PERATURAN ASRAMA
IKM BINTULU
DAN
SISTEM DEMERIT
PENDAHULUAN
1.1. Peraturan asrama hendaklah terpakai kepada
semua pelajar sepanjang tempoh
latihan/pengajian.
1.2. Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap
mana-mana pelajar yang melanggar peraturan
asrama IKM Bintulu ini.
2. PENEMPATAN DI ASRAMA
2.1. Permohonan untuk tinggal di asrama hendaklah
dengan menggunakan borang permohonan
yang boleh didapati dari Penyelia Asrama.
2.2. Permohonan hendaklah dibuat pada awal
semester bagi pelajar baharu dan pada akhir
semester bagi pelajar yang sedia ada.
Cetakan 2019
2.3. Permohonan untuk tinggal di luar asrama
hendaklah menggunakan borang permohonan
yang sedia ada.
2.4. Permohonan hendaklah dibuat pada awal
semester bagi pelajar baharu dan pada akhir
semester bagi pelajar sedia ada.
3. KELENGKAPAN DAN PERALATAN
3.1. Pelajar hendaklah bertanggungjawab ke atas
kerosakan dan keselamatan peralatan yang
disediakan.
3.2. Pelajar tidak dibenarkan mengubah dan
memindah segala peralatan tanpa kebenaran.
4. KEBERSIHAN BILIK DAN KAWASAN
SEKITAR
4.1. Pelajar adalah bertanggungjawab menjaga
kebersihan asrama dan kawasan sekitar.
4.2. Pelajar diwajibkan menyediakan jadual tugas
harian membersihkan bilik.
4.3. Bilik hendaklah sentiasa berada dalam keadaan
kemas, teratur dan bersih.
5. TATA KELAKUAN
5.1. Pelajar diwajibkan menunaikan solat dan bagi
yang uzur dan bukan muslim mesti
menghormati waktu solat.
5.2. Pelajar digalakkan solat berjemaah di surau
asrama.
Cetakan 2019
5.3. Pelajar pada bila-bila masa dilarang bersiul-
siul, membuka radio dengan kuat, memekik,
5.4. melolong dan bergurau senda yang boleh
dianggap liar atau melampaui batasan.
5.5. Pelajar hendaklah sentiasa menunjukkan
5.6. akhlak dan keperibadian yang mulia,
5.7. menjalinkan hubungan baik serta bersopan
santun sesama pelajar mengikut peraturan yang
5.8. ditetapkan.
Pelajara dilarang mengeluarkan kata-kata kesat
5.9. yang menyinggung perasaan dan menimbulkan
5.10. pergaduhan.
5.11. Pelajar dilarang dari melakukan “ragging”,
mendera dan peras ugut.
Pelajar dilarang mengamal atau menanam sifat
kedaerahan, kenegerian, puak-puak atau
kumpulan yang boleh mencetuskan suasana
tidak harmoni.
Pergaulan sesama pelajar terutama antara lelaki
dan perempuan mestilah mengikut batas-batas
hukum Islam serta peraturan yang telah
ditetapkan oleh IKM Bintulu.
Pelajar tidak dibenarkan berdua-duaan di
dalam atau di luar asrama dengan Pelajar atau
bukan Pelajar yang bukan Mahram.
Pelajar dilarang memasuki tanpa kebenaran
atau menceroboh asrama lelaki/perempuan.
Pelajar dilarang berkeliaran dikawasan asrama
selepas pukul 12.00 malam.
Cetakan 2019
5.12. Pelajar dilarang berjudi atau mengadakan
5.13. sebarang pertaruhan berbentuk perjudian di
5.14. dalam kawasan asrama.
Dilarang menampal gambar/poster atau
5.15. menconteng dinding atau loker atau lain-lain
peralatan.
Asrama dan kawasan IKM Bintulu adalah
kawasan larangan merokok. Pelajar dilarang
membeli, menyimpan, memiliki atau menjual,
memberi atau menghisap rokok.
Pelajar dilarang membeli, menyimpan,
memiliki, menjual atau bermain mercun dan
bunga api atau bahan letupan yang
membahayakan.
