The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-84338849, 2021-08-11 06:28:34

MINIT MAT KOOP KE 38

MINIT MAT KOOP KE 38

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI
KE-38 TAHUN 2019/2020

.

KOPERASI SMK DATO’ HJ KAMARUDDIN KUALA
KUBU BHARU BERHAD

JALAN RASATHURAI, 44000 KUALA KUBU BHARU,
SELANGOR

Tarikh : 29 Januari 2020
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Usaha Murni

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-38 TAHUN 2019/2020
KOPERASI SMK DATO’ HJ KAMARUDDIN KUALA KUBU BHARU BERHAD

JALAN RASATHURAI, 44000 KUALA KUBU BHARU, SELANGOR

Tarikh : 29 Januari 2020
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Usaha Murni

Kehadiran Jawatan
Bil. Nama PK Kurikulum
1 Pn. Maniza@Haniza Bt Yusof Setiausaha
2 Pn. Khairul Bariyah Bt. Abdul Halim Bendahari
3 Pn. Hazwani Bt. Abdul Ghani Pengurus Belian
4 Pn. Yumaiza Binti Mohd Din Pengurus Stok
5 Pn. Noor Dalila Bt Ghazali Pengurus Jualan
6 Pn. Nor Idayu Bt Samsuddin ALK Guru
7 En. Wan Mohd Aizuddin Che Mat
8. Murid-murid 117 orang
95 orang
Tingkatan 1 131 orang
Tingkatan 2 343 orang
Tingkatan 4
Jumlah

Pencatat Minit Mesyuarat
Khairul Bariyah Bt Abdul Halim
Yumaiza Binti Mohd Din

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi mesyuarat, Puan Maniza mewakili pengerusi koperasi mengalu-alukan ke-
hadiran semua Ahli Lembaga Koperasi Sekolah dan ahli-ahli koperasi iaitu semua
murid ke Mesyuarat Agung Koperasi SMK Dato’ Hj Kamaruddin, Kuala Kubu Bharu
Berhad yang ke 37 bagi tahun 2018/2019.

1.2 Beliau menyatakan bahawa semua murid sangat beruntung kerana sekolah mempunyai
sebuah koperasi kerana tidak semua sekolah mempunyai koperasi sekolah. Terdapat
sekolah yang mempunyai kedai buku tetapi dikendalikan oleh orang luar dan bukan di
bawah pengurusan sekolah. Koperasi sekolah kita dikendalikan sepenuhnya oleh guru
-guru koperasi sekolahdengan dibantu oleh pengawas koperasi yang dilatih dan
didedahkan dengan aktiviti jualan. Terdapat pekerja yang diupah oleh koperasi dalam
mengendalikan operasi jualan koperasi dengan dibantu oleh pegawas-pengawas
koperasi semasa rehat.

2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung ke 37.
2.1 Puan Khairul Bariyah Bt Abdul Halim selaku setiausaha koperasi membentangkan
Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 37 dan majlis sebulat suara mengesahkan
minit mesyuarat tersebut.
Pencadang : Muhamad Farid Bin Abdul Muin (4 PT 1)

Penyokong : Muhammad Adam Amsyar Bin Mohamad Shapidi (4 EK)

Tindakan : Setiausaha

3.0 Membentang dan menerima akaun-akaun teraudit koperasi berdaftar bagi tahun
kewangan berakhir 30 Jun 2019.

3.1 Puan Hazwani selaku bendahari koperasi membentangkan Akaun-akaun Teraudit
Koperasi Berdaftar bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2019. Laporan kewangan
tersebut telah diterima dengan sebulat suara.
Pencadang : Nur Baiti Liana bt Ahmad Rafi (4 EK)
Penyokong : Aiman Izzanik bin Samsuddin(4 PG)
Tindakan : Bendahari

4.0 Menimbang dan meluluskan anggaran belanjawan tahunan bagi tahun kewangan
2019/2020
4.1 Puan Hazwani sekali lagi membentangkan anggaran belanjawan bagi tahun kewangan
2019/2020. Beliau memaklumkan terdapat bayaran kepada pekerja koperasi dan elaun
kepada pengawas koperasi yang bertugas. Anggaran belanjawan tersebut telah
diterima sebulat suara.
Pencadang : Adib Shahir bin Rosman (4 PG)
Penyokong : Mohd Mujib Bin Zainuddin (4 PT 1)
Tindakan : Bendahari

5.0 Pembubaran Ahli Lembaga Koperasi 2018/2019
5.1 Puan Maniza mencadangkan pembubaran ALK sesi 2018/2019. Cadangan tersebut
diterima dengan sebulat suara.
Makluman

6.0 Perlantikan Anggota-anggota Lembaga Koperasi sesi 2019/2020

6.1 Pn. Maniza selaku pengerusi mencadangkan untuk melantik semula ALK guru sesi
2018/2019 sebagai ALK guru sesi 2019/2020. ALK murid dilantik dikalangan
pengawas koperasi sekolah. Cadangan dipersetujui sebulat suara.

