32 Tandakan ( ) pada tingkah laku penumpang yang selamat dan tandakan ( ) pada tingkah laku penumpang yang tidak selamat. HP PKJR: 6.4.1 Aktiviti 27 Beberapa orang penumpang sedang beratur untuk menaiki bas. Dua orang penumpang berdiri di pintu bas sebelum bas berhenti. Kita perlu menggunakan bahu jalan semasa menaiki kereta dan turun dari kereta. Azim membuka pintu sebelum bapanya memberhentikan kereta. Beberapa orang murid berebut untuk menaiki bas sekolah.
33 km/j Alat untuk menahan pemandu dan penumpang daripada terhumban ke hadapan dalam perlanggaran atau semasa membrek kecemasan. Pakaian atau peralatan yang boleh melindungi pemandu atau penumpang daripada impak stereng atau panel kenderaan. Contoh: beg udara dan topi keledar motosikal atau basikal. Arah pergerakan trafik atau kenderaan di jalan raya. Pembahagi jalan yang bertujuan untuk membahagi laluan jalan kepada dua arah berlainan. Batas kebun boleh mempunyai objek seperti tiang lampu, pokok atau tanaman rimbun. Bahagian tepi jalan raya yang merupakan kaki lima pembahagi jalan atau bahu jalan yang bertemu dengan jalan raya. Bebendul biasanya diperbuat daripada konkrit dan berfungsi sebagai tulang untuk perparitan jalan raya yang baik. Bebendul juga berfungsi untuk meningkatkan keselamatan, iaitu dengan memastikan pemandu kenderaan bermotor memandu jauh dari bahu jalan, pembahagi jalan atau kaki lima. Beg daripada fabrik nilon yang nipis dan terlipat di dalam stereng atau papan pemuka. Beg udara juga terdapat pada pintu atau tempat duduk penumpang sebagai tambahan kepada ciri keselamatan jika dilanggar dari arah sisi. Jika berlaku kemalangan, beg udara akan menggelembung dan mengempis dalam masa kurang daripada sesaat (sekitar 0.05 saat). Proses ini memperlahankan pergerakan ke hadapan pemandu dan penumpang serta mengurangkan kecederaan serius. Alat penenang trafik berupa binaan yang agak tinggi sedikit daripada permukaan jalan raya yang bertujuan untuk memaksa pemandu memperlahankan kelajuan kenderaan, terutamanya di kawasan perumahan atau sekolah. Jalan berbentuk lingkaran yang membolehkan trafik bergerak lancar dalam satu arah. Mengancingkan dan mengetatkan tali keledar mengikut kesesuaian pemakai bagi mengelakkan kecederaan sekiranya berlaku kemalangan. Garisan berwarna putih di jalan raya yang berfungsi sebagai pembahagi lorong. Istilah Maksud Alat penahan Alat perlindungan Aliran lalu lintas Batas kebun Bebendul Beg udara Bonggol Bulatan Dikancingkan dan dilaraskan Garis median
34 Garisan berupa tanda anak panah di atas permukaan jalan yang berfungsi sebagai penunjuk arah lalu lintas. Kadar kelajuan yang ditetapkan untuk dipatuhi oleh pemandu kenderaan. Biasanya dipaparkan di papan tanda atau badan kenderaan berat. Simbol berupa orang berwarna hijau yang terdapat pada lampu isyarat pejalan kaki. Pejalan kaki hanya boleh melintas apabila imej orang hijau pada lampu isyarat pejalan kaki bernyala dan trafik telah berhenti. Simbol berupa orang berwarna merah yang terdapat pada lampu isyarat pejalan kaki. Pejalan kaki dilarang melintas apabila imej orang merah pada lampu isyarat pejalan kaki bernyala. Gerakan tangan bagi menunjukkan isyarat tertentu oleh anggota polis trafik yang bertugas mengawal lalu lintas di jalan raya. Pakaian keselamatan yang memantulkan cahaya. Jalan yang terdapat dalam kawasan bandar. Jalan ini menghubungkan bandar kecil dengan bandar kecil yang lain. Jalan yang terdapat di kawasan kampung. Jalan yang menghubungkan dua buah negeri yang dibina melalui pembiayaan kerajaan negeri. Jalan raya yang menghubungkan bandar-bandar utama antara negeri. Contoh: jalan yang menghubungkan Kuantan dengan Kota Bharu. Jambatan jalan raya yang dibina merentasi atau melangkaui sebatang jalan lain. Jambatan untuk pejalan kaki melintas jalan, biasanya dibina di atas jalan raya yang sibuk. Kenderaan berat. Kenderaan berat yang beroda rantai. Contoh: kereta perisai dan jentolak. Kenderaan berat beroda besar. Contoh: jentera kaut dan traktor. Istilah Maksud Garisan penanda jalan Had laju kenderaan Imej orang hijau Imej orang merah Isyarat tangan polis Jaket pemantul cahaya Jalan bandaran Jalan kampung Jalan negeri Jalan persekutuan Jejambat Jejantas Jentera Jentera berantai Jentera beroda
