KEMAHIRAN INTERPERSONAL PRS TAHAP SULONG
KEMAHIRAN INTERPERSONAL Merupakan satu komponen terpenting dalam Modul Pembimbing Rakan Sebaya Tahap Sulong. Apakah kemahiran Interpersonal? Mengapa kita perlu memiliki Kemahiran Interpersonal? Bagaimana membina kemahiran Interpersonal? DEFINISI KEMAHIRAN INTERPERSONAL TUJUAN KEMAHIRAN INTERPERSONAL KEPENTINGAN KEMAHIRAN INTERPERSONAL PENDEKATAN KEMAHIRAN INTERPERSONAL
DEFINISI KEMAHIRAN INTERPERSONAL KEBOLEHAN MEMAHAMI ORANG LAIN DAN MENGGUNAKAN KEBOLEHAN INI DALAM BERINTERAKSI, BEKERJASAMA , MEMBIMBING DAN MENGURUSKAN KOMUNIKASI proses perkongsian maklumat antara dua individu. memahami perasaan, tabiat serta hasrat orang lain. dapat berinteksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu berfaedah dan memberi motivasi kepada orang lain.
contoh kemahiran interpersonal mudah bergaul keupayaan menerima pendapat orang lain bertanya soalan menyampaikan maklumat dan petunjuk kemahiran komunikasi
TUJUAN KEMAHIRAN INTERPERSONAL MELENGKAPKAN DIRI DENGAN TEKNIK KOMUNIKASI BERKESAN MEMBANTU DIRI UNTUK MENJADI PEMUDAHCARA YANG BOLEH MEMBANTU ORANG LAIN MEMBANTU DIRI MEMPEROLEH KUASA MEMUJUK ATAU MENDORONG ORANG LAIN BERBUAT BAIK MUDAH BERGAUL MESRA DAN MEMBINA HUBUNGAN
KEPENTINGAN KEMAHIRAN INTERPERSONAL MERASAI EMPATI TERHADAPORANGLAIN MELAHIRKAN PESEFAHAMAN YANGBAIK PMENJADIPENDENGAR YANGBAIK MENINGKATKAN KEPEKAAN DAN KEPRIHATINAN MEWUJUDKAN SUASANA HARMONI DAN BAHAGIA MENGGUNAKAN KEMAHIRAN KOMUNIKASIYANGSESUAI
TEKNIK DALAMMEMBANTU RAKAN MEMPELAJARIKEMAHIRAN INTERPERSONAL PEKA PADA ARAHAN MAMPU MEMATUHI ARAHAN KEMAHIRANMELAYAN KEMAHIRANMENDENGAR KOMUNIKASIBUKAN LISAN KEMAHIRAN MEMBINA HUBUNGAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI LISAN MENJAGA HUBUNGAN BAIK MESRA RAKAN MENYAMPAIKAN MASALAH TANPA RAGU-RAGU MEMBERIMAKLUM BALASYANGSESUAI
KEMAHIRAN MELAYAN Attraction Analysis Pembimbing Rakan Sebaya ' sentiasa bersama klien ' dengan mengorientasikan diri secara fizikal dan psikologi kepada diri klien. Pembimbing memberikan sepenuh perhatian tanpa berbelah bahagi. Satu kemahiran yang penting dalam usaha mewujudkan hubungan yang baik atau rapport dengan klien. Proses memberi perhatian kepada tingkah laku lisan dan bukan lisan.
KEMAHIRAN MENDENGAR Attraction Analysis proses ' pendengaran dengan telinga ketiga ' kerana pembimbing mendengar apa yang dikatakan , yang tidak dikatakan dan ' mendengar ' bahasa badan (non verbal) klien. Kemahiran yang melibatkan hanya ' mendengar ' dan meminimakan penggunaan soalan agar klien tidak merasai dirinya 'ditemuduga ' di peringkat awal sesi kaunseling lagi
KEMAHIRAN BUKAN LISAN(NON VERBAL) KEMAHIIRAN KOMUNIKASI NON VERBAL EKSPRESIMUKA S- (squarely) O- (openposture) L - (leanforward) Lrammer, Abrego & Shostrum (1993) mencadangkan agar tingkah laku non verbal pembimbing atau pengamal kaunseling hendaklah sepadan dengan tingkah laku non verbal kliennya. mengadap klien secara tepat Pembimbing boleh memandang klien secara tepat atau dengan sudut kecil dari kedudukannya. Tingkahlaku ini mencerminkan penglibatan aktif pembimbing dengan mesej "Saya bersama dengan anda sekarang ini". Menzahirkan rasa hati, emosi, fikiran,penilaian dan keadaam individu. hasil kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka dan hidung dan warna yang lahir daripda muka semasa berinteraksi ekspresi wajah dapat membantu menerangkan erti mesej yang disampaikan badan yang condong ke hadapan atau ke arah klien mencerminkan minat pembimbing terhadap apa yang sedang dan bakal diperkatakan oleh klien. postur tubuh yang terbuka dengan tidak menyilang kaki atau memeluk tubuh. Ianya mencerminkan bahasa badan yang tidak mengancam atau defensif
KEMAHIRAN BUKAN LISAN(NON VERBAL) KEMAHIIRAN KOMUNIKASI NON VERBAL E - (eyecontact) R- (relax) ) Lrammer, Abrego & Shostrum (1993) mencadangkan agar tingkah laku non verbal pembimbing atau pengamal kaunseling hendaklah sepadan dengan tingkah laku non verbal kliennya. relaks tanpa rasa kekuk. Klien yang masih tidak selesa di awal sesi akan rasa terganggu jika pembimbing sendiri kelihatan gelisah dan tidak tentu arah. kekalkan kontak mata. Ianya bukannya menjeling atau memandang dua biji mata klien tanpa henti atau mengubah posisi. Seandainya letih dengan pergerakan dua biji mata klien, pembimbing boleh melihat tepat di antara dua kening klien.