ALK Murid :
Nur Amirah Bt Kamaruzaman (5 ST)
Nur Atiqah Ameera Binti Abd Rahman (4 ST)
Alisya Maisarah Binti Azhan (4 PA)
Nur Syahirah Nabilah Binti Hasmadi (4 PA)
Muhammad Hakimi Bin Ramdzan (3 PAT)
Syahkir Fakhrullah Bin Shafizal (3 SET)
Adam Rafiq Bin Zaidi (3 SET)

Pencadang : Allisya Batrisya Bt Romi (4 EK) Makluman
Penyokong : Nur Hamizah Batrisya Bt Mad Razak (4 PA)

7.0 Perlantikan jawatankuasa untuk menentusahkan draf minit Mesyuarat Agung
7.1 Puan Yumaiza Bt Mohd Din mencadangkan nama-nama jawatankuasa untuk menen-
tusahkan draf minit mesyuarat agung (4 orang ALK dan 6 orang anggota koperasi).
Pn. Kanha A/P Prak Prom Keu
Puan Hazwani binti Abdul Ghani
Pn. Khairul Bariyah bt Abdul Halim
Pn. Noor Dalila Bt Ghazali
Nazrulnizam A/L Zailani (4 PA)
Muhammad Fitri Iman Bin Shamsul Kamar (4 EK)
Syahraf Muharram Bin Shafizal (2 SET)
Nurazirah Binti Mohamed Abdullah (5 ST)
Jefferiens Bin Zakaria (4 PT 1)
Pavithiran A/L Chandrasaegran (4 PA)

8.0 Perlantikan Panel Juruaudit Akaun-akaun Koperasi
8.1 Puan Hazwani mencadangkan untuk mengekalkan 2 Panel JuruAudit akaun-akaun
koperasi, iaitu :
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Tetuan Hj Zaid & Co
Sokongan : Stephen Jenang Anak Bandar (4 PG)
Cadangan diterima sebulat suara.

9.0 Usul-usul tergempar
9.1 Jeffriens Bin Zakaria (4 PT 1) mencadangkan koperasi menyediakan Vending Ma-
chine untuk jualan.
Puan hazwani memberikan maklum balas bahawa, ‘vending machine’ tidak boleh
disediakan kerana terdapat pekeliling yang melarang pihak koperasi daripada me-
nyediakan perkhidmatan tersebut.
Puan maniza cadangkan koperasi tambahkan pelbagai air untuk jualan. Cadangan
tersebut akan diambil tindakan oleh pihak koperasi.
9.2 Mohd Mujib (4 PT 1) mencadangkan koperasi menjual seluar ‘track’ yang mempu-
nyai lencana sekolah. Cadangan tersebut akan dipertimbangkan dan dibincangkan
dalam mesyuarat ALK Koperasi.
9.3 Nazmi Farhan (4 ST) memberikan cadangan supaya baju rumah sukan
menggunakan kain jersi seperti baju PJK sekolah. Cadangan nazmi akan dibin-
cangkan dalam mesyuarat ALK Koperasi.
Puan Hazwani memaklumkan bahawa baju lama PJK masih banyak di koperasi.
Baju-baju tersebut akan dilelong dengan harga yang murah.
9.4 Puan Hazwani mencadangkan untuk membeli ‘vest’ untuk pengawas koperasi.
‘Vest’ tersebut akan digunakan semasa pengawas bertugas dan semasa program-
program yang dianjurkan oleh koperasi sekolah Cadangan diterima sebulat suara.
9.5 Nur Baitee ( 4EK) mencadangkan supaya pihak koperasi menyediakan baju PJK
Muslimah. Puan maniza memaklumkan, baju tersebut telah ada bagi guru-guru.
Koperasi akan membuka tempahan kepada untuk pelajar muslim selepas ini.
Tindakan : Unit Jualan

10. Hal-hal Lain
10.1 Puan Noor Idayu memaklumkan bahawa terdapat honorium yang telah dicadangkan
oleh pihak audit bagi tahun 2019 sebanyak RM 1,000.00, dividen sebanyak rm95.32
bagi tahun 2019 dan RM 1855.55 bagi tahun 2018 . Sehubungan itu, beliau meminta
persetujuan daripada ahli-ahli koperasi untuk mengeluarkan duit honorarium dan
dividen tersebut untuk membuat pembahagian kepada ALK dan pelajar.

Sokongan : Muhamad Alif Farhan bin Jamaluddin (4 EK)
Cadangan dipersetujui sebulat suara.

Tindakan : Setiausaha & Bendahari

10.2 Puan Hazwani membentangkan senarai asset yang telah dibeli oleh pihak koperasi
dan senarai pembekal bagi pembelian barangan koperasi kepada semua ahli se-
bagaimana lampiran. Beliau memohon persetujuan daripada semua ahli untuk
menggunakan khidmat pembekal-pembekal tersebut. Ahli juga boleh merujuk kepa-
da lampiran yang diedarkan.
Tindakan : Pengurus Belian

Puan Hazwani membentangkan sumbangan yang telah dikeluarkan oleh koperasi
kepada pihak sekolah dan aktiviti-aktiviti sekolah sebagaimana lampiran.

11. Ucapan Penangguhan oleh Puan Maniza binti Yusuf (wakil Pengerusi)
11.1 Puan Maniza mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang hadir atas
kerjasama yang baik.
Sekiranya terdapat sebarang cadangan boleh kemukakan kepada guru-guru koperasi
11.2 Koperasi adalah milik semua. Murid-murid diharapkan untuk memberi sumbangan
dalam bentuk tenaga atau dengan menyokong jualan koperasi.

Mesyuarat Agung ditangguhkan pada jam 10.00 pagi

Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh,

YUMAIZA BINTI MOHD DIN KANHA A/P PRAK PROM KEU
Setiausaha, Pengerusi,
Koperasi SMKDHK KKB Berhad Koperasi SMKDHK KKB Berhad




















Click to View FlipBook Version