The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Teknik menjawab Pendidikan Islam SPM kertas 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amin Effendi, 2023-08-19 08:35:21

Teknik menjawab Pendidikan Islam SPM kertas 1

Teknik menjawab Pendidikan Islam SPM kertas 1

1 TEKNIK MENJAWAB SOALAN PENDIDIKAN ISLAM SPM 2022 1223/1 NAMA : …………………………………………… TINGKATAN : …………………………………….. SEKOLAH : ………………………………………..


2 FORMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM SPM 1223/1 DAN 1223/2 PERKARA KERTAS 1 KERTAS 2 Jenis Instrumen Ujian bertulis Ujian Tilawah dan Hafazan AlQuran, (Pentaksiran Pusat) Jenis Item • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respon Terbuka • Subjektif Berstruktur Subjektif Respons Terhad Bilangan Soalan 5 Soalan (100 markah) (Jawab semua soalan) Bahagian A Tilawah (50 markah) Bahagian B Hafazan (30 markah) Bahagian C Membaca Hadis (20 markah) Jumlah Markah 100 markah 100 markah Konstruk • Mengingat dan memahami • Mengaplikasi • Menganalisis • Menilai • Kemahiran Tilawah al-Quran • Kemahiran Menghafaz alQuran • Kemahiran Membaca Hadis Tempoh Ujian 2 jam 30 minit 10 Oktober hingga 4 November 2022 (Tingkatan 5) Cakupan Konteks Standard kandungan dan standard pembelajaran dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM Tingkatan 4 dan 5 Ayat bacaan, hafazan dan hadis Tingkatan 4 dan 5 Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi 5 : 3 : 2 Kaedah Penskoran • Analitik • Holistik • Holistik


3 KERTAS 1 PENDIDIKAN ISLAM SPM 1. Mengandungi 5 soalan subjektif : • Soalan 1 : Kefahaman ayat, kefahaman hadis dan tajwid • Soalan 2 : Akidah • Soalan 3 : Fekah • Soalan 4 : Sirah / Tamadun / Tokoh • Soalan 5 : Akhlak Islamiah 2. Semua soalan WAJIB dijawab 3. Jumlah markah keseluruhan : 100 markah 4. Wajaran : 80 markah 5. Peruntukan masa : 2 jam 30 minit • Purata masa menjawab bagi setiap soalan ialah 25 minit dan selebihnya adalah untuk menyemak semula jawapan yang telah ditulis. • 25 minit x 5 soalan : 125 minit (Menjawab) • Baki masa selebihnya : 25 minit (Menyemak) • Jumlah keseluruhan : 150 minit = 2 jam 30 minit 6. Cakupan konteks : • Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM Tingkatan 4 & 5 • Buku Teks Tingkatan 4 & 5


4 TOPIK TINGKATAN 4 & 5 PENDIDIKAN ISLAM, SIJIL PELAJARAN MALAYSIA BIDANG TING 4 TING 5 Hafazan 2 3 Tajwid 3 3 Kefahaman Ayat 4 3 Kefahaman Hadis 2 2 Akidah 3 2 Fiqah 5 5 Sirah & Tamadun Islam 4 2 Akhlak Islamiah 4 4 JUMLAH 27 24 TAJUK BIDANG TAJWID TINGKATAN 4 TINGKATAN 5 Mad Silah Hukum Bacaan RA Mad Lazim Tanda dan Jenis Wakaf Qalqalah Jenis Ibtidak TAJUK BIDANG KEFAHAMAN AYAT TINGKATAN 4 TINGKATAN 5 Larangan Rasuah Ciri-ciri Mukmin Berjaya Memahami Sunnatullah Memahami Keutamaan Dalam Tindakan Larangan Mempersendakan Agama Kepelbagaian Bangsa Dalam Islam Dakwah Pemacu Kemajuan -