KEMAHIRAN LISAN (VERBAL) Parafrasa kefahaman ini dikongsi bagi tujuan semakan. Bagi klien pula ia memberi gambaran bahawa pembimbing ' mendengar dan memahami dirinya '. Parasfrasa yang tepat akan menyebabkan klien mengangguk kepalanya atau lebih berminat untuk bercerita lagi walau pun tanpa dijemput oleh pembimbing atau pengamal kaunseling. Contoh : Klien : "Saya rasa pada semester ini saya akan dapat memperbaiki CGPA saya. Rakan-rakan saya amat membantu saya dengan tugasan yang bertimbun. Pensyarah juga telah memberi masa yang mencukupi untuk saya menyiapkan kerja. Saya sungguh gembira dengan pencapaian semua ujian pertama saya" Pembimbing: "Nampaknya, anda amat berpuashati dengan tugasan dan ujian pertama anda" Klien: "Memang, saya pasti dapat Dean List semester ini."
KEMAHIRAN MENYOAL Soalan Terbuka Soalan terbuka sangat digalakkan dalam kaunseling kerana ia dapat memberikan peluang kepada klien menceritakan pengalamannya mengikut perspektif dirinya sendiri tanpa panduan dari pembimbing atau pengamal kaunseling. Soalan jenis ini menjemput perbincangan, penjelasan dan huraian yang panjang lebar dan ia tidak memerlukan jawapan yang khusus. [email protected] 123 Anywhere St., Any City Diantara pe+rk12a3ta-a4n56ya-n7g89b0oleh digunakan untuk membezakan soalan jenis terbuka ataupun tertutup adalah seperti berikut : “Boleh terangkan…………….” “Bagaimanakah perkara itu berlaku……….” “Sejauhmanakah kejadian tersebut telah menggangu hidup anda?”
KEMAHIRAN MENYOAL klien berminat memulakan sesi kaunseling kerana inginkan bantuan atau bimbingan terhadap isu yang mungkin mereka telah tidak berjaya hadapi secara bersendirian. Mereka mahu meluahkan isi hati atau pun pandangan tetapi merasakan sukar untuk memulakannya. Dalam hal ini, pembimbing atau pengamal kaunseling perlu sedar bahawa klien boleh dirangsang untuk terus berkongsi dengan cara menyoal. Walau bagaimana pun, menyoal perlu dilakukan secara teratur. [email protected] 123 Anywhere St., Any City +123-456-7890 Soalan tertutup menghadkan jawapan kepada satu atau dua jawapan sahaja dan jawapan ini memberikan maklumat khusus. Klien akan terdorong menjawab dengan ringkas, pendek atau spesifik kepada soalan yang diajukan. Soalan tertutup tidak memberi kebebasan untuk klien menjawab kerana strukturnya telah ditentukan oleh pembimbing
Memberi galakan boleh diberikan samada secara verbal atau non verbal. Penggalakkan bermaksud mendorong klien untuk terus bercakap dan berkongsi. Ini meliputi penggunaan bahasa badan seperti mengganggukkan kepala, menggunakan tangan seolah-olah menyuruh klien meneruskan bualannya, menggunakan perkataan seperti “uh-hum” atau „Ya..ya” atau mengulang satu dua perkataan klien. KEMAHIRAN LISAN (VERBAL)
Meminta Penjelasan kemahiran bagi memberi peluang yang lebih untuk klien membincangkan topik yang releven dengan sesi. Ia membolehkan pembimbing mengumpul lebih banyak maklumat dan membantu klien meneroka dan menjelaskan lagi isu yang sedang dihadapinya. Ia membantu klien merasa lebih selesa dan selamat. [email protected] 123 Anywhere St., Any City +123-456-7890 Contoh : Pembimbing: "Apa yang menyebabkan anda rasa dia tidak memaafkan kesalahan anda itu?" Pembimbing: "Bagaimana anda rasa apabila girlfriend anda tidak telefon selama seminggu?"
