Private & Con dential
ORGANISATIONAL
ANTI CORRUPTION PLAN
KUMPULAN PERAK CORP
2022 - 2024
ISI KANDUNGAN
PERNYATAAN KOMITMEN .............................................................................. 4
1.0 BAB 1: PENDAHULUAN ........................................................................ 5
1.1 LATAR BELAKANG & STRUKTUR ..................................................................... 5
1.1.1 Latar Belakang Syarikat .............................................................................. 5
1.1.2 Struktur Kumpulan Perak Corp ..................................................................... 5
1.1.3 Struktur Pengurusan Kumpulan Perak Corp ..................................................... 6
1.1.4 Pembangunan Hartanah ........................................................................... 6
1.1.5 Pelabuhan & Logistik ................................................................................ 6
1.1.6 Hospitaliti & Pelancongan ........................................................................... 7
1.1.7 Penyelenggaraan & Fasiliti ........................................................................... 7
1.2 LANGKAH PEMAMPATAN INTEGRITI DAN TADBIR URUS KUMPULAN PERAK CORP ........ 8
2.0 BAB 2: ISU DAN CABARAN ..................................................................... 12
2.1 PENGENALAN ........................................................................................... 12
2.2 SENARIO RASUAH MASA HADAPAN ................................................................. 14
2.3 ANALISA PERSEKITARAN DAN PENILAIAN RISIKO ................................................. 16
3.0 BAB 3: KUPASAN DATA .......................................................................... 17
3.1 BIDANG KEUTAMAAN YANG BERISIKO ............................................................. 17
3.1.1 Huraian Data CRM ..................................................................................... 17
3.1.2 Data Dalaman .......................................................................................... 19
3.1.3 Data dari Agensi Luar ................................................................................ 26
4.0 BAB 4: KERANGKA OACP ....................................................................... 27
4.1 GARIS PANDUAN ASAS MEMBINA KERANGKA PELAN ........................................... 27
4.2 KEPERLUAN KERANGKA ORGANISASI .............................................................. 28
4.3 VISI & MISI OACP ...................................................................................... 29
4.3.1 Visi ....................................................................................................... 30
4.3.2 Misi ....................................................................................................... 30
5.0 BAB 5: PELAN TINDAKAN / INISIATIF ....................................................... 31
5.1 Bidang Keutamaan – Pelabuhan & Logistik ........................................................ 31
5.2 Bidang Keutamaan – Pembangunan Hartanah ................................................... 32
5.3 Bidang Keutamaan – Hospitaliti & Pelancongan ................................................... 34
5.4 Bidang Keutamaan – Penyelenggaraan & Fasiliti .................................................. 35
5.5 Bidang Keutamaan – Kewangan & Perolehan ..................................................... 36
5.6 Bidang Keutamaan – Pengurusan & Pentadbiran ................................................. 36
6.0 BAB 6: KAEDAH PEMANTAUAN DAN PENILAIAN ...................................... 39
6.1 Mekanisma Perlaksanaan ............................................................................ 39
6.2 Pemantauan dan Penilaian ........................................................................... 39
6.2.1 Pemantauan ............................................................................................ 39
6.2.2 Penilaian ................................................................................................. 40
6.3 Struktur Tadbir Urus Penilaian Dan Pemantauan OACP Kumpulan Perak Corp 2022-2024 .... 40
6.3.1 Tanggungjawab Dan Peranan Pemegang Taruh ................................................... 41
i. Lembaga Pengarah Kumpulan Perak Corp ........................................................ 41
ii. Jawatankuasa Pembangunan & Penilaian OACP Kumpulan Perak Corp ..................... 41
iii. Sekretariat IGU ......................................................................................... 41
iv. Peneraju Pelan Tindakan ............................................................................. 41
7.0 BAB 7: KESIMPULAN ............................................................................ 42
8.0 PENGHARGAAN ................................................................................... 43
PENYATAAN KOMITMEN
Organisational Anti-Corruption Plan (“OACP”) Kumpulan Perak Corporation Berhad (“Perak Corp”)
2022-2024 dicetuskan untuk menjadi tunjang utama kepada usaha Kumpulan Perak Corp dalam
memerangi rasuah dan seterusnya sebagai pemangkin yang membolehkan Kumpulan Perak Corp
untuk mengorak langkah bagi menjadi sebuah organisasi yang bebas rasuah dan berintegriti tinggi.
