The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rismar92, 2023-03-11 15:24:23

BUKU PENGURUSAN SKHuBa 2023/2024

BUKU 2023_2024 - Copy (1)

“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ سكوله كبغساءن هوجوغ بندر SEKOLAH KEBANGSAAN HUJUNG BANDAR 08200 SIK, KEDAH DARUL AMAN NO. TELEFON : 011-65735966 / 011-65735977 KBA 8004 [email protected] [email protected] 01 - PENTADBIRAN 02 - KURIKULUM 03 - HAL EHWAL MURID 04 - KOKURIKULUM


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ PROFIL GURU MAKLUMAT PERIBADI Nama : …………………………………………………………………………… Jawatan /Gred : …………………………………………………………………………… No. Kad Pengenalan : …………………………………………………………………………… KELULUSAN AKADEMIK Kelulusan Akademik : …………………………………………………………………………… Opsyen : …………………………………………………………………………… Kelulusan Ikhtisas : …………………………………………………………………………… Opsyen : …………………………………………………………………………… NO. RUJUKAN No. Fail : …………………………………………………………………………… No. Rujukan SPP : …………………………………………………………………………… No. Cukai Pendapatan : …………………………………………………………………………… No. KWSP : …………………………………………………………………………… No. Gaji : …………………………………………………………………………… Tarikh Pengisytiharan Harta : ………………………………………………………………………… Tarikh Mula Berkhidmat : …………………………………………………………………………… Tarikh Sah Jawatan : …………………………………………………………………………… Tarikh Bertugas di SKHB : …………………………………………………………………………… MAKLUMAT WARIS Nama Waris Terdekat : …………………………………………………………………………… Hubungan Waris : …………………………………………………………………………… No. Telefon Waris : …………………………………………………………………………… 1


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ Ruj. Kami : SKHB 100/03/4/2 Tarikh : 13 MAC 2023 Kepada: .............................................................. Sekolah Kebangsaan Hujung Bandar, 08200 Sik, KEDAH DARUL AMAN. Tuan, LANTIKAN RASMI SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA DALAM BIDANG DAN UNIT-UNIT TAHUN 2023 / 2024 1. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2. PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 3. PENGURUSAN KOKURIKULUM Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan secara rasminya , saya selaku Guru Besar SK Hujung Bandar dengan ini melantik tuan/puan menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti tersenarai dalam “Buku Pengurusan & Takwim 2023 / 2024. Sebarang perubahan (jika ada) hanya berkuatkuasa setelah dimaklumkan secara bertulis. 3. Pihak pengurusan dan pentadbiran meyakini tuan/puan dapat menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan bertanggungjawab serta mengamalkan sikap proaktif, inovatif dan kreatif bagi meningkatkan profesionalisme keguruan ke tahap yang cemerlang.Tuan/puan juga diberikan kuasa (empowerment) mengurus dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab mengikut pekeliling-pekeliling ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Pejabat Pendidikan Daerah Sik dan sekolah. 4. Tarikh kuat kuasa lantikan ini mulai 13 MAC 2023 hingga 08 FEBRUARI 2024. 5. Tuan/Puan dengan ini diarahkan menjalankan tugas seperti lantikan untuk memastikan segala program dan aktiviti yang telah dan akan dirancangkan sepanjang sesi 2023 / 2024 dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berintegriti. 6. Semoga lantikan dan amanah ini dapat dijalankan dengan komitmen serta iltizam yang tinggi untuk membina kecemerlangan dalam pengurusan Sekolah Kebangsaan Hujung Bandar. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI" “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG” Saya yang menjalankan amanah, ................................................. (NOOR AZURA BINTI MOHAMMED AZIT) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Hujung Bandar, 08200 Sik, Kedah Darul Aman 2 s.k. 1. Fail Sekolah 2. PPD Sik


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ AKUAN PENERIMAAN MAKLUMAT DAN ARAHAN Saya …………………………………………………………. *guru /Guru Penolong Kanan / Guru Besar Sekolah Kebangsaan Hujung Bandar mengaku bahawa saya telah menerima maklumat dan arahan tentang pentadbiran dan pengurusan sekolah daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Hujung Bandar pada 13 MAC 2023 dan memahami segala maklumat yang disampaikan dan dinyatakan di dalam Buku Pengurusan dan Takwim Sekolah 2023/2024 serta akan mematuhi segala arahan yang diberikan. Saya juga berjanji akan berusaha dengn sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab saya dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan Kemajuan ikhtisas dan sosial serta sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. Tandatangan : ……………………….…………. Jawatan : …………………………………. Tarikh : …………………………………... Disahkan oleh : ………………………………………. (Tandatangan) Nama Dengan HURUF BESAR : NOOR AZURA BINTI MOHAMMED AZIT Jawatan : GURU BESAR Tarikh : 13 MAC 2023 Cop Sekolah • (Sila potong yang tidak berkenaan) 3


