The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nazierayu, 2021-06-15 22:56:15

IMPLIKASI PENGABAIAN AMALAN KEJIRANAN TERHADAP MASYARAKAT

DISEMBER 2020 DIB5A












































DUA6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM









IMPLIKASI PENGABAIAN





AMALAN KEJIRANAN










TERHADAP MASYARAKAT


























































































































ENCIK ZULKEFLY BIN MUKHTAR

S I D A N G E D I T O R 1



N P E N G E N A L A N 2



A P E N D A H U L U A N 3


G I M P L I K A S I / K E S A N P E N G A B A I A N 4


A M A L A N K E J I R A N A N
N


U D A L I L A L - Q U R A N D A N H A D I S 5 - 6


D P E N D A P A T P A K A R 7


N P E N D A P A T O R A N G R A M A I & 8



A M A S Y A R A K A T


K R U A N G A N S O A L J A W A B 9


S E L I N G A N P A N T U N & S A J A K 1 0

I
S K E S I M P U L A N 1 1


I
S U M B E R R U J U K A N 1 2



K E R A T A N A K H B A R 1 3
















D U A 6 0 2 2 K O M U N I K A S I D A N P E N Y I A R A N I S L A M

1
















































N U R A Q I L A H B I N T I Z A I N A L A B I D I N

1 7 D I B 1 8 F 2 0 1 4




























N U R N A Z I E R A A Y U N A T A S Y A B I N T I Z A I D I

1 7 D I B 1 8 F 2 0 0 5

R
O

T
I
D

E

G

N
A

N U R U L I Z Z A H B I N T I K H A I R U N A N U A R D
I
1 7 D I B 1 8 F 2 0 1 2
S

























N U R U L I Z Z A T U L H U S N A B I N T I H E L M I

1 7 D I B 1 8 F 2 0 1 7

2







P E N G E N A L A N





















Pelbagai perkara sering berlaku didalam kerukunan jiran tetangga.

Selain dari sifat-sifat baik yang sering ditonjolkan dalam pergaulan seharian yang


melibatkan kejiranan, terdapat juga segelintir masyarakat yang tidak tahu menghormati

kejiranan serta membuat kebaikan yang dapat mewujudkan keharmonian. Sifat paling


ketara adalah apabila tidak beradab dengan jiran. Hubungan kejiranan juga mampu

mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Ia juga boleh membentuk satu


jaringan komuniti yang paling sempurna. Hubungan kejiranan ini juga turut mewujudkan

interaksi sosial yang sempurna dan mampu menggalakkan perpaduan dalam kalangan


penduduk setempat. Jika disebut perkataan jiran sudah pastilah, makna mudahnya iaitu


orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan

juga di belakang rumah kita.

















Jika kita tinggal di dalam sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali


sebagai jiran tetangga. Hubungan kejiranan ini penting kerana ia melibatkan kerjasama


dalam segala aspek khususnya aspek keselamatan setempat. Antara kesan apabila tidak

beradab dengan jiran adalah kehidupan kita tidak akan mendapat ketenangan. Apabila


kita tidak beradab dengan jiran, kita tidak akan mendapat ketenangan hidup apabila

seringkali diselubungi rasa bersalah dan sering mewujudkan perkara-perkara negatif di


dalam minda hingga akhirnya wujud pula masalah hati yang tidak tenang. Selain itu,


berlaku perselisihan faham diantara jiran tetangga. Perkara ini dilihat cenderung berlaku

apabila diantara jiran, tiada komunikasi yang baik malahan lebih membimbangkan


apabila berlakunya fitnah dikalangan masyarakat setempat yang melibatkan jiran

tetangga. Adakalanya, permusuhan itu tidak wujud dengan sendirinya tetapi berpunca


dari perselisihan faham yang tidak cuba dirungkaikan dengan pihak yang sepatutnya.

Seterusnya, ia akan merosakkan perpaduan dan membangkitkan permusuhan dalam


kalangan masyarakat. Jiran yang tidak beradab akan lebih menjejaskan perpaduan

dikalangan masyarakat



















Hal ini lebih mudah dilihat apabila tiadanya salah faham diantara jiran

tetangga dan lebih buruk lagi apabila permusuhan dikalangan masyarakat berpunca dari


ketiadaan adab dari jiran tetangga yang berlainan agama. Perkara yang melibatkan


agama lebih mudah dibangkitkan menjadi permusuhan dikalangan jiran tetangga.

