PROFESIONALISME
GURU
PENGHAYATAN STANDARD
GURU MALAYSIA (SGM)
Standard Guru Malaysia
Isu Tingkah Laku Guru
Kod Etika profession
perguruan
Perundangan
Pendidikan
Etika, Akhlak & Moral
Guru
PROFESIONALISME
GURU
E-PORTFOLIO
ASRINA BINTI ROSLAN
17218638
Diploma Pascasiswazah
Pengkhususan Kimia
Universiti Malaya
2020/2021
PENTAKSIRAN ALTERNATIF DIPLOMA PASCASISWAZAH
PENDIDIKAN
PQI6003 : ETIKA, AKHLAK, MORAL DAN PERUNDANGAN
DALAM PENDIDIKAN
NAMA PENSYARAH: DR CHE ALEHA BT LADIN
E-portfolio ini mengandungi perbincangan mengenai perkaitan
antara perundangan di Malaysia dan isu salah laku guru-guru yang
melibatkan etika, akhlak dan sejauh mana warga pendidik
mengamalkan penghayatan Standard Guru Malaysia (SGM).
PROFESIONALISME
GURU
ISI KANDUNGAN
• Standard Guru Malaysia (SGM)
• Konsep Etika
• Kod Etika Profession Perguruan
• Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
• 4 Kod Etika Profession Perguruan
• Peranan Guru Sebagai Pendidik
• Isu Salah Laku Guru (Analisis Kes)
• Kes 1
• Kes 2
• Kes 3
• Kes 4
• Kes 5
• Kesimpulan
• Cadangan
• Rujukan
PROFESIONALISME
GURU
Apakah maksud SGM?
Standard Guru Malaysia (SGM) adalah dokumen rujukan yang berkaitan
dengan kebolehan yang perlu dicapai oleh guru Malaysia dan etika yang perlu
dihayati, dipraktikkan dan ditunjukkan. Dimana ianya mengandungi
penerangan mengenai kebolehan profesional (standard) yang perlu dicapai
oleh guru dan aspek (keperluan) yang perlu disiapkan dan dilaksanakan oleh
institusi latihan perguruan untuk membantu guru mencapai kompetensi yang
diperlukan ((KPM), 2019)
Tujuan SGM
Kesediaan
Cabaran Dunia Institusi Latihan Kompetensi
Pendidikan Guru
Perguruan
Rajah 1.0: Tujuan Standard Guru Malaysia
Etika Profession Keguruan
Konsep Etika
Etika adalah aspek yang melibatkan tingkah laku yang diterima dan dipersetujui
oleh sesuatu masyarakat. Etika adalah himpunan nilai-nilai dan moral yang
mesti dimiliki dan diamalkan oleh individu ataupun sesuatu organisasi.
Kod Etika Profesion Perguruan
Merupakan rujukan yang digunakan oleh para guru. Kod Etika profesional ini
merujuk kepada semua standard yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti
perkhidmatan, produktiviti, dan disiplin dengan menekankan semua aspek dari
segi peraturan dan peradaban seseorang guru. Pengetahuan tentang kod etika
profesion perguruan ini sangat penting bagi guru dalam menjalankan
tanggungjawabnya. Ianya adalah garis panduan kepada guru bagi memastikan
guru tidak melanggar tatasusila perguruan yang telah ditetapkan.
Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Terdapat beberapa prinsip etika kerja KPM yang perlu dihayati dan diamalkan
i) Niat yang betul ii) Kelakuan baik iii) Penggerak ke arah kebaikan
iv) memperkotakan janji v) berdisiplin & beradab
1
PROFESIONALISME
GURU
Penghayatan Standard Guru
Malaysia dalam Kalangan Guru
4 Kod Etika Profesion Perguruan
Peranan Guru Sebagai Pendidik
"Guru itu seperti lilin yang menyala, menerangi
dirinya dan orang lain." Pepatah melayu ini
menyampaikan maksud yang tersirat bila
dilihat lebih mendalam, dimana ianya
membawa maksud Guru bukan sahaja
menyampaikan ilmu pengetahuan atau sekadar
mengajar mengikut sukatan pelajaran, tetapi
mereka juga mengorbankan masa, tenaga dan
kepentingan diri untuk memenuhi tugas dan
tanggungjawab mereka untuk membimbing
murid bagi mengembankan lagi aspek jasmani,
rohani, emosi dan intelek murid. Guru
bertanggungjawab untuk melatih murid agar
dapat mewarisi kepemimpinan negara pada
masa akan datang.
