalam bidang Al-Quran, Akademik dan Sahsiah
  Mewujudkan biah solehah sebagai asas pembinaan sekolah cemerlang

 Menjadikan sekolah yang menyumbangkan ke arah pembinaan masyarakat
Madani

OBJEKTIF MAAHAD TAHFIZ AS-SA’IDIYYAH
1 Membentuk Generasi Hafiz Al-Quran berlatar Sahsiah Rabbani
2 Membina Tasawwur Islam yang jelas
3 Menguasai ilmu asas Islam
4 Menyediakan asas Model Kepimpinan Pakar dan Kontemporari
5 Menguasai Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin (Bahasa
Antarabangsa)
6 Membina pelajar berdikari, memiliki kemahiran insaniah dan kemahiran
berfikir yang tinggi

10 BUDAYA AS-SA’IDIYYAH
1 Mencintai Al-Quran
2 Kasih Ilmu
3 Solat Awal WAktu & Berjamaah (SAWAB)
4 Tepat waktu
5 Benar
6 Sebar salam
7 Bersih
8 Suka sedekah
9 Tutup aurat
10 Saintifik

-3-

LIRIK LAGU SEKOLAH

Bertemu kerana Allah
Berpisah kerana Allah
Berjihad kerana Allah
Itulah kami As-Sa’idiyyah
Al-Quran jadi pegangan
Dipelihara dan dipertahankan
Itulah yang kami cintakan As–
Sa’idiyyah Hamalatul Qur’an
Rasulullah jadi tauladan
Sunnahmu menjadi ikutan
Usahamu kan kami teruskan
As–Sa’idiyyah jadi sandaran
Ulang 2x

-4-

TAKRIFAN

Asrama : MTAS

Sekolah : Kediaman dan tempat tinggal pelajar MTAS

Peraturan Sekolah : Peraturan sekolah dan asrama MTAS

Kawasan Sekolah : Keseluruhan kawasan yang terdapat dalam kawasan

berpagar MTAS termasuk asrama pelajar

perempuan di luar

Pengetua : Ketua pentadbiran sekolah dan mereka yang diberi

kuasa untuk mewakilinya

GPK : Guru Penolong Kanan

Pelajar : Pelajar yang berdaftar pada tahun semasa

Warga Sekolah : Semua guru, pekerja dan pelajar MTAS

Ibu/Bapa/Penjaga : Ibu, bapa atau penjaga pelajar yang sah termasuk

wakil yang diperakukan secara sah

KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia

-5-

1. PENDAHULUAN
1.1 Peraturan ini dinamakan PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA MTAS
1.2 Pengetua berhak dan berkuasa memansuhkan, meminda, menambah atau
memasukkan peraturan baru sebagai PERATURAN SEKOLAH DAN
ASRAMA MTAS
1.3 Peraturan yang terkandung di dalam buku PERATURAN SEKOLAH DAN
ASRAMA MTAS ini dikuatkuasakan kepada setiap pelajar dan mereka
yang disebut secara bersama dalamnya
1.4 Pelajar yang didapati melanggar PERATURAN SEKOLAH boleh dikenakan
tindakan disiplin dan dihukum mengikut Garis Panduan Tindakan Disiplin
dan Salah Laku
1.5 Peraturan ini dikuatkuasakan bermula 01 Januari 2019

2. PERATURAN AM
2.1 Setiap Pelajar hendaklah mematuhi setiap peraturan yang terkandung di dalam
Peraturan Sekolah ini dan juga mana-mana peraturan yang dikeluarkan
oleh Sekolah dari masa ke semasa
2.2 Setiap Pelajar hendaklah mematuhi setiap peraturan yang berkaitan dengan
Sekolah, yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan
mana-mana pihak berwajib dalam Negara
2.3 Pengetua dan semua guru, mengikut bidang tugas masing-masing diberi kuasa
untuk menguatkuasakan Peraturan Sekolah
2.4 Melaporkan perbuatan yang melanggar Peraturan Sekolah:
2.4.1 Menjadi tanggungjawab kepada semua Pelajar melaporkan perbuatan yang
dilakukan oleh pelajar-pelajar yang didapati bertentangan dengan Peraturan
Sekolah
2.4.2 Laporan boleh dibuat kepada Pengetua, GPK, Guru Disiplin, Guru Bertugas,
Warden dan Guru secara bertulis ataupun lisan

3. PERATURAN KHAS
Selain daripada peraturan yang dinyatakan dalam buku ini, Pelajar juga
diwajibkan untuk mematuhi semua peraturan yang dikeluarkan oleh pihak
Sekolah untuk perkara yang dinyatakan di bawah:
3.1 Makmal Sains
3.2 Bengkel KHB/RBT
3.3 Perpustakaan /PSS
3.4 Cafe / Dewan Makan
3.5 Bilik Komputer
3.6 Bilik Mesyuarat
3.7 Koperasi
3.8 Surau
3.9 Asrama
3.10 Pejabat

-6-

3.11 Bilik Guru

3.12 Gelanggang-Gelanggang Permainan
3.13 Baitul Qur’an
3.14 Peraturan Peperiksaan
3.15 Lain-lain peraturan khusus yang dikeluarkan oleh Sekolah

4. TANGGUNGJAWAB SEORANG PELAJAR

4.1 Tanggungjawab Pelajar terhadap diri sendiri
4.1.1 Menjaga kebersihan diri, termasuklah kebersihan fizikal, mental dan
rohani
4.1.2 Bersopan, jujur dan amanah
4.1.3 Menghargai masa dan menepati masa
4.1.4 Berjimat cermat
4.1.5 Bersifat sederhana dan tidak sombong
4.1.6 Sabar dan bertolak ansur
4.1.7 Menghormati hak asasi orang lain
4.1.8 Berani dan cekal hati
4.1.9 Bersikap dedikasi
4.1.10 Bersikap berdikari
4.1.11 Bersifat rajin dan berusaha
4.1.12 Berjuang mencapai kecemerlangan dalam semua bidang
4.1.13 Bekerjasama dalam semua hal kebajikan
4.1.14 Menyuruh kepada makruf dan mencegah yang mungkar

4.2 Tanggungjawab Pelajar terhadap agama
4.2.1 Taat kepada Perintah Allah
4.2.2 Mempertahankan kesucian Agama
4.2.3 Mendalami, mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan harian
4.2.4 Menuntut ilmu sebagai memenuhi tuntutan Agama
4.2.5 Menyebarluaskan nilai-nilai keagamaan dalam kalangan masyarakat

4.3 Tanggungjawab Pelajar terhadap keluarga
4.3.1 Menghormati orang-orang tua dan Ibu bapa
4.3.2 Memupuk hubungan yang baik sesama ahli keluarga
4.3.3 Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadi seorang yang
berpendidikan dan bermoral tinggi
4.3.4 Menjaga nama baik keluarga
4.3.5 Menghormati sahabat/ kenalan keluarga

4.4 Tanggungjawab Pelajar terhadap masyarakat
4.4.1 Tolong menolong dan bekerjasama
4.4.2 Menghormati orang-orang yang lebih tua
4.4.3 Suka bertolak ansur
4.4.4 Menghormati Agama, pantang larang dan adat resam suku bangsa lain
4.4.5 Bersifat toleran
4.4.6 Rasa bersefahaman dan sabra

-7-

4.4.7 Melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat/ kebajikan

4.4.8 Bersifat kasihan terhadap sesama manusia dan haiwan serta alam Sekitar
4.4.9 Memelihara kerukunan hidup berjiran
4.4.10 Mempertahankan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia daripada

pencemaran budaya
4.5 Tanggungjawab Pelajar terhadap MAAHAD TAHFIZ AS-SA’IDIYYAH

4.5.1 Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan Sekolah
4.5.2 Menghormati guru-guru dan kakitangan dan semua Warga Sekolah
4.5.3 Mengikuti Wasilah Tarbiyah yang dijalankan oleh Sekolah dengan

penuh penghayatan dan mengaplikasikan dalam kehidupan
sepanjang hayat
4.5.4 Belajar bersungguh-sungguh
4.5.5 Menaikkan imej Sekolah dalam semua bidang
4.5.6 Memupuk dan menghayati nilai-nilai moral yang tinggi
4.5.7 Menceburi aktiviti-aktiviti yang disediakan Sekolah
4.5.8 Mengguna dan menghargai kemudahan yang disediakan oleh Sekolah
dengan baik
4.6 Tanggungjawab Pelajar terhadap Negara
4.6.1 Mencintai Negara dan bersedia untuk berkhidmat dan
mempertahankan Negara
4.6.2 Mematuhi Undang-Undang Negara
4.6.3 Mengamalkan prinsip Rukun Negara
4.6.4 Menjaga kemudahan-kemudahan awam
4.6.5 Menjaga dan menunaikan imej Negara
4.6.6 Memelihara perpaduan dan kerukunan hidup rakyat Malaysia
4.6.7 Memelihara dan mempertahankan keindahan semulajadi Negara