5 TAJUK BIDANG KEFAHAMAN HADIS TINGKATAN 4 TINGKATAN 5 Hindari Dosa-dosa Besar Setiap Orang Ialah Pemimpin Kemuliaan Berdikari Tujuh Golongan Yang Mendapat Naungan Allah SWT TAJUK BIDANG AKIDAH TINGKATAN 4 TINGKATAN 5 Allah SWT Maha Pembalas dan Maha Perkasa Allah SWT Maha Mengawasi dan Maha Menyaksikan Perkara Yang Membatalkan Iman Akidah Ahli Sunnah WalJamaah Hindari Ajaran Sesat - TAJUK BIDANG FEKAH TINGKATAN 4 TINGKATAN 5 Haji dan Umrah Solat Sunat Istikharah Sembelihan Solat Sunat Tasbih Korban Perkahwinan Akikah Kemahiran Keibubapaan Konsep Muamalat Islam Isu-isu Dalam Perkahwinan Jenis Akad dalam Muamalat Islam Wasiat Dalam Islam Solat Sunat Dhuha Faraid Dalam Islam Solat Sunat Gerhana Jenayah Dalam Islam


6 TAJUK BIDANG SIRAH / TAMADUN ISLAM / TOKOH TINGKATAN 4 TINGKATAN 5 Kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin Kerajaan Uthmaniyah Kerajaan Umaiyah Salahuddin Al-Ayyubi Kerajaan Abbasiyah Hassan Al-Banna Imam Abu Hanifah Ahmad bin Ibrahim Imam Malik - Imam As-Syafie - Imam Ahmad bin Hanbal - TAJUK BIDANG AKHLAK ISLAMIAH TINGKATAN 4 TINGKATAN 5 Bersikap Benar Menjauhkan Kemunafikan Tawaduk Menzahirkan Kesucian Jiwa Khauf dan Raja’ Istiqamah Jalan Menuju Mujahadah Adab Terhadap Orang Sakit Alam Sekitar Penenang Jiwa Adab Terhadap Orang Kurang Upaya Sifat Mazmumah Meracuni Hati Wasatiyyah Menjamin Kecemerlangan Umat -


7 TEKNIK MENJAWAB SOALAN KERTAS 1 PENDIDIKAN ISLAM SPM


8 1. Sebelum menjawab, sila baca arahan soalan terlebih dahulu. Pastikan : • Berapa soalan yang perlu dijawab • Tempoh masa yang diperuntukkan 2. Baca soalan, garis kata kunci & tulis jawapan secara ringkas di kertas soalan 3. Tidak menulis di ruangan ‘untuk kegunaan pemeriksa’ 4. Semua soalan hendaklah dijawab dalam bentuk point melainkan : i Soalan pengertian / definisi Jawab dalam bentuk esei ii Soalan KBAT Jawab dalam bentuk esei iii Soalan banding beza Buat kotak perbandingan 5. Persembahan jawapan yang menarik : • Tulis nombor soalan besar • Tulis nombor soalan pecahan • Buat intro jawapan / kepala jawapan • Bentuk point hendaklah seragam dan kemas • Selangkan 1 atau 2 baris antara jawapan dengan soalan berikutnya 6. Jawapan hendaklah berdasarkan Kata tugas / bentuk soalan – Nyatakan, jelaskan, huraikan, terangkan dan lain-lain Peruntukan markah – 1M, 2M, 3M, 4M dan lain-lain 7. Jangan atau elakkan dari menjawab jawapan yang berbentuk negatif bagi soalan cara, usaha atau langkah. Contoh: Bagaimanakah cara untuk meningkatkan keimanan. • Tidak berzina (jawapan sebegini - tidak diterima) • Tidak melakukan maksiat (jawapan sebegini - tidak diterima) • Tidak berpoya-poya dan melepak (jawapan sebegini - tidak diterima) 8. Jangan tinggalkan soalan mudah dan jawablah sungguh-sungguh • Soalan pengajaran atau iktibar • Soalan KBKK (Punca berlaku, implikasi (keburukan), hikmah (kebaikan) dan cara mengatasi) 9. Boleh menjawab lebih dari fakta yang diminta • Sekiranya ragu-ragu dengan jawapan yang diberi. • Jika ada lebihan masa • Tidak boleh beri jawapan lebih pada soalan respon terhad yang berpandu 10. Pastikan jawapan tidak berulang / jawapan yang sama maksud dengan jawapan yang telah diberi. Contoh : diberkati Allah = disayangi Allah = dirahmati Allah 11. Mulakan jawapan bagi soalan 1 – 5 di helaian muka surat yang baharu, contoh : jangan sambung soalan 1 dengan soalan 2 dalam muka surat yang sama. 12. Tulisan : • Guna pen hitam atau biru yang jelas dan terang • Tulisan hendaklah cantik dan kemas (boleh dibaca), tidak menggunakan huruf ringkas


