The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by diannuraisyak, 2021-04-09 21:50:45

BUKU SKRAP DATO' ONN JAAFAR

PEJUANG NEGARA

DUHAI PEJUANG KAMI, JASAMU DIKENANG

1

DUHAI PEJUANG KAMI, JASAMU DIKENANG

DUHAI PEJUANG KAMI, JASAMU DIKENANG

ISI KANDUNGAN :

PENDAHULUAN……………………………………………………………………….1

BIODATA TOKOH ………………………………………………………………….....2

PENDIDIKAN TOKOH…………………………………………………………………3 - 6

KERJAYA TOKOH……………………………………………………………………..7 - 9

SUMBANGAN TOKOH………………………………………………………………..10 - 16

NILAI KEPIMPINAN TOKOH………………………………………………………...17

KESIMPULAN………………………………………………………………………… 18

SUMBER RUJUKAN…………………………………………………………………...19

DUHAI PEJUANG KAMI, JASAMU DIKENANG

PENDAHULUAN

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh, Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan
kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya, dapat saya menyiapkan Buku Skrap
ini dengan sempurna serta dapat mengikuti segala syarat-syarat program ini.

Saya amat berbangga kerana dapat menyiapkan Buku Skrap ini. Jutaan terima kasih kepada
penganjur kerana dalam saya menyiapkan buku skrap ini, saya juga sentiasa mendapat
pengetahuan baharu.

Akhir sekali, dengan rasa rendah dirinya, saya juga mahu berterima kasih kepada ibu, ayah,
keluarga dan rakan-rakan kerana terus menyokong saya, serta semua guru- guru terutamanya
Encik Zakaria dan Puan Siti Rohaya kerana telah memberi peluang kepada saya untuk
menyertai program ini dan memberi sedikit sebanyak tunjuk ajar dan pengetahuan yang saya
perlukan.

Sekian, terima kasih.

1

DUHAI PEJUANG KAMI, JASAMU DIKENANG

BIODATA DATO’ ONN JAAFAR

Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar merupakan pengasas dan presiden Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu ( UMNO ). Beliau juga pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada
Jun 1947. Walau bagaimanapun, beliau telah meletakkan jawatan tiga tahun kemudian iaitu
pada 18 Mei 1950 untuk terus menumpukan perhatiannya kepada UMNO.

Nama penuh: Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar
Lahir: 12 Februari, 1895, Bukit Gambir, Muar, Johor.
Meninggal dunia: 19 Januari, 1962, Johor Bahru
Pendidikan: Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.

2

DUHAI PEJUANG KAMI, JASAMU DIKENANG

PENDIDIKAN DATO’ ONN JAAFAR YANG DIPILIH

Dato' Onn Jaafar sejak kecil lagi dipelihara oleh Sultan Ibrahim. Beliau mendapat pendidikan
Melayu sebelum melanjutkan pengajian ke England. Dato' Onn menjadi pengarang Lembaga
Malaya dan harian Lembaga. Disamping itu, Dato'Onn juga pernah menjadi ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa Zaman pendudukan Jepun, Dato' Onn menjadi Ketua
Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.

Pada 1 hingga 4 Mac 1946, 41 persatuan Melayu menghadiri Kongres Melayu pertama yang
diadakan di Kelab Sultan Sulaiman. Hasil daripada mesyuarat, sebuah badan yang mewakili
orang Melayu menentang Malayan Union akan ditutubuhkan. Kongres Melayu Ketiga
kemudiannya diadakan di Istana Besar Johor Bahru pada bulan Mei, 1946. Kongres inilah yang
melahirkan UMNO dengan Dato' Onn sebagai presiden yang pertama.

3

DUHAI PEJUANG KAMI, JASAMU DIKENANG

Di bawah kepimpinan Dato' Onn, UMNO telah berjaya memaksa kerajaan British
membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan
Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu, memperketatkan syarat-
syarat kerakyatan dan memberi hak istimewa Melayu.

Dato' Onn bercadang untuk membuka keahlian UMNO kepada semua orang tanpa mengira
kaum. Cadangan tersebut ditentangan. Oleh yang demikian, Dato' Onn meletakkan jawatan
sebagai president UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan
pada 25 dan 26 Ogos 1951.Namun begitu, UMNO telah menggabungkan parti-parti yang
dianggotai oleh kaum lain iaitu MCA dan MIC menjadi parti Perikatan pada tahun 1955.