6. TATACARA MENGGUNAKAN
KEMUDAHAN ASRAMA
6.1. Pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan,
keselamatan bagi kemudahan yang disediakan
seperti water cooler, sick bay, pusat pelajar,
bilik air dan sebagainya.
6.2. Pelajar dilarang membuat pindaan atau
sambungan secara haram pada mana-mana
bahagian asrama atau pada sebarang alat-alat
elektrik.
6.3. Pelajar hendaklah melaporkan sebarang
kerosakan kepada pihak berkuasa
asrama/warden.
6.4. Sebarang kerosakan disebabkan kecuaian atau
salahguna akan dikenakan tindakan tatatertib.
Cetakan 2019
7. ROLL CALL
7.1. Roll call akan dibuat pada bila-bila masa yang
difikirkan perlu dan hanya boleh dibuat oleh
warden sahaja.
7.2. Semua pelajar wajib berkumpul di tempat yang
ditentukan.
8. PEMERIKSAAN ASRAMA
8.1. Hanya boleh dilakukan oleh Pengarah/TP
HEA/TP KPHP dan lain-lain pegawai diberi
kuasa.
8.2. Boleh dibuat bila-bila masa yang difikirkan
perlu atau sekurang-kurangnya sebulan sekali.
8.3. Pemeriksaan asrama puteri akan dilakukan oleh
warden perempuan atau pegawai yang
diberikan kuasa.
9. PERATURAN KELUAR/MASUK ASRAMA
IKM BINTULU
9.1. Maklumat umum
9.1.1. Kad rekod keluar masuk mestilah
ditandatangani oleh Ketua
Warden/Warden yang bertugas
9.1.2. Kad rekod keluar masuk hendaklah
ditinggalkan di pondok keselamatan
ketika keluar dari kawasan IKM Bintulu.
9.1.3. Setiap pelajar hendaklah menunjukkan
kad keluar masuk yang bertandatangan
mutlak sahaja kepada pengawal
Cetakan 2019
keselamatan ketika keluar dari kawsan
IKM Bintulu.
9.1.4. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan
menggunakan kenderaan staf untuk
keluar.
9.1.5. Sekiranya peraturan ini diingkari,
tindakan tegas tatatertib akan dikenakan.
9.1.6. Individu luar yang ingin memasuki
kawasan kolej dikehendaki mendapatkan
kad pelawat dari pondok pengawal
keselamatan mengikut polisi dan
prosedur yang ditetapkan.
9.1.7. Sekiranya ketetapan ini diingkari,
individu tersebut boleh diarahkan keluar
dalam kadar segera oleh seseorang
penguatkuasa (termasuk pengawal
keselamatan, felo, dan staf kolej).
9.1.8. Kad rekod keluar masuk yang rosak atau
koyak akan dikenakan denda RM5.00
manakala kehabisan kad keluar masuk
akan dikenakan bayaran sebanyak
RM3.00
9.1.9. Kehilangan kad keluar masuk kali
pertama akan dikenakan bayaran RM5.00
manakala untuk kali kedua akan
dikenakan bayaran sebanyak RM10.00
9.1.10. Pelajar-pelajar yang mendapat cuti sakit
hanya dibenarkan balik setelah mendapat
kebenaran balik daripada pihak berkuasa
IKM Bintulu.
Cetakan 2019
9.2. Waktu keluar-masuk
9.2.1. Waktu keluar masuk pelajar-pelajar IKM
Bintulu adalah seperti berikut :-
Setiap pelajar dikehendaki berada di
kawasan IKM Bintulu sebelum
pukul 9.00 malam pada cuti hujung
minggu atau cuti umum.
Setiap pelajar dikehendaki berada di
kawasan IKM Bintulu sebelum
pukul 6.30 petang pada hari Isnin
sehingga hari Jumaat.
9.3 Urusan keluar masuk
9.3.1. Setiap pelajar yang masuk dan keluar dari
kawasan IKM Bintulu perlu memohon
kebenaran keluar daripada ketua
warden/warden pada ketentuan seperti
berikut:-
Selepas pukul 4.30 petang hingga
7.30 pagi keesokan harinya.
Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am
9.3.2. Setiap pelajar dikehendaki mematuhi
waktu keluar masuk yang ditetapkan
9.3.3. Hanya ketua warden/warden sahaja yang
mempunyai kuasa untuk memberi
kebenaran keluar dan masuk pada
ketentuan yang ditetapkan.
9.3.4. Pelajar yang ingkar akan diambil
tindakan tatatertib.
Cetakan 2019
10. KECEMASAN DAN KESELAMATAN
10.1. Penggunaan peralatan elekrik
10.1.1. Sebarang penggunaan barangan
elektrik di asrama wajib didaftarkan
kepada pihak pengurusan asrama.
10.1.2. Setiap peralatan elektrik yang
didaftarkan perlu mendapatkan sticker
dengan bayaran RM3.00 setiap unit
barangan elektrik/sticker.
10.1.3. Setiap barangan elektrik yang tidak
didaftarkan akan dirampas oleh pihak
warden.
10.1.4. Barang rampasan boleh dituntut pada
hujung semester selepas membuat
bayaran sebanyak RM 10.
10.1.5. Peralatan elektrik seperti heater,
televisyen, PC, dan woofer.
10.1.6. Sambungan secara haram ke sebarang
alat elektrik tidak dibenarkan.
10.1.7. Plug berpin hendaklah ditanggalkan
dari soket selepas digunakan.
10.1.8. Alatan elektrik yang didaftarkan
hanya boleh digunakan di bilik/tempat
yang dikhaskan/dibenarkan sahaja.
10.1.9. Pengurusan IKM Bintulu berhak
merampas mana-mana peralatan
elektrik yang digunakan oleh pelajar
yang gagal mematuhi peraturan serta
syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Cetakan 2019
10.1.10. Sebarang bentuk pembaziran
penggunaan tenaga elektrik adalah
dilarang.
10.1.11. Pihak institusi tidak akan
bertanggungjawab di atas sebarang
kehilangan, kerosakan dan
keselamatan peralatan elektrik pelajar.
Cetakan 2019
PERLAKSANAAN SISTEM DENDA DEMERIT
PELAJAR
IKM BINTULU
1.0 PENGENALAN
Manual ini disediakan bagi menerangkan tentang
kaedah perlaksanaan denda melalui sistem Demerit
yang dilaksanakan dikalangan pelajar IKM Bintulu.
Ianya merangkumi pengenalan terhadap sistem,
perlaksanaan dan pengurusan keseluruhannya.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Pelajar yang mengikuti pengajian di
KKTM, MJII dan IKM terikat dengan
peraturan tatatertib berpandukan kepada
Buku Peraturan Tatatertib Pendidikan
Teknikal dan Vokasional MARA (Pindaan
2013). Buku tersebut menerangkan dengan
jelas tentang perlaksanaan hukuman
tatatertib termasuk bentuk hukuman yang
dikenakan setelah didapati bersalah.
2.2 Sistem denda Demerit adalah tambahan
kepada buku panduan tersebut untuk
dilaksanakan di peringkat pusat. Tambahan
yang paling ketara adalah dari sudut
kesalahan dan hukuman yang dikenakan.
2.3 Buku Peraturan Tatatertib Pendidikan
Teknikal dan Vokasional MARA (Pindaan
2013) telah menyenaraikan semua jenis
pelanggaran peraturan yang tergolong
Cetakan 2019
dalam Kategori I hingga IV. Sistem Demerit
telah menyenaraikan lagi kesalahan-
kesalahan lain yang tidak termasuk dalam
jenis kesalahan yang telah disenaraikan.
2.4 Hukuman pula dibuat penambahan dengan
mengenakan denda duit bagi semua jenis
kesalahan yang telah dikenalpasti. Denda
serendah RM 20 sehingga RM 100 bagi
kesalahan berat dan kesalahan berulang.
2.5 Sistem Demerit dilaksanakan bukan sebagai
penganti kepada pengurusan tatatertib
sediada, tetapi ianya dilaksanakan secara
serentak. Pelajar yang dibawa masuk ke
Jawatankuasa Tatatertib (JKT) atau
Lembaga Tatatertib (LT) secara
automatiknya akan dikenakan Demerit
samada didapati bersalah atau tidak di setiap
peringkat perbicaraan tersebut.