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ SURAT AKU JANJI GURU Saya………………………………………………………………………………………….No. Kad Pengenalan……………………………………. Beramalat SEKOLAH KEBANGSAAN HUJUNG BANDAR , 08200 SIK ,KEDAH Dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi peraturan-peraturan Pegawai Awam(Kelakuan dan Tatatertib) 1993,Perintah-Perintah Am,Pekeliling dan surat pekeliling serta apa-apa peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh perkhidmatan saya dengan kerajaan.Maka dengan itu saya berjanji,sebagaimana yang dikehendaki di bawah peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bahawa saya: 1.Akan Sentiasa Taat Seta Kepada Yang di Pertuan Agong, Negara Dan Kerajaan Contoh Pelanggaran; 1.bersubahat dengan musuh negara 2.membocorkan rahsia kerajaan 3.memburuk serta memperkecilkan dasar kerajaan 4.berlakon dalam filem yang memburukan 2. Akan Sentiasa Melaksanakan Tugas Dengan Cermat, Bersungguh -Sungguh, Cekap, Jujur, Amanah Dan Bertanggungjawab Contoh Pelanggaran; 1.Kurang cekap atau kurang berusaha A) gagal menguruskan penyata bank dan buku tunai dengan teratur B) membuat bayaran tanpa disertakandengan baucher, bil, resit dan invois C) tidak berkebolehan dan terpaksa diarah sepanjang masa 2.Tidak jujur atau amanah A) tidak melaporkan harta yang dimiliki olehnya atau ahli keluarga B) membuat tuntutan palsu C) tidak melaporkan hutang-piutang 3.Tidak Bertanggungjawap A) menghasut pegawai lain supaya tidak bertugas dengan bersungguh-sungguh B) bercuti semasa perkhidmatannya amat diperlukan C) tidak melaporka kesalahan pegawai bawahannya 4


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ 3. Tidak Membelakangkan Tugas Awam Demi Kepentingan Peribadi Contoh Pelanggaran; 1.Menguruskan perniagaan atau pelaburan sendiri atau ahli keluarga dalam waktu pejabat 2.Mengutamakan saudara mara, rakan-rakan atau orang yang rapat dengannya semasa menimbang sesuatu permohonan 3 Menguruskan tender/sebutharga sedangkan pegawai tahu di antara mereka yang mengemukakan tender/sebutharga terdiri daripada saudara-maranya. 4.Tidak Akan Berkelakuan Dengan Cara Yang Mungkin Menyebabkan Kepentingan Peribadi Bercanggah Dengan Tugas Awam Contoh Pelanggaran; 1.Tidak mengelakan dirinya daripada bergaul terlalu rapat dengan mereka yang jelas akan mendapat keuntungan daripada tugas rasminya. 2.Tidak mengelak diri daripada menerima hadiah yang berharga darpada syarikat, ahli perniagaan atau individu 3.Memproses, menimbang atau meluluskan sesuatu permohonan daripada ahli keluarganya. 5.Tidak Akan Berkelakuan Dengan Cara Yang Boleh Menimbulkan Syak Yang Munasabah Bahawa Pegawai Telah Membiarkan Kentingan Peribadinya Bercanggah Dengan Tugas Rasmi Sehingga menjejaskan Kegunaan Sebagai Pegawai Awam Contoh Pelanggaran; 1. tidak mengambil tindakan terhadap seseorang yang telah melanggar sesuatu peraturan dengan tujuan mendapat ganjaran daripadanya. 2. berhutang dengan seorang lembaga pengarah yang syarikatnya ada memohon tanah untuk tapak kilang di daerah yang berada di bawah pentadbiran pegawai atau isteri pegawai adalah seorang ahli lembaga pengarah syarikat tersebut. 6.Tidak Akan Menggunakan Kedudukan Sebagai Pegawai Awam Bagi Faedah Diri Sendiri Contoh Pelanggaran; 1. mengunakan kenderaan jabatan sebagai kemudahan peribadi untuk pergi dan balik pejabat, menghantar anak ke sekolah dan sebagainya 2. mengunakan pengaruh kedudukan untuk mengubah lot tanah yang telah diluluskan kepada isterinya sedangkan pegawai tidak diberi kuasa berbuat demikian. 5


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ 7.Tidak Akan Berkelakuan Dengan Cara Yang Boleh Memburuk Dan Mencemarkan Nama Perkhidmatan Awam Contoh Pelanggaran; 1. terlibat dengan penyalahgunaan dadah 2. disabitkan atas kesalahan jenayah/mahkamah syariah 3. berada dalam keterhutangan kewangan yang serius 4. Sengaja melengahkan kelulusan permohonan lesen daripada orang ramai 5. bersikap kurang sopan seperti mabuk atau memarahi dan memaki orang ramai yang berurusan di kaunter 8.Tidak Akan Membawa Sebarang Pengaruh Atau Tekanan Luar Untuk Menyokong Atau Memajukan Tuntutan Diri Sendiri Atau Pegawai Lain Berhubung Dengan Perkhidmatan awam Contoh Pelanggaran; 1. meminta orang kenamaan untuk menggunakan jasa baiknya mempengaruhi Lembaga Kenaikan Pangkat 2. meminta bantuan ahli politik untuk menyokong permohonan bagi mendapatkan tanah kerajaan, rumah atau jawatan 9.Tidak IngkarPerintah Atau Berkelakuan Dengan Cara Yang Boleh Ditafsirkan Sebagai Ingkar Perintah Contoh Pelanggaran; 1. Membantah atau melawan pegawai atasan 2. membawa keluar fail terperingkat Jabatan tanpa kebenaran 3. Keluar negara atau urusan persendirian tanpa kelulusan 4. mengambil bahagian aktif dalam politik tanpa kebenaran Tandatangan : ……………………….…………....................... Jawatan : …………………………………...................... Tarikh : …………………………………....................... 6


