E D I S I 4 J U L A I 2 0 2 3 www.ma j a l ahj e l a j ahma l a y s i a . com J A N G A N R A G U - R A G U J A N G A N S U S A H H A T I , H A M P A M A I P E N A N G P A S T I P U A S H A T I ! BUDAYA DAN WARISAN BORIA CHINGAY KEANGGUNAN 2023 PULAU MUTIARA MAI SINGGAH MAKAN DI PENANG JELAJAH 3
Tinta Editor Berita Utama Salasilah Pulau Mutiara Mai Singgah Makan di Penang Keindahan Pulau Mutiara Salasilah Pulau Mutiara Mai Singgah Makan di Penang Keindahan Pulau Mutiara Berita Sampingan Seni Persembahan Boria Perarakan Chingay Seni Persembahan Boria Perarakan Chingay Ruang Kreatif Lirik Lagu Boria Pulau Pinang Sajak Aku dan Pulau Pinang Novel Aci Patmabi Lirik Lagu Boria Pulau Pinang Sajak Aku dan Pulau Pinang Novel Aci Patmabi Editor 1 2 3 Ruang Iklan I S I K A N D U N G A N 15 10 7 MUKA SURAT
NUR SYUHAIBAH BINTI AZLAN (279605) NUR SYUHAIBAH BINTI AZLAN (279605) E D I T O R NURUL NABILAH BINTI MOHAMAD ISA (280905) NURUL NABILAH BINTI MOHAMAD ISA (280905) SYAHIRAH ATIKAH BINTI IBRAHIM (280260) SYAHIRAH ATIKAH BINTI IBRAHIM (280260) Pulau Mutiara NURIZZAWANI BINTI CHE ANI (280881) NURIZZAWANI BINTI CHE ANI (280881) 1 IZZA SYAMIRA BINTI ISHAK (280712) IZZA SYAMIRA BINTI ISHAK (280712) KETUA EDITOR
KETUA EDITOR NURUL NABILAH BINTI MOHAMAD ISA JULAI 2023, EDISI KE 4 ssalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca setia e-Majalah Jelajah Pulau Mutiara. A Terima kasih kepada semua editor yang terlibat dalam menjayakan penerbitan e-Majalah ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Puan Nor Hafidah yang menjadi penasihat majalah ini. Beliau sangat pemurah dengan nasihat dan sentiasa bersedia memberikan tunjuk ajar untuk kami menjayakan penerbitan e-majalah ini. e-Majalah Jelajah Pulau Mutiara ini merupakan majalah pelancongan yang memfokuskan kepada negeri Pulau Pinang atau lebih dikenali juga sebagai Pulau Mutiara. Tujuan penerbitan majalah ini adalah untuk menarik pelancong dalam atau dari luar negara untuk melawati negeri Pulau Mutiara yang kaya dengan pelbagai makanan menarik, keunikan warisan dan budaya, serta tempat-tempat yang menjadi tumpuan para pelancong. 2 Sumber gambar: Google Sumber gambar: Google
K ein d a h a n P u l a u M u tia r a S a l a sil a h M a k a n a n 3
KENALI SALASILAH PULAU MUTIARA B UL E T IN UTAMA Pada awalnya, Pulau Pinang dikenali sebagai Pulau Ka Satu. Terdapat seorang pelayar yang memberi nama sedikian terhadap pulau ini kerana beliau menemui pulau ini sebagai satu-satunya pulau yang terasing ketika beliau berulang-alik berdagang dari Lingga ke Kedah. Nama Pulau Ka Suka terus kekal digunakan sehingga tahun 1786 iaitu kedatangan British ke Pulau Pinang. Munculnya nama Pulau Pinang diinspirasikan daripada pokok pinang yang ditanam di pulau tersebut. Hal ini menyebabkan nama Pulau Ka Suka ditukar kepada Pulau Pinang selepas kedatangan British dan nama tersebut terus digunakan sehingga kini. Negeri Pulau Pinang, Melaka dan Singapura menjadi sebahagian Negeri Selat yang berada di bawah pentadbiran British di India pada tahun 1826. Pulau Pinang merupakan tanah jajahan pemerintahan British pada tahun 1867. Sebelum menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, Pulau Pinang menjadi sebahagian daripada Kesultanan Melayu pada tahun 1946. Seterusnya, Pulau Pinang menjadi salah satu daripada 13 buah negeri setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tarikh 31 Ogos 1957. Akhir sekali, Pulau Pinang menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia iaitu apabila Sabah dan Sarawak menyertai persekutuan pada tahun 1963 sehinggalah kini. 4 Sumber gambar: Google