3.0 TUJUAN
3.1 Denda duit melalui Demerit dapat memberi
kesedaran kepada pelajar supaya tidak
melakukan kesalahan sepanjang pengajian
di KKTM, MJII dan IKM. Duit juga
merupakan elemen yang kritikal dan
sensitive dikalangan pelajar terutamanya
pelajar dari keluarga yang berpendapatan
rendah.
3.2 Hukuman selain denda duit tidak memberi
impak yang ketara dikalangan pelajar
Cetakan 2019
kerana mereka merasakan tidak ada apa
yang menjejaskan kehidupan seharian
mereka. Kekurangan duit kerana perlu
membayar denda akan memberi kesan
kepada perbelanjaan harian mereka.
3.3 Duit yang diperolehi melalui denda
dijangka dapat mengurangkan perbelanjaan
pusat secara khususnya dan MARA amnya
kerana duit yang dikutip akan digunakan
semula bagi menampung kos senggaraan
asrama.
3.4 Cara ini juga akan memberi kesedaran dan
perhatian oleh ibu bapa kerana denda yang
dikenakan secara tak langsung akan
melibatkan mereka. Pelajar akan merujuk
ibu bapa untuk membantu menjelaskan
denda yang dikenakan. Peranan ibu bapa
bagi menaggani masalah pelajar di IKM
Bintulu dapat dilibatkan.
4.0 TATACARA PELAKSANAAN
4.1 Pelajar yang didapati melanggar peraturan
akan dikenakan tindakan Demerit dengan
diberi bilangan mata mengikut jenis
kesalahan. Mata yang diberikan akan
menjadi mata terkumpul sehingga
penghujung semester sekiranya pelajar
mengulangi kesalahan yang sama atau
membuat kesalahan lain.
Cetakan 2019
4.2 Dipenghujung semester sebelum
meninggalkan IKM setelah selesai
peperiksaan akhir, pelajar perlu membuat
clearance asrama. Borang clearance perlu
dilengkapkan oleh pelajar setelah berurusan
dengan semua unit yang ditetapkan.
4.3 Kaunter terakhir adalah unit asrama dan
jumlah mata Demerit terkumpul pelajar
akan dimaklumkan. Pelajar wajib
membayar denda Demerit tersebut sebelum
borang clearance disahkan selesai dan dapat
meninggalkan IKM.
4.4 Kegagalan pelajar membayar keseluruhan
denda akan menyebabkan proses clearance
asramanya tidak selesai. Ianya akan
memberi kesan kepada pelajar untuk
mendiami asrama pada semester depan.
4.5 Pelajar yang menghadapi masalah
kewangan yang kritikal diberi kelonggaran
membayar denda tersebut sewaktu
pendaftaran awal semester hadapan.
4.6 Pelajar semester akhir yang tidak
menjelaskan denda tersebut akan
mengakibatkan scroll mereka ditahan
sehingga bayaran dijelaskan.
4.7 Setiap bayaran yang dijelaskan akan
dikeluarkan resit bayaran dan duit yang
dikutip akan dimasukkan kedalam Akaun
Pungutan MARA.
Cetakan 2019
4.8 Recruitment akan dibuat dengan Bahagian
Kewangan MARA terhadap hasil kutipan
tersebut supaya dimasukkan ke dalam akaun
Extra Skill and Recreation (ESR) IKM
Bintulu.
4.9 Setelah dimasukkan duit tersebut akan
digunakan bagi kegunaan pelajar semula
terutamanya bagi menampung kos-kos
penyelenggaraan asrama demi manfaat dan
keselesaan pelajar.
4.10 Sistem ini telah digunakan sejak semester
Jan – Jun 2017, namun penambahbaikan
yang telah dibuat melalui manual ini akan
berkuatkuasa sepenuhnya mulai semester
Jan – Jun 2019.
