The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by weephekhun, 2022-03-27 11:56:53

PKJR tahun 4

pkjr tahun 4

RM2.50
BA294001



RUKUN NEGARA

Bahawasanya Negara Kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokrasi;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia,
berikrar akan menumpukan

seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

(Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)

dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Buku Panduan Guru Tahun

4

Kementerian Pengangkutan Malaysia
dan

Kementerian Pendidikan Malaysia
Kuala Lumpur
2018

KEMENTERIAN KEMENTERIAN Penghargaan
PENDIDIKAN PENDIDIKAN
MALAYSIA MALAYSIA

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
MALAYSIA

No. Siri Buku: 0162 Penghasilan buku aktiviti ini melibatkan usaha

IKSKB3N6937-282-91-6073-052506151--2575-64K5-E2M7-2E0N101TERIKAENMENTdsaeEmnRgaIaaAnnNtaKraemKeemnetenrtiearnianPPeenndgaidnigkakuntanMMaalalayyssiaia.
Cetakan Pertama 2018 PENDIDIKANPENDIDJIaKbaAtaNn Keselamatan Jalan Raya Malaysia selaku
© Kementerian PendidikManAMLalAayYsSiaIA2018MALAYSpIAemilik Projek Semakan dan Pembangunan Semula
Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, semua pihak yang telah berusaha dan bekerjasama
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, untuk menyempurnakan penghasilan buku ini.
ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih
cara, baik dengan cara bahan elektronik, mekanik, ditujukan kepada semua yang berikut:
penggambaran semula mahupun dengan cara

perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu Kementerian Pengangkutan Malaysia
daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,

Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan • Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya
tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.
Malaysia (MIROS)

Penerbit Bersama: • Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)

Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,

Aras 3, Galeria PJH, Jalan P4W, Kementerian Pendidikan Malaysia

Persiaran Perdana, Presint 4,

62100 Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia. • Bahagian Pembangunan Kurikulum

No. Telefon: 03-83238000 • Bahagian Buku Teks

No. Faksimile: 03-88888806 • Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

Laman Web: http://www.jkjr.gov.my • Lembaga Peperiksaan

Laman Web PKJR: www.pkjr.gov.my • Jabatan Pendidikan Negeri

• Pejabat Pendidikan Daerah

• Institut Pendidikan Guru Malaysia

• Universiti Putra Malaysia

• Universiti Kebangsaan Malaysia

Dewan Bahasa dan Pustaka, • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Jalan Dewan Bahasa, • Universiti Pendidikan Sultan Idris
50460 Kuala Lumpur. • Universiti Malaya

No. Telefon: 03-21479000 (8 talian) Kementerian Dalam Negeri
No. Faksimile: 03-21479643

Laman Web: http://www.dbp.gov.my Polis Diraja Malaysia
Reka Letak dan Atur Huruf:

CLEAVE AMITY

Zieconcept Enterprise

Dewan Bahasa dan Pustaka

Muka Taip Teks: Azim
Saiz Muka Taip Teks: 14 poin

Dicetak oleh:
Sinaran Bros Sdn. Bhd.,
No. 1 & 3, Jalan 118C,
Desa Tun Razak,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
Pendidikan keselamatan jalan raya ialah pendidikan berterusan sepanjang
hayat ke arah melahirkan pengguna jalan raya yang bertanggungjawab
dan mempunyai kesedaran untuk menghargai nyawa, kesihatan, dan
harta. Pembudayaan keselamatan jalan raya menjadi pemangkin
perubahan sikap dan tingkah laku untuk melahirkan generasi pengguna
jalan raya yang berhemah serta mematuhi peraturan dan undang-undang
keselamatan jalan raya. Usaha pendidikan keselamatan jalan raya ini
dapat menyumbang ke arah keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

iii

iv

Senarai Singkatan

BAM BBM VAA
Buku Aktiviti Murid Bahan Bantu Mengajar Video Audio dan
Animasi

PKJR HP
Pendidikan Keselamatan Hasil Pembelajaran
Jalan Raya

Petunjuk Kemahiran Bahasa
Mendengar
dan bertutur

Membaca

v

Menulis

Petunjuk Bahan Bantu Mengajar

Kad Imbasan Poster Puzzle Gunting dan Video Audio
tampal

vi

AKTIVITI TAJUK MUKA SURAT

KANDUNGAN 1 Ketidakbolehlihatan 1

2 Had Laju di Jalan Raya 2

3 Persekitaran Jalan Raya 3

4 Perabot Jalan Raya 4

5 Isyarat Keselamatan Jalan Raya 6

6 Isyarat Keselamatan untuk Penunggang Basikal 8

7 Akibat Tidak Mematuhi Isyarat Keselamatan Jalan Raya 9

8 Patuhi Lampu Isyarat 10

9 Isyarat Peronda Lintasan Sekolah 12

10 Pengaruh Waktu terhadap Kesesakan Lalu Lintas 13

11 Akibat Tidak Mematuhi Peraturan dan Undang-undang 14
Jalan Raya

12 Melintas Secara Selamat 16

13 Berfikir Sebelum Melintas 17

vii vii

AKTIVITI TAJUK MUKA SURAT

KANDUNGAN 14 Lima Langkah Melintas 18
15 Isyarat Tangan Penunggang Basikal 19
16 Berbasikal Secara Selamat 20
17 Tingkah Laku Penumpang yang Bertanggungjawab 21
18 Etika Menaiki Bas ke Sekolah 22
19 Jenis-jenis Alat Penahan 23
20 Penggunaan Tali Pinggang Keledar 24
21 Penggunaan Alat Penahan 25
22 Akibat Tidak Menggunakan Alat Penahan 26
23 Kepentingan Pemakaian Topi Keledar 27
24 Cara Memakai Topi Keledar 28
25 Ciri-ciri Topi Keledar yang Selamat 29
26 Kesedaran Pemakaian Topi Keledar yang Selamat 30
27 Tingkah Laku Penumpang yang Selamat 32
33
Glosari Keselamatan Jalan Raya 39
Lampiran

viii

i



Kandungan Kemahiran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya

TEMA FOKUS HASIL PEMBELAJARAN

Tema Fokus Hasil Pembelajaran
1. Pengangkutan 1.1 Kenderaan 1.1.1 Menamakan kenderaan persendirian, kenderaan awam, kenderaan berat dan jentera yang
1.1p: eKresnednedrairaiannp,ersendirian, 1.1.1d: iMkeetnaahmuai.kan kenderaan persendirian, kenderaan awam , kenderaan berat dan jentera yang
da1r.aPtengangkutan keknenddeeraraaann aawwaamm,, 1.1.2 Mdeinkeytaathauki.an ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada komponen kenderaan.
Darat dkeajkenennndtjdeeerernaartaeaarnanbbeerraatt dan 1.1.31.1.2M:Meneynyaatatakkaanntcinirdi-caikriaknesyealanmgaptaenrluyadnilgatkeurdkaapnastepkairdaankyoamkpeonndeenrkaeannde: raan.

