The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amirulazwan188, 2022-01-27 10:56:25

pdf_20220127_235020_0000

pdf_20220127_235020_0000

EDISI KHAS:

Sejarah Puasa Para Amalan-amalan Lain
Rasul Terdahulu Selain Berpuasa

Pelbagai kisah para Nabi
melakukan ibadah puasa

8 Manfaat Puasa untuk Tadarus | Sedekah | Solat
Kesihatan Anda! Terawih | Berdoa| Zakat

Bukan cuma dapat pahala,
dapat cegah risiko penyakit

Sidang Editor

KETUA EDITOR PENOLONG KETUA EDITOR
Mohamad Amirul Azwan Athirah binti Mohamad Pudi

bin Mohd Ishak 263705
263129

Muhammad Akmal Al- Syarifah Nurul Asyiqin binti
Hafiz bin Yahaya Sy Abdl Rahiem
262852 263586

Nurul Anisah binti Azhar Siti Nur Hidayah binti Izham
264833 263507

ISI KANDUNGAN

01 Tinta Editor
02 Artikel Utama
03 Artikel Sampingan
04 Ruangan Kreatif
05 Berita Semasa
06 Ruangan Iklan

01 Tinta Editor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...



Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah
kurniaanNya, kami telah berjaya menerbitkan satu e-
majalah edisi khas Ramadhan : Bulan Penuh
Keberkatan.
Terlebih dahulu ucapan terima kasih ini dizahirkan
kepada Puan Norzaliza Binti Ghazali selaku pensyarah
yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar
untuk menyiapkan majalah ini. Sekalung tahniah dan
penghargaan juga diucapkan atas usaha semua ahli
kumpulan yang terlibat dalam penghasilan e-majalah
ini.

E-majalah edisi khas Ramadhan ini dihasilkan untuk
menyebarkan info tentang kemuliaan Bulan
Ramadhan terutamanya bagi umat Islam. Pelbagai
info menarik diselitkan seperti penjelasan tentang
pelbagai keutamaan bulan Ramadhan, dan
keutamaan-keutamaan puasa, aktiviti di bulan
Ramadhan dan banyak lagi. Secara tidak langsung
dapat menyebarkan dakwah serta memperkenalkan
bulan penuh berkah ini kepada orang ramai.

Akhir kata, kami ingin memohon maaf andai terdapat
kekurangan dalam kandungan majalah ini. Kami juga
berharap agar pembaca akan berpuas hati dengan
penghasilan majalah ini. Sesungguhnya segala yang
baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang
dari kelemahan kami sendiri.

Sekian, terima kasih.

02 ARTIKEL
UTAMA

OLEH MOHAMAD
AMIRUL AZWAN BIN

MOHD ISHAK

SEJARAH PUASA PARA RASUL TERDAHULU

Bulan Ramadhan akan tiba beberapa bulan lagi. Sudah semestinya
kita ingin menyambutnya tanpa kerisauan akibat pandemik Covid
19 yang melanda seluruh dunia hari ini . Ibadah puasa telah
disyariatkan di dalam Islam semenjak zaman Nabi Adam AS.

Nabi Adam AS
Majoriti ulamak berpendapat baginda berpuasa sebanyak tiga kali setiap
bulan iaitu 13, 14, dan 15. Baginda berpuasa kerana bertaubat kepada
Allah setelah dihalau dari Syurga akibat memakan buah yang dilarang
bersama isteri baginda Siti Hawa . Baginda juga berpuasa pada 10
Muharam sebagai tanda syukur bertemu kembali dengan isteri baginda.

Nabi Nuh
Baginda berpuasa di atas kapal yang dibuat oleh baginda akibat banjir
besar dan memerintahkan juga umatnya untuk berpuasa serta memohon
taubat kepada Allah SWT. Baginda juga berpuasa tiga kali setiap bulan
sebagaimana Nabi Adam berpuasa.

Nabi Ibrahim
Nabi Allah Ibrahim berpuasa pada waktu baginda ingin menerima wahyu
yang amalan ini juga diikuti oleh ahli keluarga baginda yang lain iaitu
anak- anak baginda seperti Nabi Ismail, Nabi Ishak dan kedua isteri
baginda.

Nabi Musa
Baginda berpuasa selama 40 hari
di Bukit Thursina untuk
bermunajat kepada Allah untuk
menerima kitab Taurat untuk
kaum baginda.Pada awalnya
Allah memerintahkan baginda
untuk berpuasa selama 30 hari
namun Allah telah menambah
sebanyak 10 hari lagi akibat
baginda bersiwak disebabkan
mulut baginda berbau padahal
mulut orang yang berpuasa lebih
wangi daripada wangian kasturi.