Sejajar dengan inisiatif untuk mendukung aspirasi dan kehendak kerajaan Malaysia untuk
memerangi rasuah dan salah laku integriti demi kesejahteraan organisasi, pelan ini dibuat seiring
dengan Objektif Strategik 6.2.1 National Anti-Corruption Plan (“NACP”) yang mewajibkan Badan
Berkanun, Syarikat Milik Kerajaan, Syarikat Terhad Dengan Jaminan dan sektor swasta yang dikawal
selia oleh badan kawal selia untuk membangunkan OACP dengan dibantu sama ada oleh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (“SPRM”), Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah
(“GIACC”) atau Institut Integriti Malaysia (“IIM”).
Sebagai sebuah organisasi yang mempunyai keterlibatan dalam pelbagai cabang industri seperti
pembangunan hartanah, pelabuhan dan logistik, penyelenggaraan dan fasiliti serta hospitaliti dan
pelancongan, sudah tentu Kumpulan Perak Corp akan terdedah dengan pelbagai ancaman risiko
berkaitan rasuah, integriti dan governans. Sekiranya tiada langkah sewajarnya diambil untuk
mengekang ancaman tersebut, ia akan memberi kesan jangka panjang kepada perlaksanaan operasi
syarikat serta boleh membantutkan usaha untuk mencapai visi dan misi yang telah dibuat. Selain
dari itu, keterlibatan dalam gejala rasuah juga akan memberi impak yang buruk di mana ia boleh
menjejaskan imej syarikat dan secara tidak langsung menghakis kepercayaan masyarakat dan
pelabur terhadap Kumpulan Perak Corp.
Justeru itu, melalui pembangunan OACP Kumpulan Perak Corp 2022-2024, bidang-bidang utama
yang berisiko, kawalan sedia ada, inisiatif serta pelan tindakan yang perlu diambil untuk
memastikan risiko-risiko tersebut dapat dikawal telah dikenal pasti. Kaedah pemantauan dan
penilaian yang sesuai juga telah dibangunkan supaya pencapaian perlaksanaan OACP Kumpulan
Perak Corp 2022-2024 dapat diukur dari segi keberkesanannya, dan dinilai semula sekiranya
terdapat keperluan untuk melakukan penambahbaikan terhadap inisiatif dan pelan tindakan yang
telah dikenal pasti.
Diharapkan, dengan adanya OACP Kumpulan Perak Corp 2022-2024 yang menyeluruh ini, ianya
dapat membantu usaha syarikat dalam menangani ancaman rasuah, memperkasakan nilai integriti
di kalangan warga kerja serta memastikan urusan kerja yang telus.
OACP KUMPULAN PERAK CORP 2022-2024 4
1.0 BAB 1: PENDAHULUAN
1.1 LATAR BELAKANG & STRUKTUR
OACP Kumpulan Perak Corp 2022-2024 adalah merupakan satu pelan antirasuah untuk tempoh tiga
(3) tahun yang dibangunkan sebagai salah satu usaha syarikat dalam melaksanakan inisiatif untuk
memerangi rasuah dan memupuk budaya integriti di kalangan warga kerja yang merangkumi aspek
tadbir urus, integriti dan antirasuah yang melibatkan bidang dan aktiviti proses kerja yang telah
dikenal pasti berdasarkan keutamaan. Pelbagai inisiatif dan penambahbaikan berterusan khususnya
melibatkan prosedur kerja dan tadbir urus kerja telah diperkenalkan melalui pelan ini sebagai bukti
komitmen pihak pengurusan secara keseluruhannya ke arah membentuk budaya kerja berintegriti
dan bebas rasuah.
1.1.1 Latar Belakang Syarikat
Kumpulan Perak Corp adalah sebuah syarikat yang telah ditubuhkan pada tahun 1991, di mana
Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (“PKNPk) merupakan pemegang saham terbesar sebanyak
52.9%.
