The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini mengandungi puisi-puisi Melayu yang terdiri daripada pantun, syair, seloka, gurindam dan juga sajak yang dapat dijadikan rujukan serta bahan bacaan umum.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 216329, 2024-04-01 03:31:04

17 PUISI NUR HAZIRAH

Buku ini mengandungi puisi-puisi Melayu yang terdiri daripada pantun, syair, seloka, gurindam dan juga sajak yang dapat dijadikan rujukan serta bahan bacaan umum.

17 PUISI NUR HAZIRAH


PENGAJARAN PUISI MELAYU (LHE3151) NAMA : NUR HAZIRAH BINTI NORHALIM NOMBOR MATRIKS: 216329 NAMA PENSYARAH: DR. SHAMSUDIN OTHMAN


ISI KANDUNGAN m/s PANTUN 1 SYAIR 7 SELOKA 13 GURINDAM 20 SAJAK 26


PANTUN 01


ALAM REMAJA Merbah hinggap di atas pokok, Hinggap tidak mengikut masa; Maruah diri dijaga elok, Nama keluarga terlindung sentiasa. Haji Shukri orang berada, Duduk berehat di atas laman; Berkawan biar berpada-pada Moga hidup sentiasa aman. Rama-rama terbang melata, Hinggap sebentar di atas pasu; Dunia luar bahaya merata, Didik diri mengawal nafsu. 1


Adik selesai pertandingan lumba, Pulang ke rumah penuh keringat; Pelbagai hal ingin dicuba, Cuma harus sentiasa beringat. Sang Kancil berjalan perlahan, Perlahan lagi langkah Sang Gajah; Usia meningkat bertambah bebanan, Jadi harapan ibu dan ayah. 2


KASMARAN Nuri terbang keliling buana, Keliling buana di musim luruh; Walau dirimu jauh di sana, Cintaku tetap sama dan utuh. Rendang sungguh pohon berangan, Tempat berehat si tukang kayu; Saat mata saling berpandangan, Ku tahu engkaulah jodohku. Sepi dan suram suasana malam, Cuma terdengar kokokan serama; Bertahun-tahun cinta disulam, Ke jinjang pelamin harapan bersama. 3


Kuning sungguh longgokan jerami, Jerami dibiar di tepi belukar; Harus saling faham-memahami Rahsia cinta senantiasa mekar. Segumpal benang dilerai-lerai, Dilerai-lerai sampai ke senja; Sekuat mana cinta disemai, Restu orang tua kunci bahagia. 4


ALAM SEKITAR Kicauan burung terdengar di desa, Berturutan dengan anjing menyalak; Sungai dirawat dijaga sentiasa, Sungai selamat pencemaran terelak. Buah langsat buah longan, Buah dibeli jauh di Jitra; Sampah dibuang merata jangan, Alam bersih rakyat sejahtera. Terbang indah si burung camar, Tetap terbang di cuaca panas; Asap jelaga punca tercemar, Alam rosak kesihatan terjejas. 5


Bunga mawar mekar mewangi, Warnanya merah tak pernah luntur; Kehijauan alam nikmat Ilahi, Usaha kekalkan tanda syukur. Puteri beradu di dalam kamar, Lena beradu bersama bondanya; Tangan manusia punca tercemar, Alam binasa tanggung padahnya. 6


SYAIR 02


SYAIR NASIHAT Dengarkan semua nasihat berguna, Nasihat diamal elak merana, Terjauh dari perkara durjana, Kelak hidup aman sentosa. Tutur yang sopan jadi amalan, Bicara kasar amalan syaitan, Tutur yang baik jadikan teladan, Supaya hidup sentiasa aman. Sifat dengki mesti dijauhi, Sifat buruk dibenci Ilahi, Jauhi dengki terpelihara hati, Hidup sejahtera sentiasa diberkati. 7


Rajin ibadah beri manfaat, Buat diri setiap saat, Ibadah tanda hamba yang taat, Moga selamat dunia akhirat. Dunia kini makin mencabar, Anak muda harus bersabar, Nafsu diikut maruah tercalar, Kelak nanti hidup tersasar. Cabaran datang bertimpa-timpa, Perlu ditempuh elakkan alpa, Tanggungjawab diri janganlah dilupa, Pasti hidup beroleh rahmatNya. 8