Sekiranya kita dalam kesusahan, kita sukar untuk mendapatkan pertolongan dari jiran


tetangga. Jiran yang tidak beradab akan sukar mendapat pertolongan apabila ditimpa

kesusahan. Ini kerana, apabila kita tidak beradab, jiran-jiran tidak akan mendekati dan


tidak akan mengambil tahu hal ehwal kita. Permasalahan ini berpunca dari sikap diri

sendiri yang tidak tahu menjaga adab baik melalui perbuatan mahupun tutur kata.

3







P E N D A H U L U A N







































Seikat bak sirih, serumpun bak serai. Jiran bagaikan adik beradik, bagaikan saudara terdekat.

Cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Susah senang bersama, yang berat sama dipikul,


yang ringan sama dijinjing. Ke gunung sama didaki ke lurah sama dituruni, membentuk

ukhuwah yang kukuh dan ampuh.






Dalam hidup berjiran, kita tidak mahu hidup mementingkan diri sendiri bagaikan enau


melepaskan pucuk masing-masing. Sikap individualistik akan menggugat keharmonian hidup

bermasyarakat. Bersikap hidung tinggi juga dapat merenggangkan hubungan sesama insan.





Kejiranan didefinisikan sebagai hubungan erat dalam kalangan masyarakat yang hidup

berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong dan bekerjasama dengan jiran tetangga. Jiran


ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita. Masyarakat yang mengamalkan


sikap kejiranan dapat mewujudkan suasana harmoni dan aman.




Hubungan kejiranan bagaikan isi dengan kuku, umpama dakwat dan kertas mencetuskan


toleransi dan keharmonian hidup. Hal ini juga membantu negara dalam usaha membangun

dan memajukan negara kita. Peranan setiap individu terhadap jiran adalah sangat penting.





Jiran merupakan tetangga atau jiran tetangga yang tinggal sebelah menyebelah dan

berdekatan dengan kediaman kita. Jiran juga bukan sekadar yang tinggal di sebelah kedua-


dua rumah kita, tetapi orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita sama ada di kanan,


kiri, depan, belakang, tingkat atas, tingkat bawah hingga 40 buah rumah dari setiap sudut.




Sejak zaman berzaman manusia secara fitrah hidup bermasyarakat dan berkelompok kerana


setiap orang saling memerlukan dalam menjalani kehidupan.




Hidup berjiran juga merupakan amalan mulia serta memberi manfaat kepada manusia.


Dalam hidup berjiran, mestilah saling mengenali antara satu sama lain dan berbuat baik

sesama mereka. Hakikatnya Allah SWT sendiri memerintahkan umat Islam supaya saling


berbuat baik dengan jiran tetangga.





Justeru, masyarakat perlu menghayati tentang suruhan agama supaya memelihara hubungan

kejiranan sebagai satu cara ke arah perpaduan ummah. Tambahan pula, mana- mana


kawasan perumahan kebanyakannya dihuni penduduk pelbagai kaum.

4



I M P L I K A S I / K E S A N P E N G A B A I A N A M A L A N




K E J I R A N A N













Semangat kejiranan yang semakin pupus merupakan satu perkara yang amat membimbangkan

dewasa ini. Mungkin ada yang terlepas pandang terhadap kesan-kesan yang akan berlaku jika


semangat ini dibiarkan terus lenyap dalam jiwa setiap ahli masyarakat.Terdapat beberapa kesan


yang akan terjadi jika seluruh masyarakat tidak mengamalkan semangat kejiranan. Di sini kita

dapat bahagikan kepada tiga kesan iaitu kesan ke atas individu, masyarakat dan negara.






Semangat kejiranan yang semakin hilang akan melahirkan individu yang mementingkan diri

sendiri atau dengan kata lain individualisme. Ini akan memburukkan lagi keadaan apabila


berlaku kecemasan dan memerlukan pertolongan orang lain.





Contohnya, salah seorang ahli keluarga sakit dan memerlukan kenderaan dengan segera. Tanpa


jiran, siapa lagi yang kita mahu meminta pertolongan dengan keadaan yang segera? Di sini


jelaslah bahawa semangat kejiranan amat penting untuk terus dipupuk dan diamalkan. Selain

itu, hal ini juga memberi impak yang secara langsung mahupun tidak langsung kepada


masyarakat yang akan wujudnya pelbagai gejala sosial. Dewasa ini, ramai remaja menghabiskan


usia remaja mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan yang merugikan diri

mereka sendiri. Antara perkara atau aktiviti yang tidak berfaedah itu ialah melepak, merempit,


vandalisme pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan lain-lain lagi.





