PENGAJIAN ISLAM
MPU23012
TAJUK: DIALOG PERADABAN
NAMA PELAJAR 1. UMMI UMAIRA BINTI BADARUDIN
(O6DAT20F2011)
2. NUR IZZAH ATIRAH BINTI (06DAT20F1065)
3. FAZREEN NOR ADHIRA BINTI ROZAINOOR
(06DAT20F2005)
4.SYAKILAH BINTI RAZALI (06DAT20F2029)
KELAS DAT2A
JABATAN JABATAN PERDAGANGAN
NAMA PENSYARAH JARIAH BINTI ABDULLAH
KOD MATA PELAJARAN MPU23012
AHLI KUMPULAN
FAZREEN NOR ADHIRA SYAKILAH
06DAT20F2005 06DAT20F2029
UMMI UMAIRA NUR IZZAH ATIRAH
06DAT20F2011 06DAT20F1065
1.0 PENGHARGAAN
Bismilahhirahmannirahim. Assalamualaikum dan selamat sejahtera, kami
bersyukur ke hadrat ilahi kerana diberi kesempatan untuk menyiapkan tugasan E-FOLIO
ini dalam masa yang ditetapkan bagi memenuhi tugasan yang diberikan. Setinggi-tinggi
perhargaan dan ucapan terima kasih yang diberikan kepada Ustazah Jariah kerana telah
menbantu kami dan membimbing kami serta memberi nasihat dalam menyelesaikan
tugasan ini. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan
sekumpulan yang banyak membantu mencari informasi dan juga berusaha tanpa rasa
penat lelah untuk menyiapkan tugasan E-FOLIO ini. Kami berharap hasil tugasan kerja
kumpulan kami dapat memberi manfaat kepada orang lain dan dapat berguna kepada
sesiapa yang membaca E- FOLIO kami ini. Insyaallah.
3.0 DEFINISI DIALOG PERADABAN
Penduduk dunia terdiri daripada penganut pelbagai agama dan kepercayaan. Dalam era
globalisasi ini, penganut daripada pelbagai agama dan kepercayaan sering bergaul dan
berinteraksi antara satu sama lain. Dengan itu, kemungkinan berlakunya salah faham
antara mereka sentiasa wujud. Bagi mengelakkan perkara ini, maka dialog peradaban
yang membolehkan penganut pelbagai agama dan kepercayaan berbincang dan mengenali
antara satu sama lain adalah sangat mustahak. Topik ini akan membincangkan secara
ringkas tentang dialog peradaban dan kepentingannya dalam dunia hari ini.
Dialog peradaban secara umumnya merujuk kepada usaha-usaha berterusan bagi
membolehkan penganut daripada pelbagai agama, kepercayaan dan tradisi saling
mengenali, memahami dan menghormati antara satu sama lain. Ia bertujuan untuk
menghapuskan rasa curiga, buruk sangka dan salah faham terhadap penganut agama atau
kepercayaan lain. Hal ini seterusnya akan dapat mewujudkan suasana kehidupan
masyarakat dunia yang aman sejahtera.
Dialog peradaban merupakan satu agenda yang sangat penting pada hari ini. Pada era
globalisasi, masyarakat dunia daripada pelbagai agama dan tradisi dapat berinteraksi
dengan mudah. Mereka terpaksa bergaul antara satu sama lain bagi memenuhi hajat dan
keperluan hidup masing-masing. Dalam suasana ini, jika setiap pihak menyimpan rasa
curiga, buruk sangka dan salah faham terhadap pihak yang lain, maka lambat laun ia akan
menjadi barah yang membunuh dan memusnahkan masyarakat dunia. Banyak masalah
dan tohmahan terhadap sesuatu agama terutamanya agama Islam dibuat kerana wujudnya
perasaan curiga dan salah faham terhadapnya. Contohnya, Islam ditohmahkan sebagai
agama keganasan pada hal ajaran Islam sentiasa mengajarkan ke arah keadilan dan
kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Islam ditohmahkan sebagai agama kolot pada
hal Islam sentiasa mengajarkan penganutnya untuk mencari ilmu sebanyak mungkin
dalam pelbagai bidang dan memanfaatkannya untuk kemajuan dan kebahgiaan hidup
manusia di dunia dan di akhirat.
