BUKU LOG
PASUKAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT , MALAYSIA
“MENCEGAH UNTUK MENYELAMAT”
1
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1. PROFIL AHLI 3
2. SENARAI NAMA GURU PENASIHAT 4
3. LOGO KADET BOMBA BERSERTA MAKSUD 5
4. SEJARAH PENUBUHAN KADET DI MALAYSIA 6
5. LAGU KADET BOMBA 7
6. BENDERA KADET BOMBA BERSERTA MAKSUDNYA 8
7. TUJUAN KADET BOMBA DITUBUHKAN 9
8. KELAS-KELAS API 10
2
PROFIL AHLI PASUKAN KADET
BOMBA DAN PENYELAMAT , MALAYSIA
NAMA
DANIAL FARISH IRFAN BIN MAZLAN
NOMBOR KEAHLIAN
J 3037 21 080
NAMA SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN HABAB
TINGKATAN
1
KELAS
1 IBNU KHALDUN
3
SENARAI NAMA GURU PENASIHAT
PASUKAN KADET
AHLI BOMBA DAN PENYELAMAT , TUN HABAB
NO KEAHLIAN NAMA GURU
CIKGU TANG SIN KE
J 3037 21 G 001 CIKGU MOHD. ULUL AZMI BIN AZIS
J 3037 21 G 002 CIKGU MOHD.FIRDAUS BIN SAYID
J 3037 21 G 003 CIKGU FADILAH BINTI ABD. HAMID
J 3037 21 G 004 CIKGU NORANI BINTI TAIB
J 3037 21 G 005 CIKGU MAWAR ASMAH HUSNA BINTI
J 3037 21 G 006 JASMIN
CIKGU AZIMAH BINTI HAMZAH
J 3037 21 G 007
4
LOGO KADET BOMBA BESERTA MAKSUD
Bahagian atas logo Jabatan bomba dan Penyelamat , Malaysia terdapat bentuk
bulan sabit dan bintang yang membawa makna bahawa nilai-nilai Islam
dan nilai-nilai murni diserapkan ke dalam budaya kerja Jabatan Bomba dan
Penyelamat , Malaysia.
Topi keledar dan kapak bersilang bermaksud keselamatan kepada personel
Jabatan yang memberikan perkhidmatan secara professional.
Bunga padi melambangkan kuasa untuk melaksanakan Akta Perkhidmatan
Bomba 1998(Akta 341) dan juga kemakmuran negara.
Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi ,
Warna kuning melambangkan jabatan menawarkan perkhidmatan yang
berkualiti kepada pelanggan dan
warna biru melambangkan air yang digunakan sebagai media utama
pemadaman kebakaran.
5
SEJARAH PENUBUHAN KADET BOMBA DI MALAYSIA
Penubuhan Kadet Bomba bermula apabila Maktab Rendah Sains Mara
(MRSM) Seremban membuat permohonan untuk menubuhkan persatuan
tersebut di maktab tersebut .
Majlis pelancaran penubuhan Persatuan Kadet Bomba maktab tersebut
telah di rasmikan oleh Ketua Pengarah Jambatan Bomba Negeri Sembilan
dan telah di hadiri oleh Pegawai Kanan dari Ibu Pejabat Bomba dan
Jabatan Bomba Negeri Sembilan. Majlis gilang - gemilang tersebut
berlangsung di maktab tersebut pada 14 Mei 1984.
Motto Pasukan Kadet Bomba ialah (Berkhidmat untuk Menyelamat) yang
mana ianya selaras dengan tujuan penubuhannya. Pelajar diberi latihan
dan didikan kaedah penyelamat bukan sahaja ketika menghadapi
kebakaran tetapi juga ketika menghadapi kecemasan yang lain.
Berfalsafah tujuan untuk membina insane yang mempunyai sahsiah yang
seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan fizikal, persatuan ini ternyata
menarik minat ramai pelajar menyertainya. Matlamat utama penubuhan
Persatuan Kadet Bomba ialah membentuk pelajar yang peka terhadap isu-
isu semasa, keselamatan dan kemanusiaan.
Dengan menyertai Persatuan Kadet Bomba pelajar akan dapat menimba
pengetahuan asas dalam bidang teori dan praktikal bantuan kebombaan,
berkongsi kesefahaman dan meningkatkan kemahiran dalam menjalankan
tugas dan member kesedaran kepada sekolah dan masyarakat secara
umumnya tentang bahaya kebakaran dan kecuaian manusia .
6
LAGU KADET BOMBA
Kadet Bomba bersatu
Samaberganding bahu
Pemuda pemudi harapan
Tiang Negara
Jiwa raga yang murni
Tanggungjawab membantu
Di mana jua
Tetap bersedia
Menimba ilmu jaya
Demi masa hadapan
Berwawasan matlamatnya
Pastikan Berjaya
Kadet bomba bersatu
Bersemangat membara
Cita-cita tersemat luhur
Gigih berusaha
Ikrar kami sahutlah
Berani beretika
Harumkan nama
Malaysia jaya
Malaysia jaya
7
BENDERA KADET BOMBA BERSERTA MAKSUDNYA
Bendera Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia terbentuk
daripada segi empat tepat berwarna merah (warna merah bendera
bomba) tertera logo Kadet Bomba di tengah-tengah segi empat.
-Warna merah melambangkan keberanian dan semangat jati diri
yang tinggi di kalangan ahli Kadet Bomba.
-Logo berwarna kuning emas melambangkan taat setia kepada
raja dan Negara serta mempunyai pasukan Kadet Bomba yang
mempunyai kualiti terbaik.
8
TUJUAN KADET BOMBA DITUBUHKAN
Tujuan Kadet Bomba Dan Penyelamat,Malaysia ditubuhkan ialah
1. Memupuk kesedaran tentang bahaya kebakaran dan langkah-
langkah pencegahan.
2. Menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan kebombaan
sebagai salah satu cara hidup.
3. Meningkatkan displin dan setia kawan bagi memupuk semangat
yakin diri serta bertanggungjawab kepada harta benda dan
masyarakat.
4. Mengeratkan kerjasama dan persafahaman antara ahli dengan
Jabatan Bomba Dan Penyelamat , Malaysia.
5. Mewujudkan suasana sekolah bebas dari bahaya kebakaran.
6. Menanamkan minat untuk memilih menjadi anggota Bomba dan
Penyelamat sebagai kerjaya.
9
KELAS-KELAS API
KELAS API JENIS CONTOH BAHAN PEMADAM API
A KEBAKARAN
B 1.KAYU 1.JENIS AIR
C PEPEJAL 2.KAIN 2.DEBU KERING
3.KERTAS 3.BUIH
D
CECAIR 1.MINYAK 1.BUIH
GAS 2.CAT 2.DEBU KERING
3.VARNISH 3.C02
1.PROPENA 1.DEBU KERING
2.METHANE 2.BUIH
3.BUTHANE 3.C02
LOGAM/ELEKTRIK 1.POTASIUM 1.DEBU KERING
2.SODIUM 2.DEBU GRAPHITE
3.MAGNESIUM 3.C02
10