9 • Jangan guna liquid paper / correction tape jika tersilap, hanya gariskan. • Jangan guna pensel atau pen berwarna warni 13. Bahasa : Menggunakan bahasa melayu yang mudah difahami dan bukan loghat daerah 14. Jawab soalan yang mudah dahulu • Sediakan ruangan jawapan bagi soalan susah yang ditinggalkan. • Apabila sudah selesai menjawab soalan mudah barulah cuba menjawab soalan susah yang ditinggalkan. • Tindakan ini untuk mengelakkan tidak cukup masa untuk menjawab dan kehilangan markah untuk soalan yang mudah. 15. Buat semakan jawapan sebelum menghantar kertas jawapan. • Jika ada soalan yang tertinggal, sila buat nota rujukan normbor soalan untuk memudahkan pemeriksa menanda. Jawab seperti biasa 16. Jika buku jawapan (tidak mencukupi untuk menjawab soalan) • Sila minta helaian tambahan daripada pengawas • Ikat helaian tambahan bersama buku jawapan dengan benang yang disediakan


10 BENTUK SOALAN & PANDUAN JAWAPAN KERTAS 1 PENDIDIKAN ISLAM SPM KOD 1223/1


11 KATA TUGAS JAWAPAN YANG DIKEHENDAKI CONTOH ITEM 1 NYATAKAN / SENARAIKAN / BERIKAN • Jawapan anda hendaklah dikemukakan dalam bentuk point kecuali item definisi dan perbezaan. • Tidak memerlukan penerangan / huraian / contoh / sokongan Nyatakan dua perkara yang dilarang ketika ihram haji • Memakai pakaian berjahit bagi lelaki • Menutup kepala bagi lelaki • Menutup muka dan tangan bagi perempuan 2 JELASKAN • Jawapan anda hendaklah ditulis dalam bentuk ayat yang lengkap. Jelaskan dua hikmah bersikap benar. • Terpelihara daripada sifat munafik • Mengeratkan ukhwah sesama menjadi contoh teladan kepada orang lain 3 TERANGKAN / HURAIKAN • Jawapan anda hendaklah ditulis dalam bentuk ayat yang lengkap beserta huraian atau contoh • Jawapan anda hendaklah ditulis secara terperinci [mengandungi SUBJEK dan PREDIKAT] iaitu - Isi dan huraian - Isi dan contoh • HURAIAN ialah keterangan yang ditulis dengan kata sendi penyambung ayat : SUPAYA / UNTUK / KERANA / AGAR / DENGAN / AKIBAT / CONTOH / SERTA dan seumpamanya] Terangkan implikasi perkahwinan yang tidak mengikut syariat dan undang-undang Islam. • Pasangan boleh dedenda (1m) kerana berkahwin diluar Kawasan tanpa kebenaran (1m) • Pasangan terpaksa dipisahkan (1m) jika didapati perkahwinan tidak sah menurut syarak (1m) • Sukar mendaftar kelahiran anak (1m) untuk mendapat sijil kelahiran (1m)