Nabi Yunus
Peristiwa baginda berpuasa
ketika baginda berada di dalam
perut ikan Nun. Baginda telah
meninggalkan kaumnya kerana
kaum baginda telah ingkar
segala suruhan dan larangan
baginda. Baginda kemudiannya
telah menaiki kapal dan telah
terjadi ribut di tengah lautan
menyebabkan nakhoda kapal
terpaksa menyuruh baginda
untuk terjun ke lautan setelah
nama baginda tertera sebanyak
tiga kali semasa undian.

Semasa berada di dalam perut ikan Nun baginda telah berzikir dan
bertaubat kepada Allah SWT.Allah SWT kemudian memerintahkan ikan


Nun untuk mengeluarkan Nabi Yunus dengan cara memuntahkan baginda

ke sebuah pulau . Baginda telah berada di dalam perut ikan Nun beberapa
hari dan ada juga pendapat baginda telah berada di dalam perut ikan Nun
selama 40 hari.

AMALAN PADA BULAN

RAMADHAN SELAIN BERPUASA

Membaca dan mengkhatam AL Quran

Ibadah sunat ini jika kerap dilaksanakan pada bulan
Ramadhan berbanding bulan lain akan mendapat
pahala berlipat kali ganda iaitu membaca satu huruf
mendapat 10 pahala. Terdapat peristiwa yang berlaku
di dalam bulan Ramadhan iaitu Nuzul Al Quran yang
berlaku pada 17 Ramadhan. Nuzul bermaksud turun
atau berpindah dari langit ke bumi . Tambahan pula
pembaca Al Quran akan didoakan oleh malaikat.
Pembaca Al Quran jugak dapat mengetahui kesalahan
ketika membaca apabila membaca bersama ahli
keluarga atau rakan- rakan. Mereka juga akan
mendapat ketenangan jiwa apabila membaca Al Quran .

Solat Sunat Terawih

Apabila tibanya bulan Ramadhan satu ibadah yang
hanya terdapat dalam bulan Ramadhan yang tidak
terdapat dalam bulan yang lain ialah solat sunat
Terawih.Solat sunat Terawih dilakukan selepas solat
fardu Isyak sebanyak lapan hingga 20 rakaat. Pada
tahun 2020 pertama kali solat sunat Terawih tidak
dibenarkan dilakukan di masjid atau surau dan hanya
dibenarkan dilakukan di rumah dengan ketua keluarga
atau ahli keluarga yang baik bacaan Al Quran sebagai
imam . Akhir sekali pada tahun 2021 solat sunat
Terawih dibenarkan dilakukan di masjid atau surau
dengan pematuhan SOP kesihatan.

Berdoa

Doa merupakan senjata orang yang beriman. Allah
SWT sangat suka hamba-Nya memohon sesuatu
kepadanya. Dalam bulan Ramadhan kita sebagai
umat Islam amat digalakan untuk berdoa
terutamanya ketika waktu mustajab doa iaitu ketika
waktu sahur, malam Lailatul Qadar , sebelum
berbuka puasa, sepertiga malam, dan juga ketika
berpuasa. Doa hendaklah dengan penuh
pengharapan agar doa dimakbulkan dan dosa
diampunkan oleh Allah SWT.

Bersedekah
Bersedekah pada bulan Ramadhan mempunyai
kelebihan yang tersendiri daripada bulan- bulan lain.
Salah satu kelebihan tersebut ialah akan mendapat
berlipat kali ganda pahala sebagai contoh apabila kita
memberi makan kepada orang yang berbuka puasa
maka pahala yang diperoleh sama seperti orang yang
berpuasa tersebut malah tidak berkurang walau sedikit.
Bulan Ramadhan juga mengajar kita untuk berkasih
sayang dengan orang miskin dengan memberi mereka
sedekah yang dapat membersihkan hati kita dan
melahirkan sifat belas ihsan terhadap sesama manusia.

Zakat

Zakat fitrah merupakan jenis zakat yang wajib
dikeluarkan oleh setiap individu yang beragama
Islam jika ada lebihan makanan atau harta. Waktu
membayar zakat fitrah ialah waktu wajib iaitu
tenggelam matahari pada akhir Ramadhan
sehingga terbit matahari satu Syawal, waktu afdal
iaitu sebelum solat Sunat Hari Raya Aidil Fitri
,waktu sunat iaitu sepanjang bulan
Ramadhan,waktu makruh selepas solat Sunat
Hari Raya Aidil Fitri hingga terbenam matahri satu
Syawal, dan waktu haram iaitu selepas terbenam
matahari satu Syawal. Kadar bayaran zakat fitrah
berbeza mengikut negeri di Malaysia.

