KISAH
PERSAHABATAN
AIN & MIMI
Nur Najihah binti Mohamad Alias (271919)
Penulis
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya Nur Najihah binti Mohamad Alias (271919) ingin
mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama
semua pihak yang banyak membantu sepanjang
menyiapkan buku cerita ini. Buku cerita ini
merupakan karya pertama saya dan diharapkan agar
para pembaca dapat mengambil input yang positif
daripada penghasilan karya saya ini. Tidak lupa juga,
terima kasih diucapkan atas kesudian pembaca untuk
membaca buku cerita ini.
Di negeri Perlis terletak sebuah kawasan
perumahan yang semua masyarakatnya hidup
dengan aman dan harmoni iaitu Taman Syed Syafii.
Keharmonian rukun tetangga itu dapat dilihat
dengan keseronokkan dan gelak tawa kanak-
kanak bermain pada waktu petang di kawasan
tersebut.
Pada waktu petang, kawasan itu riuh dengan
suara kanak-kanak bermain dan melakukan
pelbagai aktiviti seperti bermain basikal,
ketingting, sorok-menyorok, kejar-kejaran dan
bermacam lagi.
Tinggal lah dua orang sahabat baik iaitu Ain dan
Mimi. Mereka telah berkawan sejak tadika kerana
menetap di satu perumahan yang sama. Sejak kecil lagi
mereka sering bersama-sama.Kini, mereka telah
berusia 12 tahun dan juga belajar di sekolah yang sama
iaitu Sekolah Kebangsaan Syed Syafii. Masa lapang
mereka sering dihabiskan bersama-sama.
Pada setiap pagi, Ain dan Mimi akan pergi ke
sekolah bersama-sama dengan beberapa orang rakan
yang lain.
Di sekolaAhd, dmaerlietktlae bbietrodfubaoaddyatleaxht pelajar yang
cemerlang. Nama mereka berdua sering menjadi
sebutan dalam kalangan warga Sekolah Kebangsaan
Syed Syafii.
Hal ini kerana mereka bukan sahaja cemerlang
dalam bidang akademik tetapi juga dalam bidang
kokurikulum. Pelbagai pencapaian seringkali
diperolehi oleh mereka.
Namun begitu, Ain dikatakan lebih menyerlah di
sekolah itu kerana dia memegang jawatan sebagai ketua
pengawas jika dibandingkan dengan Mimi. Mimi
memegang jawatan sebagai ketua kelas 6 Pintar. Kedua-
duanya berjaya memegang komitmen dengan menjadi
pemimpin di sekolah walaupun baru di usia muda.
Di dalam kelas pula, mereka berdua sering
bersemangat untuk memberikan jawapan ketika guru
bertanyakan soalan.
Pada tahun ini, mereka berdua bakal menduduki
ujian peperiksaan yang paling penting di sekolah iaitu
Ujian Penilaian Tahun 6. Ujian tersebut bakal
dijalankan beberapa minggu selepas cuti pertengahan
tahun.
Berbeza pula bagi Ain dan Mimi. Mereka berasa
sangat bimbang akan ujian yang akan dihadapi oleh
mereka berdua tidak lama lagi.
Sebelum cuti pertengahan tahun, semua pelajar
te;lah menduduki ujian peperiksaan. keputusan
peperiksaan akan diketahui apabila naik sekolah
nanti. Hasil ujian itu, Ain telah mendapat keputusan
yang teruk. Semua guru pelik akan prestasi Ain.
Sebagai kawan baik, Mimi telah bertanya kepada
Ain tentang punca perkara sebegitu berlaku.
"Kamu ada masalah ke Ain?"
"Bagaimana keputusan kamu boleh menjadi teruk?"
"Kongsilah bersama aku kalau ada masalah" kata
Mimi kepada Ain.
"Entahlah" balas Ain kepada Mimi dengan sepatah
perkataan.
Bukan itu sahaja, Ain telah menjauhkan diri
daripada Mimi. Malahan mula mengubah tempat
duduknya di dalam kelas
Pada waktu petang pula, setiap kali Mimi datang ke
rumahnya untuk ajak bermain langsung tidak
diendahkan. Dia hanya mengabaikan ajakan Mimi dan
bercakap dengan nada yang tidak berminat.