5. TATATERTIB

5.1 Objektif utama Sekolah adalah menyampaikan pendidikan yang menyeluruh
dengan tujuan untuk membina perwatakan yang baik disamping
kecemerlangan akademik. Semasa di Sekolah para Pelajar seharusnya
menjalani perkembangan pendidikan rohani, fizikal, mental dan emosi.
Bagi mencapai matlamat tersebut adalah menjadi tanggungjawab setiap
Pelajar menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran serta kerja-kerja
yang diarahkan oleh guru. Pelajar juga dikehendaki menghadiri setiap kelas
yang diadakan oleh Pihak Sekolah serta bertanggungjawab secara aktif
dalam kegiatan kokurikulum

5.2 Hormat menhormati dan berbudi bahasa merupakan amalan murni yang
dituntut oleh agama dan masyarakat. Setiap Pelajar diharapkan tahu serta
pandai menghormati antara satu sama lain, menghormati Warga Sekolah,
kejiranan dan tetamu adalah keutamaan. Amalan hormat-menghormati
yang diharapkan daripada Pelajar antaranya adalah:
5.2.1 Memberi salam

-8-

5.2.2 Bersikap hormat, bersopan santun dan berbudi bahasa

5.2.3 Memohon kebenaran
5.2.4 Menghulurkan bantuan dan pertolongan yang ikhlas dan jujur
5.2.5 Memupuk persahabatan dan kasih sayang
5.3 Kebersihan menjamin kesihatan fizikal dan mental. Menjaga kebersihan
merupakan amalan hidup mulia. Sehubungan dengan itu Pelajar hendaklah
sentiasa menjaga kebersihan diri, kawasan persekitaran dengan cara:
5.3.1 Anggota badan bersih dan berpakaian kemas sesuai dengan Peraturan

Sekolah
5.3.2 Rambut: (rujuk lampiran A)

a. Hendaklah pendek dan rapi
b. Bahagian depan tidak menutupi garis tengah dahi
c. Bahagian belakang mestilah tidak mencecah kolar ketika berdiri
d. Bahagian tepi tidak menutupi telinga dan ‘sideburn’ tidak

melebihi setengah daripada telinga
e. Bahagian atas tidak melebihi 5cm panjang, tidak berfesyen dan

berwarna
5.3.3 Pelajar tidak dibenarkan menyimpan jambang, misai dan janggut
5.3.4 Kuku jari sentiasa dalam keadaan bersih, tidak berwarna dan

dipotong pendek
5.3.5 Tidak meludah dimerata tempat
5.3.6 Mengutip sampah apabila terlihat dan membuang sampah ke dalam

tong sampah
5.4 Solat fardhu wajib dilaksanakan secara berjamaah di surau pada setiap awal

waktu solat dan mengikut aturan semasa sekolah
5.5 Waktu Sampai Sekolah

5.5.1 Semua Pelajar dikehendaki sampai ke Sekolah selewat-lewatnya pukul
7.15 pagi

5.5.2 Pelajar dikehendaki berbaris di tapak perhimpunan setiap hari pada
pukul 7.20 pagi

5.5.3 Pelajar yang datang lewat hendaklah memberitahu sebab-sebab
kelewatannya kepada guru bertugas/ guru disiplin/ pengawas

5.5.4 Kelewatan tanpa sebarang alasan atau dengan alasan yang tidak
munasabah akan dikenakan tindakan disiplin sekiranya perkara
tersebut berulang secara berturut-turut atau berlakunya kekerapan

5.5.5 Pelajar tidak dibenarkan keluar dari Kawasan Sekolah semasa waktu
persekolahan. Mereka yang hendak keluar dari Kawasan Sekolah
hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua

5.6 Tidak Hadir Ke Sekolah
5.6.1 Pelajar yang tidak hadir ke Sekolah hendaklah mengemukakan surat
akuan doktor atau surat Penjaganya kepada guru kelas
5.6.2 Adalah menjadi kesalahan untuk Pelajar tidak hadir ke Sekolah tanpa
alasan yang dibenarkan

-9-

5.6.3 Pelajar yang tidak hadir ke Sekolah tanpa sebab akan dikenakan
tindakan mengikut peraturan yang dikeluarkan oleh KPM

5.7 Tatatertib Dalam Kelas Akademik/Al-Quran:
5.7.1 Semua Pelajar hendaklah bangun ketika guru, Pengetua atau pelawat
masuk dan keluar kelas, memberi/ membalas salam dan membaca
doa belajar sebelum memulakan pelajaran dengan sopan dan teratur
diketuai oleh ketua kelas. Mengucapkan terima kasih sewaktu
mereka meninggalkan kelas
5.7.2 Apabila bergerak ke makmal/ bengkel/ bilik guru/perpustakaan/
padang, Pelajar hendaklah berbaris dan bergerak secara terkawal
5.7.3 Tidak dibenarkan masuk ke makmal/bengkel/bilik guru/perpustakaan/
tempat pengajian sebelum mendapat kebenaran guru
5.7.4 Pelajar mestilah mendapatkan kebenaran guru untuk keluar kelas
5.7.5 Pelajar juga mestilah memakai kad kebenaran keluar dari kelas
5.7.6 Semua kerja rumah dan latihan yang diberi oleh guru hendaklah
disiapkan tepat pada masanya
5.7.7 Kelas hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan
ce-ria
5.7.8 Sekiranya berlaku kelewatan guru memasuki kelas, ketua kelas
hendaklah mengingatkan guru berkenaan/ memastikan guru yang
menggantikan masa tersebut masuk ke kelas
5.7.9 Ketua kelas bertanggungjawab untuk mengawal kelas semasa
ketiadaan guru di dalam kelas
5.7.10 Meja dan kerusi hendaklah tersusun . Pintu, suis lampu dan kipas
hendaklah ditutup sebelum meninggalkan kelas
5.7.11 Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar/ masuk sebarang peralatan
dari kelas seperti kerusi, meja dan lain-lain tanpa kebenaran guru
5.7.12 Pelajar dilarang sama sekali melakukan perkara-perkara berikut:
a. Menconteng dinding, meja, kerusi dan semua peralatan di
dalam dan luar kelas
b. Membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman Warga
Sekolah
c. Memapar/menampal gambar-gambar artis, ahli sukan dan apa
jua yang tidak sesuai

5.8 Tatatertib Di Dewan Makan/ Kantin:
5.8.1 Pelajar mestilah dalam keadaan bersih ketika berada di Dewan
Makan/ Kantin
5.8.2 Pelajar hanya dibenarkan berada dikantin pada waktu yang
dibenarkan sahaja
5.8.3 Pelajar mestilah membeli/ mengambil makanan/ minuman secara
tertib dan tidak berebut
5.8.4 Berpakaian bersih dan kemas, beratur, duduk dengan sopan, tidak
membuat bising dan tepat pada masa yang ditetapkan

- 10 -

5.8.5 Pelajar dikehendaki mengambil tempat yang disediakan serta
mengamalkan etika makan mengikut sunnah Nabawi

5.8.6 Pelajar tidak dibenarkan menggunakan meja makan guru tanpa
kebenaran

5.8.7 Pelajar dikehendaki membasuh sendiri bekas pinggan, mangkuk,
sudu, garfu dan cawan setelah habis makan dan meletakkan kembali
ke tempat letak yang disediakan

5.8.8 Pelajar dilarang menyimpan mahu pun membawa keluar bekas
makanan/minuman dari dewan makan/kantin

5.8.9 Plastik pembungkus makanan dan sampah hendaklah dibuang ke
dalam tong sampah yang telah disediakan

5.8.10 Pelajar dilarang meninggalkan bekas makanan/minuman atau
sampah di atas meja, kerusi atau kawasan kantin

5.8.11 Memulakan makan dengan bacaan Bismillah dan menyudahkan
makan dengan bacaan Alhamdulillah

5.8.12 Bagi Pelajar Asrama, Pelajar yang memerlukan makanan lebih awal/
lewat sebab berpuasa atau pulang dari aktiviti rombongan,
hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak Sekolah