Cetakan 2019
5.0 JENIS KESALAHAN DAN MATA DEMERIT
Markah Kriteria Pemarkahan
(A) Kesalahan ringan
1) Tidak mengikut susun atur perabot (katil &
almari) yang asal.
2) Membiarkan bekas makanan & minuman
bersepah.
3) Membuang sampah dan mengotorkan
kawasan kediaman.
4) Kasut, selipar dan stokin yang berselerak di
depan pintu bilik.
2 5) Tidak meletakkan pakaian kotor pada
tempat yang sepatutnya.
6) Menyangkut pakaian di tempat yang tidak
sepatutnya.
7) Langsir kotor.
8) Kipas kotor dan tidak dicuci.
9) Tilam dan bantal tidak bersarung, kotor atau
koyak dan sebagainya.
10) Pulang ke kampung melewati jam 9 malam.
11) Tidak meletakkan gambar setiap penghuni
bilik di hadapan pintu bilik.
12) Menggantung pakaian bukan di kawasan
yang dibenarkan.
13) Berkeliaran di luar kawasan asrama
melebihi jam 12 malam.
14) Membuat perhimpunan / kumpulan
(minimum 3 atau 5 orang) yang mencurigakan
pihak pengurusan / warden di dalam kawasan
asrama.
Cetakan 2019
15) Berlegar di kawasan kuarters staff selepas
jam 7 malam tanpa kebenaran
(B) Kesalahan Sederhana
1) Meletak/membaiki kenderaan di tempat
yang tidak dibenarkan.
2) Tidak menutup paip air di dalam tandas,
4 bilik mandi, sinki atau pantri.
3) Tidak menutup suis lampu atau kipas atau
mana-mana peralatan elektrik ketika
menghadiri kelas atau majlis rasmi institusi.
4) Menukar bilik tanpa kebenaran.
5) Memasak di dalam bilik dan kawasan
kediaman.
6) Membawa barangan elektrik yang tidak
dibenarkan.
7) Tidak meletakkan Sticker Elektrik pada
perkakas elektrik kepunyaan sendiri.
8) Menggunakan ubat nyamuk jenis lingkaran,
lilin dan pelita yang boleh menyebabkan
kebakaran.
9) Memelihara atau memiliki apa sahaja jenis
haiwan di kawasan kediaman dan
sebagainya.
10) Pulang ke asrama melebihi dari masa yang
dibenarkan.
11) Membuat bising dan mengganggu
ketenteraman penghuni lain.
Cetakan 2019
12) Membuat provokasi atau menunjukan ciri-
ciri memberontak dengan cara yang
keterlaluan.
13) Membawa kenderaan masuk ke dalam
kawasan IKM tanpa kebenaran.
14) Menyalahguna kenderaan MPP/Staff di
dalam kawasan IKM
15) Menipu keterangan didalam kad keluar
masuk asrama
16) Tidak meletakkan gamba pada kad keluar
masuk setelah amaran pertama diberi.
17) Bersukan di kawasan asrama atau di dalam
IKM melebihi 11 malam tanpa kebenaran
18) Menggunakan dapur memasak jenis gas
19) Tidak mendengar arahan pihak
pengurusan/staff/warden/pegawai
keselamatan/jawatankuasa pelajar yang
dilantik berkenaan dengan peraturan
asrama.
20) Tidak menghadiri program kerohanian ke
surau untuk muslim atau lokasi yang
ditetapkan untuk bukan muslim mengikut
jadual yang telah dibuat.
21) Lewat mengantar tugasan atau assignment.
22) Lambat menghadiri kelas atau roll call
setiap pagi.
Cetakan 2019
(C)Kesalahan berat
1) Menyalahguna pemadam api.
2) Membuat kebakaran kecil di dalam/luar
bilik.
3) Menconteng dinding atau menampal
gambar-gambar yang tidak sepatutnya.
4) Merosakkan dinding kediaman.
5) Menumpangkan orang luar menginap di
6 bilik.
6) Pelajar lelaki memasuki/mengintai
kediaman asrama puteri tanpa kebenaran
7) Pelajar perempuan memasuki/mengintai
kediaman asrama putera tanpa kebenaran
8) Berjudi.
