The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHD FAIZAL BIN ZAMMERI KPM-Guru, 2024-06-25 23:18:12

MINIT MESYUARAT GURU BIL 1

5_6318940058367823858

Kepada: Semua guru Daripada: Setiausaha Mesyuarat Guru, Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya, 22100 Setiu, Terengganu Salinan kepada: Guru Besar ( mohon tuan mempengerusikan mesyuarat ) Rujukan: SKLJ 100/01/006 Tarikh: 3 Mac 2024 MESYUARAT GURU BIL 1 SESI 2024/2025 SK LEMBAH JAYA Dengan hormatnya perkara diatas dirujuk: 2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat berkenaan akan diadakan seperti ketetapan yang berikut: Tarikh: 7 Mac 2024 ( Khamis ) Masa: 10.30 pagi Tempat: Bilik Mesyuarat Pengerusi: En Muhammad Sufli Bin Embong ( Guru Besar ) 3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta untuk menghadiri mesyuarat berkenaan. 4. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut: 4.1 Ucapan aluan pengerusi ( Guru Besar ) 4.2 Ucapan PPD @ wakil 4.3 Pengesahan minit mesyuarat bil 5 sesi 2023/2024 dan perkara berbangkit MEMO DALAMAN Pejabat Am : 09-6092500 Guru Besar : 09-6092502 Fax : 09-6092501 Email : [email protected] SEKOLAH KEBANGSAAN LEMBAH JAYA Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 9 22100 Setiu, Terengganu Darul Iman.


4.4. Perbentangan 4.5 Hal-hal lain 4.6 Penutup Kehadiran tuan dalam mesyuarat ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih Sekian, ( NIK SUSILAWATI BINTI NIK MUD ) Setiausaha mesyuarat guru Sk Lembah Jaya [email protected]


MINIT MESYUARAT GURU KALI PERTAMA Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 Tarikh : 7 Mac 2024 Masa : 10.30 Pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Pengerusi : En. Muhammad Sufli Bin Embong ( Guru Besar ) Kehadiran: Bil Nama Jawatan 1. Cikgu Muhammad Sufli Bin Embong (Guru Besar) 2. Ustazah Hasnah binti Daud ( Penolong Kanan Pentadbiran ) 3. Cikgu Tuan Ismariah binti Tuan Jusoh (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) 4. Cikgu Noor Khairi bin Hj Rahmat ( Penolong Kanan Kokurikulum) 5. Ustaz Baharuddin bin Abd Ghani Guru penolong 6. Ustazah Zuryahayati binti Mohd Ghazali Guru penolong 7. Cikgu Che Daud bin Che Mat Guru penolong 8. Ustazah Suriyati binti Mustafa Guru penolong 10. Cikgu Nor Biah binti Mohd Rawi Guru penolong 11. Cikgu Kamaruddin bin Jusoh Guru penolong 12. Cikgu Rufazlizan binti Jaafar Guru penolong 13. Cikgu Nor Ainun binti Che Embong Guru penolong 14. Cikgu Mokharizam bin Mohamad Guru penolong 15. Cikgu Asrul Azura binti Abdullah Guru penolong 16. Cikgu Nur Nezanna binti Mohamed Guru penolong 17. Cikgu Mohd Faizal bin Zammeri Guru penolong 18. Ustazah Nik Susilawati binti Nik Mud Guru penolong 19. Cikgu Rosuliana Bt Abdullah Guru penolong 20. Ustazah Asiah binti Zakaria Guru penolong 21. Ustazah Sarina binti Mat Guru penolong 22. Cikgu Yusri bin Mat Min Guru penolong 23. Cikgu Norizan binti Ibrahim Guru penolong 24. Ustaz M.Zaidi bin Mustaffa Guru penolong 25. Cikgu Muhammad Khairulnaem bin Mustopa Guru penolong Tidak Hadir: 1.Cikgu Nurul Izzah Binti Mohammad ( appoinment doktor ) 2.Ustazah Syarifah Rokiah Samani Binti Mahasan ( cuti Sakit )