5.8.13 Pelajar Harian tidak dibenarkan mengambil makanan Pelajar Asrama
5.9 Kegiatan Kokurikulum

5.9.1 Yang dimaksudkan dengan kegiatan kokurikulum adalah gerakerja
yang dijalankan oleh Sekolah di dalam/luar masa belajar seperti:
a. Kegiatan sukan
b. Kegiatan kelab/persatuan
c. Kegiatan pasukan pakaian seragam
d. Kegiatan keagamaan

5.9.2 Para Pelajar diwajibkan mendaftar untuk KRSM dan dalam satu
daripada kelab/Persatuan dan Sukan/ Permainan

5.9.3 Pelajar yang telah mendaftarkan diri untuk mana-mana aktiviti wajib
hadir untuk setiap kegiatan yang dijalankan

5.9.4 Sekiranya terdapat Pelajar yang tidak hadir m a n a - mana kegiatan
kokurikulum yang dia telah mendaftar sebagai ahli akan dikenakan
tindakan disiplin

5.9.5 Untuk kegiatan KRSM, Pelajar diwajibkan memiliki pakaian seragam
yang sesuai

5.10 Kegiatan Program Tarbiyah
Semua Pelajar diwajibkan mengikuti program-program Tarbiyah yang
disusun oleh pihak Sekolah
5.10.1 Semua Pelajar diwajibkan mengikuti Wasilah Tarbiyah yang
dianjurkan oleh pihak Sekolah iaitu:
a. Usrah
b. Daurah
c. Rehlah/Riadah

- 11 -

d. MABIT

e. Mukhayyam/Perkhemahan
f. Ceramah Khas
g. Serta program-program yang dimaklumkan oleh Pengurus
Tarbiyah dari masa ke semasa
5.10.2 Mutabaah Amal yang diarahkan oleh Murabbi/Naqib hendaklah
dilaksanakan dengan sempurna
5.11 Tandas/Bilik Air
5.11.1 Setiap Pelajar adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan tandas.
5.11.2 Pelajar lelaki dilarang memasuki tandas perempuan, dan sebaliknya.
5.11.3 Pelajar dilarang memasuki tandas guru/kakitangan Sekolah.
5.11.4 Jangan membuat bising di dalam tandas
5.11.5 Jangan membuang sampah ke dalam mangkuk tandas.
5.11.6 Jangan melukis/menconteng/mengotor dinding/pintu dan siling tandas
5.11.7 Semua paip air hendaklah ditutup selepas digunakan. Gunakan air
dengan cermat dan tidak membazir
5.12 Kawasan Larangan
5.12.1 Kawasan yang dilarang kepada Pelajar untuk dimasuki dan berada
disekitarnya ialah:
a. Pejabat Sekolah, Bilik Pengetua, bilik-bilik Guru Penolong

Kanan & Bilik Guru
b. Kawasan Dapur dan Kantin Sekolah
c. Bilik Sakit Pelajar
d. Stor Sekolah
e. Bilik-bilik Elektrik
f. Bilik Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
g. Bilik Gerakan Warden.
h. Kawasan Asrama banat adalah kawasan larangan untuk banin

dan sebaliknya
i. Kawasan lain yang diwartakan oleh sekolah
5.13 Peralatan/Barang Yang Tidak Dibenarkan Bawa Ke Sekolah/Asrama
5.13.1 Pelajar dilarang sama sekali untuk membawa/memiliki/ mengedar/
menyimpan barang yang disenarai sebagai barang larangan ke dalam
Sekolah/Asrama. Barang larangan tersebut ialah:
a. Segala senjata tajam dan berbahaya
b. Peralatan eletrik dan seumpama dengannya
c. Pemetik api atau peralatan yang boleh menghidupkan api
d. Dapur masak/cerek elektrik dan seumpama dengannya
e. Barang kemas/ perhiasan diri/minyak wangi
f. Cermin mata gelap/kanta lekap yang berfesyen
g. Komputer/laptop/tab dan seumpamanya
h. Telefon bimbit, ‘smart watch’ dan sebarang alat komunikasi
i. Kamera, Mp3, Mp4,Walkman, Radio, Game dan seumpamanya

- 12 -

j. Alat-alat permainan yang berunsur perjudian

k. Bahan bacaan yang tidak berilmiah seperti novel cinta, artis,
lucah, mistik,politik

l. Anak patung
m. Mi segera, makanan ringan, air berkarbonat dan gula-gula getah
n. Seluar jeans, baju tidak berlengan, pakaian ketat dan jarang
o. Sebarang bahan letupan
p. Peralatan bina badan
q. Bahan-bahan yang berunsur syirik/khurafat

5.14.1 Pelajar yang sakit hendaklah memaklumkan kepada warden/guru

bertugas.

5.14.2 Pelajar yang mendapat kebenaran boleh berehat di bilik sakit.

5.14.3 Pelajar yang memerlukan rawatan doktor atau diberikan kebenaran

untuk ke hospital akan dihantar dengan van apabila diperlukan

5.14.4 Pelajar yang sakit kronik, demam yang kuat dan penyakit berjangkit,

dibenarkan balik ke rumah/ kampung dengan kebenaran Pengetua/

GPK selepas mendapatkan rawatan dari hospital/klinik.

5.14.5 Selepas mendapat kebenaran, Pelajar dikehendaki mencatat nama

dan butir-butir yang diperlukan pada Surat Rawatan di pejabat

Sekolah dan diserahkan kepada pihak Klinik/Hospital

5.14.6 Waktu penghantaran pelajar ke Klinik/ Hospital 8.30 pagi dan 3.30

petang

5.15 Yuran Sekolah dan Harta Benda Sekolah

5.15.1 Setiap Pelajar wajib menjelaskan yuran yang telah ditetapkan oleh

Sekolah dalam tempoh yang ditetapkan. Pelajar yang gagal

melangsaikan yuran boleh ditahan daripada mengambil ujian/

peperiksaan dan keputusan peperiksaan

5.15.2 Harta benda Sekolah ialah segala benda kepunyaan Sekolah. Jika

sesuatu harta benda dirosakkan, Pelajar yang terlibat boleh dikenakan

hukuman setimpal/membayar gantirugi

5.15.3 Buku-Buku Teks Dan Buku-Buku Latihan

Pelajar bertanggungjawab untuk menyimpan dan menjaga buku teks

yang dibekalkan dengan baik mengikut peraturan yang ditetapkan

oleh unit SPBT.Kegagalan boleh menyebabkan pelajar boleh

dikenakan tindakan termasuk bayaran gantirugi

6. PERATURAN ASRAMA
6.1 Bilik-bilik Asrama

6.1.1 Katil hendaklah disusun kemas dan teratur mengikut plan
6.1.2 Cadar seragam dan sarung bantal hendaklah dipasang kemas sepanjang

masa dan sentiasa bersih.
6.1.3 Setiap Pelajar mestilah menggunakan kelengkapan yang disediakan sama

