The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aina Safiyyah Zuhari, 2021-07-24 07:41:50

Kajian Kes Pembentukan Malaysia

Kajian Kes Pembentukan Malaysi

KAJIAN KES SEJARAH
PEMBENTUKAN MALAYSIA

NAMA: AINA SAFIYYAH BINTI ZUHARI
KELAS: 5 AKAUN

NAMA GURU: PUAN FARRAH WAHEDA BINTI
HASSAN

ISI KANDUNGAN

1) Penyataan Masalah
2) Objektif Kajian
3) Kaedah Kajian
4) Hasil Dapatan
* Pendahuluan
*Soalan Penyataan Masalah
5)Rumusan
6)Lampiran
7)Rujukan

PENYATAAN MASALAH

Pelbagai reaksi dan cabaran tidak
menghalang terbentuknya sebuah
negara bernama Malaysia pada 16

September 1963.

OBJEKTIF KAJIAN

1) Menyatakan idea gagasan Malaysia.

2) Menghuraikan faktor faktor pembentukan Malaysia.

3)Menerangkan reaksi penduduk tempatan dan negara jiran.

4) Menjelaskan langkah-langkah pembentukan Malaysia.

5)Menyatakan kandungan Perjanjian Julai 1963 dan Peristiwa
Pengisytiharan Malaysia.

Kaedah Kajian 1) Merujuk buku teks

Saya telah membuat rujukan melalui buku
teks Sejarah KSSM Tingkatan 5 yang
dikarya oleh Dr. Mohd Bin Samsudin.

2) Melayari Internet

Saya telah melayari internet untuk
mendapatkan informasi dan maklumat
tentang sejarah pembentukan Malaysia.

3) Kaedah audio (Youtube)

Saya telah menggunakan kaedah audio
iaitu melalui aplikasi youtube untuk mencari
maklumat pembentukan Malaysia.

HASIL DAPATAN

Pendahuluan

Idea pembentukan Malaysia ialah konsep yang menggabungkan
beberapa bekas tanah jajahan British di Asia Tenggara. Tunku Abdul
Rahman Putra Al Haj bercadang untuk menyatukan
Singapura,Sarawak,Sabah dan Brunei dalam satu sistem Kerajaan
Persekutuan. Pada 27 Mei 1961 ketika majlis makan tengah hari yang
dianjurkan oleh Foreign Correspondents Association of Southeast Asia di
Singapura, Tunku Abdul Rahman telah menyatakan hasrat seperti berikut:

“Tanah Melayu mengadakan persefahaman dengan Britain dan rakyat-
rakyat di wilayah Singapura, Sabah, Brunei dan Sarawak dan suatu
rancangan hendaklah diadakan untuk merapatkan lagi perhubungan
wilayah-wilayah ini dalam politik dan kerjasama ekonomi.”

Pada awal 1887, Pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara iaitu Lord
Brassey mengemukakan idea untuk menggabungkan Sarawak, Sabah,
negeri Melayu dan NNS supaya menjadi tanah jajahan yang besar. Selepas
tamat Perang Dunia Kedua pada 1951, Sir Malcolm MacDonald
mencadangkan untuk menggabungkan tanah jajahan British di Asia
Tenggara untuk membentuk satu entiti politik dan ekonomi.

Bagi penduduk tempatan pula, terdapat beberapa nasionalis Tanah
Melayu yang memperjuangkan Konsep Melayu Raya. Idea mereka adalah
untuk menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia namun tidak
berjaya kerana kemerdekaan Indonesia telah diisytiharkan pada tahun
1945 tanpa melibatkan Tanah Melayu.

Pembentukan Malaysia yang diumumkan pada 27 Mei 1961 telah
mendapat banyak reaksi daripada pelbagai pihak. Terdapat beberapa
pihak yang menerima baik dengan pembentukan tersebut. Antaranya ialah
Persekutuan Tanah Melayu, Indonesia serta Thailand.

SOALAN
PENYATAAN
MASALAH

a) Nyatakan idea gagasan Malaysia

Idea gagasan Malaysia ialah konsep yang menggabungkan beberapa bekas
tanah jajahan British di Asia Tenggara. Pada 1887, Lord brassey yang
merupakan Pengarah Syarikat Berpiagam Bornea Utara mengemukakan
cadangan untuk menggabungkan Sarawak,Sabah, negeri Melayu dan NNS
untuk dijadikan tanah jajahan yang besar.