REFLEKSI salah satu kemahiran unik dalam kaunseling. Ia seakan parafrasa tetapi mempunyai kesan yang lebih mendalam kepada klien. Refleksi merupakan pengulangan kembali pokok atau isi kata-kata klien secara tepat, padat dan ringkas. Ianya merupakan cara untuk menyatakan kepada klien bahawa pembimbing telah memasuki ruang rujuk klien dan benarbenar merasai apa yang dirasai oleh klien (parafrasa bertujuan menyatakan kepada klien bahawa pembimbing mendengar dan memahami - belum lagi merasainya). [email protected] 123 Anywhere St., Any City +123-456-789C0ontoh : Klien : "Hidup dikolej ni susah, serba tak kena saya dibuatnya. Kita tak campur kata kita sombong, kera sumbang, kita campur pun segala yang dibuat semua diperhati dan semua salah. susah…….susah…………." Pembimbing: "Saudara merasakan yang duduk dikolej sekarang susah, semua yang dibuat tak kena, nak campur salah tak campur
KONFRANTASI Konfrantasi adalah kontradiksi antara kata-kata klien dengan tindakan klien. Ia mengujudkan percanggahan kepada pembimbing dan memerlukan penerokaan mendalam serta pendedahan oleh klien tentang situasi sebenarnya. Menurut Patterson & Welfel (2000), kemahiran konfrantasi merupakan satu kemahiran yang yang paling kontroversial kerana secara terminologinya ia merujuk kepada konflik atau serangan terhadap percanggahan yang nyata. [email protected] 123 Anywhere St., Any City +123-456-7890 Contoh (i) Konfrantasi apabila 'tingkahlaku tidak sama dengan apa yang diperkatakan ' Pembimbing : "Saya agak keliru sedikit disini, saudarai kata saudari sedih dengan keadaan malang yang menimpa saudari tapi nampaknya saudari masih sempat tersenyumsenyum ketika menceritakan perkara tersebut. Apa sebenarnya yang saudari rasakan ketika ini?" (ii) Konfrantasi apabila 'perasaan yang diluahkan oleh klien tidak sama dengan apa yang diperkatakan' Pembimbing : "Setelah beberapa lama saya mendengar cerita daripada puan, saya kehilangan sejenak….Mulanya puan kata puan geram, benci dan menyampah dengan sikap suami puan malah semua perkara yang diceritakan semuanya cerita yang kurang baik semuanya. Tapi dalam masa yang sama puan masih lagi sanggup berhadapan dengannya setiap hari. Bagaimana agaknya tu puan?
KEMAHIRAN MERUMUS [email protected] 123 Anywhere St., Any City +123-456-7890 Menggabungkan kemahiran parafrasa dengan refleksi dan penggalak. Merumus merupakan gabungan kenyataan-kenyataan penting atau pokok perbincangan klien dan menjelaskan semula kepadanya. Ia membantu memberi arah pergerakan sesi, memberi dan menyatakan fokus semasa agar kedua belah pihak jelas hala tuju sesi. Merumus juga berperanan sebagai penyambung antara beberapa fasa yang ujud dalam sesi atau kesinambungan diantara beberapa sesi samada sesi lepas dengan sekarang atau yang akan datang. Oleh itu, pernyataan bagi kemahiran ini adalah lebih panjang.
PENAMATAN SESI [email protected] 123 Anywhere St., Any City +123-456-7890 Sesi perlu ditamatkan bila sudah cukup waktu seperti yang telah dijanjikan semasa pengstrukturan dilakukan. Selain faktor masa pembimbing boleh menamatkan sesi sekiranya dia merasakan klien telah mendapat daripada sesi itu atau klien sendiri mengambil keputusan untuk memberhentikannya. Contoh : Pembimbing: "Kita ada lebih kurang lima minit sahaja lagi, jadi elok rasanya saya rumuskan segala apa yang telah bincangkan pada sesi kali ini. Mulanya saudari datang adalah untuk membincangkan masalah saudari dengan kawan saudari yang tidak dapat memaafkan kesalahan yang saudari telah lakukan. Kawan saudari juga cuba menjauhkan diri daripada saudari. Jadi dalam perbincangan kali ini saudari telah bersetuju untuk