2. Persekitaran 1.1.3 : Men•yalatajukan tindakan yang perlu d•ilamkueknagnusnedkuirranya kenderaan :
ja2l.aPnerrsaeykaitaran
Jalan Raya • laju• menghampiri • membelo•kmenghampiri
1.1.4 Be•rmbienncgaunngdmuraksud ketidakbolehlihatan dan•immepmabknelyoak terhadap pejalan kaki dan
1.1.4p:eBneurbningcgaannggmbaakssiukdalk.etidakbolehlihatan dan impaknya terhadap pejalan kaki dan penunggang
basikal.
1.1.5 Membuat keputusan memilih kenderaan awam yang selamat mengikut situasi.
1.1.5 : Membuat keputusan memilih kenderaan awam yang selamat mengikut situasi.
1.1.6 Membandingkan masa dan jarak berhenti kenderaan serta menceritakan faktor yang
2.1 Jenis-jenis jalan 1.1.6m: Mmeenemgnghbhaaalnaladnningggpkpaaannnddmaaannsggaaadnnapnpeemjamraaankdnbude.ur.henti kenderaan serta menceritakan faktor yang
2.1.1 Menyatakan bahawa jalan raya merupakan tempat yang berbahaya.
2.1raJeynais-jenis jalan raya 2.1.22.1.1M:eMnegneynaatal kpaanstbi ajahlaawnadjaallaanmraisytialamh:erupakan tempat yang berbahaya.
2.1.2 : Men•gleennaglapnagsti jalan dalam istilah•: lebar

• •lensgibaunkg • sempit • lebar

2.2 Prasarana jalan 2.1.3 Men•jesliabsukkan had laju kenderaan yang berge•rsaekmdpiitsetiap jenis jalan.
2.1.42.1.3M:eMnegnejenlaasl kpaansthiaedlelamjuenkepnedresreakaintayraanngybaenrggedraakpdaitsmeteianpinjegnkias tjkaalann.keselamatan pengguna

2.1.4ja:laMnenrgaeynaa.l pasti elemen persekitaran yang dapat meningkatkan keselamatan pengguna
2.2.1 Mejnalgaennraalypaa. sti bahagian jalan raya yang boleh meningkatkan keselamatan pejalan kaki

2.2ra: yParasarana jalan raya 2.2.1d:aMnepnegneunnagl pgaasntigbabhaasgikiaanl. jalan raya yang boleh meningkatkan keselamatan pejalan kaki dan

2.2.2 Mepneenruanngggkaanngfbuansgiksai lb. ahagian jalan untuk meningkatkan keselamatan pejalan kaki dan

2.2.2pe: nMuenngergaannggkabnafsuinkgasl.i bahagian jalan untuk meningkatkan keselamatan pejalan kaki dan

2.2.3 Mepnedneufningigsiadnagnbamsieknagl. enal pasti perabot jalan raya:

2.2.3 : Men•dpeafingiasirdan mengenal pa•stpi paesruabboutnjaglaan raya:

••pareglaar dang • batas kebun • rel adang • batas kebun

••lalmampupjualjaanlan • pasu bunga

Kandungan Kemahiran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya

TEMA FOKUS HASIL PEMBELAJARAN
2. PersekitaTeramna 2.2 PrasaranFaokjaulas n 2.2.4 Menerangkan kegunaan perabot jHalaasnilrPaeymabdealanjiamrpaanknya terhadap keselamatan pengguna

ja1l.aPnenragaynagkutan 1.1r:aKyeanderaan persendirian, 1.1.1ja:lManenraamyaa.kan kenderaan persendirian, kenderaan awam , kenderaan berat dan jentera yang
Darat
kenderaan awam , 2.2.5 Mednikjeeltaashkuai.n risiko penggunaan laluan pejalan kaki.
2. Persekitaran kenderaan berat dan 2.2.61.1.2M:eMnecnaydaatankgaknacnirlia-cnirgi kkeashe-llaamnagtkaanhyuanngtutkermdaepnagtupraadnagkkoamn priosnikeonpkeenndgegruanaan.an laluan pejalan
Jalan Raya jentera
1.1.3ka: kMi ednaynatlaakluaanntinkdoankgasni.yang perlu dilakukan sekiranya kenderaan :
3. Peraturan dan
undang-undang 2.3 Isyarat 2.3.1 Me•nlyaajutakan isyarat keselamatan jalan yang p•emrleundgihpaamtuphiriiuntuk mengawal lalu lintas.
jalan raya keselamatan jalan 2.3.2 Me•nmereanngguknadnururutan dan fungsi lampu isyara• tm. embelok
2.3.31.1.4M:ebBneagrsbeikinnacal.al npgamstiatkasnuddakeistiydaarkabtodleahnlihfautnagnsdinayna iumnptuakknmyaenteinrhgakdaatpkapnejkaelasnelkaamkiadtaannppeenjuanlagngaknagki.

2.3.41.1.5M:eMnegmenbaulaptaksetiptuatnudsaanismyaermatildihaknefnudnegrsainaynaauwnatumk ymaennginsgeklaamtkaatnmkeesnegliakmutastiatunapsie. nunggang basikal.

2.3.51.1.6M:eMneemrabnagnkdainngkaaknibmatatsiadadkanmjaermakatbuehrhi eisnytai kreant dkeersaealnamsearttaanmjeanlacenrirtaakyaan. faktor yang

2.4 Aliran lalu lintas 2.4.1 Memnegnegnhaallapnagstpi aanradahnlagalunlpinetmasa.ndu.

2.1 Jenis-jenis jalan raya 2.4.22.1.M1 e: mMebneyrai ptaeknaenrbaanhgaawnatejanlatannrgayisaymarearut pkaeksaenlatmemaptaant yjaalnagnbyearbnaghmayean. gawal aliran lalu lintas.