SYAIR HIDUP SEORANG PEMUDA Dengarkan tuan suatu cerita, Kisah pemuda hidup derita, Jadikan iktibar untuk kita, Jangan hanya didengar semata. Hidup di desa sebatang kara, Hidup sendiri bersama si kera, Rumahnya pondok di tepi para, Terletak dekat pohon cemara. Terbit fajar pagi menjelma, Terdengar suara ayam serama, Suara azan sedang bergema, Solat ditunai kewajipan utama. 9


Persiapkan diri pergi bekerja, Mencari nafkah buat belanja, Bekerja buat diri sahaja, Dari pagi hingga ke senja. Selesai kerja matahari tenggelam, Pulang dibawa santapan malam, Jalan diiring suasana suram, Bulan terangi malam yang kelam. Sampai rumah bersihkan diri, Bersedia sebelum solat didiri Tangan di tadah mohon ke Ilahi, Agar nasib tak terus begini. 10


SYAIR PESANAN AYAH Wahai anakanda dengarlah sini, Pesan ayahanda buat diri, Pesan didengar ambil peduli, Agar hidup sentiasa madani. Berbuat baik harus sentiasa, Berbuat baik pada semua, Tetapi mesti beringat juga, Kelak takut hati kecewa. Belajar bersungguh jangan bermain, Jangan susahkan oranglah lain, Hidup ini harus disiplin, Kelak bakal menjadi pemimpin. 11


Hormat bapa hormat ibu, Restu mereka dikejar dulu, Walau diri disanjung selalu, Kalau ibu bapa tak restu. Wajib dijaga solat fardhu, Redha Tuhan utamakan dahulu, Walau kecil rezeki bertamu, Pasti akan cukup selalu. Anakandaku sayang dengarlah sini, Pesanan singkat manfaat tinggi, Harap disemat di dalam hati, Semoga sentiasa dilindung Ilahi. 12


SELOKA 03


PESAN BUAT ANAKANDA Wahai anakanda yang disayangi, Bila kejayaan diraih nanti, Jangan pernah hidup meninggi, Ilmu tiada guna jika tak rendah diri. Menara gading bakal dijejaki, Pandai-pandailah hidup mandiri, Walau bebas kesana kesini, Harga diri tetap disanjung tinggi. Tingkah dijaga sopan dan rapi, Walau mata ibu dan ayah tiada di sisi, Jika perkara buruk terjadi, Menangis pun tiada guna lagi. 13


Wahai anakanda tercinta, Harap pesanan disemat di minda, Pesanan buat keharmonian sentiasa, Agar jauh dari yang namanya binasa. 14


KEWAJIPAN IBU BAPA Ibu bapa mencorak anak, Membentuk peribadi sejak kecil, Mengajar anak hormat menghormati, Bukan mengajar anak takut, Didik anak dengan aturan. Jikalau salah jangan terus dimarah, Marah di khalayak ramai jangan pernah sekali, Ditegur lembut tidak berkasar, Anak perlakukan ibu bapa sama seperti mereka melayan dirinya, Jika terus mendidik dengan amarah, Maka tak heranlah rumah orang tua menjadi tempat tinggal kelak. 15


Anak kini berbeda sekali, Lain generasi dengan orang tua kini, Zaman berubah cara didik juga berubah, Tak boleh samakan dengan zaman datuk nenek terdahulu, Teruskanlah didik dengan cara membandingkan zaman, Percayalah tak akan bawa perubahan. Wahai ibu dan bapa, Anak kini hanya mahu difahami, Jadilah sahabat pada anak-anak, Nescaya anak mudah dilentur, Bak buluh yang dilentur dari rebungnya. 16


