CIKGU JOEY TAN BAT2/B29/V1/08/21 KOMSAS TING 2 (ANTOLOGI BAIK BUDI INDAH BAHASA) SAJAK KUCARI DAMAI DI SINI MS: 29 4.0 ASPEK SENI BAHASA SK 4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera dengan memberikan respons peribadi. SP 4.1.2 Memahami dan menghayati karya puisi dengan memberikan penekanan kepada aspek maksud, tema, persoalan, nilai dan pengajaran dengan betul. BACA SAJAK DI BAWAH DENGAN TELITINYA DAN KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN YANG BERIKUT. (Sumber: Buku Antologi Tingkatan 2 Baik Budi Indah Bahasa, Kucari Damai di Sini , Oleh A. Hamid Jemain, Kementerian Pendidikan Malaysia) Soalan Objektif: Pilih jawaban yang paling tepat 1) Nyatakan padanan yang salah. A. Sinkope - ku B. Imej alam - badai C. Personifikasi – mengikat naluri D. Pengulangan - damai 2) Pokok persoalan untuk sajak ini ialah… A. Menghargai alam sekitar B. Menghargai kemakmuran negara C. Menghargai nenek moyang kita D. Menghargai kehidupan yang dimiliki 3) Semua nilai terdapat dalam sajak berikut kecuali……. i. Kesyukuran ii. Hormat-menghormati iii. Cinta akan negara iv. Berdisiplin A. I dan II B. II dan III C. I dan III D. II dan IV A B D
CIKGU JOEY TAN BAT2/B29/V1/08/21 Soalan Objektif: Jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1) Apakah bentuk puisi ini? [3 markah] • Puisi moden/tidak terikat – sajak ✓ Suku kata – bebas (tidak terikat dengan puisi tradisional 8 – 12 suku kata) ✓ Patah perkataan – bebas (tidak terikat dengan puisi tradisional 4 – 6 pp) ✓ Jumlah baris – bebas (tidak terikat dengan puisi tradisional 2 baris, 4 baris…..) ✓ Rima – bebas (tidak terikat dengan puisi tradisional, aa, aaaa, ab, abab) 2) Nyatakan persoalan yang terdapat dalam puisi ini. [3 markah] • Mengelakkan perasaan negatif yang mampu menggugat ukhuwah • Manusia perlu saling menyayangi demi keharmonian hidup • Segala masalah harus diselesaikan dengan baiknya supaya kejayaan tersebut menjadi kebanggaan generasi pada masa akan datang. 3) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita ingin mengekalkan semangat bersatu padu dalam kalangan masyarakat? [4 markah] • Pendidikan formal di sekolah (melalui subjek Pendidikan Moral, Sejarah) – sentiasa menerapkan nilai bersatu padu • Mengadakan pelbagai aktiviti yang memerlukan kerjasama antara pelbagai kaum sama ada di peringkat sekolah ataupun dalam kalangan masyarakat • Menyiarkan pelbagai program televisyen/radio - yang bertemakan perpaduan • Kerajaan mengadakan pelbagai kempen kesedaran *mana-mana jawaban yang sesuai