2.4.32.1.M2 e: nMeernagnegnkaal pnawstai jkatlua/nmdaalasambisotilleah m: empengaruhi kesesakan trafik dan keselamatan

peng•gluenngaajnaglan raya. • lebar

2.4.4 Menj•elsaibsukkan kesesakan trafik mempengaruh•i kseemseplaitmatan pengguna jalan.

3.1 Mengetahui tentang 3.1.12.1.M3 e: nMgeennjealalspkaasntihpaedrlaatjuurkaenndjaelraananrayyaangkebteikrgaemraeklidnitsaest.iap jenis jalan.

peraturan dan 3.1.22.1.M4 e: nMjagelaennngearanl yapala.psatispti eerleamtuernanpedrasenkuitanrdaannyga-nugnddaapnagt mjaelanninrgakyaatkadni pkeesrseelakmitaartaann pmeengregkuan.a
undang-undang

jalan raya serta 3.1.3 Menyatakan perbezaan antara peraturan dengan undang-undang jalan raya.
2.2m: ePnrgasgaurnaanakajanlnaynaraya 3.1.42.2M.1 e: nMpjeeennlaugsnekgnaganal pnpagesbrtaiabtsuaikrhaaaln.gidaannjaulanndraanyga-yuanndgabnoglejahlamnenrainygakadtki apnerkseeskeiltaamraantamn epreejaklaan. kaki dan

3.1.52.2M.2e:nMgeennearal npgaksatni pfuronsgesidbuarhkaegsiaenlajmalaantaunntyuaknmgerneinlegvkaantkadni pkeesrseelakmitaartaannpmejearlaenkak.aki dan

3.1.6 Menpceenruitnagkgaannagkbibaasitkalp. abila peraturan dan undang-undang jalan raya tidak dipatuhi.

3.1.72.2M.3e:nMgeanpdleikfianissiikdaannpmeerantguernaanl pdaasntiupnedraabnogt -jaulnadnaranygaj:alan raya;

••ppaegjaarlan kaki- terutama apabila melinta•srejal aladnang • pemandu• batas kebun

••lapmenpumjaplaanng • pasu bunga • penunggang basikal

• pembonceng basikal

Kandungan Kemahiran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya

TEMA FOKUS HASIL PEMBELAJARAN
4. TingkahTlaemkua Hasil Pembelajaran
4.1 SokonganFodkaursipada 4.1.1 Menerangkan bahawa berjalan di jalan raya atau berdekatan jalan raya adalah lebih
pe1.jaPleanngkaankgikutan
Darat 1.1o: rKaenngdedreawanapsaersendirian, 1.1.1se: Mlaemnamt aapkanbiklaenbdeerrsaaamn ap-esrasemndairoiarna,nkgenddeewraaasna.awam , kenderaan berat dan jentera yang
Aunrjkkeaeetnuhnntkddepreepaarreaalijnaaannglabsnaeewkrlaaaatmmkdiaa, tn
2. Persekitaran 4.2 4.2.1 Kedpiekenttainhguai. n berjalan menghadap lalu lintas berbanding arah yang sama dengan
Jalan Raya 1.1.2ke: Mndeenryaaatank.an ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada komponen kenderaan.

5. Tingkah laku 4.3 Tahap 4.3.11.1.3Pe: lMaejanrymateankaenratinngdkaakannkyeaandgapaenrlcuudailcaakutekartnensetukirdaannyapkeenncdaehraaaynaa: n dapat memberikan kesan
penunggang
basikal kebolehlihatan ke•paladjua pejalan kaki. • menghampiri

pejalan kaki • mengundur • membelok

4.4 Melintas dengan 4.4.11.1.4M:eBnegrbeinncaal npgamstiadksaundmkeetnidearkabnoglekhalinhabtaanhadgainani-mbpaahkangyiaanteprheardseakpitpaerjaanlanjaklaankirdaaynapyeannunggdgaapnagt
selamat mebnaisnikgakla. tkan keselamatan sewaktu melintas.

1.1.5 : Mem• bliunatat skaepnuptuesjanlamn ekmakilih kenderaan awam yang selamat mengikut situasi.

1.1.6 : Mem• blianntadsinagnkapnejmalaasnakdaakni jbaerariksybaerrhaetnti kenderaan serta menceritakan faktor yang
men•gjheajalanntagspandangan pemandu.

2.1 Jenis-jenis jalan raya 4.4.22.1.M1 e: nMgeennyaatlapkaasntibtaehmapwaatjyalaanngrapyaalinmgersueplaakmaantteumntpuakt myaenlginbtaesrbjaalhaany,ac.ontohnya;
• tempat melintas yang ditentukan seperti jejantas, lintasan pejalan kaki

2.1.2 : Mengdeannallipnatasstiajanlapnedjaallaanmkiastkiliabhe:risyarat
••letnegmapnagt melintas atau persimpangan •yalenbgardiselia oleh peronda lintasan
• sisbeukkolah • sempit

2.1.3 : Me•njmelaesliknatanshajadulhajduakreinsdimerpaanngyajanlganbergerak di setiap jenis jalan.

4.4.32.1.M4 e: nMyeantgaeknaanl plaanstgi eklaehm-elnanpgekrsaehkituanratunkymanegndaanpgaatnmi seintuinagskiartukmanitkkeesteiklaammatealninptaesn.gguna
4.4.4 Menjaglaentarhauyai l.ima langkah untuk melintas jalan dengan selamat.

5.1 2.2B:erPbrassaikranl adjeanlagnarnaya 5.1.12.2M.1 e: nMaemngaeknaanl pkaosmti bpaohnaegniabnajsailkaanlrdaayan yfuanngsbinoyleah. meningkatkan keselamatan pejalan kaki dan

selamat 5.1.2 Mempeilnihunpgagkaaniagnbaysaiknagl. sesuai dan mengenakan peralatan keselamatan berbasikal.

5.1.32.2M.2e:npMyeenanuteanrkgaangngaknfaugnnbgfaussniigktoasilp.biakhealegdiaanrjdalaann cuantruakpmeemnainkgakiaatknaynaknegseblaemtual.tan pejalan kaki dan
5.1.42.2M.3e:nMyeantdaekfainnisipdearnatmureanngednaanl puansdtiapnegra-ubnodt jaanlagn kraeytiaka: berbasikal.