Dalam konteks negara Malaysia, dialog peradaban ini merupakan sesuatu yang sangat
penting. Hal ini kerana negara kita merupakan negara yang sangat rencam dengan
kepelbagaian agama, bangsa, bahasa dan budaya. Kepelbagaian ini, jika tidak ditangani
dengan baik, akhirnya akan menjadi faktor yang boleh menghancurkan kehidupan negara
ini. Sebaliknya, jika diuruskan dengan bijak, ia akan menjadi kekuatan yang akan
meletakkan negara ini kukuh dan istimewa di mata dunia. Salah satu cara untuk mencapai
hasrat ini ialah dengan mewujudkan suasana saling memahami dan menghapuskan
prasangka antara satu sama lain. Untuk itu, dialog peradaban antara penduduk negara ini
daripada pelbagai agama dan kepercayaan mestilah dilakukan.
Daripada perspektif Islam, kepentingan mengadakan dialog peradaban ini tidak dapat
dinafikan lagi. Rasulullah s.a.w. telah banyak kali mengadakan dialog dengan ketua-ketua
musyrikin Arab dan juga delegasi asing yang datang ke Madinah. Malah, Baginda
membenarkan mereka memasuki Masjid Nabi untuk mengadakan dialog keagamaan dan
ketuhanan dengan Baginda. Tegasnya, dialog peradaban merupakan sesuatu yang amat
penting dilakukan bagi mewujudkan kehidupan dunia sejagat yang aman, sejahtera dan
harmoni.
4.0 ETIKA DALAM DIALOG
Dialog agama merupakan mekanisme berkesan dalam melahirkan perpaduan kaum dan agama. Ia perlu
diterima secara positif dan selektif oleh penganut agama. Dalam berdialog, terdapat etika khusus yang
perlu dipatuhi oleh pihakpihak tertentu. Pertama, ia tidak boleh menjejaskan kerangka dan
pemahaman asas yang berteraskan konsep tauhid yang terkandung di dalam ajaran Islam. Asas tauhid
ini seperti mana diperjelaskan oleh sarjana teologi Islam adalah bersifat tetap dan tidak boleh berubah
sehingga kiamat (Ramli, 1998). Hal ini bermakna, walau apa pun bentuk dialog antara agama yang
dilakukan, pendekatan ala sekularisme yang menolak peranan ketuhanan dalam kehidupan manusia
dan bergantung sepenuhnya kepada peranan akal dan nafsu manusia di dalam menentukan segala
aspek penting di dalam kehidupan perlu dijauhkan sama sekali (Muhammad Zainiy, 2001). Lebih buruk
lagi, mengikut pendekatan kajian sekularisme Barat, sebarang elemen yang berkaitan dengan
fenomena ketuhanan dan metafizik akan dianggap sebagai karut dan tidak bersifat empirikal (Abdul
Rahman Abdullah, 2000). Bahkan mereka menganggap bahawa penderitaan manusia adalah berpunca
dari kelemahan manusia yang tertipu dengan berpegang kepada kepercayaan keagamaan. Dalam soal
ini, Mohamad Kamal (1996) menjelaskan: Mereka mempunyai sikap yang tidak senang terhadap agama
dan menganggap penerusan hidup agama dalam dunia moden sama ada sebagai a relic of medieval
obscurantism atau sebagai satu daripada manifestasi primitivism dan irrationality dalam diri manusia.
Kedua, mengakui tentang elemen universal yang wujud di antara agama besar dunia tanpa melibatkan
persoalan aqidah. Menurut Soroush (2001), ia merangkumi penekanan kepada sistem moral yang baik,
penekanan kepada hukuman terhadap sesuatu perbuatan yang buruk, sikap alami terhadap alam
semesta, penekanan kepada soal penyucian diri untuk tujuan kebaikan dan penekanan kepada budaya
ilmu. Rahimin Affandi Abd. Rahim et al. Ketiga, menerima pluralisme agama yang positif. Ia dicirikan
dengan: 1. Tidak sekadar menunjuk adanya kemajmukan tetapi keterlibatan aktif yang mana setiap
pemeluk agama dituntut bukan sahaja mengakui keberadaan dan hak agama lain, tetapi terlibat dalam
usaha memahami perbezaan dan persamaan untuk mencapai kerukunan dalam kepelbagaian. 2. Harus
dibezakan dari kosmopolitanisme. Kosmopolitanisme merujuk kepada suatu realiti di mana pelbagai
ragam agama, ras dan bangsa hidup berdampingan di satu lokasi tetapi interaksinya pada tahap
minima. 3. Berbeza dari relativisme yang berkaitan dengan nilai. Kesannya, semua agama adalah sama.