12 4 PENGAJARAN / IKTIBAR • Jawapan mestilah berkaitan tentang ayat, hadis atau perkara yang diutarakan. • Kata kunci jawapan ialah : Kita hendaklah… (isi) + (huraian) Kita janganlah… (isi) + (huraian) Terangkan dua pengajaran yang dapat diambil dari hadis di atas. • Kita hendaklah berlaku adil dalam setiap tindakan kerana ia merupakan suruhan Allah SWT. • Kita janganlah melakukan perbuatan syirik kerana boleh merosakkan akidah. 5 MENGAPAKAH • Calon perlu menjelaskan sebab Mengapakah faraid disyariatkan dalam Islam? • Mengelak berlakunya pertelingkahan dalam pembahagian harta pusaka • Menjamin kelangsungan hidup waris selepas kematian orang yang mewarisi harta 6 APAKAH • Soalan ini berkisar tentang definisi / memberikan maklumat yang khusus / spesifik Apakah maksud sembelihan? Sembelihan ialah menyembelih binatang yang halal dimakan dagingnya dengan cara memutuskan urat halkum dan urat marik. 7 SIAPAKAH • Mengenal pasti individu tertentu Siapakah antara khulafa’ ArRasyidin yang memerangi nabi palsu sebaik sahaja dilantik menjadi khalifah? • Saidina Abu Bakar 8 SENARAIKAN • Menyatakan beberapa fakta Senaraikan empat dosa besar berdasarkan hadis di atas. • Syirik • Sihir • Membunuh • Makan riba


13 9 BAGAIMANAKAH • Memperihalkan / memberikan penerangan tentang cara / kaedah / langkah / kejadian. Bagaimanakah cara mengatasi kes pengabaian tanggungjawab dalam keluarga? • Melaporkan kepada pihak berkuasa supaya dapat diambil Tindakan sewajarnya • Mengenakan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran pasangan tersebut. 10 CADANGKAN LANGKAH, CARA, AMALAN, TANGGUNGJAWAB, TINDAKAN • Jawapan memerlukan kepada perbuatan dan bukan pernyataan atau sifat. • Jawapan perlu dalam bentuk yang positif, jangan mulakan jawapan dengan perkataan “TIDAK”. Cadangkan Langkah yang boleh diambil untuk mengatasi perkahwinan yang tidak mengikut undang-undang Islam. • Diwajibkan menghadiri kursus perkahwinan anjuran Jabatan Agama Islam negeri untuk persiapan mendirikan rumah tangga • Kuatkuasa undang-undang di bawah Mahkamah Syariah Negeri bagi yang tidak mengikut undang-undang Islam.


14 LATIHAN KATA TUGAS / BENTUK SOALAN Bidang : Kefahaman ayat Tingkatan : 5 Tajuk : Memahami Keutamaan Dalam Tindakan Surah : At-Taubah ; Ayat 19 - 20 Ayat di atas menerangkan tentang fiqh al-Aulawiyyat dalam kehidupan seseorang muslim. Berdasarkan ayat di atas, (i) Nyatakan dua prinsip asas dalam fiqh al-Aulawiyyat. [2 markah] …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………. (ii) Jelaskan dua kepentingan fiqh al-Aulawiyyat dalam Islam. [4 markah] …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………. (iii) Terangkan dua pengajaran daripada ayat di atas. [4 markah] …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………….


15 PANDUAN MENJAWAB SOALAN KERTAS 1 PENDIDIKAN ISLAM SPM KOD 1223/1


16 ITEM JAWAPAN / PANDUAN CONTOH 1 PENGERTIAN / MAKSUD / TAKRIF / DEFINISI Merupakan satu struktur ayat yang lengkap yang merangkumi beberapa isi. Apakah maksud talak? • Talak ialah pembubaran perkahwinan oleh suami dengan lafaz talak yang jelas atau kiasan. Talak ialah : - Pembubaran perkahwinan oleh suami - Dengan lafaz talak - Yang jelas atau kiasan Bukan menyenaraikan isi Boleh menggunakan ayat sendiri dengan syarat ada kata kunci pengertian 2 SYARAT SAH / RUKUN / PERKARA WAJIB Perkara yang mesti / wajib dipatuhi kalau tidak, ibadat tidak sah. Nyatakan dua syarat sah sembelihan. • Penyembelih beragama Islam atau ahli kitab • Penyembelih berniat kerana Allah • Memutuskan urat halkum dan urat marik binatang sembelihan dengan segera dan sekali sembelihan. Perkara yang mesti dipatuhi dalam ibadat Syarat sah semasa berlakunya sesuatu ibadat 3 SYARAT WAJIB Syarat kepada individu / orang yang hendak melakukan sesuatu ibadat Senaraikan dua syarat wajib haji • Islam • Berakal • Baligh • Merdeka Seperti : Haji, perkahwinan, korban, akikah dan sembelihan 4 CIRI Perkara yang sepatutnya ada sesuatu perkara yang dilakukan atau perbuatan Senaraikan dua ciri suami yang bertanggungjawab. • Melakukan sesuatu secara adil • Memberi nafkah yang secukupnya • Mendidik anak dengan didikan agama 5 CONTOH Misal / perbuatan yang memerlukan penjelasan yang terang mengenai sesuatu perkara / perbuatan. Nyatakan dua contoh sifat tawadukRasulullah SAW. • Membelai rambut kanak-kanak dengan perasaan kasih sayang • Sentiasa membantu isteri baginda dalam melayani keluarga • Tidak pernah mencela makanan yang disediakan untuk baginda.