Hal ini kerana, tiada pihak yang akan memantau kawasan perumahan atau kawasan-kawasan


tertentu kerana masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Selain itu, mereka juga


menggunakan istilah tidak menjaga tepi kain orang lain membuatkan mereka tidak

menghiraukan masalah gejala sosial yang kini kian merunsing. Selain itu, masalah kecurian juga


akan terus berlaku. Antara punca ialah tidak ada pihak yang akan bertugas sebagai pemantau


seperti yang dilakukan dalam program Rukun Tetangga.





Akhir sekali, kesan terhadap negara ialah negara tidak akan aman dan harmoni kerana


masyarakat lebih mementingkan diri sendiri. Keharmonian sesebuah negara akan membantu

sesebuah negara itu meningkat maju. Keharmonian negara amat penting untuk mengekalkan


keamanan dan kewujudan sebuah negara bangsa yang berjaya. Ia juga akan menarik minat


pelabur asing dan pelancong untuk datang melawat serta melancong ke negara ini kerana


keamanan yang diperolehi Malaysia.

5







D A L I L A L - Q U R A N D A N H A D I S
























H A D I T H - H A D I T H B A G I O R A N G Y A N G M E N Y A K I T I J I R A N N Y A :












D A R I P A D A A B U H U R A I R A H R A , B A H A W A

R A S U L U L L A H S A W B E R S A B D A :







ْ
َ
َ
َ
ْ
َ
ُﻪﻘِﺋاﻮَﺑ ُهرﺎﺟ ُ ﻦﻣﺄَﻳ ﻻ ْ ﻦﻣ ﺔﱠﻨﺠﻟا ُﻞُﺧْﺪَﻳ ﻻ
َ
َ
َ
ُ َ
َ
Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga, orang yang membuat jirannya tidak
merasa aman daripada gangguannya.” [ Riwayat Muslim (73) ]



















D I D A L A M H A D I T H Y A N G L A I N P U L A , J U G A

D A R I P A D A A B U H U R A I R A H R A B E R K A T A :









َ
َ َ ُ
َ
َ ْ
ْ َ
َ
،ﺎَﻬِﺗﻼ َ ﺻ ِةﺮﺜﻛ ْ ﻦِﻣ ﺮﻛﺬُﻳ ﺔﻧﻼﻓ ﱠ نإ ،ِﷲ َ لﻮﺳر ﺎَﻳ :ٌﻞﺟر َ لﺎﻗ
َ
ُ َ
ُ
ُ َ
ِ
َ
َ
َ
َ
ْ ُ

َ
: َ لﺎﻗ ،ﺎَﻬِﻧﺎﺴِﻠﺑ ﺎَﻬﻧاﺮﻴﺟ يِذﺆﺗ ﺎَﻬﻧأ ﺮﻴﻏ ،ﺎَﻬِﺘﻗَﺪ َ ﺻو ،ﺎَﻬِﻣﺎﻴ ِ ﺻو
َ
َ
َ ْ
َ ِ
َ
َ ِ
رﺎﱠﻨﻟا ﻲِﻓ ﻲ ِﻫ
ِ
َ
Maksudnya: Telah berkata seorang lelaki kepada Rasulullah SAW: “Wahai
Rasulullah SAW, sesungguhnya wanita ini terkenal dengan banyaknya solat,
berpuasa dan bersedekah tetapi dia sentiasa menyakiti jirannya dengan
lidahnya.” Lalu Nabi SAW bersabda: “Dia akan masuk ke dalam neraka.”
[ Riwayat Ahmad (9675)] [ Sanadnya adalah hasan berdasarkan penilaian
daripada Syeikh Syu’aib al-Arna’outh ]

6







D A L I L A L - Q U R A N D A N H A D I S






















F I R M A N A L L A H S W T :





