GEJALA RASUAH MPU23142 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA KUMPULAN 5
Ahli Kumpulan Preveena Subramaniam 23DLS22F1006 Vanessa Grace Richard 23DLSS2F1004 Serafina Belinda 23DLS22F1066
Ahli Kumpulan Rainida binti Guntang 23DLS22F1076 Roxanne Hon Zi Qi 23DLS22F1012
1 Pengenalan Gejala Rasuah 2 4 3 5 ISI KANDUNGAN Faktor berlakunya Gejala Rasuah Isu dan Contoh berkaitan Kesan Gejala Rasuah Hukuman dan Undang - Undang 6 Cara Mengatasi Gejala Rasuah 7 Kesimpulan Topik
PPEENNGGEENNAALLAANN RASUAH
Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. APAKAH ITU RASUAH?
Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun. APAKAH ITU RASUAH?
FFAAKKTTOR GEJALA OR GEJALA RASUAH
KKEEWWUUJJUUDDAANN PPEELLUUAANNGG Rasuah berpunca daripada sifat tamak dan kerana wujudnya peluang. Sebagai contohnya, Setiap manusia memerlukan keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian akan tetapi kerana sifat tamak, mereka mahukan lebih daripada itu walaupun bukan di bawah kemampuan mereka. Oleh kerana sifat tamak inilah ia telah membuka ruang peluang kepada mereka untuk memberi dan menerima rasuah.
TTIIDDAAKK BBEERRIINNTTEEGGRRIITTII Integriti bermaksud kejujuran dan ketulusan, kesempurnaan atau keutuhan. Seorang pekerja yang berintegriti rendah akan mudah untuk melakukan jenayah rasuah walaupun memiliki kelulusan yang tinggi, cekap dan mahir dalam melakukan kerja. Sebagai contohnya, apabila wujud peluang, mereka akan merebut dengan menerima suapan rasuah daripada syarikat atau kontraktor dengan meluluskan kontrak dan tender tanpa mengikut prosedur biasa yang telah digariskan oleh organisasi.
TTEEKKAANNAANN KKEEWWAANNGGAANN Faktor lain yang menyebabkan mudahnya seseorang menerima rasuah adalah apabila mereka mengalami tekanan kewangan dan tekanan kerja yang berlebihan. Kebanyakan mereka mempunyai salah satu dari masalahmasalah seperti hutang, tunggakan bil, inginkan gaya hidup mewah, terlibat dengan dadah, alkohol dan sebagainya.
KKEELLEEMMAAHHAANN PPEERRIIBBAADDII Kelemahan peribadi seperti kurangnya didikan agama dan iman serta takwa dalam diri juga merupakan faktor utama yang menyebabkan seseorang itu menjebakkan diri mereka ke kancah rasuah. Sikap tidak ambil peduli walaupun mengetahui bahawa rasuah itu dilarang oleh agama dan undang-undang menyebabkan mereka mencipta pelbagai alasan untuk membenarkan tindakan tersebut. Mereka yang lemah keperibadiannya dan lemah pegangan agamanya akan mudah untuk melakukan rasuah kerana dikawal oleh hawa nafsu dan mudah terpengaruh dengan ganjaran yang ditawarkan demi kepentingan peribadi.
DDAASSAARR NNEEGGAARRAA Sesetengah negara mempunyai undang-undang yang mengawal jenayah rasuah namun kurang menitikberatkan keberkesanan pelaksanaannya termasuklah Malaysia. Hal ini kerana, hukuman yang dikenakan kepada pesalah rasuah adalah tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan akhirnya menyebabkan jenayah tersebut hampir menjadi amalan dalam masyarakat. Masalah ini tidak akan menampakkan jalan hujungnya jika undang-undang yang dilaksanakan tidak sesuai dengan keadaan masyarakat.
IISSUU && CONTOH CONTOH RASUAH
ISU RASUAH DI MALAYSIA Malangnya, negara kita berada dalam indeks skala yang tinggi bagi kes rasuah di peringkat antarabangsa. Terdapat pelbagai kes rasuah yang telah berlaku di negara kita.
TIGA POLIS DIREMAN SELEPAS DISYAKI MINTA RASUAH Seorang pemilik sebuah kilang kayu membuat laporan bahawa seorang pegawai polis meminta wang rasuah berjumlah RM160,000 pada 29 Ogos lalu untuk bantu menyelesaikan kes pemilik tersebut dan isterinya yang terbabit dalam satu kes penipuan. Sehari sebelum itu, pemilik kilang itu mendakwa dia ada menyerahkan RM20,000 kepada seorang anggota polis wanita untuk tujuan yang sama. Sumber: Berita Harian Oleh Izz Laily Hussein - September 13, 2022
BEKAS SETIAUSAHA POLITIK IDRIS HARON DIDAKWA TERIMA RASUAH Bekas setiausaha politik kepada mantan Ketua Menteri Melaka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM408,736 sebagai ‘upah’ projek pembinaan masjid, enam tahun lalu Tertuduh membantu sebuah syarikat untuk dilantik sebagai kontraktor bagi projek mereka membina dan menyiapkan pelbagai jenis infrastruktur di atas sebahagian tanah di Lot 341 dan Lot 345, Mukim Bachang, bernilai RM5.28 juta. Tertuduh turut didakwa atas 11 pertuduhan secara rasuah menerima suapan wang berjumlah RM85,000 melalui bayaran kad kredit Sumber: Astro Awani Oleh Shuhada Abdul Kadir April 13, 2023
TERIMA RASUAH RM7,000, PEGAWAI PENGUAT KUASA DIREMAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai penguat kuasa kerana disyaki bersubahat menerima wang rasuah berjumlah RM7, 000 bagi mengubahsuai laporan kimia berkaitan kes dadah. Sumber: Kosmo Oleh MOHD RIDZAUDDIN ROSLAN 10 April 2023
KKEESSAAN GEJALA N GEJALA RASUAH
PPeennttaaddbbiirraann nneeggaarraa aakkaann tteerrjjeejjaass Segala dasar atau penguatkuasaan menjadi lemah. Pelaksaanaan undang-undang tidak dapat dijalankan secara adil dan boleh menumbangkan ekonomi negara secara amnya. Oleh itu, pembuat polisi negara seharusnya melihat pelaksaan bebas rasuah bukan sahaja di peringkat bawahan malahan di peringkat pemain industri dan syarikat-syarikat multinasional agar pentadbiran negara dapat diuruskan dengan adil dan saksama
MMeennjjaattuuhhkkaann iimmeejj nneeggaarraa ddii mmaattaa dduunniiaa Kemajuan media massa dalam mendapatkan maklumat mengenai segala perkara atau isu yang berlaku dalam sesebuah negara mampu menjadi punca kejatuhan ekonomi negara. Sekiranya berlaku, negara akan kehilangan minat daripada pelabur-pelabur asing kerana mereka tidak percaya akan sistem pentadbiran negara. Apabila kehilangan pelabur maka ekonomi negara akan merosot dan lembap.
MMeennjjeejjaasskkaann ppeerrkkeemmbbaannggaann ppeerrttuummbbuuhhaann eekkoonnoommii nneeggaarraa Kos untuk melakukan projek pembangunan seperti sekolah, jalan raya, dan sebagainya akan menjadi lebih mahal kerana kos rasuah terpaksa diambil kira dalam pelaksanaan projek. Kerajaan terpaksa membatalkan atau menunda projek tertentu kerana kekurangan sumber kewangan untuk membiayai projek tersebut. Perkembangan pertumbuhan ekonomi negara menjadi tidak stabil lalu menuju ke arah kemelesetan ekonomi pula.
MMeennjjeejjaasskkaann kkuuaalliittii kkeehhiidduuppaann rraakkyyaatt bbiiaassaa Kos kehdiupan harian akan menjadi lebih tinggi seperti kos membeli roti, dan makanan. Rakyat jelata terutama golongan miskin akan menderita kerana harga barangan keperluan di luar kemampuan mereka untuk membelinya pula. Maka, menjadikan kehidupan masyarakat semakin menderita.