- 13 -

ada katil, tilam, bantal dan almari serta bertanggungjawab penuh terhadap
sebarang kerosakan yang berlaku
6.1.4 Sebarang gambar di almari yang tidak menggambarkan keperibadian
seorang yang soleh adalah dilarang sama sekali
6.1.5 Semua kelangkapan peribadi yang berada di dalam almari hendaklah kemas
dan tersusun
6.1.6 Pakaian kotor tidak dibenarkan simpan di dalam almari
6.1.7 Kebersihan persekitaran almari dan katil Pelajar adalah menjadi
tanggungjawab Pelajar sepanjang masa
6.1.8 Pintu Asrama hendaklah ditutup kemas (kunci) semasa ketiadaan Pelajar di
Asrama
6.1.9 Pelajar hendaklah tidur di atas katil sendiri yang telah disediakan dan tidak
dibenarkan tidur di atas katil penghuni lain.
6.1.10 Pelajar tidak dibenarkan berkongsi tilam, cadar, pakaian dan tuala kerana
dikhuatiri tersebarnya penyakit
6.1.11 Kasut dan selipar hendaklah disusun dengan teratur serta kemas di rak
kasut yang disediakan
6.1.12 Semua pakaian, tuala, kasut tidak dibenarkan jemur di dalam bilik, katil,
tingkap maupun koridor Asrama
6.1.13 Setiap Pelajar adalah diwajibkan mengambil bahagian dalam gotong-
royong ataupun dalam jadual membersihkan Asrama
6.1.14 Semua kelengkapan kebersihan yang disediakan pihak Sekolah mahupun
kelengkapan peribadi hendaklah disimpan dengan kemas dan teratur di
tempat yang telah disediakan
6.1.15 Dilarang menerima ataupun membawa tetamu seperti Ibubapa, saudara-
mara, sahabat handai walaupun lepasan sekolah pada bila-bila masa ke
kelas maupun Asrama tanpa kebenaran daripada Pengetua.
6.1.16 Pelajar harian dilarang sama sekali untuk memasuki atau menginap di
Asrama Sekolah tanpa kebenaran Pengetua.
6.1.17 Pelajar dilarang berkumpul dan membuat bising di dalam bilik Asrama
6.1.18 Pelajar dilarang membawa perabot lain ke bilik Asrama
6.1.19 Pelajar dilarang menukang, menebuk, menampal di dinding bilik Asrama
6.1.20 Pelajar dilarang menggunakan sebarang peralatan eletrik di dalam bilik Asrama
6.1.21 Pelajar tidak dibenarkan mengubah kedudukan katil, almari atau lain
barang dan alatan asrama
6.1.22 Pelajar dikehendaki berada ditempat tidur selewat-lewatnya pada pukul
11.30 malam dalam keadaan lampu sudah dimatikan
Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam bilik Asrama pada waktu berikut:
a. Waktu rasmi kelas akademik
b. Waktu aktiviti rasmi kokurikulum
c. Waktu solat fardhu dan kelas Al-Quran
d. Waktu-waktu tertentu yang dimaklumkan oleh pihak Sekolah dari

masa ke semasa

- 14 -

6.2 Pemeriksaan Asrama
6.2.1 Pemeriksaan Asrama akan diadakan secara rutin pada setiap pagi Ahad
6.2.2 Asrama akan diperiksa oleh GPK HEP, Guru Displin, Warden
ataupun mana-mana individu yang telah dipertanggungjawabkan
6.2.3 Pengetua dan GPK akan mengetuai pemeriksaan Asrama pada bila-
bila masa yang dirasakan perlu
6.2.4 Kehadiran Pelajar pada waktu pemeriksaan Asrama adalah wajib
dengan berpakaian sopan dan menutup aurat
6.2.5 Pada waktu pemeriksaan Asrama dijalankan, semua Pelajar
dikehendaki:
a. Berdiri di tepi katil masing-masing
b. Membuka pintu almari untuk tujuan

pemeriksaan 6.3 Bilik Mandi Dan Tandas
6.3.1 Elakkan diri daripada menggunakan bilik mandi dan tandas yang tidak
dikhaskan kepada Pelajar
6.3.2 Pastikan paip air ditutup dengan sempurna selepas digunakan
6.3.3 Kebersihan bilik mandi dan tandas adalah tanggungjawab Pelajar
dengan kerjasama petugas yang telah dikhaskan
6.3.4 Hanya bahan larut air sahaja yang dibenarkan untuk digunakan di
dalam tandas dikhuatiri terjatuh ke dalam lubang tandas dan boleh
mengakibatkan tandas tersumbat
6.3.5 Dilarang membuang sebarang objek seperti tuala wanita, pakaian
dalam dan lain-lain barang didalam tandas
6.3.6 Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan pakaian, baldi atau barang
mandian peribadi di merata-rata tempat
6.3.7 Lampu bilik mandi dan tandas hendaklah dipadam semasa ketiadaan
Pelajar
6.3.8 Gotong-royong membersihkan bilik mandi dan tandas adalah
tanggungjawab Pelajar mengikut jadual yang telah ditetapkan

6.4 Peraturan Keluar Dan Masuk Kawasan Sekolah
Keluar dari Kawasan Sekolah untuk sebarang tujuan seperti ke bandar, balik
bermalam dan lawatan rasmi adalah tertakluk kepada peraturan berikut:
6.4.1 Keluar Ke Bandar
a. Keluar ke bandar hanya dibenarkan pada hari Sabtu dan Ahad
sahaja mengikut minggu dan waktu yang telah ditetapkan oleh
pihak Sekolah iaitu :

b. Kebenaran untuk keluar perlu kelulusan GPKHEP/Ketua
Warden/ Warden

c. Pelajar hanya dibenarkan keluar dengan syarat tasmik hafazan
minima 3-4 m/s seminggu

- 15 -

6.5 Balik Bermalam

6.5.1 Balik bermalam bersama keluarga hanya dibenarkan pada hari dan
waktu yang ditetapkan oleh pihak Sekolah

6.5.2 Pelajar boleh balik selepas tamat waktu akademik rasmi dan perlu
kembali ke asrama sebelum pukul 6.00 petang pada hari yang ditetapkan 6.5.3
Untuk balik bermalam selain daripada tarikh yang dibenarkan, ibu/bapa/
penjaga perlu menghantar permohonan melalui surat/emel dan perlu

mendapat kelulusan Pengetua
6.5.4 Kebenaran balik bermalam hanya di rumah Ibubapa/Penjaga sendiri

sahaja
6.6 Peraturan Pulang Bermalam Keluar/Masuk Asrama

6.6.1 Setiap Pelajar akan memiliki sekeping Kad Pengesahan Keluar
Bermalam, dan Buku Kebenaran Keluar Asrama

6.6.2 Kad Pengesahan Keluar Bermalam perlu terlebih dahulu mendapat
tandatangan Ketua Warden sebelum pulang bermalam.Manakala
Ibubapa/ Penjaga perlu menandatangan setibanya Pelajar sampai ke
rumah.Apabila kembali ke Sekolah, Pelajar perlu mendapatkan
tandatangan pengawal sebagai pengesahan tiba ke Sekolah.

6.6.3 Buku Kebenaran Keluar Asrama perlu ditandatangan oleh Ketua
War-den dan diletakkan di pondok pengawal

6.6.4 Pelajar dibenarkan balik kampung/ bermalam di rumah sekali dalam
sebulan (rujuk takwim sekolah)

6.6.5 Pelajar tidak dibenarkan keluar dengan mengikut kenderaan kawan,
hanya dibenarkan outing menaiki kenderaan awam yang sah atau
kenderaan ibu bapa/ waris pelajar.

6.6.6 Pelajar tidak digalakkan outing bersendirian, adalah disarankan pelajar
outing berkumpulan melebih 3 orang dan menggunakan pakaian rasmi
keluar masuk (Outing) seperti baju batik atau baju outing

6.6.7 Kad Pengesahan Pulang bermalam dan Buku Keluar Asrama
hendaklah disimpan dengan baik dan selamat

6.6.8 Sebarang kehilangan salah satu boleh didenda dengan bayaran
sebanyak RM 5.00

6.7 Perkhidmatan Mesin Basuh Dan Tatacara Penggunaan
Pelajar diberi kemudahan perkhidmatan mesin basuh bagi memudahkan
urusan membersihkan pakaian.Oleh itu penggunaan mesin basuh perlulah
cermat dan menjadi suatu kewajiban menjaganya bersama dengan baik.
Pelajar hendaklah melaporkan kepada warden sekiranya berlaku kerosakan.
Tatacara penggunaan mesin basuh:
6.7.1 Memastikan tiada benda selain pakaian dimasukkan sebelum
membasuh seperti syiling, penyepit baju, pen dan lain-lain
6.7.2 Tidak memasukkan pakaian yang berlumpur atau bertanah ke dalam
mesin

- 16 -

6.7.3 Jangan masukkan pakaian sehingga penuh atau melebihi had muatan

yang sepatutnya

6.7.4 Matikan suis plug mesin masuh selepas digunakan

6.7.5 Pelajar dinasihatkan supaya berkongsi mesin basuh dengan Pelajar

lain yang boleh dipercayai sekiranya pakaian hanya sedikit untuk

dibasuh bagi memudahkan pengguna lain

6.7.6 Pelajar dilarang membiar lama pakaian didalam mesin basuh selepas

habis dicuci

6.7.7 Pelajar dilarang membasuh pakaian sewaktu hari persekolahan, prep,

kelas Al-Quran malam, waktu tengah malam atau sewaktu aktiviti

Sekolah sedang berjalan

6.8 Peraturan Waktu Malam

6.8.1 Pelajar dikehendaki berada di surau pada jam 7.00 ptg dengan pakaian

bersih dan telah mandi

6.8.2 Waktu kelas Al-Quran malam ialah selepas habis menunaikan solat

6.8.3 fardhu maghrib berjamaah di surau sehingga jam 9.00 malam
Waktu kelas persediaan malam (prep) ialah dari jam 9.00 malam – 10.30

malam. Pada waktu ini Pelajar wajib berada di kelas-kelas yang telah

diperuntukkan.