ارﻮُﺨﻓ ﻻﺎَﺘﺨﻣ
ْ
ْ
ْ
ْ
ْ

َ
َ
ً
ْ ُ
ُ
ُ
يِذ رﺎﺠﻟاو ﻦﻴِﻛﺎﺴﻤﻟاو ﻰﻣﺎَﺘﻴﻟاو ﻰَﺑﺮﻘﻟا يِﺬﺑو ﺎﻧﺎﺴﺣإ ﻦْﻳَﺪﻟاﻮﻟﺎﺑو ﺎًﺌﻴﺷ ِﻪﺑ اﻮﻛﺮﺸﺗ ﻻو َﻪـﻠﻟا اوُﺪﺒْﻋاو
ِ
ۖ
َ
َ ْ
َ َ
َ
ْ
َ ِ َ
َ َ
َ
َ
َ
ِ َ
َ
ْ
ُ
ِ
ِ
ِ
ِ
ِ ِ
ٰ
ٰ
َ
ْ
ْ
َ
ْ
َ

ْ
ُ
َ
ُ ُ
َ
َ نﺎﻛ ﻦﻣ ﺐِﺤُﻳ ﻻ َﻪـﻠﻟا ﱠ نإ ۗ ﻢﻜﻧﺎﻤْﻳأ ْ ﺖﻜﻠﻣ ﺎﻣو ﻞﻴﺒﺴﻟا ﻦْﺑاو ﺐﻨﺠﻟﺎﺑ ﺐِﺣﺎ ﱠ ﺼﻟاو ﺐُﻨﺠﻟا رﺎﺠﻟاو ﻰَﺑﺮﻘﻟا
ِ ِ ﱠ
َ َ
َ
ُ
َ
ْ
َ
ْ
َ
َ
َ ﱡ
ِ
ِ
ِ ِ
َ ِ
َ ِ
ِ
ٰ
َ ً
ْ
ُ
ً
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia
dengan sesuatu apa jua. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat,
anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh,
rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah
tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.”
Surah An-Nisa'; 36
H A D I T H - H A D I T H M E N C E R I T A K A N A K A N K E P E N T I N G A N B E R L A K U B A I K K E P A D A J I R A N
D A R I P A D A A B I S Y U R A I H R A , B A H A W A
R A S U L U L L A H S A W B E R S A B D A :
ْ
ْ
َ
ْ َ
َ
ْ

َ
َ
ْ َ َ
ِ
ِ
ْ ُ
ِ
ِهرﺎﺟ ﱃإ ْ ﻦ ِ ﺴﺤﻴﻠﻓ ﺮِﺧﻵا ِمﻮﻴﻟاو ِﻪﻠﻟﺎﺑ ُ ﻦِﻣﺆُﻳ َ نﺎﻛ ْ ﻦﻣ
ِ

Maksudnya: “ Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,
maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya. ” [ Riwayat Muslim ( 77 ) ]
D A R I P A D A A B D I L L A H B I N ‘ A M R R A ,
B A H A W A N A B I S A W B E R S A B D A :
َﺪْﻨِﻋ ناﺮﻴﺠﻟا ﺮﻴَﺧو ،ِﻪﺒِﺣﺎ َ ﺼِﻟ ﻢُﻫﺮﻴَﺧ ِﱠﷲ َﺪْﻨِﻋ بﺎﺤ ْ ﺻَﻷا ﺮﻴَﺧ
ُ ْ َ
َ
ِ
َ ِ
ِ
ُ ْ
ْ ُ ْ
ِ
ِ َ ْ ُ ْ
ِهرﺎﺠﻟ ﻢُﻫﺮﻴَﺧ ِﱠﷲ
ِ
Maksudnya: “ Sebaik-baik teman di sisi Allah adalah seseorang yang terbaik
terhadap temannya. Manakala sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah seorang
yang paling baik dengan jirannya .” [ Riwayat al-Tirmizi ( 1944 ) ][ Imam al-
Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan Gharib ]








D A R I P A D A I B N U M A R R . A N H U M A ,
B A H A W A R A S U L U L L A H S A W B E R S A B D A : ُﻪﺛرﻮﻴﺳ ُﻪﻧأ ُ ﺖْﻨَﻨﻇ ﻰﱠﺘﺣ ،رﺎﺠﻟﺎﺑ ﻲِﻨﻴ ِ ﺻﻮُﻳ ُﻞﻳﺮﺒﺟ َ لاَز ﺎﻣ

َ
ُ
ْ

َ
َ
َ
َ
ﱢ َ ُ َ
ِ
ِ
ِ ْ ِ
Maksudnya: “Jibril sentiasa berwasiat kepadaku agar berlaku baik kepada
jiran sehingga aku menyangka bahawa jiran itu akan mewarisi hartaku.”
[ Riwayat al-Bukhari (6015) ]

7







P E N D A P A T P A K A R













D A T O ’ D R . F A D Z I L L A H K A M S A H





Jiran merupakan orang yang tinggal di sekeliling kita sama ada di


depan, belakang, kiri , atau pun kanan dan merupakan orang


pertama yang membantu kita ketika kita berada dalam kesusahan.









