The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Apa maksud dadah?Dadah memberikan kesan negatif?Apakah yang dimaksudkan dengan keldai dadah?Marilah sama-sama kita pelajari tentang kesan negatif dadah terhadap diri kita,keluarga dan masyarakat

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuraishah1014, 2023-06-23 19:11:21

BUKU SKRAP DIGITAL ANTI DADAH

Apa maksud dadah?Dadah memberikan kesan negatif?Apakah yang dimaksudkan dengan keldai dadah?Marilah sama-sama kita pelajari tentang kesan negatif dadah terhadap diri kita,keluarga dan masyarakat

Keywords: anti dadah

PENYALAHGUNAAN BAHAN -DADAHNAMA: 1. NUR AISHAH BINTI MOHAMAD AZFAR SHAHIR. 2. NURUL AFRINA BINTI SAKUR. TINGKATAN: 4 IKON SEKOLAH: SMK PERMAS JAYA 2 Lebih Baik Cegah: Murid Ceria, Guru Bahagia dan Sekolah Bitara.


PENYALAHGUNAAN BAHAN Menyalahgunakan bahan seperti dadah bermaksud menggunakan bahan yang boleh menjadikan ketagih secara berlebihan atau untuk tujuan lain selain daripada tujuan sebenarnya. Perbuatan menyalahgunakan bahan adalah salah dari segi agama dan undang-undang. DADAH Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.


JENIS- JENIS DADAH 1 OPIAT Dadah Opiat adalah campuran yang diperolehi daripada biji popi. Opiat berasal dari candu (opium) yang diperolehi dari sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Papaver Somniferum. • Opium (Candu) • Heroin (Fit, Ubat, Panas, Stuff) • Morfin (Pokteh) • Kodein (Ubat Batuk)


JENIS- JENIS DADAH 2 GANJA Nama saintifik tumbuhan ini adalah Cannabis Sativa. Kanabis/Ganja merupakan sejenis tumbuhan yang didapati tumbuh meliar di banyak tempat. Ia juga dikenali sebagai Marijuana dan dikatakan berasal dari bahasa Portugis iaitu Mariguango yang bermaksud memabukkan. • Kanabis Herba • Resin Getah Kanabis (Hashish, Charas) • Minyak Hashish


JENIS- JENIS DADAH 3 DEPRESEN Kumpulan dadah depresen (penekan) merupakan sejenis dadah yang bertindak terhadap sistem otak sehingga membuatkan seseorang itu tidak sedarkan diri bila diambil secara berlebihan. Dalam bidang perubatan, dadah jenis ini digunakan sebagai ubat penenang, dan merawat pesakit yang mempunyai masalah tidur. Walau bagaimanapun, ia telah menjadi salah satu dadah yang disalahgunakan. • Pil tidur dan transkuiliser (Dormicum, Up John, Dormi, Eramin 5, Apo, Somese, Blank, Robot, Rosche, Button, Valium, Librium, Tauxene, Ativan, Xanax dan Lora)


JENIS- JENIS DADAH 4 HALUSINOGEN Halusinogen adalah sejenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria (sensory perception) dan pandangan visual. Ia menyebabkan halusinasi sehingga amat susah membezakan antara benar dan tidak benar. • LSD (Lysergic Acid Diethylamide) • DMT (Dimethyltrypt amine) • PCP (Phencyclidine, “Angel Dust”) • Meskalin • Psilosibin & Psilosin • Ketamin


JENIS- JENIS DADAH 5 INHALAN Bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap. Inhalan juga dikenali sebagai bahan hiduan atau sedutan yang mudah meruap (volatile). Ia dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsang perubahan minda. • Pelarut / Cecair • Bahan gas • Bahan • Aerosol Nitrik


JENIS- JENIS DADAH 6 KETUM Nama saintifik pokok ketum ialah Mitragyna Specioasa Korth. Suatu ketika dahulu ia banyak digunakan sebagai ubat tradisi untuk merawat penyakit. • Pokok malar hijau, daun berwarna hijau tua berkilat, bunga kuning kecil • Dua jenis dedaun bertulang. Satu berwarna merah dan satu lagi berwarna putih (Dikatakan yang berwarna merah mempunyai kesan halusinogenik yang lebih kuat)


KESAN- KESAN MENGAMBIL DADAH DIRI 1. Mental, status kewangan, prestasi kerjaya dan pelajaran merosot. 2. Semakin kurus, lemah tenaga dan kelihatan berada dalam khayalan. 3. Menyebabkan gangguan emosi dan semakin agresif. KELUARGA 1. Tanggungjawab terhadap keluarga terabai. 2. Mencemarkan nama baik keluarga di mata masyarakat. 3. Menjejaskan keharmonian keluarga. MASYARAKAT DAN NEGARA 1. Masyarakat akan bimbang berlakunya jenayah. 2. Penularan penyakit HIV dan AIDS. 3. Ekonomi negara terjejas.


Apakah yang dimaksudkan dengan jerat dadah? Jerat dadah ialah keadaan individu yang dipengaruhi atau diperdaya oleh individu lain bagi menagih dadah atau dijadikan sebagai “keldai dadah”. Mereka yang ditipu, dipaksa atau diperdaya bagi tujuan menjual dadah di dalam atau di luar negara tanpa mengetahui bahawa mereka membawa dadah atau menjadi ejen pengedaran dadah. Contoh situasi: Individu yang mencurigakan meminta bantuan untuk menjaga beg atau memegang barangan miliknya. . Individu mencurigakan: Maaf, cik. Saya mahu ke tandas sebentar. Boleh cik tolong pegangkan beg saya? Sekejap sahaja. Selepas selesai, saya akan ambil semula. Sasaran sebagai mangsa: Minta maaf, cik. Tidak boleh. Saya ada hal yang perlu disegerakan. Individu mencurigakan: Saya akan bagi bayaran kepada cik. Tanda ucapan terima kasih kerana sudi untuk bantu saya. Sasaran sebagai mangsa: Terima kasih atas niat baik encik. Saya cadangkan encik letak sahaja di tempat penyimpanan beg. Lebih selamat di situ.


PUNCA TERJEBAK DALAM PENYALAHGUNAAN DADAH 1. Kurang mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. 2. Pengaruh buruk daripada rakan sebaya dan masyarakat yang negatif. 3. Kurang mendapat pendidikan am dan rohani 4. Pengaruh media massa. 5. Sikap remaja yang ingin tahu tetapi tidak mengetahui kesan buruknya.


CARA MENGATASI PENYALAHGUNAAN DADAH 1. Menjalankan gaya hidup sihat dengan bersenam. 2. Kerajaan dapat memperkuatkan undangundang. 3. Melaksanakan kempen secara meluas tentang ‘Anti Dadah” di setiap sekolah. 4. Ibu bapa perlu memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak agar mereka tidak berkawan dengan orang yang salah. 5. Menubuhkan rumah-rumah pemulihan kepada penagih dadah yang ingin berhenti mengambil dadah.


Click to View FlipBook Version