PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU(PIBG) Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya 22100 Setiu,Terengganu Darul Iman. Pejabat Am : 09-6092500 No.Pendaftaran:333(SK) Email : [email protected] MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA SK. LEMBAH JAYA SESI 2023/2024 Tarikh : 10.5.2023 (Rabu) Masa : 10.00 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Sk Lembah Jaya Kehadiran: Hadir 1. En.Mohd Hanief bin Ahmad 2. En Suhairi bin Lias 3. En Tengku Amirul Kamal bin Tengku Kamarulzaman 4. En Sufli bin Embong 5. En Yusri bin Mat Min 6. En. Mohd Faizal Zammeri 7. Pn Lila Shakira binti Shafpii 8. Pn Tuan Ismariah binti Tuan Jusoh 9. En Kamaruddin bin Jusoh 10.Pn Suriana bt Muhd Rashid 11. Pn Nor Ainun bt Che Embong 12.En Nor Khairi B Rahmat Tidak hadir 1. En Zulkifli B Deraman 2. En Mohd Amizi B Awang 3. En Mohd Nor Azizi B Ismail 4. En Muhammad Izwan b Zainal Abidin 5. Pn Norizan Bt Ibrahim 6. Pn Hasliza Bt Wan Abdullah 7. Pn Siti Hatijah Bt Rosadi 8. En Azrol bin mohamad AGENDA 1 UCAPAN PENASIHAT En. Mohd Hanief bin Ahmad 1.1 Memulakan majlis dengan bacaan Ummul kitab. Beliau mengalukan kedatangan kepada semua AJK yang terlibat dengan ucapan terima kasih
1.2 Ucap salam dan berterima kasih kepasa AJK yang dapat bermesyuarat secara bersemuka walaupun dalam kesibukan tugas-tugas harian. AJK diminta terus memberi sokongan,idea dan tenaga untuk membantu sekolah berjaya dalam kurikulum dan kokurikulum . 1.2 YDP mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana menerima Guru Besar yang Baharu iaitu En Muhammad Sufli bin Embong. 1.4 Beliau turut mengucapkan Selamat Hari Raya dan rasa syukur kerana masih lagi mampu berpuasa dan menyambut Hari Raya dalam keadaan yang baik walaupun cuaca sekarang menunjukkan suhu sedikit tinggi. 1.5 Akhir sekali YDP berharap supaya PIBG kita ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada sekolah dalam semua segi. Tindakan : Makluman Semua AGENDA 2 UCAPAN GURU BESAR En Muhammad Sufli bin Embong 2.1 Mengucapkan tahniah kepada semua ajk kerana telah mengambil inisiatif untuk hadir bermesyuarat secara bersemuka.Walaupun dalam kesibukkan tugas tetapi berusaha untuk menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan. 2.2 Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada YDP yang banyak membantu dan memberikan sumbangan kepada pihak sekolah dalam menjayakan dan meningkatkan prestasi sekolah. 2.3 Beliau turut memaklumkan perancangan dan aktiviti sekolah akan dirancang dan dilaksanakan dengan baik dan juga kerjasama daripada pihak PIBG amat dialukan. Tindakan: Makluman Semua AGENDA 3 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Dicadang oleh : En Yusri Bin Mat Min Disokong oleh :En Kamaruddin Bin Jusoh AGENDA 4 PERKARA BERBANGKIT 4.1 Ahli Jawatankuasa PIBG mencadangkan menggunakan penapis Air yang baharu kerana penapis air yang lama telah rosak dan memerlukan kos yang tinggi. YDP telah meluluskan untuk menggunakan penapis air yang baharu iaitu COWEY CORE. Bayaran sebanyak RM123 setiap bulan akan dibayar dengan menggunakan duit tabungan PIBG.
