46
Zirkle, C. (1998). Perceptions of Vocational Educators and Human Resource
Training and Development Professionals Regarding Skill Dimensions
of SchoolTo-Work Transition Programs. Journal of Vocational and
Technical Education, 15(1). Virginia Tech.
Zolkifli, H., Kamin, Y., Latib, A. A., Buntat, Y. & Awang, Z. (2016).
Generic Green Skills: Industry and Perspectives on Technical
Education and Vocational Training (TVET).Issue 6.www.tvet-
online.asia
BIODATA PENULIS
Penulis dilahirkan di Kuala Terengganu pada
28hb Julai 1977. Memulakan pendidikan rendah
di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Nilam dan
peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan
Sulaiman Kuala Terengganu. Seterusnya penulis
menyambung pelajaran ke Sekolah
Menengah Vokasional Wakaf Tembesu
dan dianugerahkan Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) pada tahun 1994.
Setelah itu penulis menyambung pelajaran di Politeknik Kuching Sarawak
dan telah dianugerahkan Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Petroleum) pada
tahun 1997. Setelah menamatkan pengajian penulis menimba pengalaman
kerja dengan beberapa syarikat kejuruteraan di dalam bidang mekanikal,
elektrik dan awam. Setelah itu penulis mengambil keputusan untuk
menyambung pengajian pada peringkat ijazah sarjana muda di Institut
Teknologi Tun Hussein Onn dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda
Kejuruteraan Mekanikal pada tahun 2002. Setelah tamat penulis
menyambung pula pada peringkat sarjana di institut yang sama di dalam
bidang TVET dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan
Vokasional pada tahun 2003. Setelah itu penulis memulakan khidmat
sebagai pensyarah di Politeknik Muadzam Shah, Pahang pada Januari 2004.
Pada 2 Disember 2014 penulis telah melanjutkan pengajian peringkat
Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Pendidikan Teknikal & Vokasional
di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Batu Pahat, Johor dan
dianugerahkan Doktor Falsafah Pendidikan Teknik dan Vokasional pada
tahun 2018.
Penulis dilahirkan di Kota Bharu,
kelantan pada 4hb Januari 1977.
Memulakan pendidikan rendah di
Sekolah Rendah Kebangsaan
Penambang dan peringkat menengah
di Sekolah Menengah Puteri Kota
Bharu.
Seterusnya penulis menyambung pelajaran di Politeknik Kota Bharu dan
telah dianugerahkan Diploma Pemasaran pada tahun 1998. Setelah itu
penulis menyambung pengajian pada peringkat ijazah sarjana muda di
Universiti Utara Malaysia dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda
Pengurusan Perniagaan pada tahun 2002. Setelah tamat penulis
menyambung pula pada peringkat sarjana di di Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM) Batu Pahat, Johor dalam bidang TVET dan
dianugerahkan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional pada
tahun 2003. Setelah itu penulis memulakan khidmat sebagai pensyarah di
Politeknik Muadzam Shah, Pahang pada Januari 2004.