TANAH AIRKU Negara tempat tumpahnya darah, Tempat lahirnya kita ke dunia, Harus dipertahan sebaik-baiknya, Jangan biar orang asing mencaci maki, Jika tidak peduli nasib negara sendiri, Akan pudarlah identiti diri. Negara indah dengan pelbagai bangsa, Tempat terpahat adat dan budaya, Tempat tersimpan rapi khazanahnya, Khazanah yang menjadi lambing, Perjuangan untuk negara tercinta, Jangan biar orang asing ambil alih, Jika tak ingin harta negara hilang sekelip mata. 17


Negara kita aman dan sentosa, Perlu pengorbanan buat sampai ke titik ini, Darah dan peluh pejuang yang mengalir menjadi saksi, Kalau bukan atas kegagahan dan keberanian mereka, Mungkin kita masih hidup di bawah takluk kuasa penjajah. Ingatlah wahai taulan yang bijaksana, Ada hal yang perlu kita perjuangkan, Ada yang perlu kita pertahankan, Kalau bukan kita, justeru siapa, Jangan jadi hamba yang sentiasa melelapkan mata, Membiarkan warisan lenyap ditelan zaman. 18


Jangan sampai sirna apa yang harus dipertahan, Kelak sedih tidak tertahan. 19


GURINDAM 04


MASA DEPAN Jika kita malas belajar, Kelak impian tak dapat dikejar. Apabila ilmu tiada di dada, Bersedialah hidup apa adanya. Jika malas dibiar berkuasa, Maka diri akan binasa. Jika hidup asyik berangan, Cita-cita tinggal angan-angan. Belajar mesti bersungguh-sungguh, Agar kelak tak akan mengeluh. 20


Jika tak tahu terus bertanya, Supaya sesat tak akan dirasa. Rajin belajar kunci kejayaan, Kelak tak hidup dalam kesusahan. Jika terlalu diikut kehendak, Hidup akan susah kelak. Jika kita rela berkorban, Maka tercapailah impian. Jika rela bersusah sekarang, Nescaya nanti akan bersenang-senang. 21


ASMARALOKA Hati-hati dengan kedua mata, Cuma tatapan mampu jatuh cinta. Kata-kata manis percaya jangan, Sekarang tertawa menangis kemudian. Selidik sebelum hati diserah, Takut kecewa terlalu parah. Jika marah bertanya dahulu, Agar tak buat keputusan melulu. Hati pasangan harus dijaga, Agar hubungan tidak sia-sia. 22


Percaya perlu pada pasangan, Kunci ikatan kekal bertahan. Apabila saling berkomunikasi, Rasa ragu dapat dijauhi. Cemburu musuh cinta, Dilayan akan butakan mata. Hubungan dijaga supaya kekal, Dipelihara sampai halal. Jika tidak dijaga cinta yang suci, Kelak nanti diri akan dicaci. 23


ADAB DALAM HIDUP Bersikap sopan dengan orang tua, Hidup kita pasti bahagia. Kata ibu bapa sentiasa taat, Selamat dunia dan juga akhirat. Di rumah orang perilaku dijaga, Terjaga sentiasa nama keluarga. Makan perlahan gelojoh jangan, Agar orang tak kata sembarangan. Elak guna suara yang tinggi, Supaya elak diri dikeji. 24


Akhlak buruk segera diganti, Akhlak diperbaiki seiring hati. Orang susah segera dibantu, Disayangi oleh Dia Yang Satu. Hidup harus merendah diri, Agar elok budi pekerti. Bersikap pemurah amalan mulia, Rasa gembira dikongsi bersama. Amarah dikawal sabar ditingkat, Hidup aman sepanjang hayat. 25


SAJAK 05


TAKKAN ADA YANG SAMA DENGANMU Saat celik kelopak mata, Cahaya dunia menghiasi pandanganku, Dapat ku lihat sudut bibir mu mengukir senyum, Di samping wanita yang bertarung nyawa demi menghidupkanku di dunia, Setitis air jernih mengalir dari sudut mata, Dapat ku lihat mulutmu terkumat-kamit, Tak henti mengucap syukur kepadaNya. Kaulah insan yang tak pernah kenal erti lelah, Rela membanting tulang dari terbit fajar hingga senja tiba, Demi penuhi semua kehendakku, Kau, tetap pulang dengan senyuman, Senyuman yang menjadi topeng menutupi kelelahanmu, Demi menunjukkan bahawa kau baik-baik saja. 26