5.1.5 Menu•npjuakgkaarn cara menunggang basikal yan•grseel aladmanagt. • batas kebun

5.1.6 Mera•mlaaml kpeubjarlaanngkalian risiko semasa berba• spiakasul dbiujnaglaan raya.

Kandungan Kemahiran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya 30

km/j

TEMA FOKUS HASIL PEMBELAJARAN
Fokus Hasil Pembelajaran
Tema 6.1 Tingkah laku yang 6.1.1 Menerangkan kepentingan untuk menjadi penumpang yang selamat dan bertanggungjawab.
6. Tingkah laku
1.spst1aeee:nlsKnjkkaegeeeuemngonnnmturaddedanptreeenagarrrdgaaajnaaaaagwnnnnabpabeewrrasaetmndda,inrian66,..11..32111...111...123MuM:::mMeedMMnniueekegjenrnenteay1lyaa0nmaahstatutaakaalikka.kphaaanuannnncskctatiieimnrrintd-aeecdamilperkaireapkkannaeuausktnyemayaplananpemgnrapsgapneetergnpajrdanalbuillrayoiindaanliegnlnaah,gsnkkeum.eteklnaeraddmnneayraspauetaamkdtnirpabaalaanadwynmaagakmkkkoeeemn,npkdpdaeeoendrnradaaeaenaknranek:aesunnendlbateuemrkraaaakttnada.nanankoje-rknaatnengraalkayaidnni.gbawah
pe1n. Puemnpgaannggkutan
Darat penumpang • laju • menghampiri

2. Persekitaran 6.2 Penggunaan alat 6.2.1 Me•nmgeenngaulnadluart penahan • membelok
Jalan Raya
penahan 1.1.4 : Berb•intcaalinpginmgagkasundg kkeetlideadkabrolehlihat•antedmapnatimdupdakunkykaatnearhka-dkaapnapkejalan kaki dan penunggang

basi•katel.mpat duduk bayi • pelaras tempat duduk

6.2.21.1.5M:eMneymebnuaartakikeapnutudsaannmmeemmiblihinkceanndgekraaannpaewlbaamgayiajnegnissealalamtapt emneanhgaiknutusnittuuakspi. enumpang
1.1.6b:eMrleaminbaannduisnigakdaannmmaseandearannjagrkaaknbekrehseenstui kaeiandnesreataianpsesratatumneynac.eritakan faktor yang

6.2.3 Memneunngjhuaklkaanng cparnadaanlagtapneplienmdaunndgua.n yang bersesuaian dikancingkan dan dilaraskan supaya

2.1 Jenis-jenis jalan raya 2.1.1m:uMaetnkyeaptaakdaanpbeamhaawkaaijnaylaan. raya merupakan tempat yang berbahaya.
6.2.42.1.2dMe:eMnmgebanignnecbnaeantlugplknaasyntai j.taalannggdualnagmjaiswtialabh :penumpang supaya memakai tali pinggang keledar
6.2.5 Mem••blseaibnnugdkainnggkan situasi sama ada alat pena••hslaeebnmadpriigt unakan atau tidak serta membuat
kesimpulan tentang alat penahan dan keselamatan.
2.1.3 : Menjelaskan had laju kenderaan yang bergerak di setiap jenis jalan.
6.2.62.1.4mM:eeMjnmaeelabnrnagenelroangkyakalda.penanasgtkiaiebnleatmtakjeaenmppaeadrtsaaeukpietmanreualnmanypgaangngagrddoaipbdajeatklma. emniknegnkadtekraanaknesaeplaambailtaankepnedngegrauanan tersebut
6.3 Penggunaan topi 6.3.1 Membincangkan kepentingan pemakaian topi keledar dengan betul untuk melindungi pembonceng.

2k.2e:lePdrasrarana jalan raya 6.3.22.2.M1 :eMpneeennruagnnegnggakalapnnagcsbtaiarbsaaikhpaael.gmiaankjaailaann rtaoypai kyealnegdabrolyeahnmgebneintgukl.atkan keselamatan pejalan kaki dan
6.3.32.2.K2e:pMeennteinragnagnkamnefmunagksai bi atohpaigkiaenlejadlaarnyuanntugk smeesnuiangi.katkan keselamatan pejalan kaki dan
6.3.4 Mepneunnujungkkgaanngkbeapseikkaala. n tentang kepentingan dan strategi untuk membuat orang lain peka

2.2.t3en: Mtaenngdepfiennisgi gdaunnamaenngtoepniakl eplaesdtiapredraebnogtajanlabnertauyl.a:

6.4 Menaiki dan 6.4.1 Mem•bpinacgaanrgkan tingkah laku yang selamat•urnetluakdmanegnaiki dan menuru•nbiakteansdkeebrauann.

menuruni kenderaan • lampu jalan • pasu bunga

dengan selamat

g



BBM

Aktiviti 1

Tonton klip video. Kemudian, bincangkan maksud dan risiko yang akan dihadapi
akibat ketidakbolehlihatan.

Soalan 1

Apakah maksud
ketidakbolehlihatan?

.

Soalan 2

Apakah yang mungkin .
akan berlaku kepada

Ah Chong?

Apakah yang sepatutnya Soalan 3
dilakukan oleh Ali
untuk mengelakkan Ali perlu memakai jaket
kemalangan? pemantul cahaya, topi keledar
basikal dan menggunakan
laluan basikal.

HP PKJR: 1.1.4 1

Aktiviti 2

A Baca petikan di bawah dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Pada cuti sekolah yang lalu, Jarjit telah pulang ke kampung
bersama-sama dengan keluarganya. Pada pukul 10.00 pagi, mereka
mula bertolak dari rumah melalui Lebuh Raya Utara-Selatan untuk
pulang ke Ipoh. Bapa Jarjit memandu kereta tidak melebihi had laju
110 km/j secara berhemah demi keselamatan keluarganya.
Tepat pukul 2.00 petang, Jarjit dan keluarganya sampai
di rumah datuknya di Kampung Manjoi setelah melalui jalan
kampung. Jalan kampung agak sempit dan had lajunya hanya
40 km/j. Banyak penduduk Kampung Manjoi menggunakan
basikal dan motosikal sebagai pengangkutan utama mereka. Oleh
itu, risiko berlakunya kemalangan adalah tinggi jika bapa Jarjit
tidak berhati-hati ketika memandu.