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ Titipan aluan drp Pn. Guru Besar Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera dan Salam SKHB Hebat. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan taufik dan hidayahNya kita diberi kekuatan untuk terus berdiri teguh dan melangkah dengan gagah bagi merealisasikan hala tuju sekolah iaitu “SKHB akan mencapai Peningkatan Kemenjadian Murid secara Holistik dan Sekolah Berkualiti pada Tahun 2025”. Sebagai pentadbir, saya yakin dan percaya seluruh warga pendidik telah berusaha dan akan terus berusaha menjalankan tugas dengan AMANAH dan penuh tanggungjawab bekerja sebagai pasukan yang kuat dan padu bagi meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah ke arah bersatu untuk bersama menuju kecemerlangan dengan tagline sekolah “SMART Towards Success”. Kesempurnaan pendidikan adalah menjadi tekad kami warga sekolah dengan semangat kerjasama dan pengemblengan tenaga yang padu. Harapan saya, semoga tahun 2023M/1444H SK Hujung Bandar akan terus menghasilkan sumber manusia yang berkualiti dari segi keilmuan, kemahiran serta tinggi sahsiahnya disamping kemudahan pendidikan yang berkualiti dan InsyaAllah menjadi tunggak untuk melahirkan insan yang berkualiti yang dapat memenuhi tuntutan dunia dan akhirat. “Saya bukanlah orang yang hebat tetapi saya mahu belajar dari orang yang hebat, saya adalah orang biasa tetapi saya ingin menjadi orang yang luar biasa dan saya bukan orang yang istimewa tetapi saya akan jadi orang yang istimewa jika gigih berusaha" NOOR AZURA BT. MOHAMMED AZIT Guru Besar, SK Hujung Bandar 7


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ BICARA MINDA GPK PENTADBIRAN SK HUJUNG BANDAR Alhamdulillah, mengiringi sesi persekolahan 2023 / 2024, bersyukur kita atas segala nikmat serta inayahNya untuk kita meneruskan lagi agenda pendidikan dan memenuhi amanah yang diberi. Semoga kita terus diberikan keikhlasan jiwa, kekuatan mental dan fizikal dalam mengharungi pelbagai cabaran dan tuntutan. Sebagai orang yang diberi amanah kita perlu pastikan dasar dan setiap ketetapan ditentukan Kementerian Pendidikan akan kita laksanakan sebaik mungkin dan berusaha memenuhi hasrat pelanggan dan kementerian. Justeru, segala program yang dirancang perlu selaras dengan dasar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 perlu dijalankan sebaik mungkin. Kejayaan yang dicapai selama ini membuktikan bahawa kesungguhan dan komitmen akan menghasilkan kecemerlangan. Semoga sesi persekolahan 2023 / 2024 ini menjanjikan sesuatu yang lebih baik dan bermakna. Segala kekurangan dan kelemahan perlu dibaiki dan diatasi dalam merealisasikan hala tuju sekolah iaitu “SKHB akan mencapai Peningkatan Kemenjadian Murid secara Holistik dan Sekolah Berkualiti pada Tahun 2025”. Sekian. “ ” “Never Stop Learning Because Life Never Stop Teaching" Asmar Dalimi Binti Kamarulzaman GPK Pentadbiran SK Hujung Bandar 8


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 9


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ OBJEKTIF Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem; 2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang; dan 3. Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam. Bidang Keutamaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: 1. Memartabatkan profesion perguruan 2. Meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah 3. Meningkatkan kualiti sekolah 4. Memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran 5. Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa 6. Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, sektor swast dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam pendidikan 7. Meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan pasaran kerja 8. Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber 9. Membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan. 10


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ 11


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ 12


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ 13


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ 14


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ KERANGKA PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 15


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ 16


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ 17


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ 18


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ 19


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ 20


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ 21


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ VISI Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI Melestari Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara 22


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ Memahami dan Menghayati: 1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah, matlamat & objektif sekolah 2. Memelihara dan mempertingkatkan imej sekolah, jabatan & kementerian pelajaran setiap masa. 3. Mementingkan mutu dan kesan pendidikan. 4. Menentukan objektif ( setiap tugas ). 5. Mengamalkan kerja secara bermesyuarat dan berpasukan. 6. Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan amanah. 7. Mengamalkan sikap jujur, ikhlas amanah serta adil. 8. Mengamalkan perkhidmatan penyayang. 9. Kepimpinan melalui teladan. 10.Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri. 11.Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran. 12. Kerja kita adalah ibadah. Berazam meninggikan mutu perkhidmatan Bekerja dengan penuh tanggungjawab Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara Berpegang teguh kepada ajaran agama 23