Mai Singgah Makan di Penang Sebut sahaja nasi kandar, terus muncul di fikiran rakyat Malaysia tentang Pulau Pinang. Nak cari restoran nasi kandar yang sedap? Pulau pinang mempunyai banyak pilihan restoran yang menarik dan sedap. Tidak disangkal masyarakat bahawa nasi kandar di Pulau Pinang adalah paling sedap jika dibandingkan nasi kandar di tempat lain. Disebalik keenakan makanan ini, nasi kandar mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Pada suatu masa dahulu, komuniti India Muslim yang datang ke Tanah Melayu gemar menjaja nasi berserta lauk dan kemudian dikandarkan dari satu lokasi ke satu lokasi dengan berjalan kaki. Lama kelamaan penjaja ini semakin maju sehinggalah kini mampu membuka premis perniagaan sendiri. Pasembur adalah menu wajib yang perlu dicuba jika anda ke Pulau Pinang. Pasembur adalah istilah yang digunakan oleh masyarakat di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan juga dikenali sebagai 'rojak mamak'. Rojak mamak ini sejenis makanan yang mengandungi campuran pelbagai bahan seperti kentang, tauhu, cucur udang, telur, timun dan tauge. Sebuah hidangan ‘rojak mamak’ tidak lengkap tanpa kuahnya. Setiap gerai mempunyai keunikan kuah yang tersendiri. Keenakan kuah menjadi tumpuan utama para penggemar makanan kerana kuah yang sedap akan meningkatkan lagi rasa keenakan dalam campuran kesemua bahan. Sumber gambar: Google 5
Kampung Agong merupakan tempat tarikan pelancong luar mahupun dalam negara. Kampung ini menyajikan pemandangan yang indah seperti suasana di sebuah kampung. Terdapat kebun pokok kelapa dan juga sawah padi. lokasi tempat ini berkonsepkan seni tradisional yang memberi tumpuan kepada konsep jelapang padi dan perkampungan. KEINDAHAN PULAU MUTIARA KEINDAHAN PULAU MUTIARA Kampung Agong Pantai Batu Ferringhi merupakan salah satu pantai yang terdapat di Pulau Pinang. Pantai ini mempunyai banyak tarikan buat seisi keluarga. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan adalah aktiviti sukan air seperti bermain jet ski, bermandi manda dan banana boat. Penginapan di tepi pantai juga turut disediakan. Batu Ferringhi Teluk duyung Para pengujung Teluk Duyung atau lebih dikenali sebagai Monkey Beach dibenarkan untuk berkhemah tanpa dikenakan sebarang bayaran. Pemandangan yang indah dan memukau mata, pasir memutih dan air laut yang kebiruan. Datanglah ke pantai ini sekiranya anda ingin menikmati pemandangan yang indah. Sumber gambar: Google 6
P u l a u P i n a n g B u d a y a 7
ermainan Boria mula dibawa masuk oleh orang India Muslim ke Tanah Melayu dan mula bertapak di Pulau Pinang pada sekitar abad ke-19. Ketika itu permainan boria hanya disertai oleh masyarakat India manakala orang Melayu hanya penonton sahaja. Lama-kelamaan mereka makin bertambah minat dan diambil alih oleh orang-orang Melayu pula. Kini Boria banyak mempersembahkan lagu-lagu yang kebanyakannya dipengaruhi dengan irama twist, agogo, hindustan, pop dan sebagainya. Dari segi sketsa dan lakonan, dialog yang disampaikan penuh dengan sindiran dan kadang-kadang penonton yang hadir turut