Telingamu kau tadah, Setia mendengar setiap keluhan dan celotehanku, Saat air mata mengalir deras membasahi pipi, Jemari kau hulur tuk usap air mataku, Pelukan hangatmu menyelimuti tubuhku, Dengan bisikan ‘’semua baik-baik saja” sebagai penenang buat kegelisahan diriku. Kaulah insan yang sentiasa sabar dengan tingkahku, Saat aku memberontak, saat suara ku tinggikan, Sedikit pun tidak terlihat riak amarah pada wajahmu, Kau masih mampu mengukir senyum, Seolah tidak terkesan dengan setiap butir kata yang keluar dari mulur celuparku, Sedangkan aku tahu kau pasti terluka, Lagi-lagi keranaku. 27


Kini aku meningkat dewasa, Punya impian tuk membangun keluargaku sendiri, Hidup bersama pria idamanku, Membesarkan zuriatku sama seperti kau membesarkanku, Tapi beritahuku, Di mana harus aku cari seseorang persismu? Sesabar dan setenangmu, wahai ayahku. 28


SIAPA YANG PERCAYA? Siling putih ku renung dalam, Cicak melintasi pandanganku dengan bunyi khasnya, Seolah mengejek diriku, Langsir ku biar bertutup, Sama sekali tak ingin cahaya menembus masuk kedalam kamarku, Aku hanya ingin sendiri, Buat waktuku berfikir sejenak. Sering kudengar orang berkata, Andai waktu dapat diputar, takkan ku ulang kesilapan yang sama, Sungguh aku tak peduli akan pernyataan konyol itu, Tapi untuk saat ini, Kenapa aku sangat inginkan agar waktu benar-benar dapat ku putar? Atau hilangkan ingatanku, Sungguh demi apapun, Aku hanya ingin peristiwa itu lenyap dari ingatanku. 29


Beratus panggilan tidak kujawab, Berpuluh pesanan tidak kubalas, Suara ketukan pintu yang entah kesian kalinya tetap kubiarkan, Muka ku tekup pada bantal, Terdetik sekelumit rasa untuk lenyap dari dunia ini, Bagai seorang pelakon yang menanti tamatnya waktu penggambaran, Tika itu, memori kejadian itu kembali berputar di mindaku, Dan untuk detik itu, air mataku jatuh kembali. Aku mendakap tubuhku sendiri, Melayan perasaanku dibucu katil, Aku tak mampu menangis lagi, Seolah tiada lagi tersisa air mata, Kata ‘kalau’ terngiang-ngiang di seluruh sudut mindaku, Jika ku beri penjelasan sepanjang satu buku novel yang laris di pasaran, Belum tentu akan ada yang mahu percaya ataupun mendengar, Lumrah manusia buat percaya pada yang konon punya bukti, Dan yang disangka bersalah akan terus dicaci dan dimaki. 30


KERANA SEBATANG AISKRIM Terik cahaya Matahari seolah ingin membakar segenap tubuhku, Peluh yang bercucuran bagai air sungai yang mengalir deras, Langkah kaki pendekku kupercepat, Agar segera sampai ke destinasi utamaku, Sedang fikiranku melayang entah kemana, Fokusku beralih tatkala terlihat sebuah gerai kecil, Yang penuh dengan balita-balita kecil yang menjerit-jerit menginginkan makanan sejuk, Membuat kakiku seolah bergerak sendiri ke tempat yang tiada dalam destinasi tujuanku. Kakiku berhenti melangkah, Tepat di depan gerai kecil itu, Aku terpana memandang sosok kecil, Yang di peromannya tak lekang dek senyuman, Ditambah rambut yang didandan dengan tocang dua, Berbaju kurung bercorak bunga-bunga kecil, Yang menambah lagi pesona sedia ada pada diri si dia. 31


