The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zaizul Ab Rahman, 2019-03-19 22:26:42

PSIKOLOGI AGAMA

PSIKOLOGI AGAMA


BAB 3
SEJARAH PERKEMBANGAN PSIKOLOGI AGAMA:

 DR. ZAIZUL BIN AB. RAHMAN
 JABATAN USULUDDIN DAN FALSAFAH,
 FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
 UKM

 OBJEKTIF BAB

 1.Menjelaskan sejarah perkembangan Psikologi Agama.
 2.Menghuraikan perkembangan metodologi kajian dalam Psikologi Agama.

 SEJARAH PERKEMBANGAN
 FALSAFAH MODEN

PERINGKAT PSIKOLOGI MODEN

 Perkembangan psikologi moden ini menunjukkan bermulanya era pemisahan dirinya drp

psikologi spekulatif di bwh pengaruh ilmu falsafah.

 Pemisahan adalah hasil cubaan utk mengaplikasikan teknik eksperimentasi dan saintifik

mengenai jiwa dan tingkah laku manusia.

 Perkembangan ini juga menunjukkan minat ahli psikologi yg berubah daripada melihat

aspek kejiwaan dan kerohanian manusia kepada aspek luaran atau fizikal iaitu tingkah laku

manusia.

 Di bawah pengaruh Behaviorisme, aspek kejiwaan manusia tidak lagi mendapat perhatian.

Sebaliknya, manusia boleh difahami melalui penelitian dan kajian terhadap tingkah laku

mereka.

PSIKOLOGI AGAMA SEBAGAI SATU DISIPLIN ILMU

 Pemerhatian terhadap tingkah laku manusia dalam psikologi moden ini secara tidak

langsung memberi ruang kepada kelahiran disiplin psikologi agama.

 Ahli psikologi mendapati bahawa tingkah laku manusia berhubungkait dgn kepercayaan atau

agama mereka. Fakta ini hasil drp pengalaman mereka dengan pesakit psikologi yg

mendapati bahawa pola hubungan antara keyakinandan tingkah laku adalah kuat sehingga

mempengaruhi penyembuhan penyakit jiwa pesakit.

 Pengaruh kepercayaan dan penghayatan agama boleh memberi motivasi dan inspirasi kpd

manusia utk bertindak dan bertingkahlaku.

AGAMA VS. PSIKOLOGI MODEN

 Timbul pandangan negatif ttg psikologi agama – baik di pihak ahli agama, mahupun di

kalangan ahli psikologi moden sendiri.

 Di pihak ahli teologi kristian, psikologi dianggap sbg sekutu yg berbahaya (ertinya kajian

psikologi boleh menyokong keperluan terhadap agama tetapi dalam masa yg sama agama

dianggap sbg rekaan jiwa manusia yg lemah).

 Terdapat ahli psikologi yg menolak agama sbg sebahagian drp pengalaman manusia yg sah

dan benar. Agama dianggap sbg rekaan jiwa manusia yg lemah, manakala kepercayaan

agama dianggap sesuatu yg abstrak dan tidak dapat dikaji secara empiris krn tidak dapat

disentuh atau dilihat.

 Kritikan oleh ahli psikologi yg menganggap agama boleh dikaji secara psikologi:
 1.Status kajian psikologi agama bukanlah utk mensahihkan atau menafikan kewujudan

agama krn fungsi tersebut di bawah bidang falsafah dan teologi.

 2.Subjek kajian psikologi agama ialah penelitian terhadap : (a) perasaan mengenai sesuatu

yg transcendence (b) tingkah laku yg muncul akibat drp perasaan itu.

 3 bentuk hubungan psikologi-agama:
 1.Kajian psikologi agama – kajian agama oleh ahli psikologi.
 2.Kajian psikologi diguna utk membantu paderi merawat masyarakat (pastoral care).
 3.Psikoanalisis dan behaviorisme – penggunaan penemuan psikologi untuk menilai,

mentafsir kembali atau membuang tradisi agama.

METODOLOGI PSIKOLOGI AGAMA

 Psikologi Agama adalah satu penelitian berdasarkan pemikiran, perbuatan dan perasaan

manusia yg berlandaskan kepercayaan atau pegangan agama manusia.