9) Membuat penyambungan/pendawaian
secara haram dan sebagainya.
10) Berada dalam keadaan dibawah pengaruh
alkohol ketika di asrama.
11) Bersekedudukan dan berkelakuan tidak
senonoh didalam kawasan asrama dan IKM
12) Membawa/menyimpan apa-apa jenis
senjata berbahaya atau bahan letupan
kedalam asrama.
13) Mengulangi kesalahan kategori sederhana
buat kali ke 2.
14) Berkelakuan tidak senonoh seperti
berbogel, membuang air kecil merata-rata,
mengintai, mengunakan kata-kata lucah dan
sebagainya.
Cetakan 2019
15) Memiliki, menyimpan atau menonton bahan
pronografi samada secara maya, digital
mahupun cetak.
16) Tidak menyertai aktiviti-aktiviti yang
diwajibkan yang dianjurkan oleh MPP,
Pegawai Asrama mahupun pihak
pentadbiran tanpa alasan yang munasabah.
17) Keluar dari asrama tanpa kebenaran atau
tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.
18) Membeli, menyimpan atau menghisap
rokok/rokok elektronik.
19) Membawa atau membenarkan orang luar
masuk ke dalam bilik asrama.
20) Merosakkan kemudahan sedia ada di
asrama dan kawasan sekitar IKM.
21) Membawa pulang peralatan
bengkel/pejabat/kelas tanpa kebenaran
pensyarah/juruteknik/warden.
22) Memecahmasuk bilik asrama dan semua
bilik di kawasan IKM tanpa kebenaran.
23) Bergaduh, mencederakan, menghasut atau
membuli penghuni asrama yang lain.
24) Pulang ke rumah atau keluar dari asrama
tanpa menggunakan kad keluar masuk.
25) Apa - apa perbuatan/percakapan yang
berunsur sexual harassment kepada
penghuni asrama.
26) Bertindak tidak sopan dari segi perbuatan /
percakapan kepada staff/ warden/pengawal
keselamatan/ jawatankuasa pelajar dan
Cetakan 2019
pihak pengurusan ketika menjalankan tugas
di asrama.
27) Menyebarkan fahaman ektrimis / budaya
songsang di dalam asrama dan IKM.
28) Tidak solat atau tidak menghadiri solat
jumaat bagi pelajar muslim.
Jadual 1: Markah demerit mengikut kategori
6.0 JUMLAH DENDA Jumlah denda yang
Jumlah markah perlu dibayar
Bil. RM 20
terkumpul
1 -1 hingga -10
2 -11 hingga -20 RM 40
3 -21 hingga -30 RM 60
4 -31 hingga -40 RM 80
5 -41 hingga -50 RM 100
6 -51 hingga -75 RM 150
7 -76 hingga -100 RM 200
Jadual 2 : Jumlah denda yang perlu dibayar
*Nota: Jumlah markah terkumpul melebihi (-100) tidak
dibenarkan menginap di asrama.
Cetakan 2019
7.0 PENGURUSAN KUTIPAN
7.1 Carta aliran kerja pengurusan kutipan denda
sistem demerit
Mula
Pelajar menyemak jumlah
markah terkumpul
sepanjang 1 semester
daripada Penyelia Asrama
Sijil atau Pelajar membuat
Diploma bayaran di Kaunter
pelajar akan Kewangan di Pejabat
ditahan Pentadbiran
Pelajar tidak
membuat
bayaran
Pelajar membuat bayaran
Pelajar Mohon dari Ya
semester Pihak
akhir Kewangan
bayaran dibuat
pada awal Pihak Kewangan
semester
hadapan mengeluarkan resit
akaun pungutan kepada
pelajar
Hasil kutipan akan
dimasukkan ke akaun
pungutan sebelum di
rekup ke akaun ESR
IKM Bintulu
Hasil kutipan akan digunakan
untuk penggunaan kecil,
penambahbaikan dan
penggantian alatan di asrama.
Tamat
Cetakan 2019
7.2 Penerangan pengurusan kutipan
7.2.1 Pelajar dimaklumkan dan disahkan jumlah
mata terkumpul dan jumlah bayaran yang
perlu dijelaskan oleh unit asrama IKM
Bintulu.