35 Logam, kayu, tulang atau plastik, berbingkai segi empat atau lengkung yang dipasang pada tali keledar untuk keselamatan. Keadaan dapat melihat sesuatu pada waktu malam atau waktu kurang pencahayaan akibat faktor masa atau cahaya. Kenderaan yang disediakan untuk kemudahan orang ramai. Kenderaan bermotor yang beratnya bersamaan dengan muatan melebihi lima tan seperti bas, lori dan sebagainya. Kenderaan pengangkutan bergerabak yang bergerak di atas rel dengan menggunakan kuasa elektrik atau ditarik oleh kepala gerabak. Contoh: LRT, ERL dan kereta api. Kenderaan yang bergerak di darat. Kenderaan yang dimiliki oleh individu atau milik sendiri. Keadaan yang disebabkan oleh kenderaan yang sangat banyak di jalan raya dan menyebabkan pergerakan trafik kurang lancar. Kesukaran pengguna jalan raya melihat sesuatu dengan jelasnya disebabkan faktor cuaca atau masa. Bahagian kenderaan yang boleh menjadikan kenderaan lengkap atau sempurna. Laluan yang boleh digunakan secara bersama-sama oleh penunggang basikal dan pejalan kaki. Laluan yang disediakan khusus untuk kegunaan pejalan kaki. Laluan pada sebahagian daripada jalan raya yang dikhaskan untuk kegunaan kenderaan beroda dua. Alat penunjuk bagi menandakan aturan dan masa yang selamat untuk melepasi simpang jalan, sama ada memandu terus, belok ke kanan atau ke kiri atau membuat pusingan U. Lampu isyarat yang mempunyai imej orang hijau dan imej orang merah yang digunakan oleh pejalan kaki sebagai isyarat melintas jalan. Istilah Maksud Kancing Kebolehlihatan Kenderaan awam Kenderaan berat Kenderaan darat Kenderaan persendirian Kesesakan trafik Ketidakbolehlihatan Komponen kenderaan Laluan kongsi Laluan pejalan kaki Laluan sikal Lampu isyarat Lampu isyarat pejalan kaki Kenderaan berel
36 Istilah Maksud Lawan arah trafik Lebuh raya Lintasan pejalan kaki Lintasan pejalan kaki berisyarat Lopak Lintasan sekolah Momentum Pad lutut Pad siku Parkir Pelaras tempat duduk Pelekat pemantul cahaya Pembahagi jalan Pembonceng Penanda jalan Arah pergerakan pejalan kaki atau kenderaan tertentu yang berlawanan dengan pergerakan arus semasa. Jalan raya utama yang lebar, biasanya menghubungkan sebuah bandar dengan bandar lain. Kawasan khas yang dicat dengan jalur belang putih atau kuning secara melintang di atas jalan raya untuk menjadi tempat pejalan kaki melintas dengan selamatnya. Lintasan pejalan kaki yang mempunyai set lampu isyarat pejalan kaki. Kawasan khas yang dicat dengan jalur belang putih atau kuning secara melintang di atas jalan raya untuk menjadi tempat kanak-kanak sekolah melintas dengan selamatnya. Lazimnya, lintasan ini dikawal oleh petugas atau peronda lintasan sekolah. Lekuk yang berair. Daya yang mendorong pergerakan sesuatu. Pelapik yang lembut untuk melindungi bahagian lutut. Pelapik yang lembut untuk melindungi bahagian siku. Tempat yang dikhususkan untuk meletakkan kenderaan. Sejenis tempat duduk kanak-kanak yang boleh dilaraskan mengikut kesesuaian dan saiz badan untuk keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan. Alat yang digunakan untuk membalikkan cahaya kepada pemandu kenderaan lain pada waktu malam. Ruang pemisah antara dua aliran trafik yang bertentangan di bahagian tengah jalan raya atau lebuh raya. Pembahagi jalan terdiri daripada tembok konkrit, rel adang ataupun ruang tanah kosong yang lapang. Orang yang duduk di bahagian belakang penunggang motosikal. Simbol-simbol trafik yang terdapat pada permukaan jalan raya yang mesti dipatuhi untuk mengawal, memberikan amaran dan panduan kepada pengguna jalan raya.