Sebagai salah satu anak syarikat utama bagi PKNPk, Kumpulan Perak Corp berfungsi untuk menjadi
pemangkin dalam memacu pembangunan ekonomi di negeri Perak Darul Ridzuan. Perusahaan
utama Kumpulan Perak Corp terdiri daripada tiga sektor penting iaitu pembangunan hartanah,
pelabuhan dan logistik, dan hospitaliti dan pelancongan.
1.1.2 Struktur Kumpulan Perak Corp
OACP KUMPULAN PERAK CORP 2022-2024 5
1.1.3 Struktur Pengurusan Kumpulan Perak Corp
Ketua Pegawai
Eksekutif Kumpulan
Jawatankuasa Ketua Divisyen Ketua Divisyen Jawatankuasa
Pengurusan Risiko Pengurusan Risiko Audit Dalaman Audit
Ketua Divisyen
Ketua Pegawai Integriti & Governans
Kewangan
Ketua Divisyen Ketua Divisyen Ketua Divisyen Ketua Operasi
Perundangan & Sumber Manuasia Pembangunan Hotel &
kesetiusahaan
& Pentadbiran Hartanah Pelancongan
korporat
Ketua Pegawai Ketua Pegawai Operasi
Eksekutif Lumut Meru Raya Park
Maritime Terminal Sdn Bhd
Sdn Bhd
1.1.4 Pembangunan Hartanah
Sebagai tunjang kepada pelan pembangunan PKNPk, Kumpulan Perak Corp giat dalam
pembangunan perbandaran dan komuniti di Perak.
Menyedari peranannya, Kumpulan Perak Corp sentiasa mencari jalan terbaik untuk membangun
dan memperkasakan pertumbuhan pasaran hartanah di negeri Perak, baik dari segi nilai mahupun
kuantiti. Ini membuka jalan kepada lebih banyak ruang dan peluang komersial serta meningkatkan
kestabilan harta kediaman, terutamanya dalam penyediaan rumah mampu milik.
1.1.5 Pelabuhan & Logistik
Melalui Lumut Maritime Terminal Sdn. Bhd. (“Lumut Port”), Perak Corp memiliki dan
mengendalikan sebuah pelabuhan bersepadu termasuk perkhidmatan tuggage, pilotage, berthing,
stevedorage, pengendalian kargo, penyimpanan dan perkhidmatan sampingan.
Buat masa ini, Lumut Port sedang dalam usaha memperkembangkan lagi operasinya untuk
meningkatkan kapasiti pengendalian kargo. Di samping itu, tahap automasi yang lebih tinggi dalam
pengurusan dan perkhidmatan pelabuhan juga sedang direalisasikan untuk mencapai objektif
perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan kepada pelanggan.
OACP KUMPULAN PERAK CORP 2022-2024 6
1.1.6 Hospitaliti & Pelancongan
Sebagai sebuah negeri yang mempunyai pelbagai tempat tumpuan pelancong, secara
keseluruhannya, industri perhotelan di negeri Perak mempunyai lebih daripada 12,000 bilik secara
keseluruhan. Secara puratanya, kebanyakan hotel di negeri Perak menghadapi kadar tempahan bilik
yang tinggi terutamanya pada hujung minggu dan semasa musim cuti.
Dalam mendukung matlamat negeri Perak dalam industri pelancongan, pembangunan hotel dan
penjenamaan semula rumah rehat kerajaan menjadi tumpuan utama di bawah sektor hospitaliti
dan pelancongan Kumpulan Perak Corp.
Kumpulan Perak Corp berbangga kerana memiliki jenama hotel sendiri, iaitu Casuarina, di mana
pada masa ini, sebanyak tiga hotel di bawah jenama Casuarina telah beroperasi sepenuh masa iaitu
Casuarina @ Meru, Casuarina @ Kuala Kangsar dan Casuarina @ Pangkor. Oleh itu, ini akan
meningkatkan lagi kemudahan hotel di negeri Perak dan membolehkan Kumpulan Perak Corp
memanfaatkan potensi besar di dalam pasaran perhotelan.
Di samping itu, Kumpulan Perak Corp juga memiliki dan mengendalikan Casuarina Temenggor 1,
sebuah houseboat yang beroperasi di Tasik Temenggor, Perak.