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ Etika kerja Kementerian Pendidikan Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut: ❖ Niat kerja yang betul ❖ Perlakuan yang baik ❖ Penggerak kea rah kebaikan ❖ Memperkotakan apa yang dikata ❖ Berdisiplin dan beradab ❖ Menghargai dan bertanggungjawab akan hasil usaha organisasi ➢ Amanah ➢ Benar ➢ Bijaksana ➢ Bersyukur ➢ Dedikasi ➢ Ikhlas ➢ Penyayang 24


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ ➢ Fokus 1 - Pengetua dan Guru Besar Berkesan ➢ Fokus 2 - Sekolah yang berkesan ➢ Fokus 3 - Guru yang berkesan ➢ Fokus 4 - Kurikulum yang berkesan ➢ Fokus 5 - Sistem Penilaian dan Pentaksiran ➢ Fokus 6 - Pembinaan infrastruktur sokongan pengajaran dan pembelajaran ➢ Fokus 7 - Pembinaan Institusi Perancangan dan Penyelidikan ➢ Fokus 8 - Pembinaan Sistem Institusi Pelaksanaan Pemantauan yang berkesan:Sistem Pentadbiran Fokus ➢ Fokus 9 - Pembangunan Staf yang komprehensif ➢ Fokus 10 - Pembinaan hubungan luar dan masyarakat 25


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ Kami warga pendidik Sekolah Kebangsaan Hujung Bandar berjanji dan berikrar akan : Menyediakan pengurusan yang berkualiti kepada warga SKHB pada setiap masa; Meningkatkan pencapaian cemerlang dalam UPSR dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Memberikan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan; Membentuk peribadi murid yang bersahsiah, serta patuh pada ajaran agama dan norma-norma hidup; Memberi peluang dan ruang secukupnya kepada setiap murid memperkembangkan minat, bakat, kepimpinan dan potensi diri dalam semua bidang; Mengambil tindakan serta-merta, adil dan rasional terhadap masalah setiap murid sesuai dengan fitrah manusia; Memberi perkhidmatan yang cekap, penyayang dan mesra kepada ibu bapa dan semua pihak yang berurusan dengan sekolah; Berusaha menyediakan kemudahan prasarana yang kondusif dan selamat; Memberi jawapan kepada surat atau bertindak segera kepada arahan PPD, JPN dan KPM dalam tempoh yang ditetapkan; Berusaha menjadikan sekolah ini sebagai sekolah kebanggaan masyarakat. 26


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025 LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA 1.Akses Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang 2020. 2. Kualiti Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding dengan sistem pendidikan antarabangsa. Aspirasi sistem pendidikan negara adalah untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan, Matematik dan Sains sahaja). Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti lain yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila dimensi itu dibangunkan dan diterima di peringkat antarabangsa. 3. Ekuiti Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50% menjelang 2020. 4. Perpaduan Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah. Melalui interaksi bersama murid lain daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid belajar memahami, menerima dan menghayati perbezaan. Keadaan ini mewujudkan suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi bagi membina masa hadapan Malaysia. Kementerian berhasrat menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia. 5. Kecekapan Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem. Walaupun Kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa, Kementerian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa. 27


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ SEBELAS ANJAKAN UNTUK TRASFORMASI SISTEM BILANGAN ANJAKAN Anjakan 1 Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa Anjakan 2 Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Anjakan 3 Melahirkan rakyat yang menghayati nilai. Anjakan 4 Mentranformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan Anjakan 5 Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah Anjakan 6 Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah untuk menyediakan penyelesaiam khusus berasaskan keperluan. Anjakan 7 Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran Anjakan 8 Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian. Anjakan 9 Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Anjakan 10 Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. Anjakan 11 Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung. 28


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ MENTRANSFORMASI SISTEM PENDIDIKAN NEGARA Gelombang 1 ( 2013 - 2015) Meningkatkan standard pengajaran melaluli bimbingan guru secara khusus terutama sekali dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Merebentuk semula soalan peperiksaan, menjurus kepada KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Mengukuhkan kualiti pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik) melalui pengukuhan kurikulum, pengujian dan latihan guru. Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia SJK. Mengukuhkan penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris. Memperluaskan LINUS Melaksanakan 1BestariNet ke semua sekolah. Melaksana Program Transformasi Daerah. Merombak IPG dan latihan praperkhidmatan. Mewujudkan pembimbing pengetua/guru besar untuk sekolah Band 5, 6 & 7. Mentransformasi Kementerian dengan meletak kan pemimpin terbaik. Meningkat enrolmen prasekolah dan sekolah menengah. Mengukuhkan praktikum dalam program Vokasional Gelombang 2 (2016 - 2020) Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) semakan semula. Menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam STEM. Merintis pilihan program untuk meningkatkan pendedahan kepada bahasa Inggeris. Mengukuhkan program untuk kumpulan berkeperluan khusus. Memacu inovasi ICT khusus untuk pembelajaran jarak jauh dan terarah kendiri. Meningkatkan bimbingan dan sokongan kepada guru bagi penambahbaikan penyampaian pengajaran. Meningkatkan kompetensi dan kemajuan berdasarkan prestasi. Mengukuhkan dan menyusun semula peranan bahagian utama Kementerian, JPN dan PPD. Memperoleh akriditasi antarabangsa dan memantapkan kurikulum matrikulasi. Memperluas pilihan pendidikan Vokasional melalui perjanjian 29


