TEMA 1:KESELAMATAN
TAJUK DIPILIH:KEMALANGAN JALAN
RAYA
NAMA:DARREN RANGGI ANAK DENNIS
NO.MAKTAB:SC 190369
KELAS: 4 AL-RAZI
Pengenalan Tajuk
• Kemalangan merujuk kepada turutan kejadian yang berlaku secara tidak sengaja dan tidak dirancang,
sering kali tanpa sengaja atau diperlukan. Ia biasanya berlaku melalui gabungan beberapa sebab dan
mengakibatkan kesan buruk seperti kecederaan fizikal kepada individu, kerosakan harta benda, dan
kematian. Secara teknikal, "kemalangan" tidak merangkumi kejadian yang disebabkan oleh kesilapan
seseorang, contohnya jika dia cuai dan gagal mengambil langkah berjaga-jaga. Jika kejadian yang akan
berlaku diketahui akibat kecuaiannya, ia bukanlah "kemalangan" pada peringkat itu, dan orang yang cuai
tersebut boleh dipertanggungjawabkan atas kerosakan dan kecederaan orang lain.
MENGAPA?
Kemalangan jalan raya ialah perkara yang tidak asing lagi bagi kita rakyat Malaysia lebih lebih lagi dalam
musim perayaan atau cuti sekolah.Hal ini kerana pada waktu ini ramai orang yang akan menghabiskan
masa mereka di kampung berbanding di bandar.Pada zaman dahulu ,kemalangan jalan raya amat jarang
berlaku kerana pada zaman dahulu hanya orang kaya sahaja mampu membeli kereta.Pada zaman moden
kini hampir semua orang memiliki kereta untuk kegunaan peribadi.Oleh itu apakah punca berlakunya
kemalangan jalan raya?
ISI ISI PENTING
Memandu
dalam
keadaan
mabuk
Menukar PUNCA Memandu
Lorong PUNCA sambal
tanpa signal KEMALANGAN bemain
JALAN RAYA gadjet
Melanggar
lampu
isyarat
1.Memandu dalam keadaan mabuk
Ini sebabnya kenapa kita tidak boleh memandu semasa sedang dalam pengaruh alkohol:
i) Reaksi – refleks tubuh bada akan menjadi sedikit merosot
ii) Penglihatan – mata akan menjadi sedikit kabur akibat otot mata yang semakin lemah
Iii) Pertimbangan – keupayaan untuk menjangka dan memastikan kedudukan kenderaan menjadi kurang
tepat
iv) Konsentrasi – keupayaan memberi perhatian terganggu dan tidak kuat
2.Memandu Sambil Menggunakan Gadjet
Menggunakan telefon bimbit semasa memandu adalah satu kesalahan trafik. Ini
kerana segala perhatian kita akan tertumpu pada gadjet yang kita gunakan.Oleh
sebab itu, kemungkinan kemalangan yang akan berlaku adalah besar kerana kita
tidak peka akan kejadian yang berlaku di luar kenderaan tersebut.
3.Melanggar lampu isyarat
Kewujudan lampu isyarat adalah bertujuan untuk memastikan semua pemandu kenderaan mematuhi
peraturan terutama di kawasan simpang jalan utama. Banyak pihak melihat lampu isyarat ini sebagai tidak
penting lalu mereka sengaja melanggar lampu isyarat lebih lebih lagi apabila mengejar lampu isyarat
merah.Pemandu tersebut akan melajukan kenderaan supaya sempat melepasi lampu isyarat merah.Hal
ini dapat membahayakan pemandu lain bahkan pejalan kaki. Pemikiran biasa pemandu adalah tidak ada
kereta lain merupakan satu konsep yang harus dibuang oleh masyarakat kita. Lampu isyarat diwujudkan
untuk memberitahu aturan pemandu yang berhak menggunakan jalan itu.
4.Menukar Lorong Tanpa Signal
Banyak pemandu dengan sengaja menukar lorong tanpa menggunakan signal lalu keadaan ini akan
mewujudkan satu situasi panik kepada pemandu lain yang mampu membawa kemalangan berlaku. Kita
harus sedar di atas jalan raya terdapat banyak pemandu kenderaan yang mempunyai tahap pemanduan
yang berbeza. Jadi, sikap menggunakan isyarat sebelum menukar lorong harus diberi keutamaan kerana
isyarat itu berfungsi untuk memberitahu pemandu lain tindakan susulan yang akan diambil oleh
seseorang yang sedang memandu.
PERIBAHASA
1. Sediakan paying sebelum hujan
2. Nasi telah menjadi bubur
KESIMPULAN
Kesimpulannya keselamatan amatlah penting bagi meneruskan kelangsungan hidup yang baik.Oleh itu
keselamatan haruslah menjadi keutamaan dalam hidup agar kemalangan tidak akan berlaku pada masa
yang akan datang.Harapan seluruh rakyat Malaysia agar rakyat dapat hidup dengan aman dan selamat
dalam satu negara.Intihanya, janganlah kita menjadi seperti nasi menjadi bubur menyesal kemudian tiada
gunanya.