B Tulis jenis jalan dan had lajunya. 40

12 km/j

km/j

lebuh raya jalan kampung

2 HP PKJR: 2.1.3

30

km/j

Aktiviti 3

Bina ayat berdasarkan frasa yang diberikan.

jejantas

Murid-murid menggunakan jejantas untuk
melintas dengan selamatnya.

laluan pejalan kaki

Aliya dan rakan-rakannya menggunakan
laluan pejalan kaki untuk ke sekolah.

lampu isyarat

Kemalangan dapat dikurangkan apabila
pengguna jalan raya mematuhi lampu isyarat.

lintasan pejalan kaki

Kemudahan lintasan pejalan kaki membantu
murid-murid melintas secara selamat.

lampu jalan

Lampu jalan menerangi kawasan lintasan
pejalan kaki pada waktu malam.

HP PKJR: 2.1.4 3

km/j

BBM

Aktiviti 4

A Pilih perkataan yang sesuai untuk melengkapkan peta pemikiran
di bawah.

lampu jalan almari pasu bunga pagar sofa
katil rak buku meja kopi rel adang batas kebun

Perpustakaan Kawan

pasu bunga

lampu jalan Perabot rel adang
Jalan Raya

pagar batas kebun

Internet Ibu bapa

4 HP PKJR: 2.2.3

B Bina ayat berdasarkan gambar dan perkataan yang diberikan.

Pemasangan pagar dapat menghalang
haiwan daripada berkeliaran di jalan
raya.

Batas kebun kelihatan cantik kerana
dijaga rapi.

Murid-murid dilarang duduk di atas rel
adang untuk mengelakkan kemalangan.

HP PKJR: 2.2.3 5

Aktiviti 5

Tandakan anak panah dengan menggunakan pensel warna bagi laluan
A yang selamat untuk Adam dan kakaknya berjalan kaki ke perpustakaan.

Rumah Adam
Rumah Adam

KKeeddaaii MMaakkaann KKeeddaaii MMaakkaann
Kedai Makan Kedai Makan

KKaawwaassaann PPeerruummaahhaann

PPeettaa kkee ppeerrppuussttaakkaaaann

PPeettuunnjjuukk TTaannddaa IIssyyaarraatt

LkLkaaaallkkuuiiaann ppeejjaallaann JJeejjaannttaass LkkLaaaallkkuuiiaann ppeejjaallaann JJeejjaannttaass

PLPLaaeemmjjaappllaauunnIIKKssyyaaaakkrrii aatt LkkLiiaannkkttaaii ssaann ppeejjaallaann BBuullaattaann LkkLiiaannkkttaaii ssaann ppeejjaallaann

LLaammppuu iissyyaarraatt JJaammbbaattaann LLaammppuu iissyyaarraatt JJaammbbaattaann

tt PBBPLLiieeeennjjrrttaaiiaassllssyyaaaaaannnnrrKKaaaatt kkii

6 HP PKJR: 2.3.3

B Tulis nama tanda isyarat keselamatan yang betul.

laluan pejalan kaki
jambatan
bulatan
lintasan pejalan kaki
lampu isyarat

HP PKJR: 2.3.3 7

30

km/j

BBM

Aktiviti 6

Morgan bersiar- Situasi 1 Berhenti
siar di taman Situasi 2
rekreasi. Sampai Situasi 3 Isyarat
di suatu tempat, laluan basikal
dia berpatah balik
kerana basikal Basikal
dilarang masuk di dilarang masuk
kawasan tersebut.

Guan Heng dalam
perjalanan ke
sekolah. Tiba di satu
persimpangan, dia
berhenti seketika
untuk memastikan
selamat sebelum
membelok.

Alif dan bapanya
menaiki sebuah
motosikal. Tiba-tiba,
bapanya menukar
jalan kerana jalan
tersebut hanya
untuk penunggang
basikal.

8 HP PKJR: 2.3.4

km/j

Aktiviti 7

Lengkapkan dialog dan lakonkan di dalam kelas.

Marilah kita melintas jalan
bersama-sama. Tidak
perlulah kita menggunakan
jejantas. Nanti lambat. Kita
hendak cepat.

Eh, saya berasa
lebih selamat kalau
kita menggunakan
jejantas!

Aiman: Marilah kita melintas jalan bersama-sama. Tidak perlulah kita menggunakan
jejantas. Nanti lambat. Kita hendak cepat.

Azli: Eh, saya berasa lebih selamat kalau kita menggunakan jejantas!

Aiman: Eh, tidak perlulah! Kita hendak cepat.

Azli: Memang betul kita perlu cepat ke sekolah, tetapi kita juga perlu memikirkan
keselamatan diri kita. Sekiranya kita tidak menggunakan jejantas, kita akan

Aiman: Betul kata kamu, Azli. Saya selalu menggunakan

Azli: Baguslah, Aiman. Jika kita tidak mematuhi peraturan jalan raya, mungkin
kita akan ditimpa

HP PKJR: 2.3.5 9

Aktiviti 8

A Baca dan fahami petikan akhbar di bawah.

Tidak Mematuhi Lampu Isyarat, Seorang Penunggang Maut

KOTA KENARI, 16 Jun – Seorang “Ketika kejadian, mangsa
lelaki maut selepas motosikal yang dipercayai datang dari arah Bulatan
ditungganginya dilanggar sebuah Sempulun menuju ke pusat bandar.
kereta di persimpangan lampu Di persimpangan Tanjung Api,
isyarat Tanjung Api, malam tadi. mangsa yang tidak memberhentikan
Menurut Ketua Polis Daerah motosikalnya ketika lampu isyarat
Kota Kenari, Superintenden Gan, berwarna merah telah dilanggar oleh
kejadian yang berlaku pada pukul sebuah kereta,” katanya dalam satu
7.45 malam itu melibatkan seorang sidang media di Ibu Pejabat Polis
remaja, Mohd Ashood bin Abdul Latip, Daerah Kota Kenari.
18 tahun. Mangsa meninggal dunia Beliau turut menasihati pengguna
di tempat kejadian akibat tercampak jalan raya agar lebih berhati-hati
dan mengalami kecederaan parah serta mematuhi undang-undang dan
di kepala. Kemalangan tersebut peraturan jalan raya.
menyebabkan kesesakan lalu lintas
sepanjang lima kilometer.

10 HP PKJR: 2.3.5

Berdasarkan petikan akhbar pada halaman 10, tulis akibat tidak mematuhi
B lampu isyarat dalam ruangan yang disediakan.

Anda boleh dikenakan
tindakan undang-undang.

Anda boleh mengalami Jika kamu tidak
trauma/ fobia/ kecederaan/ mematuhi lampu
kecacatan/ maut.
isyarat, kamu
Anda boleh menyebabkan akan ...
kesesakan lalu lintas.