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ perlaksanaan dengan pembekal pendidikan Vokasional swasta. Gelombang 3 ( 2021 -2025) Meningkatkan inovasi dan pilihan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran BM dan BI. Melaksanakan program dan inovasi ICT bagi kumpulan berkeperluan khusus. Memupuk budaya kecemerlangan profesional keteladanan rakan setugas. Mempertingkatkan pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi dari segi pelaksanaan kurikulum dan pengurusan kewangan. Memperkasa Kementerian dan menginstitiusikan transformasi melalui pengukuhan kemajuan kerjaya pegawai Kementerian. Mengkaji semula pengstrukturan sekolah untuk menentukan keperluan mengoptimumkan laluan dan pilihan persekolahan. 30


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ 1. ARAHAN AM 1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan 1.2 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan. 1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata. 1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang. 1.5 Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara. 1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas. 1.7 Bertanggunjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid dan harta benda sekolah ketika berada di sekolah. 1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 2. KEDATANGAN 2.1 Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah. 2.2 Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 15 minit sebelum waktu belajar dan mengketik kad perakam waktu SEMASA sampai dan sewaktu balik sekolah. 31


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ 2.3 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin supaya jadual waktu ganti dapat disediakan. 2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan. 2.5 Guru diwajibkan datang untuk menjayakan aktiviti kokurikulum, bengkel, mesyuarat dan pelbagai program akademik di luar masa yang ditetapkan. 3. KELUAR WAKTU MENGAJAR 3.1 Guru tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah atau bilik darjah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan Jabatan Pelajaran Negeri/ Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar/Penolong Kanan. 3.2 Guru dikehendaki mengisi dan menulis di dalam Buku Rekod Pergerakan Guru. Dapatkan kebenaran Guru Besar/Penolong Kanan sebelum keluar. 3.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui Penolong Kanan. 4. CUTI 4.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal – mengikut surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(PP) 0046.SJ/(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. TETAPI guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugastugas seharian daripada tugas mengajar. 4.2 Cuti Sakit – Sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. 4.3 Cuti Tanpa Gaji – boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. Kelayakan cuti tanpa gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan dan tidak 32


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ melebihi 180 hari. 4.4 Kelulusan cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 4.5 Cuti Rehat Khas – cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara agama bagi tempoh lima belas hari dalam setahun. 5. SENARAI TUGAS GURU-GURU 5.1 Semua guru yang mengajar akan diberikan dan disediakan Senarai Tugas sebagai panduan untuk mempertingkatkan prestasi pengajaran guru dan pembelajaran murid. Seterusnya menyediakan khidmat Bantu secukupnya supaya matlamat Dasar Pendidikan Negara tercapai. 6. PAKAIAN GURU 6.1 Semua guru hendaklah berpakaian kemas (bertali leher bagi guru lelaki),Baju Batik pada hari Khamis sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur seperti di dalam surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995. 6.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan. 6.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai. 6.4 Guru yang mengajar pendidikan jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai. 7. PERHUBUNGAN SESAMA GURU 7.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata serta mewujudkan perasaan kekitaan. 7.2 Guru TIDAK dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan, fahaman, pendapat, kepercayaan kepada guru, pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain. 33


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ 7.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. 8. BILIK GURU 8.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggunjawab SEMUA guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru. 8.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘non teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkaraperkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. 8.3 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggunjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak. 9. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN 9.1 Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar. 9.2 Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Guru Panitia, Penolong Kanan, atau Guru Besar. 10. TUGAS-TUGAS 10.1 Semua guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan tugas-tugas khas dan penglibatan dalam pelbagai AJK sekolah. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab. 10.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau arahan, misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke pejabat 34


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ pelajaran atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang diamanahkan / ditugaskan TIDAK boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa kebenaran dan pengetahuan Guru Besar. 11. BUKU REKOD MENGAJAR 11.1 Semua guru akan diberi sebuah Buku Rekod Mengajar dan bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. 11.2 Buku Rekod Mengajar ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari KHAMIS (jam 14.00 PETANG) untuk disemak dan ditandatangani oleh Guru Besar/Penolong Kanan. 11.3 Jika seseorang guru bercuti atau berkursus buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan 11.4 Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar hendaklah disediakan dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/seminggu dan harian sebelum dihantar kepada Guru Besar untuk penyemakan. 12. JADUAL WAKTU 12.1 Guru Kelas hendaklah menyediakan SATU salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri. 12.2 Guru TIDAK dibenarkan mengubah atau meminda jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran Guru Besar dan Penolong Kanan. 13. JADUAL KEDATANGAN PELAJAR 13.1 Setiap guru kelas diberi sebuah buku kedatangan pelajar. Guru kelas bertanggungjawab memasukkan maklumatmaklumat yang diperlukan tercetak di bahagian dalam kulit hadapan. 13.2 Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada SETIAP hari oleh guru kelas pada waktu PERTAMA. Sekiranya guru darjah tidak hadir, Guru Pembantu kelas bertanggungjawab menandanya. 35