4. Bukan sinkretisme iaitu campuran atau paduan unsur tertentu atau sebahagian komponen ajaran
dari beberapa agama untuk dijadikan agama baru (Alwi, 1998). Keempat, menerima inklusif lawan
eksklusif agama. Pemikir-pemikir besar agama seperti Seyyed Hoessein Nasr (Islam), Hans Kung
(Kristian), Gunaseela Vitanage (Buddha) dan Raimundo Pannikar (Hindu) menjelaskan akan perlunya
dikembangkan sikap beragama secara inklusif dan menolak eksklusivisme (falsafah keterbukaan atau
merasa rendah diri sendiri serba betul dan menafikannya kepada orang lain) kerana di dalamnya ada
kecenderungan eksklusif yang menentang atau menolak agama lain (Shaharom, 2003). Kelima,
mengelakkan cemuhan budaya serta agama lain (cultural and religious ridicule) dan mengelakkan
perdebatan teologis doktrinal yang berakhir dengan kebuntuan. Keenam, perlu bersikap toleransi
antara penganut agama untuk mengelak sebarang konflik. Toleransi dalam pergaulan dengan golongan
bukan Islam bukanlah toleransi dalam masalah-masalah.
keagamaan, melainkan perwujudan sikap keberagamaan pemeluk suatu agama dalam
pergaulan hidup antara orang yang tidak seagama dalam masalah-masalah kemasyarakatan
atau kepentingan umum. Ketujuh, memelihara kerukunan di antara penganut agama. Ia bukan
bererti merelatifkan agama-agama yang ada dengan melebur kepada satu totaliti (sinkretisme
agama) melainkan sebagai cara atau sarana untuk mempertemukan, mengatur hubungan luar
antara orang luar yang tidak seagama dalam proses sosial kemasyarakatan (Sahibi, 1983).
Kelapan, perlu mengelak tiga gejala buruk yang ditegah oleh semua agama dan etika
kemanusiaan sejagat. Trilogi ini menghasilkan unsur terrorist, iaitu ekstremisme, cauvinisme
dan fanatisisme. Dan terorisme ini berkembang dalam Dialog antara Agama: Realiti dan
Prospek di Malaysia 97 paradigma, strategi dan taktiknya ke arah apa yang disebut
hiperterorisme (hyperterrorism) kesan perkembangan hiperteknologi (Shaharom, 2003).
Secara asasnya, dialog itu perlu disertai oleh golongan pakar dan penganut yang komited,
mengenal pasti isu yang didialogkan untuk kepentingan manfaat bersama, diiringi dengan sifat
yang baik dan ingin belajar yang tinggi, lebih memberikan penekanan kepada isu-isu
persamaan tentang bagaimana agama boleh menyelesaikan masalah manusia, tidak
mengandungi unsur perdebatan yang boleh menjatuhkan maruah penganut yang lain, tidak
bertujuan memperkecilkan dan mengubah sesuatu pegangan agama pihak yang lain, serta
tidak mempertikaikan bahagian agama yang bersifat tetap dan tidak boleh berubah (Mohamad
Khatami, 1998). Sejajar dengan pendekatan positif, Parlimen Agama Dunia (Parliament of the
World's Religions) yang bersidang di Chicago pada tahun 1993 telah menerbitkan Deklarasi
Terhadap Etika Global (Declaration Towards a Global Ethic) yang disediakan oleh Küng (2002).
Semua perwakilan agama dunia memberi komitmen untuk mempromosikan: 1. Budaya yang
tidak ganas (non-violence) dan menghormati semua hidupan. 2. Budaya solidariti (perpaduan)
dan keadilan ekonomi. 3. Budaya persamaan hak dan perkongsian antara lelaki dan
perempuan. Sehubungan dengan itu, etika-etika tersebut perlu diambil kira dalam hubungan
dialog di antara orang Islam dengan bukan Islam di Malaysia khususnya bagi membina satu
persefahaman dalam masyarakat yang beragam cara hidup, budaya dan agama.