Anda boleh menyebabkan
kerosakan harta benda/
kerugian dari segi kewangan.

HP PKJR: 2.3.5 11

BBM

Aktiviti 9

Dengar dan nyanyikan lagu di bawah. Kemudian, lengkapkan lirik lagu tersebut.

Lagu Isyarat Peronda
Lintasan Sekolah

Berhenti dari arah

Berhenti dari arah belakang

Berhenti dari arah depan dan belakang

Baru boleh jalan.

lintasan sekolah

Peronda lintasan sekolah

peronda lintasan sekolah

Tanda selamat untuk .

12 HP PKJR: 2.4.2

Pengaruh Waktu terhadap 30
Kesesakan Lalu Lintas
km/j
Aktiviti 10
BBM

Tonton klip video. Kemudian, tulis punca kesesakan lalu lintas.

waktu puncak Kesesakan lalu lintas berlaku kerana terdapat
kenderaan rosak pertambahan bilangan kenderaan pada waktu
membaiki jalan puncak.

kemalangan Kesesakan lalu lintas berlaku kerana terdapat
kenderaan rosak.

Kesesakan lalu lintas berlaku kerana jalan sedang
dibaiki.

Kesesakan lalu lintas berlaku kerana terdapat
kemalangan jalan raya.

HP PKJR: 2.4.3 13

Aktiviti 11

Baca dan bincangkan peraturan dan undang-undang jalan raya yang
A terdapat dalam dialog di bawah.

Situasi: Di dalam kelas, murid-murid sedang tekun belajar. Tiba-tiba, Tang Siong
mengetuk pintu dan masuk ke dalam kelas.

Tang Siong: Selamat pagi, cikgu. Maafkan saya kerana terlewat.
Cikgu Ramli: Selamat pagi. Mengapakah kamu terlewat, Tang Siong?
Tang Siong: Saya dan ayah saya terlibat dalam kemalangan sewaktu

datang ke sekolah tadi.
Cikgu Ramli: Bagaimanakah kemalangan itu boleh terjadi?
Tang Siong: Kemalangan itu berlaku kerana saya bermain di dalam

kereta sehingga mengganggu fokus pemanduan ayah saya.
Tiba-tiba, ayah saya telah terlanggar seorang budak lelaki
yang cuba melintas jalan tanpa menggunakan jejantas.
Cikgu Ramli: Bagaimanakah keadaan budak itu?
Tang Siong: Ayah saya telah membawanya ke klinik. Nasib baik
kecederaannya tidak serius.
Cikgu Ramli: Sebab itulah cikgu selalu mengingatkan kamu supaya
jangan bermain-main di dalam kereta. Gunakan jejantas
atau lintasan pejalan kaki semasa melintas jalan raya untuk
mengelakkan kemalangan.

14 HP PKJR: 3.1.4

B Berdasarkan dialog pada halaman 14, lengkapkan jadual di bawah.

Peraturan Undang-undang

Duduk dengan tertib semasa di Melintas jalan menggunakan
dalam kereta dan tidak bermain- main. jejantas.

Kesalahan Kesalahan

Bermain-main di dalam kereta Melintas jalan tanpa menggunakan
sehingga mengganggu fokus jejantas.
pemandu.

Akibat

Terlibat dalam kemalangan.

HP PKJR: 3.1.4 15

Aktiviti 12 30

Bina ayat berdasarkan frasa di bawah. km/j

Tahukah Kamu?
Banyak kematian pejalan kaki
disebabkan perbuatan melintas
jalan di tempat yang salah dan tidak
menggunakan kemudahan yang

disediakan.

menggunakan Pejalan kaki hendaklah menggunakan
jejantas jejantas semasa melintas untuk mengelakkan
kemalangan.
lampu isyarat
Lampu isyarat di persimpangan kedai itu rosak
dan belum dibaiki.

lintasan
pejalan kaki

dan dapat mengelakkan kemalangan.

lintasan pejalan Murid-murid melintas menggunakan lintasan
kaki berisyarat pejalan kaki berisyarat.

16 HP PKJR: 4.4.1

km/j

Aktiviti 13

Teliti gambar di bawah. Kemudian, tulis tindakan yang patut dilakukan jika
kamu berhadapan dengan situasi yang berikut.

Butang rosak menyebabkan Jejantas sedang dibaiki
lampu isyarat pejalan kaki

tidak berfungsi

1. .
2. .
3. Menggunakan khidmat peronda lintasan sekolah sekiranya ada.

HP PKJR: 4.4.3 17

Aktiviti 14

Baca dan fahami teks di bawah. Kemudian, lakonkan lima langkah cara melintas
jalan raya dengan selamatnya mengikut urutan yang betul.

Sebagai seorang murid sekolah, pada setiap hari kita akan menggunakan
jalan raya. Kita hendaklah sentiasa mengambil berat akan aspek
keselamatan sewaktu menggunakan jalan raya. Satu daripadanya
semasa kita melintas jalan raya.
Terdapat lima langkah yang mesti dipatuhi oleh pejalan kaki ketika
hendak melintas jalan. Langkah pertama, berhenti di bebendul jalan
dan undur satu langkah. Langkah kedua, lihat ke kanan, ke kiri dan lihat
ke kanan semula untuk memastikan tiada kenderaan. Langkah ketiga,
dengar bunyi kenderaan. Langkah keempat, fikirkan sama ada keadaan
selamat atau tidak untuk melintas. Langkah kelima, berwaspada semasa
melintas. Lebih selamat sekiranya orang dewasa memimpin tangan
kanak-kanak semasa melintas.

18 HP PKJR: 4.4.4

Aktiviti 15

Teliti gambar di bawah. Kemudian, baca dan padankan isyarat tangan
penunggang basikal.

Apabila
memberhentikan

basikal

Apabila
membelok

ke kiri

Apabila
membelok
ke kanan

Apabila
memperlahankan

basikal

HP PKJR: 5.1.4 19

30

km/j

Aktiviti 16

Jalan di Taman Tuanku Jaafar sering digunakan oleh penunggang
basikal. Oleh itu, terdapat papan tanda bonggol dan bonggol di jalan
taman perumahan tersebut untuk memberikan isyarat supaya kenderaan
dipandu dan basikal ditunggang secara perlahan. Penunggang basikal
di taman perumahan itu mementingkan aspek keselamatan. Mereka
sentiasa memakai pakaian keselamatan yang lengkap.