6.8.4 Pelajar mestilah mematuhi segala peraturan semasa Prep/ kelas Al-

Quran malam

6.8.5 Keluar kelas semasa kelas Al-Quran/Prep hanya diberikan setelah

mendapat kebenaran daripada warden bertugas/guru Al-Quran malam/

ketua kelas

6.8.6 Segala perhimpunan/perjumpaan malam yang dilakukan oleh MPP atau

mana-mana Pelajar adalah dilarang sama sekali kecuali pada hari jumaat

malam sabtu selepas bacaan Al-Mulk atau dengan kebenaran Warden

6.9.1 Kewajipan:

a. Semua Pelajar mestilah solat berjemaah dan berada di surau 5 minit

sebelum azan.

b. Memelihara semua adab sebelum, semasa dan selepas solat

disamping menjaga adab dan akhlak di dalam rumah ibadah.

c. Berpakaian teratur dan kemas seperti:

Bagi lelaki;

i. Baju Melayu

ii. Jubah

iii. Kopiah/ songkok atau seumpamanya

Bagi perempuan;

i. Pakaian sembahyang yang disyariatkan untuk perempuan

ii. Berjubah

6.9.2 Mengikuti program yang ditetapkan seperti kuliah dan tazkirah

selepas solat

- 17 -

6.9.3 Pastikan selipar disusun teratur dan baik di tempat rak selipar yang
disediakan

6.9.4 Memastikan juga kebersihan, kesucian dan keindahan surau
6.9.5 Pastikan beratur semasa hendak keluar dari surau
6.9.6 Sejadah , kitab-kitab atau Al-Quran hendaklah disusun dengan kemas

dan teratur selepas digunakan
6.9.7 Pelajar dilarang untuk tidur di surau dan meludah dari tingkap
6.9.8 Pelajar dilarang memakai pakaian yang tidak sesuai dan tidak sopan
6.9.9 Membawa makanan atau minuman/ makan atau minum didalam

surau adalah dilarang
6.10 Jadual Waktu Harian Pelajar Asrama

6.10.1 Hari Persekolahan (Isnin hingga Khamis)

- 18 -

- 19 -

- 20 -

- 21 -

7. TATACARA BERPAKAIAN (Rujuk lampiran B)

7.1 Peraturan Umum

7.1.1 Pelajar hanya dibenarkan memakai kemeja biasa (pendek/ panjang)

dan kemeja-T, berkolar dan berwarna (tanpa tulisan dan gambar)

pada waktu senggang/ semasa aktiviti bebas

7.1.2 Pelajar tidak dibenarkan berseluar pendek dan berbaju tidak

berlengan (dalam keadaan terdedah) pada segenap aspek serta

keadaan

7.1.3 Pelajar dilarang sama sekali dengan hanya bertuala ketika menuju

maupun balik dari bilik air ataupun tandas

7.1.4 Pelajar hanya dibenarkan memakai tali pinggang yang berwarna

hitam/ coklat berkepala biasa serta lebar tidak melebihi 3

sentimeter (3 cm)

7.1.5 Sebarang jenis pakaian (baju/ seluar) jeans, berbentuk jeans, pakaian

nipis, ketat ataupun sejenis dengannya yang tidak melambangkan

syakhsiah sebagai pelajar Islam, tidak dibenarkan pakai, simpan

atau dibawa masuk ke Kawasan Sekolah

7.1.6 Pelajar lelaki tidak dibenarkan berpakaian yang menyerupai

perempuan dan sebaliknya

7.1.7 Pelajar tidak digalakkan membawa pakaian melebihi keperluan

disebabkan oleh ruang penyimpanan yang terhad dan bagi

mengelakkan pakaian tidak diurus dengan baik

7.2 Pakaian Seragam

7.2.1 Semua Pelajar tertakluk kepada pemakaian seragam Sekolah pada

waktu pembelajaran, peraturan adalah seperti berikut:

a. Lelaki

i. Isnin Baju lengan panjang berwarna hijau muda, seluar hitam, songkok

Khamis: hitam, Kad Matrik, stoking hitam serta kasut kulit/ PVC
berwarna hitam

ii. Rabu: Pakaian KRS
Minggu 1 & 3 – Uniform KRS lengkap
Minggu 2 & 4 – T-Shirt KRS lengkap

iii. Jumaat: Jubah (gamis) putih, berkolar butang (tidak berzip mahupun
boleh menutup kepala), Kad Matrik, seluar hitam, kopiah

putih, stoking hitam serta kasut kulit/ PVC berwarna hitam

b. Perempuan

i. Isnin Baju lengan panjang berwarna hijau muda dan labuh paras
Khamis: lutut, kain hitam, ‘handsock’, tudung hijau muda labuh paras
pinggang, Kad Matrik, stoking hitam serta kasut kulit/ PVC

berwarna hitam

ii. Rabu: Pakaian KRS
Minggu 1 & 3 – Uniform KRS lengkap
Minggu 2 & 4 – T-Shirt KRS lengkap

iii. Jumaat: Jubah lengan panjang berwarna biru tua, kain/seluar hitam,
‘handsock’, tudung putih labuh paras pinggang, stoking hitam

serta kasut kulit/ PVC berwarna hitam

- 22 -

7.2.2 Pelajar tidak dibenarkan melipat pakaian yang berlengan panjang dan
butang hendaklah dikancing semuanya

7.2.3 Seluar hendaklah berfesyen sederhana. Tidak dibenarkan memakai
seluar yang ketat dan terlalu kecil potongan kaki atau pun jenis bell
bottom dan butang jenis biasa.

7.2.4 Sekiranya Pelajar memakai baju sekolah dan jubah, baju lapis bahagian
dalam yang dibenarkan hanyalah T-Shirt tidak berkolar, berwarna putih
dan tidak bergambar. Manakala untuk baju KRS ialah T-Shirt tidak
berkolar, berwarna hitam penuh tanpa tulisan dan gambar

7.2.5 Pelajar dilarang memakai stoking pendek dari buku lali dan selain warna
hitam

7.2.6 Pelajar dilarang menggunakan/ memakai pakaian Pelajar lain tanpa
kebenaran pemiliknya

7.3 Pakaian Kebangsaan
7.3.1 Pakaian kebangsaan hendaklah dipakai pada hari-hari berikut:
a. Hari keramaian Sekolah
b. Sambutan hari-hari kebesaran Islam
c. Majlis-majlis rasmi
d. Lain-lain masa yang munasabah seperti yang diarahkan oleh
Sekolah

7.4 Pakaian Sukan Dan Permainan
7.4.1 Apabila bersukan atau menyertai permainan dan mengikuti kelas
pendidikan jasmani maka pakaian berikut hendaklah dipakai:
a. Kemeja-T putih atau kemeja-T rumah
b. Seluar trek berwarna biru tua/ hitam
c. Kasut sukan dan berstoking

7.5 Pakaian & Jadual Outing Pelajar Asrama

- 23 -

7.5.1 Pelajar yang hendak outing perlu meminta kebenaran warden terlebih
dahulu

7.5.2 Kebenaran outing hanya diberikan kepada Pelajar yang berjaya melepasi
hafazan Al-Quran 3-4 muka surat seminggu

7.5.3 Pelajar tidak digalakkan outing bersendirian
7.5.4 Pelajar tidak dibenarkan mengunjungi tempat seperti:

a. Tempat perjudian
b. Pusat hiburan/ maksiat
c. Syber Cafe
d. Tempat bermain game
e. Tempat berbahaya kepada keselamatan diri
f. Pangung wayang
g. Karaoke Box
h. Luar dari Seremban & Senawang
i. Dan lain-lain tempat yang tidak sewajarnya seorang pelajar Islam

kunjungi
7.6 Pakaian Kelas Tambahan/ Prep

7.6.1 Sekiranya kelas tambahan/ gantian diadakan semasa waktu yang
dijadualkan dalam jadual waktu persekolahan, pakaian hendaklah sama
seperti ke kelas