Dato' Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya selepas meninggalkan UMNO.
Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954,
beliau menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya. Tujuan penubuhan
parti tersebut adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama pada tahun
1955. Sekali lagi, partinya gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi
dalam pilihan raya umum.

4

DUHAI PEJUANG KAMI, JASAMU DIKENANG

Walau bagaimanapun, beliau masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik.
Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan
dalam pilihan raya Persekutuan 1959. Dato' Onn meninggal dunia pada tahun 1962.
Namun, tidak siapa pun yang dapat melupakan jasa Dato' Onn kepada negara dan bangsa. Dato
Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang
daripada anak mereka termasuk Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn.

5

DUHAI PEJUANG KAMI, JASAMU DIKENANG

Natijahnya, Dato' Onn mempunyai pandangan yang berbeza dengan ahli-ahli UMNO yang
lain. Beliau ingin membuka pintu UMNO kepada kaum-kaum lain menyertainya tetapi ahli-
ahli UMNO menggangap tindakan ini sebagai satu ancaman. Walau bagaimanapun, Dato' Onn
tetap merupakan seorang yang berani dan berusaha dengan bersungguh-sungguh demi negara
dan bangsa.

6

DUHAI PEJUANG KAMI, JASAMU DIKENANG

KERJAYA DATO’ ONN JAAFAR

Pengasas Parti UMNO, Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) dan Parti Negara
Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman,
Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang
Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan
kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili
orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei
1946. Disebabkan beliau amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik
beliau sebagai presiden pertama.

7

DUHAI PEJUANG KAMI, JASAMU DIKENANG

Pada 1 Jun 1947, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, beliau
meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya,
UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti
dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Beliau kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau anggap sebagai dasar-dasar
perkauman UMNO serta mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk
Tanah Melayu tanpa mengira kaum dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan
Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentang, beliau
meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung
Keenam diadakan pada 25 hingga 26 Ogos 1951.

Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951.
Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu.

8

DUHAI PEJUANG KAMI, JASAMU DIKENANG

Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang
kerusi dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan
tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen
Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS.

9

DUHAI PEJUANG KAMI, JASAMU DIKENANG

SUMBANGAN DATO’ ONN JAAFAR

Pada tahun 1946, Dato' Onn menubuhkan Persatuan Melayu Negeri Johor sebagai Yang di-
pertua dalam bulan Mac.perwakilan-perwakilan dari berbagai persatuan Melayu bertemu
dalam Kongres Melayu pertama yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur
lalu mencapai keputusan iaitu akan menubuhkan satu dan yang mewakili orang melayu
menentang Malayan Union.

Kongres Melayu ketiga diadakan di Istana Johor Bahru pada bulan Mei 1946. Kongres inilah

yang melahirkan UMNO bersama Dato' Onn Jaafar sebagai yang Di Pertua-nya yang pertama.

Dalam tahun ini juga iaitu pada 1 Oktober 1946, Sultan Ibrahim melantik Dato Onn Jaafar

sebagai Menteri Besar Johor. Setelah berkhidmat selama tiga tahun, Dato' Onn meletakkan

jawatan itu untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada UMNO selepas Sultan Ibrahim

memberi amaran kepadanya sama ada mahu berkhidmat dengan kerajaan atau memimpin

UMNO.

10

DUHAI PEJUANG KAMI, JASAMU DIKENANG

Dato' Onn Jaafar memilih untuk terus berkhidmat sebagai Yang di-pertua UMNO. Pada tahun
1946, Dato' Onn memimpin dalam menentang penjajahan secara politik sehingga tumbangnya
Malayan Union dan tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu. Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu 1948 telah memelihara semula kedudukan Raja-Raja Melayu memperketatkan syarat-
syarat kerakyatan bagi orang-orang asing dan memberi beberapa hak keistimewaan kepada
orang-orang Melayu.

Usaha-usaha Dato' Onn Jaafar untuk mengembalikan kedudukan orang-orang Melayu
antaranya ialah beliau telah mengemukakan cadangan supaya keahlian UMNO dibuka kepada
lain-lain bangsa tetapi turut mendapat tentangan di kalangan Majlis Mesyuarat Agung UMNO
disebabkan oleh suasana Kebangsaan Melayu ketika itu tidak sanggup menerima perubahan
radikel seperti itu.