1. Nyatakan cara berbasikal secara selamat.

• Menunggang secara perlahan.

• Memakai pakaian keselamatan.

2. Pada pendapat kamu, mengapakah penunggang basikal mesti memakai
pakaian keselamatan yang lengkap ketika berbasikal?

• Mengelakkan kecederaan parah jika berlaku kemalangan.
• Senang dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain.
• Mengelakkan kemalangan.

20 HP PKJR: 5.1.5

km/j

Aktiviti 17

Teliti gambar di bawah. Kemudian, tulis tingkah laku penumpang yang
bertanggungjawab.

TyTianinngggkakbhaerlhataklnuagkpgueunnpugmejanpwuaanmbgpang yaAynkagibnagbtettidirntaagkknbagehgrltauaknnugggpjauennwguamjabpwaanbg

Penumpang depan dan belakang
memakai tali pinggang keledar.

Penunggang dan pembonceng
motosikal memakai topi keledar
yang sesuai dan selamat.

Penumpang bas memakai tali
pinggang ikatan pinggang.

Penumpang beratur dengan tertib
sebelum menaiki bas.

HP PKJR: 6.1.1 21

Aktiviti 18

A

XYZ 8

Adam: Bas sudah sampai, marilah kita naik.
Aliya: Jangan terburu-buru dan tolak-menolak. Kita hendaklah beratur

ketika menaiki bas.
Adam: Ya, betul juga kata kamu. Kita juga tidak boleh berdiri di tangga

bas. Nanti terjatuh pula.
Aliya: Bas hendak bergerak. Mari kita duduk. Jangan berlari-lari di dalam

bas. Ingat, kita tidak boleh mengeluarkan tangan atau kepala dari
tingkap semasa berada di dalam bas. Betul atau tidak, Adam?
Adam: Betul. Bahaya jika ada kenderaan lain yang berselisih dengan
bas ini.
Aliya: Ya, Adam. Kita perlu beringat sebelum kena kerana malang tidak
berbau.

Senaraikan tingkah laku yang selamat sebelum dan semasa berada
B di dalam bas.

SSeebbeelulmum SeSmemaassaa

1. 1. Jangan tolak-menolak. 1. 1T.idak boleh berdiri di tangga bas.
2. 2. Jangan terburu-buru. 2. 2dTi.adrai ktinmgeknagpebluaasr.kan tangan dan kepala
3. 3Ja. ngan bermain-main di dalam bas.
3.

3. Beratur menaiki bas.

22 HP PKJR: 6.1.2

Aktiviti 19

Baca teks dan tulis frasa yang sesuai berdasarkan gambar.

SeSessuuaaiiuunnttuk ppeennuummppaannggyaynagngbebreumruumr u4rh4inghginag1g0ata1h0untahun
SSeessuuaaiiuunntuk ppeennuummppaannggyaynagngbebruemruumr u12r 0buhlainngkgeaba1w2athahun

SSeesusauiauinutunktupkenpuemnupmanpgaynagnygabnegrubmeurrulmebuihr l1e0btiahh1u0n tahun
SSeesuai uunnttuukkppeneunmumpapnagnygaynagnbgerbuemrurm1uhrin1gghian4ggtaah4untahun

Tempat duduk bayi Tempat duduk
berumur 12 bulan ke bawah kanak-kanak

Apabila memberhentikan
kenderaan

Pelaras tempat Tali pinggang
duduk
keledar Apabila membelok

ke kiri

HP PKJR: 6.2.2 23

Aktiviti 20

Baca situasi di bawah. Kemudian, tandakan ( ) pada tindakan yang wajar
dan ( ) pada tindakan yang tidak wajar serta berikan alasannya.

Situasi Wajar Tidak Alasan
Wajar

Bapa Khairi tidak sempat memakai tali Tidak wajar. Walaupun
pinggang keledar semasa memandu dekat, bapa Khairi mesti
kereta untuk menghantar Khairi ke memakai tali pinggang
sekolah yang hanya terletak satu keledar untuk menjamin
kilometer dari rumahnya. keselamatan.

Puan Devi memakai tali pinggang keledar Wajar. Memakai tali
walaupun beliau perlu cepat sampai pinggang keledar dapat
di tempat kerjanya. mengurangkan risiko
kecederaan parah.

San Chee Hin tidak memakai tali pinggang Tidak wajar. Penumpang
keledar semasa menaiki teksi dari belakang yang tidak
Shah Alam ke Petaling Jaya kerana dia memakai tali pinggang
hanya duduk di bahagian penumpang keledar boleh dikenakan
belakang. tindakan undang-undang.

Encik Sanjit sekeluarga menaiki kereta Wajar. Pemandu,
ke Pantai Teluk Kemang. Semua ahli penumpang depan
keluarganya memakai tali pinggang dan belakang mesti
keledar. memakai tali pinggang
keledar untuk menjamin
Puan Devi tidak memakai tali pinggang keselamatan.
keledar kerana sedang meriba anak
kecilnya. Tidak wajar. Tidak memakai
tali pinggang keledar akan
membahayakan ibu dan
anak. Bayi mesti diletakkan
dalam tempat duduk bayi.

24 HP PKJR: 6.2.4

30

km/j

Aktiviti 21

Baca dan fahami petikan di bawah. Kemudian, garisi maklumat penting tentang
alat penahan.

Pelaksanaan undang-undang pemakaian tali pinggang
keledar bertujuan untuk menurunkan kadar kemalangan
jalan raya. Hal itu juga sejajar dengan usaha kerajaan
untuk memastikan kadar kemalangan dapat dikurangkan
di negara ini. Hasil kajian MIROS telah mendapati bahawa
pemakaian tali pinggang keledar bagi penumpang di
tempat duduk belakang dapat mengurangkan risiko
kecederaan semasa perlanggaran.
Pelaksanaan peraturan ini hanya melibatkan pindaan
kecil kepada peraturan tali pinggang keledar di bawah
Akta Pengangkutan Jalan yang tertakluk di bawah bidang
kuasa Kementerian Pengangkutan Malaysia. Pelaksanaan
peraturan ini juga tidak akan membebankan rakyat kerana
jenis kenderaan negara kita telah dilengkapi dengan tali
pinggang keledar untuk penumpang di tempat duduk
belakang. Amalan pemakaian tali pinggang keledar bagi
penumpang di tempat duduk belakang perlu dipupuk
dalam kalangan masyarakat demi keselamatan mereka.