berinteraksi dengan para pelakon. Unsurunsur jenaka dianggap sebagai faktor penting bagi setiap persembahan Boria. Alat-alat muzik yang sering digunakan dalam Boria adalah violin, gambus, marwas, tabla, simbal, gendang, akordian, harmonika dan gitar. Tukang karang akan memulakan rangkap pertama nyanyian secara solo sambil menari serta menggoyangkan tongkat yang dipegangnya, kemudian akan diikuti dengan kumpulan penari (sailor) menyahut nyanyian secara beramai-ramai. Antara peralatan yang sering digunakan adalah pelita, bendera, keris, payung, bunga manggar, tongkat dan sebagainya. 8 P Sumber gambar: Google
ang ketiga adalah pada tahun 1957 bersempena dengan ulang tahun Majlis Bandaraya George Town. Beberapa tahun kemudian perarakan Chingay menjadi promosi pelancongan kerana ia memainkan peranan penting dalam menarik pelancong melawat Pulau Pinang memandangkan Chingay menarik dan mengagumkan. Pada tahun 1966 Majlis Bandaraya George Town menganjurkan sambutan Pesta Pulau Pinang untuk mempromosikan pelancongan. Perarakan Chingay kemudiannya mengandungi tarian singa dan naga juga. Y hingay berasal dari China dan kini menjadi budaya di Pulau Pinang. Perarakan Chingay menggambarkan kemahiran membawa dan mengimbangi bendera Chingay setinggi 40 kaki dan bendera segitiga berwarna-warni sekurang-kurangnya 25 kaki X 15 kaki setiap satu, diikat pada tiang kayu sepanjang 40 kaki. Perarakan pertama di Pulau Pinang adalah pada tahun 1919 bersempena dengan hari lahir Dewa Pengasih yang dianjurkan oleh Peniaga Pasar dan masyarakat Cina yang lain, membawa bendera Chingay dan kuil Tuhan untuk mengelakkan wabak pada masa itu. Perarakan kedua adalah pada tahun 1926 bersempena dengan hari lahir Dewa Pemurah. C 9 Sumber gambar: Google Sumber gambar: Google
L a g u S a j a k N o v e l 10
BORIA PULAU PINANG A R T I S : H A I L A M I R A L B U M : M A L A Y S I A M E R D U 1 9 9 3 RUANGAN KREATIF N O M A D I C | 2 4 Lagu susun nyanyian dato zainal Suaranya merdu sungguh popular Begitu terkenal manis buah pala Kayu baru tongkat tok sheikh Lautannya biru hai pantainya bersih Ku terpaut oh budinya Lagu boria pulaulah pinang Iramanya sungguh menawan Ayunkan kaki buaikan tangan Budaya pulau mutiara Dendangan ini sudah terkenal Di seluruh negara kita Namanya diberi bibi fatimah Kerjanya membantu menjual laksa Orangnya peramah berbudi bahasa Anak mami ayu jelita Hatiku tertawan akan senyumannya Jangan lupa hang datang lagi Lagu boria pulaulah pinang Iramanya sungguh menawan Ayunkan kaki buaikan tangan Budaya pulau mutiara Dendangan ini sudah terkenal Di seluruh negara kita Di tanjung tokong nelayan bersampan Anak cina pergi mencari tiram Disini kedamaian hatiku tenteram Tapi awas masuk bendang Pandangannya luas saujana memandang Hai idaman perasaan Lagu boria pulaulah pinang Iramanya sungguh menawan Ayunkan kaki buaikan tangan Budaya pulau mutiara Dendangan ini sudah terkenal Di seluruh negara kita Ku singgah sebentar di sungai ara Cik amah membeli si bunga kantan Di bukit bendera terjalin ikatan Negeri makmur mengkagumkan Mutiara timur empunya gelaran Mempesonakan yang menawan Lagu boria pulaulah pinang Iramanya sungguh menawan Ayunkan kaki buaikan tangan Budaya pulau mutiara Dendangan ini sudah terkenal Di seluruh negara kita L I R I K L A G U 11 Sumber gambar : Kebitaraan kebudayaan SMKPTJ