1.1.7 Penyelenggaraan & Fasiliti
Meru Raya Park Sdn. Bhd. (“Meru Raya Park”) telah dibangunkan pada bulan Ogos tahun 2020
sebagai syarikat yang membekalkan perkhidmatan penyelenggaraan dan pengurusan fasiliti & aset
untuk Kumpulan Perak Corp.
Objektif penubuhan syarikat adalah untuk menjadi pembekal perkhidmatan yang terbaik untuk
sektor pelabuhan, bisnes, pengurusan asset, pengurusan projek dan perkhidmatan. Antara segmen
utama perniagaan adalah untuk mengendalikan pengurusan asset, penyelenggaraan bangunan dan
pengurusan projek sama ada pembinaan atau pembangunan perniagaan yang baru.
OACP KUMPULAN PERAK CORP 2022-2024 7
1.2 LANGKAH PEMAMPATAN INTEGRITI DAN TADBIR URUS KUMPULAN PERAK CORP
Dalam usaha kerajaan untuk menjadikan negara kita ke arah status negara maju dan berpendapatan
tinggi, agenda dalam membanteras rasuah di peringkat negara telah diberikan perhatian yang
utama oleh kerajaan Malaysia. Selaras dengan agenda ini, beberapa inisiatif utama telah
diperkenalkan di peringkat nasional bermula dengan Pelan Integriti Nasional (“PIN”) 2004, Pelan
Transformasi Kerajaan (“GTP”) 2010, Pelan Transformasi Kerajaan 2.0 (“GTP 2.0”) 2013, dan yang
terkini NACP 2019-2023.
Sejajar dengan langkah yang telah diambil di peringkat nasional, Kumpulan Perak Corp telah
menyahut seruan kerajaan Malaysia untuk membendung gejala rasuah dan salah guna kuasa di
peringkat organisasi. Sehubungan itu, Kumpulan Perak Corp telah mengambil beberapa langkah
pendekatan yang selari dengan matlamat syarikat untuk menjadi organisasi berintegriti tinggi dan
bebas rasuah, antaranya seperti berikut:
i. Penubuhan Unit Integriti & Governans (“IGU”) Kumpulan Perak Corp
IGU Kumpulan Perak Corp telah ditubuhkan pada 26 November 2020. Objektif utama penubuhan
IGU Kumpulan Perak Corp adalah untuk mengintegrasikan semua langkah-langkah yang berkaitan
dengan anti rasuah, integriti dan governans di bawah satu unit supaya sebarang rancangan, modul,
program dan strategi dapat dilaksanakan secara fokus dan teratur bagi memastikan penginstitusian
integriti, langkah pencegahan, pematuhan dan pengesanan salah laku boleh dikuatkuasakan
dengan cara yang cekap dan berkesan.
Terdapat empat (4) unit utama di bawah IGU Kumpulan Perak Corp iaitu pengurusan aduan,
pengesanan dan pengesahan, pengukuhan integriti dan governans.
ii. Penambahbaikan Polisi Pemberi Maklumat Kumpulan Perak Corp
Polisi Pemberi Maklumat Kumpulan Perak Corp telah ditambah baik dan dikemaskini pada 26
November 2020. Antara penambahbaikan yang telah dilakukan adalah seperti berikut:
Polisi asal Penambahbaikan
Email rasmi saluran aduan pemberi maklumat Email rasmi saluran pemberi maklumat
boleh diakses oleh seorang Ahli Lembaga hanya boleh diakses oleh Ketua IGU
Pengarah yang ditetapkan, Ketua Divisyen Kumpulan Perak Corp.
Pengurusan Risiko dan Ketua Divisyen Sumber
Manusia dan Pentadbiran.
OACP KUMPULAN PERAK CORP 2022-2024 8
Polisi asal Penambahbaikan
Laporan yang dibuat hasil dari aduan yang Laporan yang dibuat hasil dari aduan yang
diterima akan dibentangkan kepada diterima akan dibentangkan terus kepada
Jawatankuasa Pemberi Maklumat yang terdiri Jawatankuasa Audit di peringkat Lembaga
dari seorang Ahli Lembaga Pengarah yang Pengarah Kumpulan Perak Corp.
ditetapkan, Ketua Divisyen Pengurusan Risiko
dan Ketua Divisyen Sumber Manusia dan
Pentadbiran.