Hasrat dan cita-citanya untuk memartabatkan bangsa Melayu diteruskan demgan pelbagai
cadangan dan tindakan. Pemerhatian yang dibuat oleh Dato' Onn Jaafar ada dinyatakan di
dalam ucapannya :

11

DUHAI PEJUANG KAMI, JASAMU DIKENANG

"Layanan yang berat sebelah itu pulak tidak terhad kepada pegawai-pegawai British sahaja
tetapi diluaskan kepada tiap-tiap orang Eropah di dalam pekerjaan Kerajaan. Di dalam soal
gaji, rumah-rumah kediaman dan di dalam berbagai-bagai cara lain lagi terdapat layanan yang
sama itu diketepikan. Apa yang melukakan hati saya ialah hakikat bahawa hinggakan pegawai-
pegawai kanan Melayu yang berada di dalam perkhidmatan awam itu telah tertolak ke bawah
oleh satu dasar yang menjadi dasar untuk memajukan pentadbir-pentadbir bagi jawatan yang
lebih tinggi itu.” - petikan ucapan Dato’ Onn Jaafar -

Dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 ogos Datuk Onn
melepaskan jawatan sebagai Yang DiPertua UMNO disebabkan oleh tentangan tersebut.
Berbagai-bagai tafsiran boleh diberi terhadap syor-syor Datuk Onn dan ia sendiri pernah
dituduh sebagai tidak berkepentingan Melayu.

Sebenarnya Datuk Onn telah mendahului zamannya orang-orang melayu masih tidak dapat

bersetuju UMNO menerima keahlian semua kaum sahaja. Begitu juga kelonggaran dalam

syarat-syarat kerakyatan untuk kaum-kaum lain masih belum dapat diterima walaupun

kemudiannya dan dalam penggubalan perlembagaan Malaya Merdeka syarat-syarat lebih

longgar diberi keada kaum-kaum lain.

12

DUHAI PEJUANG KAMI, JASAMU DIKENANG

Malah UMNO sendiri sebelum Merdeka telah bekerjasama dengan kaum-kaum lain melalui
parti Perikatan (yang bagaimanapun mengekalkan identiti parti-parti di dalamnya).

Datuk Onn yang telah dilantik oleh Kerajaan British sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
telah dapat melihat dari dalam masalah-masalah pentadbiran dan politik negara. Mungkin
kerana itu, merasakan perlu kerjasama secara lebih rapat dengan kaum-kaum lain dan
mempercayai bahawa bimbingan dari British adalah perlu bagi memajukan orang-orang
melayu sebelum mencapai kemerdekaan.

Beliau dituduh sebagai orang pro-British kerana duduk dalam kabinet kerajaan penjajah, tetapi
kemudiannya UMNO juga membenarkan seornag wakilnya menerima tempat dalam kabinet
itu. Sewaktu di dalam kabinet kerajaan penjajah, Datuk Onn telah dilantik menjadi Pengerusi
RIDA, sebuah badan yang bertujuan untuk meninggikan kedudukan ekonomi orang-orang
Melayu. Dalam bidang pelajaran, nama Datuk Onn terkenal dengan minatnya terhadap
kemajuan anak-anak Melayu yang membuahkan antara lain ‘Biasiswa UMNO’ sewaktu beliau

13

DUHAI PEJUANG KAMI, JASAMU DIKENANG

dalam parti ini. Setelah meninggalkan UMNO, Datuk Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan
Malaya namun tidak Berjaya mendapat sokongan orang-orang Melayu.

Pada tahun 1954, beliau menubuhkan pula Parti Negara sebagai membuat persediaan
menghadapi pilihanraya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955, Datuk Onn dan
partinya tidak berjaya dalam pilihanraya itu, namun tidak berputus asa bagi mendapatkan
tempat dalam politik tanahair.

Beliau berjaya juga mendapat kerusi, mewakili kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan
dalam pilihanraya Persekutuan dalam tahun 1959. Dengan seorang diri mewakili partinya
beliau cuba menyampaikan pendapat-pendapat politiknya dalam sebuah Dewan yang
mengandungi ahli-ahli dari UMNO Perikatan dan parti-parti lain.

Pada tahun 1962, Datuk Onn menghembuskan nafasnya yang terakhir di Johor Bahru.
Perjalanan perjuangan Datuk Onn adalah sebahagian daripada sejarah Tanah Melayu kita

14

DUHAI PEJUANG KAMI, JASAMU DIKENANG

selepas perang dunia kedua. Walau apapun tanggapan terhadapnya, tiada siapa pun dapat
melupakan jasa baktinya kepada parti, bangsa dan negara.