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ 13.3 Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli dalam satu minggu, ibu bapa atau penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis. 13.4 Analisis pada jadual kedatangan mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh Penolong Kanan HEM. 13.5 Guru Kelas hendaklah menggunakan eKehadiran dan pengisian secara online hendaklah dibuat sebelum jam 09.00 pagi dan jika guru menghadapi masalah dengan sistem ekehadiran hendaklah memaklumkan kepada Penolong Kanan HEM untuk tindakan dan perhatian. 14. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH 14.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah. 14.2 Ketua Panitia/Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat dan bilikbilik tertentu seperti makmal, bengkel, pusat sumber atau perpustakaan. 15. KEBERSIHAN 15.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah, Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru kelas. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat. 15.2 Guru Kanan/Guru Sumber dan guru lain yang mempunyai bilik khas/tempat khas seperti bilik kaunseling, bengkel RBT serta bilim sains bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut. 15.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab SEMUA guru, staf dan pelajar. 36


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ 16. SURAT MENYURAT 16.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirim melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak berkenaan. 16.2 Surat yang diterima oleh sekolah akan diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan SEGERA terhadap surat-surat tersebut. 17. PELAWAT-PELAWAT 17.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar/Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Guru Besar atau wakilnya. 18. KEGIATAN KOKURIKULUM 18.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur seperti yang telah dirancangkan. 19. PERHIMPUNAN SEKOLAH 19.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan. Setiap guru akan diberi giliran untuk menjadi Pengacara Majlis Perhimpunan Harian atau Pehimpunan Rasmi. 19.2 Guru yang bertugas hendaklah membuat persediaan awal sebelum perhimpunan diadakan pada setiap minggu. 19.3 Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah , Lagu Sekolah dan Bacaan Ikrar Rukun Negara. 20. MESYUARAT GURU 20.1 Dari masa ke masa Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru, kedatangan semua guru ke mesyuarat adalah diwajibkan. 37


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ 20.2 Guru juga diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan atau Ketua Panitia. 21. TANDA NAMA 21.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah. 22. BUKU STOK / INVENTORI 22.1 Buku stok / Inventori akan digunakan dan semua guru dikehendaki merekod alat-alat dan inventori yang dibekal atau diberikan untuk kegunaan PdPc. 22.2 Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan. 22.3 Guru hendaklah bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik. 22.4 Jika rosak hendaklah dilapor dengan serta merta. 22.5 Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Guru Besar / Penolong Kanan. 23. ARAHAN DAN PEKELILING 23.1 Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah DIBACA dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya. 23.2 Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas. 23.3 Pekeliling-pekeliling dari Kementerian, Jabatan atau PPG/PPDK hendaklah dibaca difahami dan ditandatangani. 24. TELEFON / FAKS 24.1 Penggunaan telefon / faks hanyalah untuk urusan rasmi sahaja dan buku penggunaan telefon disediakan untuk mencatat nombor panggilan telefon dan tujuan telefon. 38


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ 25. PIBG & MAJLIS SEKOLAH 25.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah. 25.2 Jumlah sumbangan (jika ada) adalah tertakluk kepada keputusan mesyuarat dan perlu dibayar oleh guru. 25.3 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah. 26. LARANGAN MEROKOK 26.1 Kawasan sekolah telah diwartakan sebagai ‘Kawasan Larangan Merokok’. 26.2 Semua guru, staf, ibu bapa dan pelawat hendaklah mematuhi arahan tersebut pada setiap masa semasa berada di kawasan sekolah. 27. GURU PENGGANTI (SIT-IN) 27.1 Jika terdapat guru tidak hadir kerana sakit, berkursus, pemeriksaan skrip UPSR atau sebab-sebab lain yang tidak dapat dielakkan maka Jadual Guru Pengganti akan diatur oleh Penolong Kanan 1/JK Jadual Waktu. 27.2 Guru yang tidak mengajar (non teaching period) akan diminta untuk melaksanakan tugas sebagai guru pengganti. 27.3 Guru pengganti diminta untuk mengajar dan membimbing murid-murid di dalam kelas tersebut. 28. MENGHUKUM / MENDENDA MURID 28.1 Semua guru harus mengambil sikap dan tindakan berhati-hati apabila menghukum atau mendenda murid supaya tidak bertentangan dengan etika profesion perguruan. 28.2 Menghukum/mendenda murid dalam bentuk fizikal atau mental seperti merotan atau memukul dengan benda keras, menghantuk kepala murid, menarik atau mencubit cuping telinga, melontar dengan penggosok, mencubit sehingga lebam, biru atau berdarah, berdiri di bawah panas matahari, berlari keliling padang dan perbuatan lain yang boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal murid adalah 39


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ DILARANG. 28.3 Guru harus mengelak, perbuatan memaki hamun, mengejek, memperkecil keupayaan dan kebolehan murid semasa proses PdPc dijalankan. 29. PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ) 29.1 Semua guru digalakkan untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu demi kelangsungan pendidikan berkualiti. Namun demikian peranan sebagai pembentuk insan dan penjana ilmu di sekolah WAJIB diutamakan. 29.2 Segala tugasan, aktiviti dan mentelaah nota-nota yang berkaitan dengan PJJ TIDAK DIBENARKAN berlangsung di sekolah atau di dalam kelas semasa proses PdPc 30. HAL-HAL LAIN 30.1 Semua guru digalakkan untuk membantu melaksana segala aktiviti dan projek pengurusan sekolah dari semasa ke semasa demi kebaikan bersama. 30.2 Sentiasa memberi khidmat professional yang bermutu terhadap objektif dan matlamat pendidikan. 40