K E T U A P E N G A R A H P E N E R A N G A N
D A T U K I B R A H I M A B D U L R A H M A N










Sebuah Program “ Kenali Jiran Kita ” telah dilancarkan oleh Kementerian Penerangan,


Komunikasi dan Kebudayaan. Program ini telah berjaya menghidupkan kembali amalan


dan tradisi semangat kejiranan. Pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi menyemarakkan


kembali semangat perpaduan, setiakawan, serta gotong-royong. Ketua Pengarah

Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman dalam satu temu bual bersama Bernama


berkata program “ Kenali Jiran Kita ” cetusan Kementerian Penerangan Komunikasi dan


Kebudayaan itu adalah sebahagian usaha berterusan kerajaan untuk mewujudkan

suasana harmonis dan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk Malaysia.











S E N A T O R D A T U K D O R I S S O P H I A B R O D I E




Semangat kejiranan yang kukuh dapat membendung masalah sosial dan isu


keselamatan dalam masyarakat, kata Senator Datuk Doris Sophia Brodie. Beliau juga


mengatakan“Sikap membezakan agama dan bangsa sebenarnya akan

memusnahkan nilai-nilai kemasyarakatan kita dan merosakkan komuniti dan negara.”











T U N D R . M A H A T H I R , M A N T A N P E R D A N A M E N T E R I








Tun Dr. Mahathir, Mantan Perdana Menteri pernah menegaskan


bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong,


kita berupaya menerapkan pelbagai nilai murni dalam diri.

8







P E N D A P A T O R A N G R A M A I & M A S Y A R A K A T













M E N U R U T K A J I A N Y A N G B E R N A M A S H E A U

( 2 0 0 6 )





Hubungan kejiranan yang mesra memghasilkan tahap kepercayaan sesama


mereka yang lebih tinggi daripada kejiranan yang kurang mesra. Ini jelas


menunjukkan hubungan kejiranan adalah penting dalam membentuk

perpaduan. Hubungan kejiranan yang baik ini boleh dizahirkan menerusi


sumbangan penduduk melalui aktiviti yang dijalankan secara bersama seperti


gotong-royong dan sebagainya. Selain itu, menurut Jasmine (2008) interaksi di

antara komuniti dan persekitarannya adalah kompleks dan boleh diteliti melalui


konsep kebolehdiaman. Oleh itu, hubungan kejiranan yang baik dan berkualiti


adalah amat mustahak bagi membolehkan penghuninya menjalankan


kehidupan yang baik dan sempurna. Hasil kajian yang dilakukan oleh beliau ini

jelas menunjukan interaksi sesama penduduk adalah penting dalam menjamin


kesejahteraan penduduk. Penduduk yang berinteraksi dengan jirannya boleh

membentuk sebuah masyarakat sempurna dan berkualiti, maksudnya di sini


mereka mampu untuk duduk bersama dan berbincang. Ini secara tidak


langsung telah dapat membentuk modal social yang berkualiti (Sheau, 2006).


























M E N U R U T K A J I A N Y A N G

B E R N A M A S A L M I ( 2 0 0 6 )








Hubungan kejiranan yang baik ini mampu


untuk meningkatkan kestabilan dalam politik,

mengurangkan kadar jenayah, menjana


pembangunan ekonomi serta dapat menjaga


kebajikan sosial masyarakat. Beliau


menegaskan bahawa hubungan kejiranan ini

mampu untuk meningkatkan kesejahteraan


hidup penduduk. Sekaitan dengan hal


tersebut Forrest (2001) berpendapat,

hubungan kejiranan boleh membina


kepercayaan dan meningkatkan pemahaman


khususnya kepada golongan muda tentang

perasaan hormat-menghormati sesama


sendiri. Memenangi hati golongan muda


adalah penting kepada usaha meningkatkan

semangat kejiranan. Di sini mereka boleh


belajar cara bertoleransi dan bekerjasama


dalam kalangan masyarakat setempat

9







R U A N G A N S O A L J A W A B




















SOALAN; Bagaimanakah cara untuk kita berinteraksi dengan jiran baru kita?








Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan hormat


menghormati antara satu sama lain. Antara caranya dengan memulakan salam jika

bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika bertemu


dengan bukan Muslim.Sentiasa bertoleransi samada yang melibatkan urusan


keagamaan,adat resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi.


Sentiasa mengambil berat dan bersimpati terhadap segala permasalahan yang

sedang mereka hadapi sama ada yang berkaitan dengan masalah keagamaan,


kekeluargaan atau rumah tangga, kejiwaan, kesihatan,pelajaran, , kewangan, makan-

minum, dan sebagainya. Sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia sesama jiran


sehingga akhirnya melahirkan perhubungan kejiranan yang lebih mesra dan lebih


akrab.


















SOALAN; Bagaimanakah cara untuk mengelakkan kita dari bermasam muka


atau bertelingkah dengan jiran?








Tidak membina bangunan yang tinggi sehingga menutup laluan angin ke dalam


rumahnya, kecuali setelah mendapat restu dan izin darinya.Jangan menyusahkan


mereka, seperti meletakkan sesuatu yang boleh menghalang laluan ke rumah


mereka.

Tidak mendatangkan bau-baunan yang kurang menyenangkan jiran kita seperti


sampah sarap yang berada sekitar kawasan perumahan kita.


Sekiranya membela kucing, kita perlulah sentiasa mengawasi kucing peliharaan kita

supaya ia tidak membuang najis dimarata rata tempat yang boleh mendatangkan


rasa tidak selesa atau marah oleh jiran tetangga.

10







S E L I N G A N P A N T U N , S A J A K







PANTUN


Ali ternampak si ikan paus, Pergi ke sungai memancing ikan,


paus terdampar di pantai murni, membawa ikan di dalam raga,

semangat kejiranan semakin pupus, bersatu padu marilah kita amalkan,


mengapa berlaku perkara ini? menghidupkan semula rukun tetangga.






Pokok bunga penghias taman, Mari bersama menahan pukat,

berwarna-warni di tepi jalan, pukat ditahan di sungai hilir,


kenali jiran erat kemesraan, hidup berjiran harus muafakat,


moga ukhwah dilimpahi keberkatan. kenapa ia semakin terpinggir?





Kembang elok ekor si merak, Petang hari duduk di bendang,


merak beraksi menunjuk kehebatan, melihat murai terbang berkawan,

tertangga menyepi jiran berporak, tidak sempurna iman seseorang,


tercapaikah impian semangat kejiranan? jika jiran dijadikan lawan.










SAJAK



Jiran tetangga,

Bersepakat kerjasama


Tolong menolong,


Bergotong-royong,

Bantu-membantu,


Perkara terbaru,


Persatuan berkumpulan,

Bersatu hati,


Persahabatan berhari-hari

11






K E S I M P U L A N
















Oleh itu, jelas bagi kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan


kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Impian untuk mempunyai jiran yang baik tidak

akan menjadi kenyataan sekiranya kita sendiri tidak menjadi jiran yang baik terlebih dahulu.Tidak


kira seberapa besar gelombang perubahan yang melanda masyarakat kita, semangat kejiranan


tetap menjadi keutamaan. Mari hidup seperti aur dengan tebing, saling memerlukan, saling

menguatkan.Sinergi dan kerjasama seperti ini mesti menjadi pedoman dan diterapkan di institusi


awam untuk mewujudkan semangat jiran yang kuat seperti pepatah Melayu, 'Sebagai sebungkus


telur, pecahkan yang rapuh'. Puncak hubungan jiran yang baik adalah ketika anda dapat

mengetepikan kesenangan dan berehat semata-mata untuk menolong jiran pada waktu


memerlukan. Jiran adalah orang terdekat yang meminta pertolongan ketika kita ditimpa bencana


atau musibah seperti kebakaran, kecurian, musibah dan kematian. Pertolongan seperti ini sangat

diperlukan pada masa kegelisahan sementara menunggu pertolongan pihak berkuasa untuk


saudara-mara. Pengorbanan seperti ini memang tidak mudah dilupakan oleh sesiapa pun, tidak


kira jiran terdekat. Semakin kerap kita menolong jiran, pada masa yang sama semakin erat

hubungan sesama kita. Oleh itu, amalan menolong jiran adalah amalan yang paling berkesan


dalam menjaga hubungan baik sesama mereka walaupun mereka telah berpindah rumah.