Sebagai seorang pejuang, pendukung keamanan beliau mempunyai pendirian politiknya yang
tersendiri. Kepintaran dan kegigihannya tidak ada tolok banding di waktu beliau berada di
mercu politik UMNO dan tanahair sehingga diperakui semua kalangan.
Beliau seorang tokoh politik nasionalis dengan keupayaan intelektual yang tinggi walaupun
tidak menjejak kaki di Universiti.

15

DUHAI PEJUANG KAMI, JASAMU DIKENANG

Beliau juga pemidato dan juga pengarang yang terkenal dengan kebolehan bahasa ynag
menakjubkan. Dalam lima tahun yang intensif sewaktu pergolakan politik tanah air paling
memuncak beliau wujud untuk memegang teraju pimpinan orang-orang melayu dan
membentuk corak olitik yang akan diikuti kemudian.

16

DUHAI PEJUANG KAMI, JASAMU DIKENANG

NILAI KEPIMPINAN DATO’ ONN JAAFAR YANG BOLEH DICONTOHI OLEH
GENERASI KINI

BERJIWA BESAR DAN IKHLAS DALAM PERJUANGAN
➢ Dato’ Onn Jaafar tidak memburukkan pemimpin dan parti walaupun sudah tidak

Bersama UMNO.
MEMILIKI PENGETAHUAN YANG BESAR
➢ Dato’ Onn Jaafar dikenali dengan individu yang bijak berfikir dan pengetahuan

yang besar dan luas.
SIFAT BERANI DAN BERKEYAKINAN TINGGI
➢ Dato’ Onn Jaafar merupakan individu yang bersifat ingin tahu dan sentiasa yakin

dengan apa yang dilakukannya, sifatnya ini mewarisi bapanya iaitu,Allahyarham
Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad.

17

DUHAI PEJUANG KAMI, JASAMU DIKENANG

KESIMPULAN ;
Dato' Onn Jaafar adalah individu yang patut kita semua contohi, semangatnya yang membara,
jiwanya yang sentiasa kuat berdepan dengan apa jua cabaran serta kebijaksanaan dalam berfikir
atau membuat sesuatu perkara dan sentiasa yakin dengan keputusan yang dibuat olehnya.
Salah satu contoh bahawa saat negara kita dilanda oleh malapetaka politik yang paling besar
pernah menimpa bangsa Melayu, lalu beliau bangkit untuk menentang disaat semua terdiam.
Beliau membina landasan untuk mereka terus meneruskan perjuangan kehidupan rakyat
Malaysia.
Kita sewajarnya mengambil iktibar daripada perjuangan Dato'Onn Jaafar yang telah banyak
berjasa terhadap negara.

18

DUHAI PEJUANG KAMI, JASAMU DIKENANG

SUMBER RUJUKAN :

➢ LAMAN WEB
• https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar
dipetik pada 02.04.2021, jam 4.50 petang
• https://umno-online.my/presiden/onnjaafar/amp/
dipetik pada 04.04.2021, jam 5.30 petang
• http://nazeraezzatimohdazmi.blogspot.com/2016/09/pengajian-malaysia-
sumbangan-tokoh.html?m=1
dipetik pada 31.03.2021 pada jam 2.45 petang
• https://malay.wiki/content/Onn%20Jaafar/Kerjaya%20politik.html
dipetik pada 04.04.2021 pada jam 8.50 malam
• http://penatokoh.blogspot.com/2014/01/tokoh-dato-onn-jaafar.html?m=1
dipetik pada 08.04.2021 pada jam 5.05 petang

➢ BUKU RUJUKAN

- Ramlah Adam, 2012, Dato’ Onn Jaafar Pengasas Kemerdekaan,, Dewan Bahasa
dan Pustaka.

- Abdul Latip Talib, 2007, Dato’ Onn Jaafar Kisah Seorang Patriotik, PTS media
group.

- Saadiah Hj. Ibrahim, 2016, Janganlah Aku Kau lupakan, Dewan Bahasa dan
Pustaka.

- Ridzuan bin Hasan, Syarifah Afidah binti Syed Hamid, Muslimin bin Fadzil,
Subramaniam a/l Raman, 2000, Sejarah Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka.

19


Click to View FlipBook Version