17 6 PENAMBAHBAIKAN Soalan yang memerlukan penambahbaikan Cadangkan amalan yang boleh menambahkan keimanan dalam diri. • Sentiasa membaca Al-Quran • Istiqamah melakukan solat hajat • Membantu kearah kebaikan dengan bersungguh-sungguh. Dimulai dengan perkataan SENTIASA, ISTIQAMAH, BERSUNGGUHSUNGGUH 7 SEBAB LARANG / SEBAB HARAM Keburukan sesuatu perkara berkenaan / tersebut Nyatakan sebab Islam melarang amalan rasuah. • Boleh meningkatkan kes jenayah • Boleh melumpuhkan ekonomi negara • Pemberi dan penerima rasuah mendapat laknat Allah SWT dan rasul 8 FAKTOR / PUNCA / SEBAB BERLAKU Kelemahan atau kekurangan (individu, masyarkat, negara) • Iman yang lemah / tidak kuat iman • Kurang pendidikan / penghayatan agama • Jahil agama • Kurang kasih sayang ibubapa • Masyarkat tidak prihatin • Pengaruh rakan sebaya • Pengaruh keduniaan / kebendaan Kelemahan atau kekurangan (ibubapa, suami, isteri) Sebab, punca, faktor yang mendorong [kelebihan/kekuatan] • Melaksanakan perintah Allah • Meninggalkan larangan Allah • Sentiasa melakukan ibadah sunat • Berdamping dengan alim ulamak • Mengimarahkan diri ke masjid / majlis ilmu • Redha dengan konsep qada’ dan qadar Allah. 9 USAHA / PERANAN / CARA / LANGKAH / ATASI / BENDUNG / TANGANI Tindakan oleh individu, masyarakat dan negara • Menguatkuasakan / mengetatkan undang- undang • Mengenakan hukuman berat / hudud / qisas • Mengadakan kempen / seminar berkaitan dengannya • Membaca dan menghayati Al-Quran • Melaksanakan semua perintah Allah • Ibu bapa mesti berperanan mendidik anak- anak • Mendengar nasihat alim ulamak • Membentuk pembimbing rakan sebaya Tindakan oleh ibu bapa, suami isteri dan anak-anak


18 10 HIKMAH SURUHAN / LARANGAN KEBAIKAN / KESAN POSITIF / KELEBIHAN / KEPENTINGAN / SEBAB ALLAH PERINTAH / SEBAB DISYARIATKAN Isi positif berkaitan individu, masyarakat, negara. DIRI • Diberi ganjaran syurga • Bahagia dunia dan akhirat • Hidup diberkati / Dikasihi Allah • Jiwa tenang dan ternteram • Disanjung masyarakat / maruah terpelihara AGAMA • Maruah agama terpelihara • Syiar Islam berkembang NEGARA • Negara maju / menjadi kuat • Ekonomi berkembang pesat • Hidup aman dan harmoni • Pembangunan lancar Isi positif berkaitan suami, isteri, anakanak, institusi keluarga 11 IMPLIKASI / KEBURUKAN / BAHAYA / KESAN NEGATIF / SEBAB LARANGAN / SEBAB PENGHARAMAN Isi negatif terhadap individu, masyarakat, negara DIRI • Dimurkai Allah / diazab di akhirat • Dihukum qisas / hudud semasa di dunia • Dipulaukan atau tidak dipedulikan oleh orang lain AGAMA • Maruah agama rosak / dihina • Sukar mengembangkan Islam • Maruah umat Islam tercemar Isi negatif terhadap ibubapa, suami, isteri, anak-anak dan institusi keluarga KELUARGA • Keluarga akan porak peranda / dipulaukan masyarakat / akan dimurkai / dilaknat Allah. • Keluarga sentiasa susah / miskin • Maruah keluarga tercemar / hina NEGARA • Negara akan mundur / menjadi lemah • Ekonomi negara semakin mundur / miskin • Berlaku perleche kaum / pergaduhan / • permusuhan • Pembangunan terbantut / dijajah oleh kuasa asing • Dilaknat / mendapat bala dari Allah