KESAN POSITIF DAN NEGATIF DIALOG PERADABAN DI MALAYSIA
Kesan Positif
i. Mewujudkan kesedaran, kesatuan & kejujuran Bersama-sama.
• Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalkan
pelbagai budaya yang berbeza dan menganut pelbagai kepercayaan.
• Walaupun wujud hubungan yang baik antara kaum, kadangkala masih
wujud rasa curiga berpunca dari perbezaan budaya.
• Perkara sebegini perlu ditangani secara bijaksana untuk mengelakkan
kejadian tidak diingini seperti Peristiwa 13 Mei 1969.
• Antara penyelesaian paling efektif ialah dengan mempertingkatkan usaha
memupuk persefahaman dan perpaduan, dan antara langkah terpenting
ialah melalui perbincangan atau dialog.
ii. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan masing-masing.
• Menerusi dialog, setiap kaum dapat mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan masing-masing serta dapat memperbaiki diri melalui proses
saling memberi.
• Langkah ini penting untuk mempersiapkan rakyat Malaysia menghadapi
pelbagai cabaran baru di alaf ke-21.
• Dialog mestilah melibatkan semua lapisan masyarakat di Malaysia dan
dilakukan secara menyeluruh untuk mencapai kesan yang menyeluruh.
iii. Membina satu barisan bersama untuk menentang dominasi Barat.
• Menerusi dialog, masyarakat dapat mengenalpasti anasir negatif budaya
asing yang boleh meruntuhkan budaya dan mencari penyelesaian bersama
serta dilaksanakan bagi menjaga kelangsungan jati diri dan nilai hidup
masyarakat.
• Permasalahan yang wujud di peringkat antarabangsa perlu ditangani
menerusi dialog, bukan secara keganasan atau konfrontasi.
• Dalam dialog tersebut, manusia perlu sedar bahawa setiap agama, budaya
dan tamadun mengandungi nilai dan pandangan semesta- kejujuran,
maruah dan kebebasan manusia.
• Melalui dialog, masyarakat Islam, masyarakat Asia dapat membina satu
barisan bersama untuk menentang dominasi kuasa Barat dan bonekanya.
iv. Memupuk semangat perpaduan dan mengelakkan perselisihan
• Ikatan dan perasaan saling hormat menghormati, mempercayai dan
perpaduan akan tumbuh dalam masyarakat yang pelbagai etnik, budaya
dan agama.
• Manusia menyedari nilai-nilai yang mereka kongsi bersama-pemerintahan,
politik, ekonomi,pengurusan sumber, keluarga danmasyarakat, kesihatan
dan pendidikan,sains dan teknologi
Kesan Negatif
i. Persepsi atau tanggapan yang salah untuk sesuatu peradaban
• Berpunca dari kejahilan pihak pihak berkenaan memahami budaya
sesebuah tamadun-tidak mampu bezakan antara tindakan bersifat individu
dari ajaran atau nilai terassebuah tamadun.
• Contoh: tindakan meletupkan hotel dan tempat pelancongan yang sering
dikunjungi pelancong dari Barat, menggambarkan sikap Islam yang anti-
barat dan dilabel sebagai keganasan.
• hakikat sebenar adalah Islam dan umat Islam tidak memusuhi Barat. Islam
menentang ketidakadilan dan penindasan Barat ke atas umat Islam.
• Di samping itu, Islam tidak pernah memperakui tindakan ganas individu
Muslim ke atas mana-mana masyarakat awam bukan Islam.
• Namun begitu, tindakan segelintir umat islam yang bertindak ganas dan
kejam kepada kuasa-kuasa barat serta regim Zionis reaksi spontan atas
tindakan kejam dan ganas mereka khususnya terhadap Palestin dan Iraq.
i. Interaksi antara peradaban yang terhad
• Interaksi merupakan langkah terpenting ke arah menghilangkan salah
faham dan salah tanggapan.
• Dialog sekurang-kurangnya mampu mengurangkan ketegangan yang
wujud antara dua pihak yang berlainan budaya dan peradaban-pemahaman
terhadap budaya orang lain mampu menghalang seseorang dari terjebak ke
kancah salah faham.