Rajah 2.0: 4 Kod Etika Perguruan
2
PROFESIONALISME
GURU
Isu Salah Laku Guru
Analisis Kes
Kes 1
Berita News Sabah Times yang
bertarikh 20 Mei 2019, isu
gangguan seksual guru
terhadap murid. Seorang guru
telah didakwa ke mahkamah
setelah murid membuat
laporan ke atas guru tersebut
tentang tindaka Guru itu
mencabul dan meliwat 5 orang
muridnya.
Rajah 3.0: Isu Gangguan Seksual terhadap Pelajar
Sinar Harian yang bertarikh 10 Mac Kes 2
2021, isu gangguan seksual guru
terhadap kakitangan dan rakan
sejawat. Seorang pengetua telah
didakwa ke mahkamah setelah 4
orang guru dan kakitangan
(mangsa) membuat laporan ke atas
belia. Pengetua tersebut dilaporkan
aktif menghantar mesej lucah
melalui aplikasi WhatApp dan
gangguan seksual secara fizikal.
Rajah 4.0: Isu Gangguan Seksual Rakan Sejawat
‘Harapkan pagar, pagar yang makan padi’ , Berdasarkan 2 isu gangguan seksual yang
dinyatakan di atas, kedua-dua guru yang terlibat telah melanggar kod etika profesional guru, Guru
yang terlibat ini menunjukkan mereka menunjukkan bahawa mereka tidak bertanggungjawab
untuk melindungi murid dalam jagaan mereka serta tidak menjaga keharmonian dan kebajikan
rakan sejawat. Melalui kes seperti ini telah memberikan gambaran dan persepsi buruk masyarakat
terhadap organisasi sekolah dan menjadikan sekolah bukan lagi satu tempat yang selamat untuk
masyarakat meletakkan anak-anak mereka bagi tujuan pendidikan berterusan.
Guru-guru yang terlibat dalam isu salah laku ini telah mengabaikan tanggungjawab mereka
terhadap murid, ibu-bapa, masyarakat dan rakan sejawat. Guru yang menekankan tatasusila
profesion perguruan Malaysia akan sentiasa menunjukkan peraturan, cara berpakaian dan tingkah
laku yang boleh diteladani oleh murid dan diterima oleh masyarakat serta mengekalkan hubungan
baik dengan rakan sejawat.
Merujuk Peraturan tatatertib Pegawai Awam (1993), Gangguan seksual diletakkan dibawah
tatakelakuan yang ditegah sama sekali, iaitu pada Bahagian 2 (Kelakuan) Peraturan 4(A):
(Gangguan Seksual): yang menyatakan penjawat tidak boleh sama sekali melakukan gangguan
seksual terhadap orang lain sama ada diwaktu pejabat ataupun di luar pejabat (Ang, 2010)
3
PROFESIONALISME
GURU
Isu Salah Laku Guru
Analisis Kes
Kes 3
Malaysia Kini, 30 Oktober 2018, Isu Pelajar
menyaman Guru Bahasa Inggeris atas
dakwaan tidak hadir mengajar semasa sesi
P&P selama 7 bulan. Guru itu dikatakan
hanya datang ke kelas selama seminggu
sepanjang lawatan Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) ke sekolah mereka. Beberapa
aduan telah dibuat kepada pihak sekolah
tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil.
Pelajar juga mendakwa pengetua menutup
kes Guru Bahasa Inggeris dengan
memalsukan kehadiran Guru tersebut.
Rajah 5.0: Isu Pelajar saman guru
Ketidakcekapan dan kecuaian guru dalam tugasnya untuk mengajar dan mendidik
anak muridnya telah menafikan hak murid untuk mendapat pendidikan yang sewajarnya.
Berdasarkan teori Maslow, Keperluan mengetahui diperlukan untuk seseorang murid itu
menerokai perasaan ingin tahu terhadap sesuatu perkara, dan menyusun serta menganalisis
maklumat. Dalam konteks pendidikan, Guru hendaklah menyampaikan ilmu pengetahuan
yang membantu memperkembangkan potensi individu murid. Apabila Guru tersebut gagal
menyampaikan tanggungjawabnya, secara tidak langsung akan mempengaruhi motivasi
murid.