7.6.2 Sekiranya ia diadakan di luar waktu yang dijadualkan. Pelajar-pelajar
memakai pakaian seperti mana ke kelas. Bagaimanapun, baju T berkolar
boleh dipakai dengan kebenaran, memakai kasut atau alas kaki yang
bertutup di bahagian tumit

7.7 Waktu melawat pelajar di asrama
7.7.1 Ibu/bapa dibenarkan melawat anak/jagaan di asrama mengikut waktu
berikut:
Sabtu : 12.00 tgh - 6.00 ptg
Ahad : 10.00 pg - 6.00 ptg
7.7.2 Namun begitu kebenaran ini bergantung kepada pelaksanaan program
rasmi yang dijalankan oleh pihak sekolah. Ibu bapa dibenarkan
membawa anak untuk outing dalam waktu melawat tetapi perlu
mendapat kebenaran daripada warden

8. SOLAT JUMAAT
8.1 Pelajar lelaki wajib solat Jumaat ke masjid yang ditetapkan atau yang berhampiran
samaada berkenderaan khas maupun sebaliknya seawal dari pukul 12.30
hingga 2.30 petang
8.2 Pelajar dikehendaki memakai pakaian hari Jumaat dengan lengkap

9. PENGURUSAN DISIPLIN
9.1 Pengadilan Peringkat Sekolah
9.1.1 Lembaga Disiplin Sekolah terdiri daripada: a.
Pengetua - Pengerusi

- 24 -

b. Guru Penolong Kanan Akademik - Pengerusi Silih Ganti/Ahli

c. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar (HEP) - Pendakwa
d. Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum - Ahli
e. Pengurus Al-Quran - ahli
f. Pengurus Tarbiyah - ahli
g. Ketua Warden Asrama - pegawai penyiasat
h. Guru Disiplin - pegawai penyiasat
i. Guru Kelas yang Berkenaan - ahli
j. Mentor yang berkenaan - pemerhati
k. Kaunselor - pemerhati
(Korum adalah separuh daripada ahli termasuk Pengerusi)
9.1.2 Pelajar yang didapati melakukan kesalahan akan didakwa di hadapan
Lembaga Disiplin Sekolah
a. Semasa dibicarakan Pelajar/tertuduh diberi hak untuk membela diri
b. Mereka dibenarkan memanggil mana-mana saksi untuk

memberikan keterangan
c. Lembaga Disiplin boleh menyoal atau memanggil mana-mana

saksi untuk memberikan keterangan
d. Pelajar/ tertuduh yang didapati bersalah akan dihukum mengikut

kesalahan yang dilakukan
e. Segala kesalahan Pelajar/tertuduh dan hukuman yang dikenakan

akan direkod di dalam fail khas
f. Laporan tentang kesalahan serta tindakan disiplin yang dikenakan

akan dimaklumkan kepada Ibubapa/Penjaga dengan salinan kepada
guru tingkatan dan fail pribadi Pelajar
9.2 Penguatkuasaan
9.2.1 Pengetua, GPK, semua guru dan kakitangan sekolah diberi kuasa untuk
menguatkuasakan Peraturan Sekolah
9.3 Kuasa Menghukum
9.3.1 Pengetua dan mereka yang diberi kuasa oleh Pengetua
9.3.2 Lembaga Disiplin Sekolah yang bersidang dan dipengerusikan oleh
Pengetua atau Pengerusi Silih Ganti akan menetapkan hukuman
terhadap Pelajar yang didapati sabit kesalahannya. Hukuman-hukuman
yang boleh dijatuhkan adalah seperti perkara 9.4
9.4 Jenis Hukuman
9.4.1 Teguran (secara lisan)
9.4.2 Aktiviti Khidmat Kebajikan(rujuk lampiran C)
9.4.3 Digantung daripada keluar bandar
9.4.4 Aku janji (berkelakuan baik/ sopan)
9.4.5 Diberi amaran lisan
9.4.6 Diberi amaran bertulis
9.4.7 Ditarik balik biasiswa/sebarang kemudahan/bantuan yang diterima
(rujuk lampiran D)
9.4.8 Digunting rambut (rujuk lampiran E)

- 25 -

9.4.9 Membayar gantirugi (rujuk lampiran D)

9.4.10 Dirotan (rujuk lampiran E)

9.4.11 Digantung asrama (rujuk lampiran D)

9.4.12 Dibuang asrama (rujuk lampiran D)

9.4.13 Digantung persekolahan (rujuk lampiran D)

9.4.14 Dibuang sekolah (rujuk lampiran D)

9.4.15 Hukuman lain yang ditetapkan oleh Lembaga Disiplin Sekolah

9.5 Kategori Pelanggaran Disiplin

9.5.1 KATEGORI A : Pelanggaran Disiplin Amat Berat

a. Berzina atau mengadakan hubungan seks atau hubungan luar tabii

seperti perlakuan lesbian, homoseks dan sebagainya yang

mempunyai takrif yang sama

b. Merogol atau melakukan paksaan seksual terhadap orang lain

c. Mencabul kehormatan orang lain

d. Menyebabkan kematian secara sengaja atau tidak sengaja dengan

senjata atau tanpa senjata

e. Mencedera atau menyiksa seseorang secara berkumpulan

f. Mencedera atau menyebabkan kecederaan kepada seseorang

g. Menyimpan, memiliki, mengguna, mengedar atau menjual

sebarang jenis tembakau/ rokok elektronik/ perisa (flavour)
‘vape’/hidu gam/ dadah

h. Menyimpan dan memiliki senjata api dan bahan letupan

i. Cubaan membunuh diri

j. Melakukan sesuatu dengan niat untuk mendatangkan kesusahan

atau kecederaan atau kemusnahan kepada orang lain

k. Merompak atau juga tindakan yang boleh ditafsirkan sebagai

rompakan atau samun melibatkan ugutan atau senjata

l. Menganjurkan atau menggerakkan atau menghasut orang lain agar

berkumpul dan bertindak ganas atau menunjuk perasaan yang boleh

menyebabkan kerosakan harta benda atau mengancam keselamatan

Sekolah atau awam

m. Membuli atau perbuatan yang seumpama dengannya

n. Menyimpan, memiliki, mengguna, mengedar atau

membekal sebarang jenis minuman keras (alkohol)

o. Menyimpan, memiliki, mengguna, mengedar atau menjual sebarang

senjata, pisau atau alatan yang boleh membahayakan orang lain

p. Menyimpan, memiliki, mengguna, mengedar atau menjual bahan

lucah, ganas atau tidak bermoral

q. Menyiar, mencetak, membuka laman web, menyebar maklumat/

dokumen yang mengandungi bahan lucah, ganas atau tidak

bermoral melalui internet

r. Memeras ugut atau apa jua tindakan yang boleh ditafsirkan sebagai

peras ugut dengan menggunakan sesuatu ancaman atau tekanan

keselamatan kepada sesuatu pihak

- 26 -

s. Berjudi atau terlibat dalam kegiatan perjudian, loteri, atau
petaruhan wang dan sebagainya

t. Berkhalwat atau berpasangan dalam keadaan bercumbu-cumbuan,
sumbang atau mencurigakan

u. Memecah atau menceroboh masuk sesuatu premis sekolah yang di
wartakan sebagai kawasan larangan pelajar serta mencuri harta
benda/ wang/ maklumat/dokumen dan sebagainya

v. Bergaduh sehingga membawa kepada kecederaan anggota badan
w. Melakukan kesalahan Disiplin Kategori Berat kali ke 3
x. Semua kesalahan disiplin akan direkodkan dalam sistem Asis
MTAS 9.5.2 KATEGORI B: Kesalahan Berat
a. Bermain dengan alat-alat permainan (jenis gelanggang/ padang)