• Untuk mewujudkan keamanan, semua pihak mestilah bersedia untuk
saling memahami persamaan dan perbezaan yang wujud antara mereka.
ii. Perebutan kuasa politik dan ekonomi
• Terdapat masalah yang berpunca daripada perebutan kuasa politik atau
ekonomi antara dunia Islam dangan Barat seperti perebutan telaga minyak
di Teluk Parsi.
iii. Kejahilan tentang tamadun lain
• Tidak dapat dinafikan bahawa unsur-unsur kejahilan wujud di kalangan
pihak terbabit hingga keganasan yang tercetus dilihat sebagai permusuhan
tamadun.
Kepentingan dialog peradaban
Seharusnya perbezaan-perbezaan dan kepelbagaian peradaban antara manusia sebagai
satu
yang unik dan satu peluang untuk saling kenal mengenali, mempelajari keunikan
peradaban
lain yang akhirnya akan melahirkan keunikan peradaban lain yang akhirnya akan
melahirkan
pengkayaan peradaban.
Dr. Mahmud Hamdi Zaqzuq menyatakan dialog antara agama dapat melahirkan etos
saling
membantu yang efektif antara semua agama dalam menyelesaikan pelbagai persoalan
yang
timbul hari ini. Dialog juga mampu memberikan penyelesaian kepada persoalan yang
menghambat perkembangan sosial. Malah dialog antara agama dan peradaban mampu
memainkan peranan utama dalam mencegah segala bentuk pertikaian yang mungkin
terjadi
atau melapangkan jalan demi menyelesaikan pertikaian yang ada.
Dalam konteks dan realiti di Malaysia, kepentingan pemahaman terhadap agama dan
peradaban amatlah dituntut mutakhir ini. Pemahaman dan persefahaman antara kaum
sahaja
tidak memadai kerana pertumbuhan pemikiran dalam kalangan kaum-kaum di Malaysia
mempunyai kaitan dengan faktor agama dan tamadun masing-masing. Menolak
kepentingan
agama dan pemahaman terhadap tamadun adalah suatu tindakan yang kurang bijak
lantaran
agama dan tamadun terbukti memberi arah dan pentunjuk jalan yang lebih baik kepada
umat
manusia.
Justeru, kepentingan agama, pemahaman dan perkongsiannya dengan tamadun dan
peradaban
lain adalah suatu yang amat signifikan dan tidak boleh ditolak sama sekali dalam
mewujudkan keharmonian dan persefahaman antara kaum khususnya di Malaysia. Maka
dialog antara agama peradaban ini sudah tentu memerlukan arah yang betul dan tepat agar
pedomannya memberikan jalan yang lebih terbuka dan ia berlaku secara sihat dan
matang.
Perbuatan menghina tempat ibadah agama lain.
1.1 Kebebasan beragama
1) tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk
kepada fasal (4), mengembangkannya.
2) tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya
diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama
selain agamanya sendiri.
3) tiap-tiap kumpulan agama berhak:
(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau
Khairat
(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya
mengikut
undang-undang.
3) undang-undang negeri, dan berkenaan dengan wilayah-wilayah persekutuan kuala
lumpur, labuan dan putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau
menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan
orang yang menganuti agama islam.
4) perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan
mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam,
kesihatan awam atau prinsip moral.
1.2 Kepentingan menjaga dan menghormati tempat beribadat pelbagai penganut
agama:
a) boleh mengeratkan perhubungan dan persahabatan antara penganut pelbagai agama
b) menghormati hak kebebasan beragama yang termaktub dalam perlembagaan
c) Tidak berlaku perselisihan faham antara penganut
d) Menjaga sensitivity antara kaum dalam usaha mengekalkan keharmonian negara
1.3 Cara Rakyat Menunjukkan sikap menghormati Kebebasan Beragama
✓ memahami tentang agama dan cara beribadat kaum lain
✓ tidak membantah kemudahan yang diberikan kepada penganut agama lain
melaksanakan tuntutan agama mereka
✓ Bekerjasama pada masa tertentu bagi melincinkan perjalanan sambutan perayaan
beragama sesuatu kaum
✓ Bertolak ansur terhadap penganut agama lain semasa melaksanakan sesuatu
upacara keagamaan
✓ Tidak menganggu amalan keagamaan penganut lain
✓ Tidak menghina sesuatu amalan perayaan beragama lain
✓ Memberi ruang kepada penganut agama lain untuk berehat
MENGENAL PASTI ISU TENTANG PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM
KALANGAN MASYARAKAT
i. Allah sebagai nama utama.