Berdasarkan perincian Standard Guru Malaysia (SGM), Standard 1, Amalan nilai
profesionalisme Keguruan, Domain Profesioan menyatakan bahawa guru hendaklah telus
dalam menjalankan tugasnya dengan profesional, dengan menekankan nilai rasa cinta
terhadap bidang kerja. Seorang guru yang baik akan sentiasa bersikap amanah, cekap dan
sentiasa berusaha meningkatkan prestasi kerja mereka.
Guru yang gagal menunjukkan sebab ketidakhadiran mereka pada jangka masa yang
panjang telah melanggar Peraturan tatatertib Pegawai Awam (1993), Bahagian 2(Kelakuan),
Peraturan 23, dimana ketidakhadiran daripada bertugas tanpa kebenaran pihak atasan akan
dikenakan tindakan tetatertib sperti dipindahkan kawasan, pemotongan gaji dan perlucutan
jawatan jika perlu.
4
PROFESIONALISME
GURU
Isu Salah Laku Guru
Analisis Kes
Kes 4
Rajah 6.0: Isu Penyelewengan Guru
Berdasarkan isu penyelewangan diatas, ianya dapat dilihat bahawa terdapat lagi
segelintir guru yang masih gagal menghayati ko etika profesion yang telah menyatakan
larangan-larangan yang boleh merosakkan imej dan kredebiiti profesion perguruan. Merujuk
kes isu penyelewengan diatas yang berjumlah RM11,550 menunjukkan tidak
bertanggungjawab guru tersebut. Guru ini gagal menerapkan nilai-nilai yang telah
digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), iaitu bersikap amanah. KPM
menyatakan bahawa nilai-nilai ini dibentuk agar guru dapat menjadi seorang guru yang
mempunyai sahsiah diri yang baik dan menjadi tauladan kepada anak murid. Nilai amanah
menekankan tentang bagaimana tanggungjawab seorang guru dalam melaksanakan tugas
mereka dengan jujur, berkualti tanpa salah guna kuasa dan penyelewengan.
Guru yang didapati bersalah dan pecah amanah semasa melakukan tugasnya telah
melanggar Peraturan tatatertib Pegawai Awam (1993), Bahagian 2(Kelakuan), Peraturan 4;
dimana pegawai awam tidak dibenarkan tidak berkelakuan jujur dan tidak amanah dalam
melaksanakan tugasnya.
5
PROFESIONALISME
GURU
Isu Salah Laku Guru
Analisis Kes
Kes 5
Rajah 7.0: Isu Penderaan Murid
MetroTV, 10 Februari 2020, Isu guru menampar, tending & cekik pelajar disebabkan masalah
dalaman. Seorang Guru yang terlibat disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana
mendatangkan kecederaan tanpa menggunakan senjata.
Tekanan dan stress yang dihadapi guru tidak menghalalkan cara guru untuk
menghukum pelajar melebihi had hukuman yang telah ditetapkan. Sebaik-baik guru adalah
guru yang murabbi, yang mendidik dengan penuh kasih sayang, menasihati, membimbing
pelajar untu menghayati dan mengamalkan ilmu yang disampaikan. Menghayati nilai
penyayang seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dapat
membentuk peribadi seorang guru. Wajar memberi hukuman apabila pekajar membuat
kesalahan bagi tujuan didikan dan menyedarkan pelajar keatas kesalahan mereka boleh
memudaratkan diri dan orang lain. Ini bermaksud bahawa setiap hukuman yang dikenakan
kepada pelajar semasa di sekolah hendaklah dilakukan dengan berteraskan pendidikan dan
pengajaran tanpa memperlakukan pelajar sesuka hati sehingga menyebabkan kecedaraan
serius.