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ SURAT PEKELILING IKHTISAS PENTADBIRAN & PENGURUSAN SPI Bil. 1/1972 Peraturan-Peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajar 1959 (Corporal Punishment Guru Besar) SPI Bi.l 5/1977 Tugas-Tugas Guru Dalam Cuti Penggal (Tidak Melebihi Separuh) SPI Bil. 3/1979 & 6/1985 Pakaian Guru Pendidikan Jasmani. SPI Bil. 4/1979 & 3/1985 Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah. SPI Bil. 3/1981 Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/ Waktu Luang (Free Period) Oleh Guru-Guru. Waktu Tidak Mengajar Adalah Waktu Kerja SPI Bil. 3/1983 & 8/1985 Pakaian Murid. SPI Bil. 4/1984 Perhimpunan Sekolah Masa Dan Atur Cara Bukan Tempat Untuk Menjalankan Hukuman Memalukan. SPI Bil. 5/1985 Rancangan Mencantikkan Dan Mengindahkan Sekolah. SPI Bil. 8/1988 Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah. SPI Bil. 12/1988 Larangan Menjalankan Jualan Terus Di SekolahSekolah. SPI Bil. 13/1988 Pendaftaran Murid/Pelajar Baru Dan Hari Pertama Persekolahan. SPI Bil. 1/1995 Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pendidikanjasmani Dan Kokurikulum. SPI Bil. 13/1998 Program Membina Minat Membaca. SPI Bil. 8/1999 Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi Dan Balik Sekolah. 41


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ SPI Bil. 12/1999 Penggunaan Buku Teks Dan Buku Latihan Aktiviti Yang Diperakukan Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia SPI Bil. 3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran. Rancangan Pelajaran Tahunan. Rancangan Pelajaran Harian. Hendaklah Diurus Dengan Sempurna Dan Dapat Dikemukakan Dengan Serta Merta Apabila Dikehendaki….. *** Penalti : Guru Tidak Melebihi RM 5,000.00 / 3 Bulan Penjara / Kedua-Duanya. Guru Besar Tidak Melebihi RM 500.00 / 3 Bulan Penjara/ Kedua-Duanya. SPI Bil. 6/2000 Menangani Masalah Keselamatan, Dadah Dan Gangster SPI Bil. 4/2002 Pelaksanaan Program Sekolah Selamat SPI Bil. 2/2003 Ke Arah Membudayakan Nilai Berterima Kasih SPI Bil. 8/2007 Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum Di Hari Persekolahan Dan Perhimpunan Bukan Kokurikulum Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Secara BerperingkatPeringkat Mulai Tahun 2017 SPI Bil. 3/2008 Mengundang Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah Dan Penggunaan Premis Sekolah Oleh Pihak Sekolah SPI Bil. 3/1993 Pemakaian Tudung/ Mini Telekung Bagi Pelajar Perempuan 42


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ Pemansuhan Bayaran Tambahan Persekolahan Di Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan SPI Bil. 6/2016 Cuti Pada Hari Peperiksaan Awam Pentaksiran Pusat SPI Bil. 3/2017 Garis Panduan Nilai Dan Etika Penggunaan Media Sosial Guru Dan Murid SPI Bil. 1/2017 Pemansuhan Kad Rekod Persekolahan *** Sila rujuk link http://www.moe.gov.my/index.php/my/pekeliling/pekelillingikhtisas untuk merujuk surat-surat pekeliling ikhtisas yang berkaitan bidang pendidikan. 43


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ 44


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ 45


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ MAKLUMAT AM SEKOLAH Nama Sekolah SEKOLAH KEBANGSAAN HUJUNG BANDAR Alamat KAMPUNG HUJUNG BANDAR , 08200 SIK , KEDAH Kod Sekolah KBA8004 Kategori Sekolah LUAR BANDAR Gred A PPD SIK Zon SIK No Telefon 01165735966/01165735977 Email [email protected] Parlimen SIK Dun JENERI Bekalan Elektrik TENAGA NASIONAL BERHAD ( TNB ) 24 JAM Bekalan Air 1. SADA 2. BEKALAN AIR MASYARAKAT Pembentungan INDAH WATER KORSORTIUM Akaun Sekolah PUBLIC BANK BERHAD , GURUN Makmal ICT FASA 1 Luas Kawasan Sekolah 2.3 EKAR Tarikh Penubuhan Sekolah 1952 Jumlah Guru 19 Jumlah Pembantu Tadbir 1 Jumlah Pembantu Pengurusan Murid 1 Jumlah Pembantu Operasi 1 Jumlah Murid 175 Jumlah Kelas 7 Jumlah Kelas Prasekolah 1 Jumlah Murid Prasekolah 18 Perkhidmatan Kantin MARIYANI MAT RASHID Perkhidmatan Kebersihan BERSAMA BAKTI ENTERPRISE Jumlah Pekerja Kebersihan 4 Perkhidmatan Kawalan Keselamatan SURIA SECURITY SERVICE SDN BHD Jumlah Pengawal 4 46