AGENDA 5 PERLANTIKAN AJK BAHARU PERINGKAT SEKOLAH 5.1 YDP mencadangkan AJK PIBG melantik ahli - ahli yang baharu bagi menggantikan ahli- ahli yang lama. Masih lagi kekurangan lima ahli AJK dan perlu dilantik semasa mesyuarat Tahunan PIBG nanti. 5.2 Ahli Jawatankuasa PIBG telah mencadangkan beberapa nama ahli PIBG yang boleh dilantik dan akan diputuskan semasa mesyuarat Tahunan PIBG kali ke - 16 nanti . 5.4 YDP berharap AJK baharu dipilih daripada kalangan ibu bapa nanti dapat membantu memberi komitmen yang penuh kepada PIBG di peringkat sekolah. Tindakan : Semua AJK AGENDA 6 Laporan Kewangan En Yusri bin Mat Min 6.1 Bendahari memaklumkan baki penyata kewangan PIBG bagi tahun berakhir 31 Mac adalah sebanyak RM13,185.77. 6.2 Perbenlanjaan duit tabungan telah dibuat antaranya ilhya Ramadhan sebanyak RM500,Kejohanan Merentas Desa Sekolah sebanyak RM1000,Mesyuarat Agung PIBG sebanyak RM1000, aktiviti Sukan Dan Permainan RM1000, keceriaan PRA Sekolah RM500, Sumbangan untuk Zarif Irwan( wakil MSST)RM150, Kejohanan Sukan Sekolah RM2400, Perkhemahan Unit Beruniform RM250, keceriaan Kelas RM1800,Jamuan Pertukaran Guru RM400 dan Hari Apresiasi Pelajar sebanyak RM1800. ( rujuk penyata Kewangan berakhir pada 31 Mac) 6.3 Bendahari mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG kerana menyumbangkan duit sebanyak RM500 untuk Ih’ya Ramadhan, RM500 untuk PRA Sekolah dan RM500 untuk tabung PIBG. 6.4 Bendahari turut mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Pendidikan MAIDAM kerana meluluskan dua projek dibawah panitia dan menyumbangkan RM4000 dalam tabung PIBG . 6.5 Bendahari juga mengucapkan terima kasih atas Sumbangan Ibu bapa sebanyak RM70, Sumbangan Ahli Parlimen Setiu RM2000 dan Sumbangan Adun Permaisuri sebanyak RM1500 dalam tabung PIBG. 6.6 Bendahari turut memaklumkan yuran PIBG 2021 berjaya dikutip sebanyak RM3000 manakala sebanyak RM4430 Yuran PIBG 2022 telah berjaya dikutip.
6.5 Bendahari juga memaklumkan bahawa Gantian Bantuan Awal Persekolahan RM750 telah diganti dimasukkan semula ke dalam akaun PIBG. Tindakan : makluman semua AGENDA 7 Mesyuarat Agung PIBG 7.0 YDP Mencadangkan mesyuarat agung akan diadakan pada 8 Jun 2023 hari Khamis jam 10.30 pagi yang bertempat di Dewan SK lembah Jaya. 7.1 Tuan Ismariah mencadangankan kos RM1000 untuk jamuan mesyuarat tahunan PIBG. Surat usul akan diedarkan menggunakan link goggle form melalui medium group whatsapp guru kelas sebelum 25 mei 2023. AGENDA 8 Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 peringkat sekolah 8.0 Puan Ismariah mencadangkan jamuan Hari Raya bagi murid- murid ialah sate dan nasi minyak yang telah siap dibungkus. Anggaran RM3 bagi satu kepala murid untuk nasi minyak. YDP telah meluluskan perbelanjaan sebanyak RM1500 untuk jamuan Hari Raya. AGENDA 9 HAL-HAL LAIN 9.1 Encik Nor Khairi Rahmat mencadangkan PIBG menyumbang sebiji Kanopi dan beberapa biji kerusi untuk digunakan semasa program sekolah. Walaubagaimanapun Encik Amirul telah menyumbang sebanyak RM3000 untuk pembelian kanopi .YDP juga telah meluluskan sebanyak 50 bji kerusi bernilai RM 1400. YDP dan AJK PIBG mengucapkan terima kasih kepada Tuan Amirul kerana menyumbang kanopi dan kerusi dengan mewakafkannya atas nama arwah isterinya kepada pihak sekolah. 9.2 Guru Besar sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli AJK PIBG yang hadir. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Tuan Amirulatas sumbangan yang diberikan.Beliau turut mencadangkan Alumni ditubuhkan untuk mesyuarat akan datang. 9.3 Mesyuarat juga bersetuju untuk meluluskan sebanyak RM1000 setahun untuk aktiviti kokurikulum.Encik Noor Khairi Rahmat mencadangkan imbuhan peringkat sekolah atau negeri iaitu RM50 peringkat negeri, RM100 peringkat Kebangsaan dan RM200 peringkat Antarabangsa. Bagi yang berkumpulan RM50 Maksimun dan RM30 Minimun. 9.4 YDP PIBG menyatakan sekali lagi persetujuan penggunaan coway core menggunakan duit tabungan PIBG. YDP juga berterima kasih kepada Tuan Amirul kerana mewakafkan sebiji kanopi dan kerusi dengan nilaian sumbangan RM3000 dalam tabung PIBG. Ydp turut berterima kasih kepada semua ahli AJK yang hadir .
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.15 tengah hari. Disediakan oleh, Disemak oleh, _____________ _______________ (MOHD FAIZAL) (MOHD HANIEF B AHMAD) Setiausaha, YDP PIBG, PIBG SK Lembah Jaya. SK Lembah Jaya.