The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Gije John, 2024-03-25 21:46:54

PERINGKAT MEMBACA

PERINGKAT MEMBACA

Kumpulan Fasa 4


Aerdivon Franklyn Nisa Syakirah


Menurut Mullis, IVS, & Martin(2019), literasi membaca ialah keupayaan untuk memahami dan menggunakan bentuk bahasa bertulis yang diperlukan oleh masyarakat dan dihargai oleh individu. Pembaca boleh membina makna daripada teks dalam pelbagai bentuk. Mereka membaca untuk belajar, untuk mengambil bahagian dalam komuniti pembaca di sekolah dan kehidupan seharian, dan untuk keseronokan. Singkatnya, literasi membaca ialah kemampuan memahami bacaan dan tulisan bagi mendapatkan inrformasi dan mentransformasi maklumat.


PERINGKAT PRABACAAN


Prabacaan merujuk kepada kesediaan membaca yang ditakrifkan sebagai satu peringkat bagi menyediakan kanak-kanak untuk bacaan awal atau bacaan asas. Aktiviti prabacaan merujuk kepada aktiviti yang dijalankan bagi tujuan memberikan asas kepada kanak-kanak sebelum mereka boleh membaca. Pada peringkat prabacaan, guru mengajar murid-murid untuk mengenal dan mengecam huruf-huruf terlebih dahulu sebelum membaca. Definisi peringkat prabacaan


CIRI-CIRI PRABACAAN Murid-murid boleh menyebut suku kata. Murid-murid menguasai kemahiran mengabungkan bunyi huruf. Murid-murid dapat mengenal dan menyebut perkataan.


PRABACAAN bulatkan gambar yang sama kaedah fonetik lukis bentuk mengikut titik


Guru dapat mengukuhkan penguasaan suku kata murid dengan memberikan latih tubi mengeja perkataan. Guru mengajar murid-murid mengenali nama, bentuk dan mengecam huruf abjad. Strategi pengajaran


PERINGKAT MEKANIS


Peringkat ini adalah tahap di mana murid membaca dengan suara yang kedengaran dan menyebut sebutan perkataan dengan jelas serta menggunakan intonasi dan gaya membaca yang betul. Bacaan ini dilaksanakan pada peringkat awal di sekolah rendah Murid membaca perkataan dengan tepat Membantu murid memahami tatabahasa dan ejaan Murid mengenal kata-kata umum Bahan bacaan yang digunakan adalah mudah difahami dan tidak membebankan pemikiran DEFINISI CIRI-CIRI


MEKANIS menulis karangan mengisi silang kata melengkapkan ayat


Guru harus memerhati ekspresi wajah murid ketika mereka membaca bagi mengenal pasti sebarang kesukaran yang dihadapinya. Guru harus menambah minat murid untuk membaca dengan menyediakan sudut bacaan dalam kelas dan membekalkan pelbagai jenis bacaan yang menarik. Semasa proses pembacaan nyring guru boleh berhenti pada bahagian tertentu untuk berbincang berkenaan sesuatu dalam bahan bacaan tersebut. Guru boleh melaksanakan sesi membaca bersama agar murid dapat mendengar cara membaca yang betul.


PERINGKAT MENTALIS


Bacaan mentalis ialah bacaan yang disuarakan dalam hati Menukarkan isi makna tanpa mengeluarkan suara Dijalankan apabila murid mencapai kemahiran dan kecekapan peringkat mekanis DEFINISI CIRI-CIRI Murid membaca bahan bacaan dengan sendiri dan guru sebagai pembimbing Murid membaca untuk memahami apa yang di baca Murid membaca senyap dengan pantas untuk mendapatkan pengetahuan


MENTALIS meneka silang kata membina karangan berdasarkan tajuk melengkapkan cerita


Bahan bacaan yang diajar mestilah berperingkat-peringkat daripada bahan-bahan yang senang kepada yang susah. Guru memberi dan menentukan bahan bacaan, semasa pembelajaran guru akan membantu dan memandu murid-murid yang lemah Guru bersoal jawab dan membincangkan perkataan-perkataan yang sukar.


Terima kasih


Click to View FlipBook Version