Setiap daripada kita harus melakukan latihan ini. Kita juga harus mengamalkan amalan memberi


salam sesama jiran yang merupakan titik permulaan untuk menjalin hubungan yang akrab dan

akrab. Membiasakan diri untuk bertanya bagaimana keadaan anda dan kesihatan diri sendiri


dan anak-anak jiran anda dapat menjadi penghubung kepada amalan bertukar-tukar


pandangan dan berkongsi pengalaman sesama jiran ketika masalah atau kesulitan ditimpa, yang

akhirnya memberi jalan penyelesaian kepada kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. Oleh itu,


amalan memberi salam perlu dilakukan oleh semua orang dan menjadi syarat utama dalam


menjalin hubungan erat dengan jiran. Kita harus meluangkan masa untuk mengunjungi rumah

jiran yang dapat memperkuat dan menghidupkan semangat hidup berjiran. Kita akan mengenali


jiran kita dengan lebih baik semasa kita melawat atau mengunjunginya. Ini kerana, peluang untuk


berbual lebih lama dan suasana rumah yang lebih damai membolehkan kita mengenali dan

meneroka kegembiraan dan duka jiran kita dengan lebih dekat.











Namun, kita harus pandai memilih waktu yang tepat agar lawatan kita tidak mengganggu waktu

rehat mereka yang boleh mengakibatkan kesan negatif juga. Sekurang-kurangnya amalan


mengunjungi rumah jiran dilakukan pada hujung minggu atau bersamaan dengan hari perayaan


tertentu. Jiran yang baik adalah jiran yang telah berjaya memupuk semangat toleransi, percaya,


percaya dan berkongsi pendapat antara mereka.Di samping itu, mengadakan aktiviti bersama-

sama membersihkan kawasan kampung, masjid, dewan orang ramai, longkang dan sebagainya


atau membaiki rumah atau jambatan kerana bencana alam seperti banjir, ribut, kebakaran dan

sebagainya sememangnya dapat memupuk dan memupuk hubungan baik dan semangat


kejiranan. Aktiviti gotong royong ini dapat menyatukan penduduk tempatan ke arah tujuan murni


seperti menjaga kebersihan, menjaga alam sekitar, menolong jiran dan lain-lain. Secara semula


jadi, amalan ini dihidupkan untuk membina masyarakat yang bersatu padu dan hidup harmoni

antara satu sama lain.

12






S U M B E R R U J U K A N















Aristarbucks, December 24, 2015, Ayat Bukti untuk karangan kejiranan, wordpress.com:


Arista, https://aristabucks.wordpress.com/2015/12/24/ayat-bukti-untuk-karangan/






Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Syariah, Januari 28, 2019, IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-



340: JIRAN YANG SUKA MENCELA DAN MENCACI, Artikel: Muhammad Mushfique


Bin Ahmad Ayoup @ Ayub, https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/3060-irsyad-al-


hadith-siri-ke-340-jiran-yang-suka-mencela-dan-mencaci






Pertubuhan IKRAM Malaysia, Febuari 14, 2021, Semangat kejiranan semakin pupus?,Berita


Artikel: Abd Aziz Ishak, Semangat kejiranan semakin pupus? (ikram.org.my)







UKM, 2011, Hubungan kejiranan dalam membentuk kesejahteraan hidup masyarakat


‘kampung bandar’: Kes Kampung Berjaya dan Kampung Mempelam, Alor Setar, Malaysia,


Jurnal: Mohd Yusof Hussain, Mohamad Shaharudin Samsurijan, Suraiya Ishak, Abd. Hair


Awang, 5.2011-3-Yusof dkk ukm-melayu-ed-katiman-2.pdf






Konsep Kejiranan, September 9, 2017, Kesan Tidak Beradab Dengan Jiran, Blogspot: Hamba


Allah, http://teamkl2017.blogspot.com/2017/09/kesan-tidak-beradap-dengan-jiran.html

13






















































































R
A
B
H
K
A


N
A
T
A
R
E
K
































TERIMA KASIH





























TAMAT


Click to View FlipBook Version