Pulau Pinang, aku rela dibelai bayu dingin laut luasmu dan lembut mainan ombak rasamu biar gementar tubuhku nan beku biar khayal diriku dalam asyikmu Pulau Pinang, pahatkan kukuh renungan syahdumu dalam memoriku agar nanti segera pulih luka rinduku agar nanti mudah terubat kecewa sendirianku Pulau Pinang, izinkan aku mendakapimu sekali lagi izinkan aku merangkul bahumu dalam-dalam, lama-lama Pulau Pinang, sendu kulihat bebanan kemewahan pada wajahmu bukalah peluang untukku merawat resahmu lalu kutumpahkan kasihku pada dadamu lalu kunikmati tawa senyuman tulusmu Pulau Pinang, sekali lagi aku menjejakmu, takkan kulepas bayangmu daripada mataku takkan kubenar diriku berlalu sebelum cukup waktu detik itu akan selalu kutunggu D A N P U L A U P I N A N G AKU S A J A K 12 N U K I L A N : H A Z A L I Z A H H A M Z A H
Membaca novel ini bagaikan memasuki sebuah terowong waktu (time tunnel) yang membawa kita berada dalam suatu zaman penjajahan British di Pulau Pinang pada abad ke-19. Kita sama-sama melihat dan mengalami betapa dan bagaimana ‘pulau mutiara’ itu tergadai ke tangan bangsa asing, bagaimana licik kaum penjajah dan bagaimana pula terleka kaum peribumi. Protagonis Patmabi bagaikan wirawati yang cuba menyelamatkan Pulau Pinang dan Nasib segugus peribumi penghuninya. NOVEL ACI PATMABI OLEH : AZMI ISKANDAR MERICAN Tinta Penulis Jelajah Pulau Mutiara 2023 ACI Patmabi merupakan sebuah novel hasil karya Azmi Iskandar Merican. Novel ini secara keseluruhannya mengisahkan kehidupan, budaya dan sejarah bangsa Melayu berketurunan Jawi Peranakan pada hujung abad ke-19 dan awal abad ke-20. Peristiwa dalam novel ini berkisar pada latar waktu antara tahun 1895 dengan tahun 1930-an. memaparkan budaya dan sejarah orang Melayu di Pulau Pinang, turut membangkitkan semangat kesedaran tentang betapa pentingnya mempertahankan tanah milik daripada jatuh ke tangan bangsa asing. Aci Patmabi merupakan sebuah novel yang sangat menarik dalam mengisahkan perihal sosial, budaya, dan sejarah orang Melayu. Novel ini mengangkat perjuangan seorang wanita bernama Aci Patmabi dalam mempertahankan tanah-tanah orang Melayu daripada tergadai kepada bangsa asing. Asal usul Jawi Peranakan ialah dari India, beragama Islam dan terkenal sebagai pedagangpedagang yang kaya dan berjaya di Pulau Pinang pada abad ke-19. Kaum Jawi Peranakan ini telah terserap dalam budaya Melayu dan dikenali sebagai orang Melayu, kerana mempunyai persamaan yang akrab sebagai penganut agama Islam malah terlakur budayanya sebagai budaya bangsa Melayu. Kaum Jawi Peranakan ini juga terlibat dalam pengembangan syiar Islam di Tanah Melayu sejak dahulu lagi. Novel ini menarik kerana memperlihatkan orang - orang Melayu yang kaya dan terhormat serta memiliki tanah serta rumah besar di Pulau Pinang, tergadai satu demi satu hartanah mereka kepada bangsa asing yang datang berdagang di Pulau Pinang akibat anak cucu mereka yang leka dan berfoya-foya dengan kemewahan yang mereka warisi. Akhirnya tanah tanahtanah berharga di Pulau Pinang yang asalnya milik orang-orang Melayu-Islam jatuh ke tangan orang bukan Islam dan bangsa asing yang berhijrah ke Pulau Pinang. Novel ini selain 13