19 12 PERMASALAHAN HUKUM • Nyatakan hukum dengan menggunakan istilah seperti SAH / TIDAK SAH • Jangan gunakan istilah : BOLEH / TIDAK BOLEH / TIDAK MENGAPA Khadijah dinikahkan oleh bapanya yang sedang wukuf di Padang Arafah. Hukum : Tidak sah Alasan : Masih berada dalam ihram haji Hukum menggunakan istilah syarak SAH / TIDAK SAH / HARAM / MAKRUH / WAJIB / HARUS / SUNAT / SUNAT MUAKKAD Nyatakan alasan merujuk kepada syarat sah / perkara sunat / rukun / perkara makruh dan lain-lain Soalan hukum sahaja : Hukum mengerjakan umrah semasa ibadah haji Jawapan : Wajib 13 BANDING BEZA / PERBEZAAN Bina jadual A B Berikan perbezaan antara ASWJ dan Kawarij ASWJ Khawarij Pelaku dosa besar adalah fasik Pelaku dosa besar adalah kafir Berlainan iktikad haram membunuh Berlainan iktikad halal membunuh Sumber hukum Al-Quran dan hadis Sumber hukum hanya Al-Quran Jawab perpasangan


20 LATIHAN SOALAN PENGAJARAN / IKTIBAR TAJUK : Hindari Dosa-dosa Besar (SPM 2021) ………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………..


21 LATIHAN SOALAN PERBEZAAN / BANDING BEZA TAJUK : Muamalat Islam (SPM 2021) ………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………..


22 PANDUAN MENJAWAB SOALAN KBAT PENDIDIKAN ISLAM SPM


23 CARA MENGENAL SOALAN KBAT Ciri Soalan KBAT 1. Mempunyai stimulus. • Stimulus ialah ransangan • Bertujuan untuk merangsang pemikiran pelajar. • Stimus boleh datang dalam pelbagai bentuk : ❖ Dalam bentuk ayat. ❖ Cerita ❖ Gambar ❖ Graf ❖ Angka 2. Diperuntukan 4 markah • Tidak dinyatakan jumlah jawapan yang dikehendaki. • Ada juga soalan KBAT yang stimulusnya agak kabur atau tiada. • Tetapi boleh dikesan melalui markah yang diperuntukkan. (Kalau markah 4 dan soalan minta 2 fakta… itu menunjukkan bukan soalan KBAT) 3. Kata tugasan • Kata soal yang digunakan agak canggih seperti : ❖ Berikan hujah anda.. ❖ Komen… ❖ Pendapat… ❖ Ramalkan… ❖ Bagaimanakah… FAHAMI KEHENDAK SOALAN


24 TEKNIK DAN CARA MENJAWAB SOALAN KBAT PERUNTUKAN MARKAH CARA MENJAWAB Isi (1m) Perlu menjawab berkaitan isu yang dikemukakan Huraian (1m) Perlu ada huraian terhadap isi yang dikemukan. Bagaimana? … supaya … … untuk … … kerana … … agar … Huraian Lengkap (1m) Huraian lengkap perlulah menyatakan perkara berikut : • Kesan • Contoh • Dalil (Ayat Al-Quran / Hadis) • Sebab/ Punca Berlaku • Hikmah Kesimpulan (1m) Kesimpulan boleh menggunakan salah satu perkara berikut : • Rumusan • Cadangan • Tindakan Mulakan kesimpulan dengan ayat : • Oleh itu … • Justeru itu … • Kesimpulannya ialah … Perlu ada isi dan huraian [ I SUKA Hati ] Ingatan Penting : • Jawapan calon hendaklah dalam bentuk esei / karangan pendek • Tidak boleh menjawab dalam bentuk point sahaja. • Sebaiknya jawapan dalam 4 ayat.