Selepas tamat Perang Dunia Kedua, Sir Malcolm MacDonald, Gabenor Jeneral
British di Asia Tenggara mengadakan perbincangan bersama Dato' Onn Jaafar,
pemimpin UMNO dan ahli majlis untuk menggabungkan Tanah Melayu,
Singapura dan wilayah Borneo.

Pada tahun 1952, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu telah menggesa
untuk penggabungan wilayah ini dilaksanakan segera bagi tujuan
keselamatan. Cadangan itu dipersetujui dalam mesyuarat pegawai tinggi
British. Sir Geofroy Tory, Pesuruhjaya Tinggi British mencadangkan penyatuan
Singapura dan persekutuan Tanah Melayu atas kepentingan ekonomi pada
tahun 1960. Cadangannya mendapat sokongan daripada Pejabat Kolonel.

Penduduk tempatan juga telah mengemukakan beberapa idea semasa proses
pembentukan Malaysia. Pada tahun 1906, Majalah Al-Imam menggesa penyatuan raja
dan orang melayu dalam pendidikan dan pembangunan ekonomi di Alam Melayu.

Terdapat beberapa nasionalis Tanah Melayu yang memperjuangkan Konsep Melayu
Raya pada tahun 1938. Mereka telah mengemukakan idea mereka iatu untuk
menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia. Namun idea mereka gagal apabila
Indonesia telah mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 1945 tanpa melibatkan
Tanah Melayu.

Pada tahun 1960, Tunku Abdul Rahman memaklumkan Lord Perth untuk
menggabungkan Singapur, Sarawak,Sabah dan Brunei dalam satu Sistem Kerajaan
Persekutuan. Sebelum itu, Datu Mustapha yang merupakan pemimpin Sabah ketika itu
juga menyatakan minat membawa Sabah untuk bergabung.

b) Huraikan faktor-faktor pembentukan Malaysia

Terdapat beberapa faktor pembentukan Malaysia. Antaranya ialah Keselamatan,
keseimbangan komposisi penduduk, mempercepat kemerdekaan dan pembangunan
wilayah. Bagi faktor keselamatan, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bimbang akan
pengaruh komunis yang semakin bertapak dan juga berkembang di Asia Tenggara.
Pengaruh komunis dapat dilihat mula meresap masuk ke dalam fahaman parti yang
memerintah Singapura sejak tahun 1959, iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) di bawah
pimpinan Lee Kuan Yew.

Bukan itu sahaja, Sarawak juga berhadapan dengan ancaman komunis melalui
gerakan Clandestine Communist Organization. Tunku Abdul Rahman bimbang hal ini
dapat menggugat keselamatan Persekutuan Tanah Melayu. Jadi dengan penyertaan
Sarawak, kerajaan British berharap dapat membendung pengaruh komunis.

Selain itu, pembentukan Malaysia juga bertujuan untuk menyeimbangi komposisi penduduk.
keputusan untuk menerima Singapura dapat mewujudkan ketidakseimbangan komposisi
penduduk antara orang melayu dengan orang cina. Tunku Abdul Rahman juga bimbang
kedudukan penduduk Melayu sebagai warga majoriti akan hilang kerana warga Singapura
kebanyakannya ialah penduduk bukan Melayu. Penggabungan Sarawak, Sabah dan Brunei
dikatakn dapat menyeimbangkan komposisi kaum

Bagi pihak British pula, pembentukan Malaysia dapat merealisasikan rancangan dekolonisasi
serta mempercepatkan kemerdekaan wilayah Borneo, terutamanya Sabah dan Sarawak. Namun
begitu, Kerajaan British perlu memastikan usaha mereka mendapat sokongan ya ng baik daripada
penduduk penduduk dua wilayah tersebut.

Akhir sekali, pembentukan Malaysia membolehkan wilayah wilayah ini dapat bersatu dalam
menaiktaraf kehidupan penduduk peribumi dan juga mempercepatkan pelbagai bidang
pembangunan. Sebagai contoh wilayah-wilayah anggota yang kaya dengan sumber ekonomi
boleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi sekaligus
ia dapat meningkatkan pembangunan ekonomi, terutama di Sabah dan Sarawak yang masih
belum maju dari segi ekonominya.

c) Terangkan reaksi penduduk tempatan dan negara jiran

Pembentukan Malaysia telah mendapat pelbagai reaksi daripada beberapa pihak
termasuklah penduduk tempatan dan negara jiran. Bagi reaksi penduduk Persekutuan
Tanah melayu, mereka menyambut baik idea pembentukan Malaysia. Tunku Abdul
Rahman Putra Al Haj mendapat sokongan penuh daripada UMNO berkaitan rancangan
pembentukan Malaysia.