0.3 ARTIKEL
SAMPINGAN

Oleh Athirah Binti Mohamad Pudi

Matlamat puasa adalah untuk membina takwa. Untuk
tujuan itu puasa perlu dilakukan dengan cara serta adab
yang betul. Apabila kesemua ini dilakukan dengan
sempurna, seseorang bukan sahaja akan memperoleh
takwa, malah lebih dari itu dia juga akan memperoleh
segala kebaikan yang lain. Antara kebaikan itu ialah
meningkatkan kesihatan badan melalui proses
detoksifikasi.

8



Pantun Ramadan

Pokok keladi di tepi paya,
Tumbuh bersama pohon pegaga,

Selamat berpuasa untuk semua,
Semoga amalan bertambah pahala.

Daun pandan hijaunya indah,
Enak baunya hati pun ceria,

Penuhi Ramadan dengan ibadah,
Moga keredaanNya milik semua.

Jangan takut meredah paya,
Bunga tanjung baunya wangi,

Puasa mendidik hati manusia,
Jangan menzalimi tapi mengasihi.

Membeli laksa bersama kuih,
Pau kukus berinti kelapa,

Siang berpuasa malam berterawih,
Amalan tadarus usahlah lupa.

Buah zaitun buah kurma,
Juadah wajib bulan Ramadan,

Seribu bulan sudah menjelma,
Hargainya dalam apa jua keadaan.

Coraknya lembut warna sepadan,
Indah ditonton daun dan dahan,

Sempena menyambut bulan Ramadan,
Maaf dipohon segala kesalahan.

11

05.SEBMERAITSAA

OLEH NURUL ANISAH BINTI AZHAR

12

UMAT ISLAM MULA BERPUASA ESOK

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan
mula berpuasa pada Selasa 13 April 2021,
demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar
Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, iaitu
12 April 2021.

Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh
Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-
Pertuan Agong selepas diperkenan Duli-Duli
Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman ringkas itu disiarkan secara
langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia
(RTM).

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan
bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat
Islam di Malaysia ialah pada 12 April 2021,
bersamaan 29 Syaaban 1442 Hijrah.

13

BAZAR RAMADAN
KEMBALI MERIAHKAN
LAPAN STESEN LRT
MULAI SELASA

PETALING JAYA: Kemeriahan suasana membeli
juadah berbuka puasa akan mewarnai semula
lapan stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT)
sepanjang Ramadan ini bermula Selasa depan.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Datin
Norlia Noah berkata Bazar Ramadan dalam norma
baharu tersebut melibatkan stesen LRT Putra
Height, Glenmarie, Kelana Jaya, Pandan Indah,
Cempaka, Damai, Gombak dan Bangsar.

Beliau berkata selain memberi platform kepada
peniaga kecil menjana pendapatan, Bazar
Ramadan yang diwujudkan di ruangan parkir dan
jejantas itu, diharap memudahkan warga kota
yang berkejar dari tempat kerja untuk membeli
makanan berbuka puasa di rumah.

14

Rapid KL Support Lokal 2.0 merupakan
kesinambungan inisiatif tanggungjawab sosial
korporat (CSR) yang dilancarkan tahun lalu, bertujuan
membantu rakyat Malaysia yang terkesan dengan
penularan COVID-19.

Di bawah kempen berkenaan, pasukan media sosial
Prasarana telah membuat promosi secara agresif dan
percuma kepada lebih 15 peniaga kecil di media
sosial Rapid KL, yang berjaya menghasilkan 2.3 juta
'social media engagement reach' dengan lebih
RM800 ribu 'PR value'.

Norlia berkata, edisi kedua inisiatif berkenaan diharap
dapat menghasilkan impak dan penglibatan yang
lebih besar daripada media massa, bagi membantu
lebih banyak pemilik perniagaan termasuk pengusaha
makanan dalam talian yang beroperasi dari rumah.

Terdahulu, sebanyak 10 peniaga yang menyertai
'Rapid KL Support Lokal 2.0' di LRT Lembah Subang
mempamerkan produk makanan mereka, antaranya
Dapur Hasnah, Pak Syed Nasi Kuning, Strawberry
Shots, Botoi Teh Thai, Sky Pastries dan Kantin
Pramugara.

15

06 RUANGAN IKLAN

OLEH
SITI NUR HIDAYAH BINTI IZHAM

16

RAMADHAN
KAREEM

17

ISTIMEWA
18


Click to View FlipBook Version