AGENDA MESYUARAT 1. Ucapan Pengerusi 1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummu Kitab Al-Fatihah 1.2 Pengerusi juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan tahniah kepada semua guru yang dapat menghadirkan diri pada mesyuarat kali pertama bagi sesi persekolahan 2024/2025 1.3Pengerusi memaklumkan yang Pegawai Pendidikan Daerah Setiu tidak dapat bersama -sama dalam mesyuarat kali pertama ini kerana ada urusan rasmi di tempat lain. 1.4Pengerusi memaklumkan kepada guru-guru tentang 7 teras utama KPM - Isu keciciran pembelajaran - Kebajikan guru - Komunikasi antara Kementerian dan sekolah - Naik taraf sekolah daif - Penekanan aspek karamah insaniah - Isu kemiskinan multidimensi - Meningkatkan Pendidikan digital 1.5Pengerusi juga menerangkan tentang konsep yang diterapkan di Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu konsep Anak yang Baik lagi Cerdik ( ABC ) 1.6Pergerusi juga memberitahu tentnag asas konsep ABC iaitu: - Hati – Bekerja dari hati - Ibadah- Bekerja sebagai ibadah - Trust and Inspirasi – Saling mempercayai dan memberi inspirasi - Manfaat – Sentiasa bermanfaat 1.6Pengerusi memaklumkan nama Pengarah baru JPNT iaitu Tuan Haji Jelani Bin Sulong Tindakan: semua guru 2. Pengesahan minit mesyuarat 2.1 Dicadang oleh : Cikgu Kamaruddin Bin Jusoh Disokong oleh : . Cikgu Yusri Bin Mat Min 3. Perkara berbangkit Tiada 4. Mesyuarat Pengurusan ( Penolong Kanan Pentadbiran ) 4.1Lantikan jawatankuasa setiusaha kurikulum yang baru kepada Pn Rosuliana Bt Abdullah bagi sesi 2024/2025. 4.2 Jadual Waktu bagi sesi 2024/2025 telah diselesaikan untuk semua kelas dan diedarkan kepada semua guru. 4.3Program transisi dilaksanakan selama 4 minggu mengikut peruntukan waktu sehari yang ditetapkan dan jadual transisi akan dibuat oleh penyelaras transisi iaitu Cikgu Nor Biah 4.4Minggu pertama persekolahan tanpa kelas akademik diteruskan pada tahun kedua sesi persekolahan 2024/2025 yang akan bermula 10 Mac ini.


4.5Ustazah Hasnah telah membentang jadual pada minggu pertama dan beliau berharap dapat kerjasama dari semua guru. 4.6Ketua Panitia perlu merancangkan sebarang program untuk meningkatan tahap minimun kepada tahap 3 kepada murid yang lemah dalam matapelajaran tertentu 4.7Pn Hasnah juga memaklumkan pihak sekolah akan lebih memberi tumpuan kepada ladap untuk semua guru. Tindakan : semua guru 5. Mesyuarat Pengurusan ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ) 5.1Pada hari pertama persekolahan iaitu pada 10/3/2024, guru yang terlibat Perlu bertugas untuk merasa makanan RMT dan mengambil gambar untuk tujuan domunentasi. Hal ini akan diselia oleh pihak PIBG dan PDRM dari semasa ke semasa 5.2Cikgu Ismariah mengucapkan jutaan terima kasih untuk semua guru yang telah menjayakan sesi pendaftaran murid bagi sesi akademik yang baharu ini. 5.3Pengagihan buku teks telah dibuat sebelum cuti sekolah penggal ke 3 5.4Cikgu Ismariah memaklumkan terdapat sedikit perubahan berkenaan ahli jawatankuasa bagi sesi akademik Baharu ini 5.5Bantuan awal persekolahan-pendapatan ibubapa RM3000 ke bawah 5.6Cikgu Ismariah juga memanjatkan rasa Syukur kerana telah banyak perubahan infrastruktur Kawasan sekolah seperti bahagian syiling puthdi lobi surau, Kawasan atap berdekatan kantin dan lain-lain yang menjamin keselamatan warga sekolah kita 5.7Pelaporan kantin perlu direkod oleh guru yang bertugas setiap hari dalam buku rekod mengikut jadual yang telah disediakan. Tindakan: semua guru 6. Mesyuarat Pengurusan ( Penolong Kanan Ko Kurikulum ) 6.1Sir Khairi membentangkan lantikan AJK bagi sesi persekolahan 2024/2025. Tiada perubahan besar-besaran dalam unit ko kurikulum 6.2Sir Khairi berharap agar semua guru dapat menjalankan tugas dengan baik untuk persekolahan 2024/2025 6.3Perjumpaan pertama koko akan bermula pada bulan Mei Tindakan: semua guru 7. Hal-hal lain 7.1Tuan guru besar memaklumkan kepada semua guru yang kehadiran koko adalah wajib.


7.2Tuan guru besar juga berharap agar guru dapat menghantar murid untuk semua permainan yang dipertandingkan 7.3 Cikgu Daud memaklumkan supaya laporan setiap aktiviti menggunakan format yang sama 7.4Pengerusi juga berpesan kepada semua guru supaya berhati-hati dalam menggunakan media social 7.5Pengerusi juga mengingatkan semua guru yang kakitangan awam mesti akur dengan kerajaan semasa Mesyuarat di tangguhkan pada pukul 1.30 petang. Disediakan oleh, Disemak oleh, ( NIK SUSILAWATI BINTI NIK MUD ) ( MUHAMMAD SUFLI BIN EMBONG) Setiausaha mesyuarat guru Guru Besar SK Lembah Jaya SK Lembah Jaya


Click to View FlipBook Version