dan memiliki/ menyimpan/ mengguna alatan gym dalam bilik
Sekolah/ Asrama
b. Menarik diri dari sebarang kegiatan/ wakil/ aktiviti yang ditentukan
oleh Sekolah tanpa sebab dan pengetahuan pihak Sekolah
c. Bekerjasama atau terlibat dalam pertubuhan haram
d. Biadab atau berkelakuan tidak sopan terhadap guru atau kakitangan
atau tetamu sehingga boleh menjejaskan nama baik individu atau
Sekolah
e. Mencuri atau mengambil harta benda/ wang/ maklumat/ dokumen
kepunyaan orang lain bernilai melebihi RM50.00
f. Memalsukan dokumen atau maklumat
g. Melakukan apa jua aktiviti yang boleh ditafsirkan sebagai
perlakuan gangguan seks [sexual harassment]
h. Membawa/ mengguna telefon bimbit, smart watch atau sebarang
alat komunikasi di Kawasan Sekolah
i. Ponteng/Keluar/balik lewat dari Sekolah/Asrama tanpa kebenaran
j. Menceroboh kawasan larangan sekolah.
k. Melakukan kesalahan Disiplin Kategori Sederhana kali ke 3
l. Membawa bahan/barang/alatan larangan yang berunsurkan syirik/
khurafat
m. Sebarang kesalahan lain yang diputuskan oleh Lembaga Disiplin
Sekolah dan dimaklumkan kepada Pelajar secara nyata dari masa
ke semasa
n. Semua kesalahan disiplin akan direkodkan dalam sistem Asis
MTAS 9.5.3 KATEGORI C : Pelanggaran Disiplin Sederhana
a. Menceroboh kawasan akademik dan pentadbiran pada waktu
larangan
b. Mencuri dokumen/harta benda/wang bernilai kurang daripada
RM50.00
c. Merosakkan atau menyalahgunakan alatan atau kemudahan
Sekolah/ awam/orang lain dengan sengaja

- 27 -

d. Ingkar arahan guru atau pihak-pihak lain yang menjalankan tugas
dan tanggungjawabnya

d. Menganjurkan/ membuat sebarang aktiviti/ program tanpa
pengetahuan/ pengesahan Pengetua

e. Menipu atau meniru dalam sesuatu ujian atau peperiksaan
f. Menyalahgunakan nama jawatan seseorang seperti Pengetua/ Guru/

Kakitangan Sekolah/PPASB atau Ibubapa
g. Melindungi seseorang yang disyaki bersalah seperti

menyembunyikan maklumat atau penyaksian atau enggan memberi
kerjasama
h. Bersubahat atau membantu seseorang melakukan kejahatan
i. Memperagakan imej diri negatif yang bertentangan dengan
peraturan dan budaya Sekolah
j. Ponteng kelas akademik/Al-Quran/Kelas Tambahan atau aktiviti
yang dianjurkan oleh pihak Sekolah
k. Membeli/ memesan/ menjual/mengedar makanan yang dilarang
dari luar Sekolah tanpa kebenaran Pengetua
l. Membawa masuk orang awam ke Kawasan Sekolah/ Asrama tanpa
kebenaran
m. Mencemar kebersihan/meludah di bangunan Sekolah
n. Bertengkar/ berbahasa kasar/mencarut dan mencaci
o. Potongan rambut tidak mengikut Peraturan Sekolah
p. Membawa barang larangan bina badan
q. Memakai/ memiliki/ menyimpan rantai leher, gelang tangan/ kaki,
cincin, subang, anting-anting, cermin mata gelap dan barang kemas
yang dilarang
r. Mengadakan urusan jual beli dengan jumlah wang yang besar
s. Ponteng/ lewat menunaikan solat fardhu berjamaah di surau
t. Mengganggu ketenteraman dan keselesaan pelajar lain sehingga
menimbulkan ketegangan antara pelajar
u. Melanggar peraturan-peraturan am disiplin atau peraturan yang
diwartakan melalui unit-unit pentadbiran Sekolah
v. Sebarang kesalahan lain yang difikirkan sesuai oleh Lembaga
Disiplin Sekolah dan dimaklumkan kepada Pelajar secara nyata
dari masa ke semasa
w. Semua kesalahan disiplin akan direkodkan dalam sistem Asis
MTAS 9.6 Garis Panduan Untuk Menjatuhkan Hukuman Bagi Kesalahan Mengikut
Kategori
9.6.1 Kesalahan kategori A
Kesalahan pertama:
a. Dirotan secara tertutup tidak melebihi 3 kali dan
b. Ibubapa/ Penjaga dimaklumkan dan/atau
c. Digantung persekolahan (maksimum 7 hari) dan
d. Menandatangani surat perjanjian berkelakuan baik dan ikat jamin

- 28 -

oleh Ibubapa/Penjaga dengan seorang saksi semasa melaporkan diri
untuk diterima semula selepas tamat tempoh pergantungan dan/atau
e. Membayar gantirugi dan
f. Menjalani sesi pemulihan dan kaunseling
g. Khidmat masyarakat

a. Dirotan secara tertutup tidak melebihi 3 kali dan
b. Ibubapa/ Penjaga dimaklumkan dan
c. Digantung persekolahan (maksimum 14 hari) atau
d. Menandatangani surat perjanjian berkelakuan baik dan ikat jamin

oleh Ibubapa/ Penjaga dengan seorang saksi semasa melaporkan
diri untuk diterima semula selepas tamat tempoh pergantungan dan/
atau
e. Membayar gantirugi dan
f. Menjalani sesi pemulihan dan kaunseling

a. Ibubapa/ Penjaga dimaklumkan
b. Dibuang sekolah
9.6.2 Kesalahan kategori B
Kesalahan pertama:
a. Ibubapa/ Penjaga dimaklumkan
b. Diberi amaran (bertulis) dan direkodkan kesalahan
c. Dirotan secara tertutup tidak melebihi 2 kali
d. Tidak dibenarkan ‘outing’ selama 2 minggu
e. Khidmat masyarakat

a. Ibubapa/Penjaga dimaklumkan dan
b. Dirotan secara tertutup tidak melebihi 3 kali
c. Digantung asrama (7 hari)
d. Menandatangani surat perjanjian berkelakuan baik
e. Khidmat masyarakat
f. Tidak dibenarkan menggunakan kemudahan Sekolah/ penglibatan

aktiviti Sekolah

a. Ibubapa/Penjaga dimaklumkan
b. Dirotan secara tertutup tidak melebihi 3 kali
c. Dibuang asrama
d. Menandatangani surat perjanjian berkelakuan baik semasa melapor

diri untuk diterima semula selepas tamat tempoh pergantungan
e. Kesalahan kategori B bagi kes ketiga berturut-turut akan diletakkan

di dalam kategori A
9.6.3 Kesalahan kategori C

Kesalahan pertama:
a. Ibubapa/Penjaga dimaklumkan

- 29 -

b. Diberi amaran (lisan) kali pertama dan direkodkan kesalahan

c. Dirotan 1 kali oleh Pengetua

d. Aktiviti Khidmat selama 3 hari

Kesalahan kedua:

a. Ibubapa/Penjaga dimaklumkan Diberi amaran (lisan) kali kedua

dan direkodkan kesalahan

b. Dirotan 2 kali oleh Pengetua/Gpk Hem/Unit Disiplin/Warden
c. Tidak dibenarkan ‘outing’ selama 2 minggu

d. Aktiviti Khidmat selama 1 minggu

Kesalahan ketiga:

Kesalahan kategori C bagi kes ketiga berturut-turut akan diletakkan di

dalam kategori B

9.7 Tatacara Untuk Melaksanakan Hukuman Bagi Kesalahan Mengikut Kategori

9.7.1 Kesalahan Kategori A dan B

a. Guru disiplin mendapat aduan atau mendapatkan Pelajar yang

melakukan kesalahan untuk kategori ini dan/atau Pelajar yang

mengulangi kesalahan kategori C untuk kali yang ketiga

b. Guru disiplin akan membuat penyiasatan di atas salahlaku disiplin

Pelajar mengikut prosedur pengurusan disiplin.

c. Kes Pelajar akan dibawa kepada Lembaga Disiplin Sekolah

d. Lembaga Disiplin Sekolah akan menentukan sama ada Pelajar

tersebut bersalah atau tidak. Sekiranya Pelajar didapati bersalah,

Lembaga Disiplin Sekolah akan menentukan hukuman yang

sewajarnya 9.7.2 Kesalahan Kategori C (Sederhana)

a. Guru menegur dan memberi nasihat kepada Pelajar yang terlibat

b. Sekiranya Pelajar didapati masih lagi mengulangi kesalahan yang

sama, perkara tersebut akan dirujuk kepada guru disiplin

c. Guru disiplin akan menentukan hukuman mengikut peruntukan yang

sedia ada termasuk menghadapkan pelajar ke Lembaga Disiplin

Sekolah.