Jelajah Pulau Mutiara 2023 Dalam pada itu Aci Patmabi yang mendapat inspirasi daripada tulisan-tulisan Syed Sheikh Al-Hadi dalam majalah Al-Imam yang berjuang untuk menyedarkan orang Melayu agar keluar daripada belenggu kejahilan, khurafat dan maksiat. Novel ini hampir mempunyai persamaan dengan Hikayat Faridah Anum karya Syed Sheikh Al-Hadi yang mengangkat perjuangan wanita dalam era yang sama. Namun novel ini memperlihatkan keasliannya dengan cerita yang berlandaskan sejarah sebenar dengan garapan latar, peristiwa dan watak yang sangat real. Ia mengisahkan tentang Aci Patmabi hidup pada zaman kaum wanita dikurung di rumah, tidak dibenarkan bersekolah, menunggu masa untuk berkahwin dan menyambung tradisi wanita sebagai subjek kepada kaum lelaki dalam budaya patriaki yang tertutup. Namun, Patmabi bangkit dengan kesedaran baharu hasil pembacaannya terhadap tulisan Kaum Muda terutamanya Syed Sheikh Al-Hadi, untuk keluar daripada tradisi yang memundurkan bukan sahaja kaum wanita Melayu malah umat Islam yang dipenuhi kepercayaan khurafat ketika itu. Perjuangan dan perjalanan kehidupan Patmabi inilah yang menjadi penggerak keseluruhan cerita novel ini. Namun, Patmabi bangkit dengan kesedaran baharu hasil pembacaannya terhadap tulisan Kaum Muda terutamanya Syed Sheikh Al-Hadi, untuk keluar daripada tradisi yang memundurkan bukan sahaja kaum wanita Melayu malah umat Islam yang dipenuhi kepercayaan khurafat ketika itu. Perjuangan dan perjalanan kehidupan Patmabi inilah yang menjadi penggerak keseluruhan cerita novel ini. Novel ini menggalurkan kisah yang sangat menarik, menyentuh dan memberikan kesedaran serta pengajaran yang cukup besar kepada bangsa Melayu. Aci Patmabi merupakan tragedi bangsa Melayu yang tergadai bukan sahaja bumi mereka tetapi juga kegemilangan dan maruah mereka akibat tamak, tidak berpegang kepada agama, tidak berpelajaran dan hidup bersuka ria menurut hawa nafsu. Akhirnya tanah-tanah milik orang Melayu di Pulau Pinang menjadi hak bangsa asing dan kegemilangan mereka hancur musnah. Azmi Iskandar Merican memperolehi cerita serta latar kehidupan Melayu Pulau Pinang sekitar awal kurun ke-19 tersebut daripada bondanya, Alahyarhamah Hajah Hilmi Merican. Penggambaran latar kehidupan abad ke-19 ternyata sungguh hidup di tangan Azmi. Perjumpaan masyarakat Jawi Peranakan bagi meraikan doktor Jawi Peranakan yang pertama, Dr Ahmad Osman Merican (tengah, barisan hadapan) 14
Pulau Pinang 15
TAWARAN ISTIMEWA 013-4467889 [email protected] Georgetown, Pulau Pinang ZAHID TRAVEL Ruangan Iklan Travel Magazine Travel Agency MELANCONG.MY DHAFIR HOLIDAY WEST LINK TRAVEL & SERVICES SDN.BHD. 16 Sumber gambar: Google
" R a s a i p e n g a l a m a n b e r a d a d i a t a s a w a n " 17 S u m b e r g a m b a r : G o o g l e
B UKIT B E N D E R A www.bukitbendera.booking.my 18 DISKAUN 30% Sumber gambar: Google
TEROKA PENANG JULAI 2023 Penang Batu Feringgi Fort 19 Street Art Pulau Jerejak Cornwallis Sumber gambar: Google
20 Sumber gambar: Instagram- @funnow.my
21 Sumber gambar: Instagram- @funnow.my
2 2 S u m b e r g a m b a r : I n s t a g r a m - @ f u n n o w . m y
23 S u m b e r g a m b a r : P i n t e r e s t ( f l i c k r , t r a v e l s w i t h s u n , r e c i p e s t a b . b l o g s p o t . c o m , b a k e w i t h p a w s . c o m )
E D I S I 4 J U L A I 2 0 2 3 www.ma j a l ahj e l a j ahma l a y s i a . com J A N G A N R A G U - R A G U J A N G A N S U S A H H A T I , H A M P A M A I P E N A N G C O N F I R M P U A S H A T I ! 2023 JELAJAH