Penambahbaikan ini dibuat bagi memastikan ketelusan sistem aduan serta menambahkan
keyakinan bakal pemberi maklumat untuk membuat aduan berkenaan dengan salah laku.
iii. Ceramah Seksyen 17A Akta SPRM 2009 kepada warga kerja Kumpulan Perak Corp serta
pembekal, syarikat usaha sama, kontraktor, konsultan serta perunding syarikat.
Ceramah Seksyen 17A Akta SPR M 2009 adalah wajib ke atas setiap warga kerja Kumpulan Perak
Corp termasuk pembekal, syarikat usaha sama, kontraktor, konsultan serta perunding syarikat.
Ceramah ini dibuat bagi menerapkan pemahaman ke atas Seksyen 17A Akta SPRM 2009 serta
implikasinya ke atas syarikat dan ianya dibuat secara berterusan.
iv. Bengkel Corruption Risk Management (“CRM”)
Kumpulan Perak Corp telah mengikuti bengkel CRM anjuran Malaysian Anti-Corruption Academy
(“MACA”) pada April 2021. Bengkel ini adalah untuk membantu Kumpulan Perak Corp
membangunkan CRM.
v. Bengkel OACP
Kumpulan Perak Corp telah mengikuti bengkel OACP anjuran MACA pada Oktober 2021. Bengkel ini
adalah untuk membantu Kumpulan Perak Corp membangunkan OACP.
vi. Ceramah Anti-Rasuah kepada warga kerja Kumpulan Perak Corp.
Ceramah ini adalah sebahagian dari usaha berterusan IGU Kumpulan Perak Corp bagi memastikan
pemahaman warga kerja Kumpulan Perak Corp tentang gejala rasuah terutamanya punca dan kesan
rasuah ke atas individu dan syarikat.
OACP KUMPULAN PERAK CORP 2022-2024 9
Ceramah Anti-Rasuah kepada warga kerja Kumpulan Perak Corp.
OACP KUMPULAN PERAK CORP 2022-2024 10
vii. Kempen anti rasuah dan pengukuhan integriti melalui sebaran buletin
IGU Kumpulan Perak Corp telah mengambil inisiatif untuk memberi kesedaran dan pengetahuan
berkenaan anti rasuah dan pengukuhan integriti warga kerja Kumpulan Perak Corp melalui seba-
ran buletin secara bulanan. Buletin pertama telah diterbitkan pada Julai 2020.
BULETIN Julai 2021 Ogos 2021 September 2021
14/07/2021 Rabu IGU BULETIN IGU BULETIN IGU
Buletin IGU 1/2021 25/08/2021 Rabu Buletin IGU 2/2021 22/09/2021 Rabu Buletin IGU 3/2021
APA ITU MEMBUDAYAKAN INTEGRITI TUNTUTAN
DALAM KEHIDUPAN
RASUAH? PALSU
Penerimaan atau pemberian suapan Sementara kamus dwibahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
sebagai upah atau dorongan untuk SXOD PHQGHƓQLVLNDQ LQWHJULWL VHEDJDL NHMXMXUDQ NHWXOXVDQ 'HƓQLVL
seseorang individu kerana melakukan atau kesempurnaan dan keutuhan. Tuntutan palsu berlaku apabila seseorang
Sebagai contoh, seorang kontraktor tidak melakukan sesuatu perbuatan yang Ini bermaksud integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga individu menggunakan atau mengemukakan
telah menghadiahkan hadiah yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang apa-apa tuntutan yang mempunyai butiran
bernilai ribuan ringgit kepada terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, kepada prinsip,tidak mudah dipengaruhi,boleh dipercayai,boleh atau maklumat palsu dengan niat untuk
seorang pekerja kerana telah pegang cakapnya dan lain-lain. memperdayakan jabatan/majikan (Prinsipal).