37 Pengenaan cahaya langsung ke arah objek yang perlu diterangi. Orang yang bertugas mengawal selia aliran lalu lintas supaya bergerak lancar dan selamat. Orang yang menunggang kenderaan beroda dua atau tiga seperti motosikal dan basikal. Objek atau kelengkapan yang dipasang di jalan raya untuk tujuan tertentu. Contoh: batas kebun, pasu bunga dan pulau pelindung. Amalan keselamatan yang boleh meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya semasa menggunakan ataupun berada di jalan raya. Tempat yang dikhaskan untuk bas berhenti bagi mengambil atau menurunkan penumpang. Individu yang bertugas meronda di kawasan lintasan sekolah dengan memakai pakaian seragam yang diluluskan oleh ketua pegawai polis dan diberikan kuasa untuk menahan atau memberhentikan kenderaan bagi membolehkan murid melintas. Keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas yang terdapat di jalan raya. Contoh: lampu jalan, terowong dan lintasan pejalan kaki. Kawasan simpanan di tengah-tengah jalan raya. Lazimnya, dibina di kawasan jalan raya yang lebar atau tiada lampu isyarat untuk membolehkan pejalan kaki berhenti sebelum melintas jalan. Rel keluli atau kabel keluli yang dipasang bagi mengelakkan pemandu daripada terbabas. Jalan yang berkelok, berbelok atau berliku. Alat pengesan untuk mengesan sebarang objek yang berdekatan supaya pemandu berwaspada sewaktu mengundurkan kenderaan. Jalan yang melencong, bercabang atau berpisah dari jalan yang lurus. Panduan yang menggariskan ciri keselamatan yang diguna pakai untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya. Istilah Maksud Pencahayaan Pengawal trafik Penunggang Perabot jalan raya Peraturan jalan raya Perhentian bas Peronda lintasan sekolah Prasarana jalan raya Pulau pelindung/ Pelindung pejalan kaki Rel adang Selekoh Sensor undur Simpang Standard keselamatan
38 Istilah Maksud Tali pinggang ikatan pinggang Tali pinggang keledar Tanda isyarat lalu lintas Tempat duduk bayi Tempat duduk kanak-kanak Topi keledar Undang-undang jalan raya Waktu puncak Alat penahan yang terdapat di bahagian tengah tempat duduk belakang kenderaan. Alat ini dipasang di pinggang dan boleh diketatkan atau dilonggarkan mengikut kesesuaian dan keselesaan. Alat penahan yang dipakai oleh pemandu dan penumpang kenderaan untuk mengelakkan pergerakan yang berbahaya akibat perlanggaran atau pemberhentian secara mengejut. Simbol atau lambang yang terdapat di jalan raya termasuklah semua isyarat, tiang isyarat amaran, tiang tunjuk arah, garisan atau peranti lain bagi arahan atau petunjuk kepada pemandu dan pengguna jalan raya. Tanda isyarat ini berfungsi sebagai isyarat keselamatan jalan raya kepada pemandu dan pengguna jalan raya untuk memberikan panduan dan peringatan agar mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya. Tempat duduk yang dikhususkan untuk bayi di dalam kenderaan yang berfungsi melindungi bayi daripada terhumban ke hadapan sekiranya berlaku hentakan atau perlanggaran. Tempat duduk bayi perlu dipasangkan dengan kemasnya di bahagian kerusi penumpang belakang. Tempat duduk yang dikhususkan untuk kanak-kanak berfungsi untuk melindungi kanak-kanak daripada terhumban ke hadapan. Alat keselamatan berbentuk seperti kerusi ini perlu dipasangkan dengan kemasnya di tempat duduk penumpang belakang. Topi keselamatan yang dipakai oleh penunggang dan pembonceng motosikal dan basikal. Akta atau peraturan yang mewajibkan suatu perlakuan di jalan raya yang telah diputuskan melalui parlimen. Perlanggaran terhadap undang-undang jalan raya boleh dikenakan saman. Waktu lalu lintas yang paling sibuk.
39 KENDERAAN DILARANG MASUK DILARANG BELOK KE KIRI DILARANG MEMBUNYIKAN HON DILARANG BELOK KE KANAN DILARANG BERHENTI Lampiran Tanda Isyarat Lalu Lintas DILARANG BERPUSING BALIK
40 KENDERAAN MELEBIHI – METER LEBAR DILARANG MASUK KAWASAN LEMBU MELINTAS KENDERAAN MELEBIHI – TAN DILARANG MASUK ORANG BUTA MELINTAS BONGGOL Lampiran Tanda Isyarat Lalu Lintas BERI LALUAN
41 SIMPANG TIGA TANDA ARAH SELEKOH KE KIRI JALAN DUA HALA SIMPANG EMPAT TANDA ARAH SELEKOH KE KANAN JALAN LICIN Lampiran Tanda Isyarat Lalu Lintas
42 ZON HAD LAJU SEKOLAH 30KM/J BERHATI-HATI HOSPITAL HALANGAN DI HADAPAN TEMPAT MELETAK KENDERAAN DIBENARKAN BERPUSING BALIK Lampiran Tanda Isyarat Lalu Lintas