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ SK Hujung Bandar adalah sebuah sekolah yang terletak di kg Hujung Bandar. Tuan Haji Hassan bin Haji Teh (Allahyarham) telah mewujudkan sebuah institusi pendidikan di bawah rumahnya dan pengajian asalnya berdasarkan kitab jawi. Atas kegigihan beliau maka sebuah bangunan sekolah telah dibina pada tahun 1952 bagi menampung keperluan pendidikan penduduk sekitarnya. Sekolah ini didirikan secara bergotong-royong oleh penduduk kampung di atas sebidang tanah seluas 2 relong yang disumbangkan oleh Encik Yahya Bin haji Taib. Usaha mendirikan sekolah mendapat perhatian dan sokongan Encik Jusoh Bin Awang iaitu Penghulu Mukin Teloi pada masa itu. Bangunan sekolah ini berukuran 20 x 40 dengan berdindingkan buluh dan beratap rumbia. Cikgu Yusuf bin Lembut adalah guru pertama di sekolah ini dengan murid 30 orang. Pembayaran gaji adalah mengikut pendapatan yang disumbangkan oleh waris. Urusan pentadbiran dikelola oleh sebuah jawatankuasa yang dipimpin Tuan Haji Hassan bin Haji Teh. Sekolah ini dikenali sebagai ‘Sekolah Rakyat’. Sekolah ini mendapat sambutan dari penduduk setempat dan masalah baru yang timbul ialah kekurangan tenaga pengajar. Untuk mengatasi masalah tersebut, Encik Ayob bin Lebai Din telah dijemput untuk membantu Cikgu Yusuf bin Lembut. Cikgu yusuf telah berhubung dengan Pejabat Pelajaran Kedah untuk mendapatkan bimbingan dan bantuan. Asil usahanya, bantuan sebanyak RM1800.00 telah diberikan oleh Pejabat Pelajaran Kedah untuk membeli perabot dan gaji sebanyak RM38.00 sebulan kepada setiap guru. Sekolah Rakyat Hujung Bandar telah bertukar kepada Sekolah Rakyat Bantuan Separuh Kerajaan. Pada 16 Oktober 1954 sekolah ini hangus dijilat api. Penduduk tempatan membina semula bangunan baru secara bergotong - royong daripada kayu, bertam dan rumbia. Sekolah ini terus beroperasi memberi pendidikan kepada anak watan sehinggalah bangunan baru dibina dengan bantuan penuh kerajaan. Pegawai Daerah Sik pada masa itu, Yang Teramat Mulia Tengku Nong Jawa telah mengadakan lawatan serta meletakkan batu asas bagi pembinaan bangunan baru pada 1 Januari 1963. Pada tahun 1972, bangunan dua tingkat serta sebuah kantin yang dibina di bawah Projek Sumbangan Bank Dunia. Sekolah ini terus mendapat perhatian apabila sebuah lagi bangunan dua tingkat dibina. Turut dibina bangunan rumah guru (dua pintu). Pada tahun 2003 sebuah bangunan makmal komputer Fasa 1 telah dibina di sekolah ini. Seterusnya dua buah rumah guru berkembar telah siap dibina pad tahun 2005. Sekolah ini telah maju setapak apabila rumah guru lama diubah suai dan jadikan bangunan prasekolah dan beroperasi buat pertama kalinya pada 2006. 47


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ Imej perisai yang menjadi bentuk asas keseluruhan logo yang melambangkan daya tahan dan jati diri pelajar dalam memupuk semangat juang yang tinggi demi mengejar citacita. Obor melambangkan pelajaran penyuluh hidup semangat juang warga sekolah yang sentiasa marak dalam mencapai visi dan misi sekolah Alat Tulis melambangkan kepentingan pendidikan dalam mengharungi cabaran dalam menggapai matlamat masa depan Kuning melambangkan unsur ketaatsetiaan kepada raja dan negara. Biru melambangkan kesetiaan dan perpaduan juga unsur alam yang luas terbentang merujuk kepada nilai-nilai harmoni, penyayang yang membawa kepada unsur-unsur kedamaian dan ketenangan yang diterapkan kepada setiap warga sekolah. Merah melambangkan kesungguhan dan keberanian setiap warga sekolah untuk mencapai hala tuju sekolah Putih melambangkan kesucian , keikhlasan hati semua warga sekolah dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing demi agama, bangsa dan Negara. Motto Pengetahuan Tangga Kejayaan melambangkan ilmu pengetahuan adalah sumber utama kepada kejayaan 48


“ Penggerak Pembelajaran Bermakna “ SK Hujung Bandar Didik kami terpelajar Kan kami jaga namamu Mekar dan harum selalu Harapan ayah ibu Ajaran guru-guru Pengetahuan tangga kejayaan Motto yang kami genggam Kan kami capai kecemerlangan Agar tercapai wawasan (ulang rangkap 1) Jadi insan berilmu Maju dan terus maju 49


Click to View FlipBook Version