meluluskan projek kepada syarikat perkhidmatan,jawatan,upah,diskaun. Dalam erti kata lain, integriti adalah semua nilai-nilai murni yang Menurut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (“SPRM”) 2009, kesalahan membuat tuntuan
milik kontraktor berkenaan. perlu ada pada setiap individu atau organisasi. SDOVX DGDODK GLGHƓQDVLNDQ VHSHUWL EHULNXW
Pembahagian Integriti
JENISJENIS RASUAH/SUAPAN? “If youloseyourintegrity,you’velosteverything."LarryGelwix Sebenarnyapenggunaanintegritimerangkumitatakelakuanyang “Kesalahan dengan maksud untuk memperdayakan prisipal oleh ejen – Seseorang melakukan kesalahan jika dia
melibatkan isu-isu nilai, etika dan pegangan agama seseorang. memberi seseorang ejen, atau sebagai seorang ejen dia menggunakan, dengan niat hendak memperdayakan
Apa yang kita boleh tafsirkan dengan ayat di atas? Secara ringkasnya, integriti boleh di bahagikan kepada dua prinsipalnya, apa-apa resit, akaun atau dokumen lain yang berkenaan dengannya prinsipal itu mempunyai kepentingan,
Kenapa integriti itu begitu penting sekali sehingga adanya bahagianiaituintegritiindividudanintegriti organisasi. dan yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai mengandungi apa-apa pernyataan yang palsu atau silap atau tidak
pepatah seperti di atas? Integriti individu merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang lengkap tentang apa-apa butir matan, dan yang dimaksudkan untuk megelirukan prinsipalnya.”
Apa maksud integriti? wujud dalam kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada
Kita sering mendengar di pelbagai peringkat menyebut prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral CONTOH
perkataan integriti. Dari borak kosong di kedai kopi tinggi. Ini bermakna, integriti ialah keselarasan di antara tindakan A. Syarikat pembekal yang dilantik telah menghantar
sehinggalah ke perbahasan Parlimen oleh ahli-ahli politik, dengan prinsip moral, etika dan undang-undang serta keselarasan EDUDQJ WLGDN PHQJLNXW VSHVLƓNDVL GDQ NXDQWLWL
semuanya berbicara berkenaan integriti. Adakah kita sendiri di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. seperti yang dinyatakan dalam kontrak bekalan.
faham akan makna atau maksud yang terkandung di dalam Integriti organisasi pula tercermin dalam perumusan dan Seorang individu pula telah bersubahat dengan
perkataan integriti tersebut?. perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses mengesahkan barang-barang itu diterima
Perkataan ‘integriti’ dalam bahasa Melayu dipinjam daripada kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika sepenuhnya walaupun mengetahu perkara tersebut
perkataan ‘integrity’ dalam bahasa Inggeris yang mempunyai berkenaan ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota tidak benar.
makna generic ‘the quality of being honest and having strong organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya
moral principles’. menjadi budaya organisasi (corporate culture). B. Seorang individu telah mengemukakan tuntutan elaun
makan kepada ketua unitnya berhubung suatu program
INTEGRITI & GOVERNANS UNIT PERAK CORP UNIT INTEGRITI & GOVERNANS kemasyarakatan yang dihadiri olehnya sedangkan program
tersebut menyediakan makanan untuk semua peserta.
UNIT INTEGRITI & GOVERNANS
BULETIN Oktober 2021 BULETIN November 2021 BULETIN Disember 2021
21/10/2021 Khamis IGU 26/11/2021 Jumaat IGU 24/12/2021 Jumaat IGU
Buletin IGU 4/2021 Buletin IGU 5/2021 Buletin IGU 6/2021
SALAH GUNA KUASA MELAPORKAN AMALKAN NILAI
TRANSAKSI INTEGRITI
UNTUK SUAPAN RASUAH ADALAH DALAM
KEWAJIPAN ANDA K E H I D U PA N
'HƓQLVL NORMA BAHARU
Salah guna kuasa untuk suapan adalah antara empat SITUASI 1: APABILA ANDA DITAWARKAN UNTUK MENERIMA SUAPAN DARI SESEORANG, ANDA WAJIB MELAPORKAN
kesalahan utama yang disenaraikan dalam Akta SPRM TAWARAN TERSEBUT KEPADA PIHAK BERKUASA SEPERTI YANG DIPERUNTUKKAN DI DALAM AKTA SPRM 2009;