Mimi pelik akan perubahan rakan baiknya itu. Dalam
masa yang sama dia terkilan akan sikap Ain terhadapnya.
Kemudian, pulang ke rumah, Mimi menceritakan hal itu
kepada ibunya iaitu Puan Rita
Hampir seminggu Ain dan Mimi tidak bersama
seperti selalu. Guru kelasnya, Cikgu Susanti mulai
perasan dan turut bertanya kepada Mimi terlebih
dahulu.
Kemudian, beliau memanggil Ain ke bilik guru.
Ain mula meluahkan segalanya kepada Cikgu Susanti
bahawa dia tertekan kerana sikap ibunya yang mulai
sibuk sejak dinaikkan pangkat sebagai akauntan. Dia
berasa terabai sehinggakan hilang semangat untuk
belajar.
Cikgu Susanti memberitahu Mimi tentang apa yang
berlaku ke atas Ain. Tiba di rumah, Mimi menceritakan
hal tersebut kepada ibunya. Dia juga meminta nasihat
serta jalan penyelesaian bagi masalah itu
memandangkan ibunya dan Puan Hana amat akrab.
Puan Rita menyarankan kepada Mimi supaya
membantu Ain dalam mengulangkaji pelajarannya
semula.
Mimi berjumpa Ain dan memberitahu bahawa dia
telahpun tahu mengapa prestasi Ain merosot. Dia juga
mengajak Ain untuk mengulangkaji bersama-samanya
di rumah ibunya seperti mana yang telah disarankan
oleh Puan Rita. Bukan itu sahaja, sekiranya mereka
hendak mengulangkaji pelajaran di perpustakaan,
ibunya iaitu Puan Rita sudi untuk menghantar mereka
ke sana.
Dalam masa yang sama, Puan Rita cuba untuk
memberitahu Puan Hana melalui pesanan mesej
tentang apa yang dihadapi oleh Ain.
Puan Hana mengucapkan terima kasih kepada Puan
Rita kerana jika hal ini tidak dimaklumkan kepada dia
mungkin dia tidak sedar akan kesilapannya yang telah
mengabaikan Ain.
Sejak dari itu, setiap petang Ain dan Mimi mula
mengulangkaji pelajaran bersama-sama di rumah
Mimi. Puan Rita juga sering memberi kata-kata
semangat dan nasihat kepada mereka berdua
sehinggalah menjelang hari peperiksaan.
Pada hujung minggu sebelum tibanya hari
peperiksaan, Puan Hana meminta cuti kepada bosnya
kerana mahu meluangkan masa bersama Ain. Dia
meminta maaf kepada Ain atas kesilapannya yang telah
mengabaikan Ain sehingga prestasinya merosot.
Ain berasa gembira kerana ibunya telahpun sedar
akan kesilapannya. Dia nekad untuk cuba menjawab
soalan peperiksaan dengan baik dan mengingat semula
apa yang telah dipelajari bersama-sama Mimi.
Selepas beberapa bulan, tibalah masanya
keputusan peperiksaan keluar. Ain, Mimi, Puan Hana
dan Puan Rita pergi ke sekolah bersama-sama bagi
mengambil slip peperiksaan.
Ain dan Mimi berasa gembira kerana mereka
berdua telah berjaya memperoleh keputusan yang
cemerlang. Ain mengucapkan terima kasih kepada
Mimi dan Puan Rita yang sentiasa memberi sokongan
kepadanya selama ini. Tidak lupa juga kepada ibunya,
Puan Hana.
TAMAT
Ain dan Mimi merupakan kawan baik. Mereka
menetap di satu perumahan yang sama. Mereka
juga bersekolah disekolah yang sama iaitu
Sekolah Kebangsaan Syed Syafii. Rutin harian
mereka pada waktu petang adalah bermain
basikal. Mereka akan bermain basikal bersama-
sama mengelilingi perumahan. Pada tahun ini,
mereka akan menduduki Ujian Penilaian Tahun
6. Sebelum itu, ujian pra penilaian telah
dijalankan pada minggu yang lepas. Ain
mendapat keputusan yang agak tercorot.
Disebabkan itu, Ain menjauhkan diri daripada
Mimi kerana menyalahi Mimi adalah punca
keputusannya teruk. Apakah pengakhiran
persahabatan mereka? Adakah Ain berjaya
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan?