ISI KANDUNGAN: Kata Aluan Penasihat ……………………………………………………………………………………………………….....3 Jawatan Kuasa Kerja Mesyurat Agung ………………………………………………………………………………….4 Jawatan Kuasa Persatuan (2021-2023) ………………………………………………………………………………..5 Agenda Mesyuarat Agung ……………………………………………………………………………………………………6 Minit Mesyurat Agung 2021…………………………………………………………………………………………………7-8 Laporan Kewangan 2021 & 2022 …………………….……………………………………………………………..…..9-12 Laporan Aktiviti Persatuan 2021-2023………………..……………………………………………………………….13-18 Perbahasan Usul …………………………………………………………………………………………………………………19-20 Perlantikan Jawatan Kuasa Persatuan 2023-2025 ……………………………………………………………….21 Sekalung Perghargaan …………………………………………………………………………………………………………22
Kata Aluan Penasihat Persatuan De Jeram Damansara Kuantan Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, اَل ْيك م َسال م َعلَ َو َر ْح َمة َوبَ َر اَلله كات ه . Dengan nama Allah yang Maha Mengasihani, segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi atas keizinan-Nya, Mesyuarat Agung Dwi-tahunan kali kedua ini dapat dilaksanakan pada hari ini dengan jayanya secara dalam talian dan mencapai jumlah kehadiran mesyuarat yang tinggi. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada barisan Ahli Jawatan kuasa Persatuan De Jeram Damansara Kuantan yang telah berkhidmat dengan sepenuh ikhlas sepanjang tempoh 2 tahun sesi penggal 2021-2023. Banyak program dan penambahbaikan telah dilakukan antaranya penambahbaikan sistem kawalan keselamatan, program-program kebajikan, program komunti, program pemeliharaan alam sekitar dan kebersihan, menyelesaikan pelbagai bentuk aduan penduduk, peningkatan penyumbang yuran bulanan dan penambahbaikan sistem pegurusan kewangan persatuan. Hadirin yang dihormati, Sebagaimana kita sedia maklum, mesyuarat ini bertujuan untuk membubarkan Ahli Jawatankuasa sesi 2021/2023 serta melantik Ahli Jawatankuasa baharu. Usul-usul dan cadangan membina yang diberikan oleh para ahli juga amat membantu bagi membolehkan persatuan terus memberikan yang terbaik, InshaAllah. Suka juga saya mencadangkan agar persatuan selepas ini dapat memikirkan strategi dan cara terbaik bagi menjana pendapatan persatuan serta mendapatkan lebih banyak lagi dana sumbangan dari pelbagai sumber bagi memperbanyakkan lagi aktiviti dan menambah kemudahan-kemudahan prasarana di Perumahan Jeram Estate. Hadirin yang dihormati, Untuk membolehkan persatuan ini terus relevan, kepimpinan yang bijak dan dinamik merupakan antara prasyarat utama. Ahli-ahli persatuan yang menerajui kepimpinan dalam persatuan ini merupakan tonggak pemangkin perubahan yang berperanan besar bagi membentuk masa depan persatuan. Justeru itu, Komitmen, kreativiti, inovasi, dan kebijaksanaan harus digunakan sebagai pemangkin perubahan. Setiap pandangan ahli hendaklah dijadikan input ke arah penambahbaikan dan kecemerlangan Persatuan De Jeram Damansara Kuantan. Akhir kata, harapan saya semoga persatuan ini kekal terus utuh bergerak demi menjaga kepentingan komuniti Taman Perumahan Jeram Estate, Bandar Damansara Kuantan. Sekian, Terima Kasih. En. Rosli Bin Wahab Penasihat Persatuan De Jeram Damansara Kuantan
Jawatan Kuasa Kerja Mesyuarat Agung NO. SENARAI TUGAS BIDANG TUGAS 1. Pengacara Majlis/Pengerusi Sementara (Dr. Iqbalmunauwir) • Mengacarakan perjalanan majlis • Menjadi pengerusi sementara bagi Mesyuarat Agung Persatuan De Jeram Damasara Kuantan 2. Bacaan Doa (En. Haji Jeffary) • Memimpin bacaan doa kesejahteraan majlis 3. Buku Mesyuarat (Pn. Mirani) • Menyediakan buku program Mensyuarat Agung bagi rujukan para ahli 4. Surat-menyurat (Dr. Iqbalmunauwir) • Menyediakan dan mengedarkan surat jemputan mesyuarat, borang pencalonan AJK dan Borang usul 5. Laporan Kewangan (Pn. Aida Azlina) • Menyediakan laporan kewangan sesi 2021/2023 persatuan yang telah disemak dan ditandatangani Juruaudit 6. Laporan Aktiviti Persatuan (Pn. Mirani) • Menyediakan laporan aktiviti persatuan sesi 2021/2023 7. Video Montaj (Pn. Mirani) • Menyediakan video montaj pembukaan majlis 8. Penyelaras Teknikal (Dr. Iqbalmunauwir) • Menyediakan ‘link’ dan memastikan kelancaran majlis melalui platfom dalam talian (Google Meet)
Jawatan Kuasa Persatuan (2021-2023)
Agenda Majlis Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Persatuan De Jeram Damansara Kuantan Kali Kedua 0830 mlm Pembukaan Majlis 0835 mlm Ucapan Perasmian 0845 mlm Ucapan Aluan 0855 mlm Video Montaj 0900 mlm Pembentangan Minit Mesyuarat Agung 2021 0910 mlm Pembentangan Laporan Kewangan 0935 mlm Pembentangan Laporan Aktiviti Persatuan 0945 mlm Perbahasan Usul 1000 mlm Perlantikan Jawatan Kuasa Persatuan 2023-2025 1020 mlm Ucapan Penutup 1030 mlm Bersurai
Minit Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali Pertama - 2021
Minit Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali Pertama - 2021
Laporan Kewangan 2021
Laporan Kewangan 2021
Laporan Kewangan 2022
Laporan Kewangan 2022
Laporan Aktiviti Persatuan 2021/2023 NO. AKTIVITI ULASAN TINDAKAN 1. Aktiviti gotong-royong kawasan pintu masuk Jeram Estate Membersihkan dan membaik pulih kawasan sekitar pondok jaga, bangunan pondok jaga, kawasan sekitar tasik, tembok pintu masuk utama dan penyelenggaraan palang besi lama di pintu masuk Jeram Estate Semua AJK, penduduk Jeram Estate 2. Ziarah dan sumbangan kepada penduduk yang sakit Sesi ziarah, membeli barang-barang keperluan dan menghantar sumbangan kepada penduduk yang terlibat kemalangan dan dijangkiti Covid-19 Pengerusi, Timbalan Pengerusi, AJK Kebajikan 3. Sumbangan kematian Mengumpul dan menyerahkan sumbangan kepada penduduk yang kematian ahli keluarga Bendahari 4. Pendaftaran Khairat kematian Menguruskan pendaftaran Khairat Kematian penduduk beragama Islam dengan kerjasama Masjid As-Syakirin Damansara Kuantan Pen. Setiausaha 5. Lawatan YB Adun Beserah dan YB Adun Semambu Lawatan pihak ADUN melawat kawasan limpahan air dari kawasan bukit dan kawasan tasik untuk tindakan susulan kepada pihak berwajib Timbalan Pengerusi, Pen. Setiausaha, AJK Kebajikan 6. Mesyuarat bersama wakil Alam Flora Mengadakan pertemuan bersama Alam Flora bagi membincangkan dan memperbaiki mutu khidmat pembersihan, pengurusan sisa dan kerja-kerja penyelenggaraan kawasan Jeram Estate Pen. Setiausaha
Laporan Aktiviti Persatuan 2021/2023 NO. AKTIVITI ULASAN TINDAKAN 7. Tempahan dan pengedaran pelekat cermin kereta logo persatuan Pelekat cermin kereta yang baharu sebagai pengenalan identiti kenderaan penduduk bagi tujuan keselamatan. Setiausaha, Pen. Setiausaha 8. Hadiah kelahiran baharu Menghantar hadiah kepada penduduk yang menerima kelahiran bayi baharu. Pen. Setiausaha, AJK Kebajikan 9. Membina laman sesawang persatuan Membina dan mengemaskini laman sesewang persatuan Setiausaha, Pen. Setiausaha 10. Menguruskan pemasangan autobarrier, cctv dan papan tanda keselamatan Pemasangan autobarrier bagi menggantikan palang besi manual lama, CCTV dan papan tanda keselamatan bagi meningkatkan sistem kawalan keselamatan yang lebih efektif. Setiausaha, Pen. Setiausaha, Timbalan Pengerusi, Pengerusi 11. Kempen kibar jalur gemilang Aktiviti dibuat sempena Bulan Kemerdekaan bagi menyemarakkan semangat patriotik dan cinta negara. AJK Kebajikan 12. Pengurusan lanskap Perumahan Jeram Estate Menguruskan dan menjalankan aktiviti mengindahkan kawasan Perumahan Jeram estate seperti membersihkan/mendalamkan kawasan tasik,membina pulau taman sekitar pintu masuk utama perumahan. Pen. Setiausaha, AJK Kebajikan, Timbalan Pengerusi
Laporan Aktiviti Persatuan 2021/2023 NO. AKTIVITI ULASAN TINDAKAN 13. Kutipan yuran penyelenggaraan dan sekuriti, susulan tunggakan bayaran Menguruskan kutipan yuran penyelenggaraan dan sekuriti setiap bulan dan membuat tindakan susulan kepada penduduk yang tidak menyumbang dan mempunyai tunggakan bayaran dengan menghantar notis peringatan, surat tuntutan dan hadir membuat pertemuan dari rumah ke rumah. Bendahari, Pen. Bendahari, Setiausaha, Pen. Setiausaha, Pengerusi, Timbalan Pengerusi 14. Mesyuarat keselamatan bersama MRA Security dan pengawal keselamatan Mesyuarat diadakan secara berkala bersama pihak MRA Security Sdn. Bhd. dan para pengawal keselamatan bagi membincangkan isu-isu berkenaan kawalan keselamatan dan kebajikan pengawal keselamatan. Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Pen. Setiausaha 15. Lawatan pihak Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) Mengadakan sesi lawatan bersama pihak JPS bagi meninjau kawasan limpahan air dari bukit dan tasik serta memohon pembesaran longkang di lereng bukit. Pen. Setiasuaha, Timbalan Pengerusi 16. Tempahan perangkap anjing & Perangkapmonyet Menempah perangkap milik persatuan dan menguruskan tangkapan haiwan liar dengan kerjasama MBK dan PERHILITAN Pen. Setiausaha, Timbalan Pengerusi 17. Menguruskan penukaran nama akaun TNB pondok jaga Menguruskan proses penukaran nama akaun TNB pondok jaga dari akaun individu kepada akaun persatuan dengan kerjasama Penghulu Mukim Sungai Karang dan pihak TNB. Pen. Setiausaha, Pengerusi
Laporan Aktiviti Persatuan 2021/2023 NO. AKTIVITI ULASAN TINDAKAN 18. Sumbangan kecemerlangan SPM 2020 Menyampaikan sumbangan kepada anak-anak SPM 2020 dengan kerjasama YB Adun Beserah, KRT Damansra dan Persatuan De Jeram Pen. Setiausaha, Pengerusi 19. Permohonan Taman Permainan Kanak-kanak Memohon pemasangan taman permainan kanak-kanak kepada pihak MBK dan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Pen. Setiausaha, Pengerusi 20. Mengurus permohonan Geran ROS Menghantar kertas kerja dan permohonan untuk memohon wang Geran MyICE untuk aktiviti komuniti. Geran diterima sebanyak RM10,000.00 Setiausaha, Pen. Setiausaha 21. Program sehari bersama Komuniti Melaksanakan program tajaan Geran MyICe dengan mengadakan Program Sehari Bersama Komuniti Jeram Estate. Semua AJK, AJK program dan semua penduduk 22. Menguruskan pembayaran bil dan perbelanjaan dari akaun kepada penerima Menguruskan pembayaran online akaun persatuan dan segala pembayaran untuk pembelian barang keperluan komuniti, pembayaran servis penyelenggaraan, pembayaran sekuriti, dll. Bendahari, Pengerusi 23. Pembersihan tanah-tanah lot banglo fasa III Menguruskan dan mengadakan perbincangan bersama pemilik-pemilik tanah lot banglo fasa III Jeram Estate bagi mengumpul dana dan menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pemeliharaan berterusan bagi kawasan tanah-tanah lot berkenaan. Pen. Setiausaha
Laporan Aktiviti Persatuan 2021/2023 NO. AKTIVITI ULASAN TINDAKAN 24. Sumbangan kecemerlangan SPM 2020 Menyampaikan sumbangan kepada anak-anak SPM 2020 dengan kerjasama YB Adun Beserah, KRT Damansra dan Persatuan De Jeram Pen. Setiausaha, Pengerusi 25. Permohonan Taman Permainan Kanak-kanak Memohon pemasangan taman permainan kanak-kanak kepada pihak MBK dan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Pen. Setiausaha, Pengerusi 26. Menguruskan aduan-aduan penduduk Menerima aduan-aduan dan membuat tindakan susulan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab. (PAIP, MBK, AF, TNB, PERHILITAN, BOMBA, JPAM, VETERINAR) Pen. Setiausaha, Timbalan Pengerusi 27. Baik pulih pondok jaga Menguruskan kerja-kerja baikpulih pondok jaga untuk keselesaan pengawal keselamatan dan menaikkan imej pintu masuk Jeram Estate. Setiausaha, Pen. Setiausaha, Timbalan Pengerusi, Pengerusi 28. Menguruskan pembayaran bil dan perbelanjaan dari akaun kepada penerima Menguruskan pembayaran online akaun persatuan dan segala pembayaran untuk pembelian barang keperluan komuniti, pembayaran servis penyelenggaraan, pembayaran sekuriti, dll. Bendahari, Pengerusi
Laporan Aktiviti Persatuan 2021/2023 NO. AKTIVITI ULASAN TINDAKAN 29. Mengurus permohonan Geran JPPM Menghantar kertas kerja dan permohonan untuk memohon wang Geran MyICE untuk aktiviti komuniti. Geran diterima sebanyak RM10,000.00. Menghantar laporan pelaksanaan aktiviti komuniti Geran MyICE kepada JPPM Setiausaha, Pen. Setiausaha 30. Program sehari bersama Komuniti Melaksanakan program tajaan Geran MyICe dengan mengadakan Program Sehari Bersama Komuniti Jeram Estate. Semua AJK, AJK program dan semua penduduk 31. Pembersihan tanah-tanah lot banglo fasa III Menguruskan dan mengadakan perbincangan bersama pemilik-pemilik tanah lot banglo fasa III Jeram Estate bagi mengumpul dana dan menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pemeliharaan berterusan bagi kawasan tanah-tanah lot berkenaan. Pen. Setiausaha 32. Program Penukaran Tong Sampah 20L Alam Flora Menyelaraskan program penukaran tong sampah baharu dengan kerjasama pihak Alam Flora. Penukaran dibuat dari rumah ke rumah mengikut senarai nama berdaftar dalam permohonan. Pen. Setiausaha
Perbahasan Usul Usul 1: Melantik 4 orang Ahli Jawatan Kuasa tambahan untuk jawatan : • Penolong Bendahari (1) • Ahli Jawatan kuasa (3) Penerangan: Di dalam perlembagaan Persatuan De Jeram Damansara Kuantan, hanya terdapat 8 orang Ahli Jawatan kuasa. Tujuan pelantikan AJK tambahan ini supaya dapat mengurangkan beban kerja AJK sedia ada dengan meletakkan dua orang AJK bagi setiap peranan. Diusulkan oleh: Dr. Iqbalmunauwir Bin Ab Rashid
Perbahasan Usul Usul 2: Memansuhkan yuran keahlian (masuk) dan yuran tahunan. Penerangan : Di dalam perlembagaan, termaktub yuran keahlian (RM1) dan yuran tahunan (RM10). AJK persatuan bertanggungjawab atas kutipan wang untuk melancarkan urusan menjaga keharmonian dan keamanan kawasan kejiranan. Diusulkan oleh: Dr. Iqbalmunauwir Bin Ab Rashid
Perlantikan Jawatan Kuasa Persatuan 2023-2025 SENARAI AHLI JAWATAN KUASA PERSATUAN NO. JAWATAN NAMA AHLI JAWATAN KUASA 1. Pengerusi 2. Timbalan Pengerusi 3. Setiausaha 4. Penolong Setiausaha 5. Bendahari 6. Penolong Bendahari 7. Ahli Jawatan Kuasa 8. Ahli Jawatan Kuasa 9. Ahli Jawatan Kuasa 10. Ahli Jawatan Kuasa 11. Ahli Jawatan Kuasa 12. Ahli Jawatan Kuasa
Penghargaan Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada : Penasihat, Pengerusi dan Ahli Jawatan Kuasa Persatuan De Jeram Damansara Kuantan Semua ahli Persatuan De Jeram Damansara Kuantan dan penduduk Perumahan Jeram Estate, Damansara Kuantan Semua pihak yang telah memberi kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan majlis Mesyuarat Agung Dwi-tahunan kali kedua 2023 pada malam ini Serta Semua pihak yang terlibat secara tidak langsung dalam membantu dari segi kewangan, material dan sokongan moral dalam melaksanakan mesyuarat ini dengan jayanya. Semoga Tuhan memberi keberkatan atas segala usaha kita bersama.
Disediakan oleh: Mira