MIROS - Malaysian Institute of Road Safety Research

HP PKJR: 6.2.4 25

Akibat Tidak Menggunakan Alat Penahan

BBM

Aktiviti 22

Tonton klip video dengan telitinya. Kemudian, tulis akibat tidak menggunakan alat
penahan.

Tercampak daripada van

Akibat tidak / maut
menggunakan Kerosakan harta benda
alat penahan

26 HP PKJR: 6.2.6

BBM

Aktiviti 23

A Tonton klip video. Kemudian, ceritakan semula peristiwa yang berlaku
dalam klip video tersebut.

B Lengkapkan perbualan tentang kepentingan memakai topi keledar.
Kemudian, lakonkan.

Soalan 1

Siapakah yang perlu Penunggang dan
memakai topi keledar? pembonceng
motosikal.

Soalan 2

Nyatakan kesan kepada Mengalami
penunggang dan kecederaan parah
pembonceng motosikal jika di bahagian
tidak memakai kepala jika berlaku
topi keledar. kemalangan.

Soalan 3

Jika kamu pembonceng Sekiranya saya tidak
motosikal yang tidak mempunyai mempunyai topi
topi keledar, apakah yang akan keledar, saya tidak
kamu lakukan? Mengapa? akan membonceng
motosikal kerana akan
membahayakan nyawa.

HP PKJR: 6.3.1 27

Cara Memakai Topi Keledar BBM

Aktiviti 24

Tonton klip video. Kemudian, nyatakan cara memakai topi keledar yang betul
dan labelkan nombor pada gambar di bawah mengikut urutan.

Masukkan dua jari di antara bahagian bawah
dagu dengan tali topi keledar untuk keselesaan.

Pilih topi keledar yang selamat Kancing topi keledar dengan
dan sesuai dengan saiz kepala. kemasnya supaya tidak tercabut.

28 HP PKJR: 6.3.2

Ciri-ciri Topi Keledar yang Selamat 30

km/j

Aktiviti 25

A Baca petikan di bawah. Kemudian, tulis ciri-ciri topi keledar yang selamat.

Topi keledar amat penting bagi penunggang dan pembonceng Hadapan
motosikal. Namun begitu, terdapat sesetengah penunggang dan Belakang
pembonceng motosikal mengambil ringan tentang pemakaian topi
keledar. Sebagai contoh, banyak penunggang tidak memakai topi HP PKJR: 6.3.3 29
keledar jika jarak perjalanan terlalu dekat.
Setiap penunggang dan pembonceng motosikal diwajibkan
memakai topi keledar yang mematuhi piawaian Standard Malaysia.
Topi keledar yang selamat perlu menutupi keseluruhan bahagian
kepala.
Saiz topi keledar juga penting dan mesti sesuai dengan kepala
pemakai. Ada juga sesetengah penunggang memakai topi keledar
secara tidak kemas, iaitu tidak mengancing tali dengan kemasnya.
Tegasnya, penunggang dan pembonceng motosikal mestilah
menggunakan topi keledar yang mempunyai ciri-ciri keselamatan.
Hargailah nyawa dan jangan biarkan keluarga anda menanti dalam
tangisan.

B Tulis ciri-ciri topi keledar yang selamat.

1. Mematuhi piawaian Standard Malaysia

2.

3.

4.

Kesedaran Pemakaian Topi km/j
Keledar yang Selamat

Aktiviti 26

A Baca wawancara di bawah.

Kesedaran pemakaian topi keledar motosikal yang mematuhi piawaian Standard Malaysia
masih rendah dalam kalangan rakyat Malaysia. Untuk mengupas isu tersebut, satu
wawancara bersama-sama dengan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan
Raya Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Roslan bin Eusoff telah diadakan. Yang berikut ialah
wawancara selengkapnya.

Wartawan: Selamat sejahtera. Terima kasih Datuk Roslan kerana sudi meluangkan
masa untuk ditemu bual.

Datuk Roslan: Selamat sejahtera. Sama-sama.

Wartawan: Seperti yang kita sedia maklum, kematian dalam kalangan penunggang
dan pembonceng motosikal di negara kita sangat membimbangkan. Pada
pandangan Datuk, apakah faktor utama yang menyebabkan situasi ini
berlaku?

Datuk Roslan: Ya, betul. Sebenarnya kesedaran penunggang dan pembonceng motosikal
untuk memakai topi keledar sudah ada tetapi ada antara mereka masih
memakai topi keledar yang tidak mematuhi piawaian Standard Malaysia.
Mereka seharusnya menggunakan topi keledar yang diperakui oleh Institut
Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

Wartawan: Mengapakah penunggang dan pembonceng motosikal perlu memakai
topi keledar yang diperakui oleh SIRIM?

Datuk Roslan: Topi keledar yang diperakui oleh SIRIM mempunyai kualiti dan ciri-ciri
keselamatan yang tinggi.

Wartawan: Apakah nasihat Datuk kepada penunggang dan pembonceng motosikal di
Malaysia?

Datuk Roslan: Saya menasihati penunggang dan pembonceng motosikal di Malaysia
supaya peka terhadap ciri-ciri keselamatan. Pilihlah topi keledar yang
menutupi keseluruhan kepala dan dikancing dengan kemasnya. Jangan
lupa untuk menukar topi keledar setiap lima tahun kerana adakalanya
topi keledar itu terjatuh dan menyebabkan bahannya tidak tahan lama.
Kepada ibu bapa pula, pastikan anak-anak memakai topi keledar yang
sesuai saiznya dengan cara yang betul.

Wartawan: Terima kasih atas pesanan Datuk. Semoga kesedaran dalam kalangan
penunggang dan pembonceng motosikal dapat ditingkatkan.

Datuk Roslan: Sama-sama.

30 HP PKJR: 6.3.4

Kesedaran Pemakaian Topi
Keledar yang Selamat

B Jawab soalan berpandukan petikan wawancara.
1. Apakah faktor utama kematian bagi penunggang dan pembonceng motosikal?

Penggunaan topi keledar yang tidak mematuhi piawaian Standard Malaysia.

2. Siapakah yang mengawal mutu pengeluaran topi keledar?

Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia ( SIRIM ).

3. Sekiranya ahli keluarga kamu mahu membeli topi keledar, apakah nasihat
kamu kepada mereka?

Membeli topi keledar yang mematuhi piawaian Standard Malaysia dan sesuai dengan
saiz kepala pemakainya.

HP PKJR: 6.3.4 31


Click to View FlipBook Version