UNDANG-UNDANG & HUKUMAN UNDANG-UNDANG & HUKUMAN RASUAH
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM adalah sebuah badan tunggal dan bebas yang mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan rasuah serta merupakan tunggak utama dalam inisiatif anti-rasuah di Malaysia. SPRM telah ditubuhkan pada Januari 2009, menggantikan agensi sebelumnya - Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengikut akta yang baru digubal iaitu Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Peranan SPRM adalah untuk membasmi rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di Malaysia dengan fungsi yang berdasarkan kepada prinsip Bebas, Telus dan Profesional dalam melaksanakan tugasnya. SPRM
1 Perlembagaan Persukutuan 2 4 3 5 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694) Akta Pencegahan Rasuah 1997 Kanun Keseksaan (Akta 574) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,Pembiayaan Keganasan & Hasil drpd Aktiviti Haram 2001 (Akta 613)
Jenis kesalahan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 1.Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009] 2.Memberi suapan [seksyen 17(b) ASPRM 2009] 3.Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 ASPRM 2009] 4.Salah guna kuasa [Seksyen 23 ASPRM 2009]
Secara umumnya, hukuman bagi kesalahan rasuah ialah dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan didenda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi
CCAARA MENGATASI RA MENGATASI RASUAH
Cara Mengatasi Maslah Rasuah 01 02 Memberi pendidikan tentang amalan rasuah Menguatkuasa undangundang Budaya ini perlu dijelaskan dan diingatkan kepada setiap anggota masyarakat khususnya golongan muda sejak kecil lagi. Topik-topik mengenai rasuah boleh dimasukkan ke dalam buku teks muridmurid untuk memberi pendedahan tentang amalan buruk rasuah kepada mereka. memastikan perbicaraan yang melibatkan rasuah dilaksanakan dengan pantas dan adil supaya pelaku rasuah tidak bebas untuk memutar-belitkan kenyataan dan mengubah salah laku mereka. SPRM sebagai penguatkuasa yang memantau dan bertindak ke atas salah laku yang melibatkan rasuah. Badan Kehakiman Negara
Cara Mengatasi Masalah Rasuah 03 04 Memastikan sektor awam beroperasi dengan telus Memberi gaji yang bermaruah Memastikan sektor awam beroperasi secara jujur, telus dan bertanggungjawab, terutamanya pengurus organisasi. Kakitangan awam terutamanya pemimpin negara melantik syarikat yang mempunyai merit serta rekod yang baik dan bukan melalui menerima rasuah. Mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk menampung keperluan dan kehendak diri serta keluarga boleh menyebabkan keinginan untuk menerima rasuah dapat dielakkan.
Cara Mengatasi Maslah Rasuah 05 06 Menjalankan kempen yang efektif Mengenakan hukuman yang berat Mengadakan kempen bukan sahaja di peringkat sekolah, institusi dan universiti, malah di kawasan perumahan dan perkampungan supaya setiap golongan masyarakat sedar tentang rasuah. Iklan-iklan mengenai rasuah boleh dimuat-naikkan melalui media sosial seperti Instagram dan TikTok. Hukuman berdasarkan laman SPRM, seperti didenda sebanyak 10 ribu (RM100,000) dan/atau dipenjarakan tidak lebih 2 tahun mesti dikenakan kepada sesiapa sahaja yang dilapor atas pemberian atau penerimaan suapan supaya masyarakat dapat mengambil ikthibar dan belajar dari kesalahan atas perlakuan tersebut.
KKEESSIIMMPPUULLAANN RASUAH
Tidak dapat dinafikan bahawa kes rasuah di negara kita masih lagi berleluasa. Hal ini disebabkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan juga menyalahgunakan kuasa untuk meraih wang semata-mata. Maka dengan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu mengambil berat dan sentiasa memikirkan inisiatif baru bagi membolehkan mereka sentiasa kehadapan dalam memastikan jenayah rasuah ini dapat dibendung dengan sebaik mungkin agar negara kita tidak lagi tergolong dalam kalangan negara yang mempunyai indeks rasuah yang tinggi. KESIMPULAN
THANK YOU "Bila Rasuah Menang, Negara Malang" Kumpulan 5