9.7.3 Rampasan Barangan Larangan

a. Pelajar yang didapati bersalah menyimpan barang yang dilarang

oleh peraturan akan dikenakan tindakan disiplin iaitu:

i. Barang larangan dirampas

ii. Surat Amaran Perlanggaran Peraturan sekolah.

iii. Tindakan disiplin

b. Barang yang dirampas boleh dituntut oleh Ibubapa selepas sesi

persekolahan tahun semasa tamat mengikut peraturan yang

ditetapkan.

c. Bagi Pelajar yang melakukan kesalahan kali kedua, pelajar boleh

dihadapkan ke Lembaga Disiplin Sekolah disamping barang

larangan dirampas serta tidak dikembalikan.

- 30 -

- 31 -

- 32 -

- 33 -

- 34 -

- 35 -

- 36 -

LAMPIRAN C

Aktiviti Khidmat Kebajikan (Khidmat) yang dikenakan kepada pelajar yang
melakukan kesahlahan disiplin:

a. Mencuci longkang (Unit 3K)
b. Membersihkan bilik mandi (Unit 3K)
c. Mencuci tandas (Unit 3K)
d. Mencabut rumput (Unit 3K)
e. Menyapu sampah (Unit 3K)
f. Kerja kebajikan lain yang sesuai mengikut keputusan pihak sekolah (Unit 3K)
g. Menjalankan tugasan akademik (Unit akademik)
h. Mutabaah amal (Unit tarbiyah)
i. Hafazan Al Quran (Unit Al Quran)

LAMPIRAN D

Perlaksanaan Hukuman dan Dendaan
1 Semua kesalahan pelajar perlu direkod.
2 Kesalahan kategori Berat dan Amat Berat akan diadili di peringkat Lembaga

Disiplin Sekolah.
3 Setiap kesalahan diadili oleh Jawatankuasa Lembaga Disiplin dengan dipengerusikan

oleh Pengetua atau Pengerusi Silih Ganti yang menjalankan tugas sebagai Pengetua.
4 Lembaga Disiplin boleh menjatuhkan semua hukuman seperti yang terdapat

dalam Buku Peraturan kecuali hukuman Buang Sekolah.
5 Bagi hukuman buang asrama , Lembaga Disiplin Sekolah akan mencadangkan

hukuman ini kepada Pengetua Sekolah. Cadangan ini hanya boleh diluluskan oleh
Pengetua MTAS. Cadangan hukuman ‘di buang asrama mestilah disertakan
laporan lengkap dan dihantar kepada Pengetua MTAS.
6 Bagi hukuman buang sekolah, Lembaga Disiplin Sekolah akan mencadangkan
hukuman ini kepada Lembaga Pengelola Sekolah. Cadangan ini hanya boleh
diluluskan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah MTAS. Cadangan hukuman
‘dibuang sekolah’ mestilah disertakan dengan laporan lengkap dan dihantar kepada
Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah dalam tempoh tiga(3) hari termasuk hari cuti.
7 Keputusan Lembaga Disiplin Sekolah dan Lembaga Pengelola Sekolah adalah
muktamad.
8 Laporan tersebut mestilah megandungi perkara-perkara berikut:
a. Laporan Pengaduan
b. Laporan Penyiasatan
c. Laporan Perbicaraan Lembaga Disiplin Sekolah
d. Surat Rayuan (jika ada)
e. Pengakuan Bertulis Tertuduh (jika ada)
f. Pengakuan Bertulis Saksi (jika ada)
g. Pengakuan Bertulis Mangsa (jika ada)
h. Latarbelakang keluarga dan Alamat Ibubapa atau Penjaga
i. Rekod Disiplin Tertuduh

- 37 -

j. Laporan Prestasi Akademik

k. Ulasan/Komen Mentor/ Murabbi Usrah
l. Ulasan/Komen Guru Subjek
m. Ulasan/Komen Guru Kaunselor
n. Ulasan/Komen Ketua Warden/ Warden
o. Laporan Doktor tentang Mangsa (jika ada)
p. Salinan ‘Surat Perjanjian Berkelakuan Baik’ Tertuduh (jika ada)
q. Dokumen-dokumen lain sebagai bukti (jika ada)
9 Seorang Pelajar yang didapati bersalah dan dikenakan hukuman ’Dibuang
Sekolah’ mestilah digantung persekolahannya bermula dari tarikh hukuman
dimaklumkan sehingga mendapat keputusan muktamad daripada Pengerusi
Lembaga Pengelola Sekolah dalam masa tidak lebih 2 (dua) minggu, jika dalam
masa 2 (dua) minggu berkenaan, pihak Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah
tidak membuat sebarang keputusan, maka Pelajar berkenaan hendaklah dipanggil
semula meneruskan pengajiannya dan hukuman gantung persekolahan yang telah
dikenakan hendaklah dianggap terlaksana
10 Ibubapa/ Penjaga Pelajar yang tertuduh atau Pelajar yang tertuduh sendiri berhak
mengemukakan rayuan kepada Pengetua dalam tempoh 7 (tujuh) hari. Bagi kes
Kesalahan Amat berat dan Berat yang melibatkan hukuman ‘Dibuang Sekolah’ pihak
Ibubapa/Penjaga boleh mengemukakan rayuan terus kepada Pengerusi Lembaga
Pengelola Sekolah dalam tempoh masa 7 (tujuh) hari daripada tarikh hukuman
dimaklumkan

10 Salinan Surat Tindakan Disiplin dan Tatatertib Sekolah yang diserahkan kepada tertuduh

hendaklah juga dihantar kepada Ibubapa/ Penjaga/ Kaunselor/ Mentor/ Murabbi Usrah.

11 Manakala Satu salinan surat digantung Sekolah perlu diberikan kepada pihak
War-den/ Pegawai Kewangan/ Penyelia Kantin dan pihak yang disebut dalam
bilangan nombor 7 diatas

12 Setiap rekod kesalahan, pertuduhan disiplin dan dokumen-dokumen berkaitan
mestilah difailkan dalam fail peribadi Pelajar

13 Bayaran gantirugi kerana kerosakan atau kerugian akibat dari salahlaku yang
berkaitan hendaklah dibayar atau ditanggung oleh Pelajar

14 Bagi kes kesalahan jenayah berat, pihak MTAS perlu melaporkan kepada pihak
berkuasa polis

LAMPIRAN E

Hukuman Merotan/Memotong Rambut
a. Hukuman hanya boleh dijalankan oleh Pengetua atau oleh guru yang telah

diberikan kuasa oleh Pengetua.
b. Hukuman merotan hendaklah dijalankan dengan menggunakan rotan yang

dibenarkan oleh peraturan .
c. Pukulan rotan hanya boleh dibuat pada bahagian punggung yang berlapik pakaian

dan tapak tangan
d. Potongan rambut tidaklah boleh mencacatkan/memberi kesan buruk pada bentuk
e. Semua hukuman ini hendaklah direkodkan .

- 38 -

SURAT AKUJANJI PELAJAR

Nama Pelajar : __________________________________________________

No.Kad Pengenalan : __________________________________________________

Tingkatan : __________________________________________________

Saya yang bernama seperti di atas dengan ini mengaku bahawa saya bersetuju akan
mematuhi segala peraturan sekolah/asrama selama saya belajar di sekolah ini.
Sekiranya saya melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapkan, saya sanggup
dan bersedia menerima sebarang bentuk hukuman yang berkaitan setimpal dengan
kesalahan yang saya telah lakukan.Pesetujuan ini dibuat atas kesedaran dan kerelaan
hati saya sendiri tanpa desakan atau paksaan mana-mana pihak.

Tandatangan pelajar,

…………………………..................
()

Tarikh : ____________________

PENGAKUAN PENJAGA

Saya penjaga kepada ____________________________________________ mengakui
telah membaca buku peraturan ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada
sekolah supaya anak jagaan sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang terkandung dalam
buku peraturan ini. Saya memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah untuk
mengendalikan dan menyelesaikan kes disiplin yang melibatkan anak saya.

Tandatangan Ibu Bapa / Penjaga : ________________________________________

Nama Ibu Bapa / Penjaga : ________________________________________

No. Kad Pengenalan : ________________________________________

Tarikh : ________________________________________
- 39 -

- 40 -


Click to View FlipBook Version