7.2.2 Pelajar membuat bayaran di kaunter
bayaran IKM Bintulu mengikut jumlah
yang dinyatakan. Setiap bayaran yang
dibuat, pelajar akan diberikan resit rasmi
MARA samada resit SPPO atau resit tulisan
tangan mengikut keadaan sistem.
7.2.3 Bayaran yang dibuat akan dimasukkan ke
Akaun Pungutan IKM Bintulu melalui Bank
CIMB dan akan diambil oleh Bahagian
Kewangan MARA mengikut masa dan
jumlah terkumpul.
7.2.4 Pihak IKM Bintulu akan menguruskan
tuntutan dengan Bahagian Kewangan
MARA supaya kutipan yang dibuat dapat
dipindahkan masuk ke Akaun Extra Skill
and Recreation (ESR) IKM Bintulu untuk
digunakan semula oleh pelajar.
7.2.5 Tatacara tuntutan adalah proses yang sama
seperti menuntut semula bayaran yuran
pelajar setiap awal semester.
7.2.6 Kegagalan pelajar menjelaskan bayaran
akan menyebabkan:
a. Proses clearance asrama pelajar di
penghujung semester tidak
sempurna.
Cetakan 2019
b. Peluang untuk mendiami asrama
pada semester hadapan akan terjejas.
c. Bagi pelajar semester akhir, sijil dan
scroll mereka akan ditahan sehingga
bayaran dijelaskan sepenuhnya.
8.0 PENGGUNAAN DAN PERBELANJAAN
8.1 Duit kutipan daripada sistem Demerit ini
akan digunakan semula untuk manfaat
pelajar IKM Bintulu. Antara
penggunaannya adalah seperti berikut:
8.1.1 Senggaraan dan pengantian alatan
kecil kemudahan di bilik pelajar
seperti lampu, kipas, plugpin, suis,
langsir, jaring tingkap, tombol pintu,
daun pintu dan alatan asrama seperti
katil, tilam, almari, meja dan kerusi.
8.1.2 Senggaraan dan pembaikan kecil
alatan di tandas asrama seperti paip,
shower, flush, pintu tandas, lampu
tandas dan sebagainya.
8.1.3 Senggaraan dan pembaikan kecil
tempat-tempat umum pelajar di
asrama seperti pantry, ruang
menonton televisyen, bilik
mesyuarat, sick bay dan ruang legar
asrama.
8.1.4 Senggaraan dan pembaikan kecil
alatan pelajar di asrama seperti
Cetakan 2019
8.1.5 penapis air, televisyen, meja rekreasi
dan sebagainya.
Kerja-kerja pembaikan dan
senggaraan ini tertakluk kepada
terma dan syarat serta mengikut
keutamaan dan kepentingan
berpandukan juga kepada baki
terkumpul.
9.0 PENUTUP
9.1 Perlaksanaan Sistem Demerit diharap dapat
memberi penambahbaikan dan penjimatan
kepada MARA khususnya, serta penerapan
nilai-nilai murni yang baik dikalangan
pelajar dalam usaha mewujudkan modal
insan yang berkualiti.
9.2 Mewujudkan perasaan menghargai dan
menyayangi dalam diri pelajar terhadap
manusia, peraturan, peralatan dan
kemudahan disekeliling yang disediakan
oleh MARA.
9.3 Kos pembaikan dan senggaraan asrama
melalui kod 28104 MARA dapat dikurang
dan dijimatkan kerana kos tersebut akan
ditanggung sepenuhnya oleh pelajar yang
telah melakukan kesalahan sepanjang
berada di IKM Bintulu.
Cetakan 2019
Disediakan oleh:
Jawatankuasa Asrama dan Warden 2018-2019
IKM Bintulu
Disemak dan disokong oleh:
En. Zamzuri Bin Zainal Abidin
Timbalan Pengarah KPHP,
IKM Bintulu
Diluluskan oleh:
Dr. Haji Mohd. Nawawi Bin Omar
Pengarah,
IKM Bintulu
Cetakan 2019