25 CADANGAN CARA MENJAWAB SOALAN KBAT Isi (1m) Perlu menjawab berkaitan isu yang dikemukakan Huraian (1m) Cadangan memulakan ayat untuk huraian : • Ini bertujuan supaya … • Ini dilakukan untuk … • Hal ini / Ini / Ini disebabkan kerana … • Tidakan ini dilakukan agar … Huraian Lengkap (1m) Cadangan memulakan ayat untuk huraian lengkap : • Kesan - Antara kesannya ialah… • Contoh - Seperti… - Sebagai contoh… • Dalil (Ayat Al-Quran / Hadis) - Sebagaimana firman Allah / Sabda Nabi… - Sebagaiman maksud/pengertian firman Allah… • Sebab/ Punca Berlaku - Ini menyebabkan …. - Ini berpunca dari … • Hikmah - Hikmahnya ialah… - Kebaikannya ialah… Kesimpulan (1m) Kesimpulan boleh dibuat dengan memilih salah satu perkara di bawah : • Rumusan • Cadangan • Tindakan Cadangan memulakan ayat untuk kesimpulan : • Oleh itu … • Justeru itu … • Kesimpulannya ialah … Perlu ada isi dan huraian [ I SUKA Hati ]


26 SOALAN KBAT 1 : AKIDAH : AJARAN SESAT Ahmad terlibat dengan ajaran sesat sehingga melakukan solat hanya dengan berniat sahaja. Sebagai seorang rakan, bagaimanakah anda dapat membantu rakan anda. Isi (1m) Menyedarkan dan menasihati Ahmad Huraian (1m) Supaya kembali kepada aqidah yang betul Huraian Lengkap (1m) Contohnya seperti mendalami ilmu agama dengan menghadiri kelas agama dari guru- guru yang diiktiraf Kesimpulan (1m) Oleh itu, seharusnya kita mempelajari ilmu dari pihak yang diiktiraf supaya akidah kita tidak terpesong . Jawapan Calon : Sebagai seorang rakan, saya akan menyedarkan dan menasihati Ahmad (ISI). Ini bertujuan supaya Ahmad kembali kepada akidah yang betul (HURAIAN). Contohnya seperti mendalami ilmu agama dengan menghadiri kelas agama dari guru-guru yang diiktiraf. (HURAIAN LENGKAP). Oleh itu, seharusnya kita mempelajari ilmu dari pihak yang diiktiraf supaya akidah kita tidak terpesong. (KESIMPULAN).


27 LATIHAN KBAT : AYAT KEFAHAMAN : CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA Berdasarkangambar di atas, sebagai seorang muslim bagaimanakah anda mengatasi godaan tersebut? ………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………..


28 AKHLAK ISLAMIAH : ADAB MEMELIHARA ALAM SEKITAR Gambar di atas merupakan salah satu pencemaran alam yang dilakukan oleh manusia. Andaikan anda pemimpin di kawasan tersebut, huraikan perkara yang sepatutnya anda lakukan bagi mengatasi masalah tersebut. ………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………..


29 AKIDAH : AJARAN SESAT Isu ajaran sesat masih berlaku dalam kalangan umat Islam di Malaysia hari ini. Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terdapat hampir 125 kumpulan ajaran sesat yang telah dikenalpasti. Kegiatan ini telah mempengaruhi pemikiran sebahagian besar umat Islam sehingga sanggup mempertikaikan pegangan akidah masing-masing. Lebih membimbangkan lagi apabila pendukung ajaran sesat ini melabelkan orang yang beriman sebagai sesat dan menyeleweng daripda ajaran sebenar. Sumber : Berita Harian 5 Nov. 2012 Berikan pendapat anda, mengapakah umat Islam hari ini mudah terpengaruh dengan gejala tersebut. ………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………….. SELAMAT MAJU JAYA Disediakan oleh : Ustazah Zuriyana binti Harun SMK Seksyen 9, Shah Alam


Click to View FlipBook Version