 Metodologi yg digunakan adalah saintifik krn beberapa sebab, iaitu:

a) Dilandaskan kpd kaedah2 tertentu dr segi pengumpulan dan penganalisaan data.

b) Kajiannya bersifat terbuka – sesiapa shj boleh meneliti dan mengkaji atau melahirkan kajian

baru.

c) Kajiannya berbentuk empirikal – iaitumengandungi metode perujian (test), eksperimen,

persampelan, makmal dan sebagainya.

 Kalangan yg terlibat dlm kajian Psikologi Agama adalah tokoh2 psikologi moden, bukan ahli

teologi agama.

PSIKOLOGI AGAMA DARI PERSPEKTIF ISLAM

 Apakah Psikologi Agama sama dgn psikologi Islam?
 Dlm hal ini konsep Islam perlu dibandingkan dgn konsep agama dalam penggunaan

masyarakat Barat.

 Islam adalah agama yg syumul, yg menawarkan segala panduan, peraturan dan tatacara yg

lengkap kpd manusia ttg cara bagaimana menjalani kehidupan di dunia ini. (hablumminallah

dan hablumminannas).

 Al-Quran menggunakan unsur psikologi untuk memberi galakan kpd umatnya melakukan

kebaikan dgn menawarkan ganjaran dan ancaman, unsur pengajaran melalui cerita2 umat

lampau bagi menimbulkan keinsafan ttg tingkahlaku dan akhlak mereka dgn akibat yg

diterima.

 Dalam Islam, seluruh hidup adalah ditentukan oleh agama dan tidak terpisah drp mana2

bahagian kehidupan.

 Sedangkan menurut Barat, agama hanyalah terhad kpd aspek kepercayaan kpd Tuhan atau

alam ghaib serta beberapa perkara2 yg dikaitkan dgn kepercayaan tersebut.

 Mengikut Barat, kehidupan manusia di dunia terletak kpd kebijaksanaan manusia

mengaturnya dan tidak mempunyai kaitan dgn kepercayaan kpd Tuhan. Sekalipun ada,

hanya sebahagian kecil kehidupan manusia yg dipengaruhi oleh agama.

 Dari konsep agama sebegini maka munculnya istilah Psikologi Agama di Barat sbg cara utk

membezakan tingkah laku biasa dgn tingkah laku agama.

 Perkara ini tidak berlaku di dalam Islam krn segala tingklahlaku manusia termasuk dlm

pengertian akhlak – justeru hanya ada akhlak terpuji (mahmudah) atau keji (mazmumah).

Dari perspektif islam, istilah Psikologi Agama adalah tidak perlu krn ia mengehadkan

pemerhatian terhadap tingkahlaku semata2 sbg asas kajian.

 Kaedah ini hanya menekankan kpd tingkahlaku semata2 dan tidak lagi kpd jiwa manusia,

sedangkan tingkahlaku tidak dapat memberi gambaran hakiki ttg jiwa manusia.

 Tingkahlaku manusia hanya menunjukkan kecenderungan diri, bahkan dlm beberapa aspek

boleh dibuat-buat oleh si pelaku. Justeru ia tidak memberi gambaran yg tepat atau sebenar

dan tidak mampu menjadi “ubat” utk memperbaiki jiwa tersebut.

 Mengikut pandangan pemikir Islam spt Al-Ghazzali dan Ibn Miskawayh, akhlak adalah

gambaran dalaman manusia yg menjadi “sumber” kpd segala laku perbuatan manusia.

Sedangkan tingkah laku hanyalah gambaran jiwa tersebut.

 Justeru Islam menegaskan bahawa pendidikan jiwa harus bermula dgn mengenali unsur

rohani manusia.

 Apabila jelas keadaan rohani manusia barukah rawatan yg tepat boleh diberikan untuk

memperbaiki jiwa manusia.

 Justeru dalam Islam, istilah psikologi lebih sesuai sbg kajian mengenai jiwa, bukan tingkah

laku krn penekanan Islam ialah kpd pembaikian jiwa sbg sumber tingkah laku manusia.

 Ini krn dari perspektif Islam tidak wujud dikotomi/dualisme yg memisahkan antara agama

dan tingkahlaku.


Click to View FlipBook Version