Di Sarawak pula, idea ini disokong baik oleh persatuan BARJASA yang dipimpin oleh
Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya'kub dan Datu Tuanku Haji Bujang Tuanku Haji Bujang
Tuanku Othman, PANAS yang dibawah pimpinan Datu Bandar Abang Haji Mustapha,
PESAKA dan juga SCA. Namun begitu SUPP yang dipimpin oleh Ong Kee Hui dan SNAP
yang diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan menentang cadangan ini. SNAP juga pada
awalnya menentang tetapi kemudiannya menyokong atas cadangan JSKM.

Penduduk di Sabah pada awalnya berasa curiga dan bimbang kerana ketika itu kegiatan
ekonomi mereka berkembang dengan baik. Selain itu, kehadiran pasukan British yang
menjamin keselamatan mereka membuatkan mereka berpendapat bahawa tiada
keperluan untuk bergabung. Terdapat beberapa partik politik disana yang menyokong.

Bagi pihak Singapura, PAP yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew meyambut baik rancangan
ini. Ini kerana pembentukan Malaysia dapat membuka peluang pasaran yang lebih besar
buat industri perdagangan Singapura. Parti lain yang menyokong ialah Parti Buruh
Singapura bersetuju namun berasa usaha ini sukar dilaksanakan. Pihak pihak yang
menentang ialah Parti Rakyat Singapura dan juga Barisan Sosialis. Ini kerana mereka
menganggap pembentukan ini merupakan jajahan baru.

Sultan Brunei. Sultan Omar Ali Saifuddin pada ketika itu sangat mengalu-alukan
cadangan pembentukan Malaysia. Penduduk Brunei juga berminat dengan pembentukan
ini namun meminta untuk mencapai kemerdekaan terlebih dahulu. Bagi pihak yang
menentang iaitu Parti Rakyat Brunei, mereka merasakan bahawa pembentukan ini
merupakan salah satu cara buat Brtisih mengekalkan pengaruh mereka untuk mengaut
keuntungan.

Negara-negara jiran yang menyokong pembentukan ini ialah Indonesia dan juga Thailand.
Kerajaan Thailand menganggap pembentukan ini dapat menguatkan usaha ke arah
keamanan di rantau Asia Tenggara. Filipina ketika itu menentang pembentukan Malaysia
kerana mereka menganggap wilayah Sabah adalah milik mereka dan ingin menuntutnya.

d) Jelaskan langkah-langkah pembentukan Malaysia

Pada Julai 1961, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj telah melawat Brunei dan Sarawak untuk
menerangkan konsep,tujuan dan juga matlamat penubuhan Malaysia. Rundingan diadakan
dengan pemimpin Brunei dan Sarawak untuk membincangkan mengenai pembentukan
Malaysia. Pada November 1962, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj mengadakan lawatan ke
Sabah dan Sarawak.

Satu mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (PKK) cawangan Tanah Melayu dan Sabah
telah diadakan di Singapura pada bulan Julai 196. Penubuhan Jawatankuasa Setia Kawan
Malaysia (JSKM) bertujuan untuk meyakinkan penduduk dan mengumpulkan pandangan
tentang pembentukan ini. Jawatankuasa ini terdiri daripada wakil pemimpin dari
Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Donald Stephens dilantik
sebagai penegrusi JSKM.

Setelah itu, satu referendum telah diadakan pada awal September 1962 unutk menyatakan
pilihan Singapura menyertai Malaysia. Hasil keputusan daripada referendum tersebut
mendapati bahawa rakyat Singapura bersetuju untuk bergabung dengan Malaysia seperti
syarat yang ditetapkan.

Setelah itu, rundingan berhubung dengan pembentukan Malaysia diadakan di London antara
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan British. Kedua pihak bersetuju agar
ditubuhkan sebuah suruhanjaya bagi meninjau reaksi penduduk di Sarawak dan Sabah.

Selain itu, Suruhanjaya Cobbold telah dibentuk secara rasmi pada bulan Januari 1962. Suruhanjaya
Cobbold dianggotai tiga pegawai British iaitu Lord Cobbold,Sir Anthony Abell,Sir David
Watherston dan juga dua rakyat tempatan iaitu Dato Wong Pow Nee dan Tan Sri Ghazali Shafie. Ia
bertujuan untuk meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan
Malaysia,membuat penilaian dan juga mengemukakan cadangan kepada British. Antara laporan
yang mereka dapat ialah menyatakan dua pertiga penduduk menyokong pembentukan Malaysia.
Selain itu, mengesyorkan agar Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1957 dijadikan asas Perlembagaan Persekutuan yang baharu.

Akhir sekali, pembentukan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK). Ditubuhkan pada Ogos 1962
Ia dipengerusikan oleh Lord Landsdowne dan dibantu oleh Tun Abdul Razak.Penubuhan ini
bertujuan utk berunding tentang hak dan kepentingan Sabah dan Sarawak sebelum penyertaan
mereka dalam Perseketuan Malaysia. Mereka telah bermesyuarat sebanyak 24 kali bagi
mewajarkan kemasukan Sabah dan Sarawak

e) Nyatakan kandungan perjanjian Julai 1963 dan peristiwa
Pengisytiharan Malaysia

Perjanjian Julai 1963 atau Perjanjian Malaysia merupakan sebuah dokumen yang
ditandatangani oleh Kerajaan British, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak,Sabah
dan Singapura pada 9 Julai 1963 di London. Intipati perjanjian Malaysia yang pertama ialah
tarikh pembentukan Malaysia adalah pada 31 Ogos 1963. Seterusnya, Sarawak, Sabah dan
Singapura akan menjadi ahli dalam Persekutuan Malaysia bersama-sama Persekutuan
Tanah Melayu.

Selain itu, Kerajaan British akan mengiktiraf kedaulatan Sarawak,Sabah dan Singapura
dalam Malaysia. Intipati keempat ialah memberikan kelebihan kepada Sarawak dan Sabah
untuk menubuhkan kabinet negeri. Kelima, memperuntukkan tempoh masa peralihan.
Sebagai contoh, dalam bidang pentadbiran awam serta pendidikan Sarawak dan Sabah.

Seterusnya, memberikan sebanyak 15 kerusi parlimen kepada Singapura. 24 kerusi bagi
Sarawak dan 16 bagi Sabah. Akhir sekali penduduk bumiputera Sabah dan Sarawak perlu
mendapat pengiktirafan yang sama seperti orang melayu dalam Perlembagaan
Persekutuan.

Bagi peristiwa pengisytiharan Malaysia pula, Malaysia telah diisytiharkan pada
16 September 1963. Istiadat pengisytiharan telah diadakan serentak di Kuala
Lumpur, Sarawak dan Sabah. Di Kuala Lumpur, pengisytiharan itu telah
dibacakan oleh Yang Di Pertuan Agong dan disaksikan oleh Tunku Abdul
Rahman Putra Al Haj di Stadium Merdeka.

Di Sarawak pula, Datu Abang Haji Openg Abang Sapiee mengangkat sumpah
jawatan Yang di-pertuan Negeri Sarawak.Pengisytiharan Malaysia dibaca oleh
Khir Johari yang merupakan wakil Kerajaan Persekutuan di Kuching, Sarawak
dan dihadiri anggota kabinet negeri.

Istiadat dia Sabah pula telah diumumkan oleh Datu Mustapha Datu Harun di
Kota Kinabalu, Sabah serta menandatangani surat sumpah jawatan sebagai
Yang di-pertua Negeri Sabah yang pertama. Tun Abdul Razak Hussein mewakili
Kerajaan Persekutuan.

RUMUSAN

Pembentukan Malaysia yang merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak telah berjaya membentuk sebuah negara yang aman dan bebas dari pengaruh
komunis. Pengaruh komunis sebelum ini memberi anacaman terhadap pelbagai pihak
termasuklah penduduk Sabah dan Sarawak. Setelah Malaysia ditubuhkan, masalah ini
telah dapat diatasi sedikit demi sedikit dan ekoran daripada usaha kerajaan, keamanan
telah dapat diwujudkan.

Bukan itu sahaja, Malaysia juga muncul sebagai antara negara yang sangat kaya
dengan keunikan budaya, adat resam, kepercayaan dan gaya hidup selepas bergabung
dengan dua wilayah, Sabah dan Sarawak.

Kesimpulannya disini, peranan semua pihak dalam menyatupadukan negara amatlah
penting. Pembentukan Malaysia telah membuktikan pemimpin dan rakyat di negara ini
berkebolehan dalam merancang masa hadapan buat negara ini dengan lebih baik dari
segi keselamatan dan juga ekonomi

LAMPIRAN

https://ms.wikipedia.org/wiki/Proses_Pembentukan_Persekutuan_Malaysia_1963
https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2021/04/BAB-5-
PEMBENTUKAN-MALAYSIA-T5.pdf

RUJUKAN







Sekian,
Terima
Kasih!


Click to View FlipBook Version