Kamilah Allah adalah kata nama khas daripada Bahasa arab. Kalimah Allah tidak boleh
digunakan dalam bentuk atau rnakna 2 lain . Kalimah Allah dalam syariat Islam
merujuk kepada zat Tuhan yang segala sifat kesempurnaan , kemurnian , keesaan dan
tidak rnempunyai apa-apa sifat kekurangan . Kalimah ini tidak boleh dibezakan lelaki
dan perempuan atau dipaparkan nama-nama lain selainnya. Kalimah Allah adalah nama
khas yang sangat jelas seperti disebutkan dalam Al-Quran.
ii. Larangan tuntutan kalimah Allah.
Islam menggunakan empat perkataan iaitu Allah, Solat, Baitullah dan Kaabah.
Beberapa orang menambah perkataan yang boleh dianggap mendatangkan kekacauan
dan bahaya kepada umat islam apabila digunakan oleh bukan islam . Orang islam sedar
atau tidak , tuntutan sebegitu amatlah bahaya bagi umat islam. Kalau dibiarkan begitu
lama, akan menyebabkan timbulnya masalah dan kekacauan dalam umat island.
iii. Islam berbeza pendapat dalam isu tentang penggunaan kalimah Allah dalam
kalangan masyarkat.
Terdapat sesetengah pihak yang sependapat menganggap berlainan dan perbezaan
Bahasa. Selain itu, ada pihak yang melihat, fahami, menguraikan oleh bukan orang
islam. Beberapa pihak Kristian sudah menganggap Allah sebagai tuhan tetapi
sebetulnya mereka hendak tuhan mereka diiktiraf sebagai tuhan.
iv. Kesedaran umat islam dalam isu tersebut
Kepada umat islam, haruslah sedar kerana isu ini menyebabkan tercemar penggunaan
kalimah Allah, Kalau umat islam membiarkan orang bukan islam menggunakan
kalimah islam begitu sahaja, akan menyebabkan agama islam dicemari dan
mengunakan kalimah Allah dengan sewenang-wenangnya.
RAKYAT MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM PERLULAH MENJAGA
PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DENGAN SEPENUH HATI DAN JIWA RAGA
Orang bukan islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah dengan sesukahati mereka. Hal itu
kerana, kalau orang bukan islam menggunakan nama kalimah Allah dengan sewenang-
wenangnya akan menyebabkan nama kalimah Allah akan tercemar yang disebabkan oleh orang
bukan islam. Sebagai umat islam hendaklah menjaga kalimah Allah dengan seketat-ketatnya.
Selain itu, Kalimah Allah juga boleh mengukuhkan ikatan umat islam daripada menjauhi sesuatu
pecahan. Dengan itu, kita dapat sentiasa berwaspada penggunaan kalimah Allah dalam kalangan
masyarakat. Sebelum kita berwaspada penggunaan kalimah Allah, kita mestilah sentiasa berfikir
dengan penuh hikmah tentang kalimah Allah dan mestilah jiwa yang tulus untuk melihat
kebesaran kekuatan kalimah Allah. Dengan cara itu, kita sebagai umat islam mestilah mencegah
orang bukan islam untuk meneemari nama Kalimah Allah.
PEGANGAN UMAT ISLAM UNTUK MENANGANI ISU INI
Apakah pegangan tang sepatutnya yang perlu diambil bagi umat islam? Perkara ini
merupakan perkara yang terpenting dalam menentukan kesatuan pegangan umat islam
dalam menghadapi isu Ini.
Muhasabah diri
Sebelum meletakkan apakah pegangan yang sepatutnya kita ambil, kita sebagai umat islam
perlulah mengamalkan sikap muhasabah diri terlebih dahulu dan melihat bagaimana umat
islam dalam menghadapi banyak cabaran tuntutan penggunaan nama Allah oleh orang
bukan islam .Berikut adalah turutan Muhasabah yang boleh kita Iakukan:
KESEDARAN
Sejauhmana kebolehan dalam kesedaran dan
sentiviti kita untuk menangani isu ini.
MINAT
Setakat mana persediaan kita sebagai umat islam
untuk menjaga kesucian nama Allah.
KEHENDAK
Pada tahap manakah kesungguhan kita untuk
memperjuangkan kemuliaan nama Allah.
LANJUTAN
Bersedia menjadi proaktif untuk melakukan
tindakan seterusnya bagi mempertahankan
kesucian nama Allah.