Guru hendaklah memahami dua surat pekeliling khas yang dikeluarkan oleh KPM berkenaan
hukuman ke atas salah laku pelajar yang tidak dinyatakan dalam Peraturan-peraturan
Pelajaran (Disiplin) Sekolah 1959. I) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1983 Mengenakan
Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid yang Melakukan Perbuatan Salahlaku yang Tidak
Dinyatakan dalam Peraturanperaturan Pelajaran bertarikh 7 November 1983 (Bahagian
Sekolah KPM, 1983). II) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995 yang bertajuk Tatacara
Mengenakan Tindakan dan Hukuman terhadap Pelajar-pelajar Sekolah yang bertarikh 5
September 1995 (Bahagian Sekolah KPM, 1995)
6
PROFESIONALISME
GURU
Kesimpulan
Pelbagai masalah yang melibatkan isu salah laku guru yang melanggar etika
perguruan sering dilaporkan. Terdapat pelbagai isu salah laku guru yang sering kali
berlaku dan dipaparkan, antaranya ialah: Kes gangguan seksual, penyelewengan,
ponteng kerja dan penderaan murid.
Dapat disimpulkan bahawa guru perlu memupuk sikap, tingkah laku dan disiplin
diri ke arah yang lebih profesional agar dapat menjadi contoh dan teladan murid-
murid. Guru yang menunjukkan teladan yang tidak baik adalah guru yang tidak
memahami etika profession perguruan. Secara amnya, guru yang profesional,
adalah guru yang memahami dan menekan tiga aspek penting iaitu kepakaran,
pengetahuan dan pembentukan sahsiah dalam diri seseorang guru dan
menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), serta Standard Guru Malaysia
(SGM).
Cadangan
Bagi menjadi seorang guru yang profesional dalam menjalankan tugas-tugas
bidang perguruan dengan baik, Kemahiran dan ilmu pengetahuan bukan sahaja
benda yang perlu dititikberatkan, penerapan unsur nilah-nilai moral dan etika
dalam diri guru juga perlu. Oleh itu, wajarlah nilai-nilai dan etika perguruan ini
ditanam dalam diri bakal guru semenjak dari institusi latihan sehingga mereka
bergelar guru yang sebenar.
Standard Guru Malaysia (SGM) sangat memfokuskan kompetensi guru dan amalan
nilai profesionalisme keguruan. Kompetensi guru dapat ditingkatkan dengan
pelbagai cara antaranya ialah menanamkan niat yang tulus ikhlas dalam profesion
keguruan, penyuasaian diri dan fleksibel dalam pelbagai perubahan pengajaran
dan pembelajaran, berkeyakinan dan berkepimpinan, berkomunikasi dan
bekerjasama dengan baik, dan mengamalkan pembelajaran berterusan.
7
PROFESIONALISME
GURU
Rujukan
(KPM), K. P. M. (2019). Standard Guru Malaysia (SGM).
https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/sgm-2
Ang, J. J. E. (2010). Penilaian tahap kecekapan P.T.K. pegawai perkhidmatan
pendidikan. PTS Professional Publishing.
https://books.google.com.my/books?id=IwJrAQAACAAJ
Aslina Ahmad, N. I., Faizura Rohaizad. (2018). Teori dan Praktis Pembangunan
Sahsiah Guru. Universiti Pendidikan Sultan Idris , Majlis Penerbitan
Ilmiah Malaysia (MAPIM).
Bernama. (2018). Guru mengaku salah seleweng RM11,550 wang pelajar
miskin. Malaysia Kini. https://www.malaysiakini.com/news/441643
Ismayatim, W. F. (2018). Saman Guru Tidak Masuk Kelas 7 Bulan. myMetro.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/10/391057/saman-
bekas-guru-tak-masuk-kelas-7-bulan
Omar, R. (2021). Pengetua Ditahan Bantu Siasatan Kes Cabul. Sinar-Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/127722/BERITA/Semasa/Peng
etua-ditahan-bantu-siasatan-kes-cabul-pekerja
Othman, M. K. H., Puteh, A., Yusoff, M. Z. M., & Rahim, F. A. (2019). Keperluan
Penggunaan Modul Etika Kerja Guru dalam Meningkatkan Penghayatan
Nilai Pelajar. Islāmiyyāt, 41(1), 49-57.
Polis Tahan Guru Bantu Siasatan Kes Cabul & Liwat. (2019). News Time Sabah.
https://siakapkeli.my/2019/05/19/polis-tahan-guru-bantu-siasatan-kes-
cabulliwat-di-lawas/
Zulkiffli, Z. (2020). Tampar tendang cekik pelajar Harian Metro.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/02/543178/tampar-
tendang-cekik-pelajar-metrotv
("Polis Tahan Guru Bantu Siasatan Kes Cabul & Liwat," 2019)
8