Sedang aku sibuk di dalam khayalan siang hariku, Aku terpaksa menghentikan acara beranganku, Tatkala jari kecil itu dipetik di hadapan wajahku yang membawa aku kembali ke alam reality, Tengkuk kugaru buat hilangkan rasa gugup, Tika dua mata bulat berwarna coklat muda itu merenung aku dalam, Tetap dengan senyuman khas miliknya, Yang mampu menggegar duniaku, Si dia menghulur sesuatu kepadaku, Sebatang aiskrim yang sejak tadi menjadi rebutan anak kecil. Memori itu masih segar di ingatanku, Aku tersenyum sendiri, Mengingat peristiwa kecil yang mampu mengubah hidupku, Sedang aku asyik memutar kembali peristiwa lalu, Bahu kiriku ditepuk kecil, Ku toleh ke arah kiriku, Disitulah berdirinya gadis genit Yang mampu membuatku jatuh cinta pandang pertama, 32


Jika difikir kembali, Aku tertawa pada diriku sendiri, Bagaimana aku bisa jatuh cinta, Hanya kerana sebatang aiskrim. 33


KU HARAP KEKAL HINGGA KE SYURGA Wahai sahabat, Ku harap tanganku sentiasa kau genggam, Dalam apa jua keadaan, Mau susah atau senang Ku harap kau sentiasa di sisiku, Menjadi penguat semangatku, Menjadi salah satu alasan, Buat aku terus semangat jalani hidup, Walau kadang fakta dunia sedikit kejam buat diriku, Tapi tidak apa-apa, Asalkan kau ada. Wahai sahabat, Terima kasih, Kerana percayaku disaat semua berfikir ku berbohong, Terima kasih, Kerana meminjamkan ku telingamu buat mendengar segala keluh kesahku, 34


Terima kasih, Kerana senantiasa bersedia menghulurkan tanganmu, menjadi pertolongan dikala aku memerlukan, Terima kasih, Kerana menjadi lebih dari seorang kawan, Walau tidak sedarah dan sedaging, Buatku dirimu adalah keluarga, Yang tak ingin aku hilang sampai bila-bila. Wahai sahabat, Aku harap kita dapat menua bersama, Sehingga kita sudah tidak mampu berjalan jauh, Duduk di kerusi malas bersama, Menikmati keindahan dunia di umur yang masih tersisa, Sebelum sakaratul datang menjemput, Satu hal lagi yang kuingin kau tahu, Ku harap tali persahabatan yang kita bina, Kekal hingga ke Syurga. 35


ANAK TENGAH Mataku memandang tepat pada kertas putih di tanganku, Kertas putih bercoret tulisan hitam, Surat yang sebenarnya sangat aku nantikan, Entah kenapa tika surat itu berada di tanganku, Aku malah ingin surat itu tiba lebih lambat lagi, Buat mengulur masa, Bagiku untuk membuat keputusan. Ku alih pandanganku pada longgokan bil di depan televisyen, Bil dengan jumlah angka yang terbilang banyak, Tertunggak dari beberapa bulan kebelakang, Teringat akan luahan ayah tentang masalah di tempat kerja, Keluhan ibu tentang wang yang tidak cukup buat belanja, Keluhan adik tentang kasut sekolah yang mulai lusuh, Keluhan kakak tentang yuran belajar yang mula dituntut. 36


Dahiku berkerut, Kedua tangan ku letak di sisi kepala, Berfikir sedalam-dalamnya, Apa pilihan yang aku ada, Haruskah aku mengorbankan cita-citaku demi keluarga, Atau pentingkan diri demi masa depan ku kelak, Sungguh aku tak mahu berada di situasi ini, Situasi yang meletakkanku pada fasa tersulit dalam hidupku, Fasa yang tak ingin aku tempuhi sama sekali. Aku sayang keluargaku, Mereka insan yang paling berharga bagiku di dunia ini, Tanpa mereka aku tak akan sampai ke titik ini, Tapi peluang hanya datang sekali, Aku tak ingin mensia-siakan peluang yang aku ada, Dan menyesal tak berpenghujung di kemudian hari. 37


Kedua mataku pejam, Bingung, Apa yang harus lakukan? Aku dilemma, Sekarang aku mengerti, Menjadi anak tengah juga bukan mudah. 38


CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, including icons by Flaticon, and infographics & images by Freepik SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version