SK Dato Raja Melana Rantau, Negeri Sembilan
SAMBUTAN HARI RAYA
AIDILFITRI
Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal
tahun Hijrah setiap tahun. Perayaan tersebut
juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari
Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya
Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan
oleh umat Islam di seluruh dunia bagi
menandakan berakhirnya
bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah
menjalani ibadat puasa.
PENETAPAN TARIKH HARI RAYA
• Penetapan tarikh Hari Raya Puasa bermula
melalui dua cara iaitu melalui rukyah (melihat
anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan).
• Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan
kelihatan, ini menandakan bermulanya
bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim
Hijrah Islam.
• Di Malaysia, anak bulan akan dicerap bermula
selepas waktu asar hingga waktu maghrib di
beberapa tempat strategik oleh pegawai yang
bertauliah.
• Hari Raya adalah hari untuk
bergembira sebagai tanda
kemenangan umat Islam yang telah
berjaya menjalani ibadah puasa
selama sebulan, bermaaf-maafan, dan
hari untuk mengeratkan tali
persaudaraan dalam kalangan umat
Islam.
PERKARA SUNAT PADA PAGI
HARI RAYA
• Mandi sunat Hari Raya
• Solat sunat Hari Raya
• Bertakbir dan bertahmid
• Memakai pakaian yang paling baru dan
cantik.
• Memakai wangi-wangian
• Makan sebelum menunaikan solat Hari
Raya
MAKANAN TRADISIONAL
• Diantara makanan tradisi ketika Hari
Raya ialah ketupat dan rendang. Ketupat
adalah beras yang diisi di dalam
anyaman daun kelapa atau ketupat daun
palas yang disi dengan beras pulut dan
biasanya dihidangkan bersama
dengan rendang. Juadah-juadah tradisi
lain termasuklah lemang, lontong, dodol,
dan kuih muih raya.
ZAKAT FITRAH
• Orang Islam akan mula membayar zakat fitrah
semenjak awal berpuasa.
• Berakhirnya tempoh untuk membayar zakat
fitrah bagi semua orang Islam ialah apabila
solat Hari Raya akan mula didirikan.
• Zakat fitrah ini akan dikutip oleh amil yang
dilantik oleh jabatan Agama Islam negeri.
SELAMAT MEMBACA