2009. Kesalahan ini berlaku apabila seseorang yang
mempunyai jawatan atau kedudukan di dalam Seksyen 25 (1) ASPRM 2009: JIKA ANDA GAGAL MELAPOR TAWARAN UNTUK MENERIMA 1 September, 2021 -
organisasi dan menggunakan kelebihan jawatan atau Mana- mana orang yang diberi, dijanjikan, atau ditawarkan, SUAPAN, ANDA BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 25 (2) Berdasarkan kenyataan Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin,
kedudukan tersebut untuk mendapatkan suapan apa-apa suapan dengan melanggar mana-mana peruntukan AKTA SPRM 2009 SEPERTI BERIKUT: “kita harus menerima hakikat bahawa sekalipun
berhubung sesuatu perkara, di mana dia, saudara atau Akta ini hendaklah melaporkan pemberian,janji atau tawaran kita berjaya mengawal pandemik ini, kita juga
sekutunya mempunyai kepentingan. itu, beserta dengan nama, jika diketahui, orang yang DENDA : Tidak lebih RM100,000 perlu bersedia untuk menerima kenyataan bahawa
memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan itu PENJARA : Tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya akan tiba masanya nanti COVID-19 menjadi
Menurut Seksyen 23 Akta SPRM 2009, kesalahan penyalahgunaan kuasa kepadanya kepada pegawai Suruhanjaya atau pegawai polis sekali endemik dan oleh itu, kita mesti mengambil
berlaku seperti berikut: yang paling hampir. langkah-langkah untuk hidup bersama virus ini”
“Mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau
kedudukannya untuk apa-apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya SITUASI 2: SEKIRANYA ANDA DIMINTA UNTUK MEMBERI SUAPAN KEPADA SESEORANG, ANDA JUGA WAJIB MELAPORKAN Perak Corp melihat bahawa penularan covid 19 memberi impak yang besar kepada perubahan sistem atau cara bekerja bagi kebanyakan
atau sekutunya.” KEPADA PIHAK BERKUASA SEPERTI YANG DIPERUNTUKKAN DI DALAM AKTA SPRM 2009; individu dan syarikat tidak kira di sektor kerajaan ataupun swasta. Penularan Covid-19 tidak boleh dielakkan walaupun kita telah lengkap
Tafsiran “pegawai badan awam” di dalam Seksyen 3 Akta SPRM 2009, juga divaksinasi kerana risiko jangkitan masih ada dan boleh didapati melalui keluarga terdekat ataupun orang di sekeliling kita.
meliputi mana-mana syarikat atau syarikat subsidiari yang mempunyai kawalan Seksyen 25 (3) ASPRM 2009 JIKA ANDA GAGAL MELAPOR PERMINTAAN UNTUK MEMBERI Justeru, setiap pekerja haruslah mempunyai nilai-nilai integriti di dalam menjalani norma-norma baharu di tempat kerja untuk memastikan
dan kepentingan oleh anak syarikat kerajaan sesuatu negeri. Mana-mana orang yang daripadanya suapan telah diminta SUAPAN, ANDA BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 25 (4) jangkitan tidak berlaku di kalangan pekerja-pekerja.
Maka,sekiranya berlaku kesalahan salah guna kuasa oleh mana - mana warga kerja atau diperoleh, atau suatu percubaan telah dibuat untuk AKTA SPRM 2009 SEPERTI BERIKUT:
Kumpulan Perak Corporation Berhad yang didapati bersalah di bawah peruntukan memperoleh suapan itu, hendaklah seawalnya yang
Seksyen 23Akta SPRM 2009 dan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 24 mungkin selepas itu melaporkan dengan butiran yang DENDA : Tidak lebih RM10,000
Akta SPRM 2009. lengkap dan benar kepada pegawai Suruhanjaya atau PENJARA : Tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya
pegawai polis yang hampir. sekali
JIKA DIDAPATI BERSALAH KERANA PENYALAHGUNAAN PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU
KUASA, BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 24 AKTA RTAOSLUAAKH DI TEMPAT KERJA
SPRM 2009 SEPERTI BERIKUT:
Hukuman penjara tidak melebihi tempoh 20 tahun; DAN
Dikenakan denda lima kali ganda nilai suapan atau
paling minimum RM 10,000, mana yang lebih tinggi.
UNIT INTEGRITI & GOVERNANS UNIT INTEGRITI & GOVERNANS UNIT INTEGRITI & GOVERNANS
OACP KUMPULAN PERAK CORP 2022-2024 11