The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amirulazwan188, 2022-01-26 19:46:59

pdf_20220127_083740_0000

pdf_20220127_083740_0000

EDISI KHAS:

Sejarah Puasa Para Amalan-amalan Lain
Rasul Terdahulu Selain Berpuasa

Pelbagai kisah para Nabi
melakukan ibadah puasa

8 Manfaat Puasa untuk Tadarus | Sedekah | Solat
Kesihatan Anda! Terawih | Berdoa| Zakat

Bukan cuma dapat pahala,
dapat cegah risiko penyakit

Sidang Editor

KETUA EDITOR PENOLONG KETUA EDITOR
Mohamad Amirul Azwan Athirah binti Mohamad Pudi

bin Mohd Ishak 263705
263129

Muhammad Akmal Al- Syarifah Nurul Asyiqin binti
Hafiz bin Yahaya Sy Abdl Rahiem
262852 263586

Nurul Anisah binti Azhar Siti Nur Hidayah binti Izham
264833 263507

ISI KANDUNGAN

01 Tinta Editor
02 Artikel Utama
03 Artikel Sampingan
04 Ruangan Kreatif
05 Berita Semasa
06 Ruangan Iklan

01 Tinta Editor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...



Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah
kurniaanNya, kami telah berjaya menerbitkan satu e-
majalah edisi khas Ramadhan : Bulan Penuh
Keberkatan.
Terlebih dahulu ucapan terima kasih ini dizahirkan
kepada Puan Norzaliza Binti Ghazali selaku pensyarah
yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar
untuk menyiapkan majalah ini. Sekalung tahniah dan
penghargaan juga diucapkan atas usaha semua ahli
kumpulan yang terlibat dalam penghasilan e-majalah
ini.

E-majalah edisi khas Ramadhan ini dihasilkan untuk
menyebarkan info tentang kemuliaan Bulan
Ramadhan terutamanya bagi umat Islam. Pelbagai
info menarik diselitkan seperti penjelasan tentang
pelbagai keutamaan bulan Ramadhan, dan
keutamaan-keutamaan puasa, aktiviti di bulan
Ramadhan dan banyak lagi. Secara tidak langsung
dapat menyebarkan dakwah serta memperkenalkan
bulan penuh berkah ini kepada orang ramai.

Akhir kata, kami ingin memohon maaf andai terdapat
kekurangan dalam kandungan majalah ini. Kami juga
berharap agar pembaca akan berpuas hati dengan
penghasilan majalah ini. Sesungguhnya segala yang
baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang
dari kelemahan kami sendiri.

Sekian, terima kasih.

02 ARTIKEL
UTAMA

OLEH MOHAMAD
AMIRUL AZWAN BIN

MOHD ISHAK

SEJARAH PUASA PARA RASUL TERDAHULU

Bulan Ramadhan akan tiba beberapa bulan lagi. Sudah semestinya kita ingin
menyambutnya tanpa kerisauan akibat pandemik Covid 19 yang melanda seluruh dunia
hari ini . Ibadah puasa telah disyariatkan di dalam Islam semenjak zaman Nabi Adam AS.

Nabi Adam AS

Majoriti ulamak berpendapat baginda berpuasa sebanyak tiga kali setiap bulan iaitu 13, 14, dan 15.
Baginda berpuasa kerana bertaubat kepada Allah setelah dihalau dari Syurga akibat memakan buah
yang dilarang bersama isteri baginda Siti Hawa . Baginda juga berpuasa pada 10 Muharam sebagai
tanda syukur bertemu kembali dengan isteri baginda.

Nabi Nuh

Baginda berpuasa di atas kapal yang dibuat oleh baginda akibat banjir besar dan memerintahkan juga
umatnya untuk berpuasa serta memohon taubat kepada Allah SWT. Baginda juga berpuasa tiga kali
setiap bulan sebagaimana Nabi Adam berpuasa.

Nabi Ibrahim

Nabi Allah Ibrahim berpuasa pada waktu baginda ingin menerima wahyu yang amalan ini juga diikuti
oleh ahli keluarga baginda yang lain iaitu anak- anak baginda seperti Nabi Ismail, Nabi Ishak dan kedua
isteri baginda.

Nabi Musa

Baginda berpuasa selama 40 hari di Bukit
Thursina untuk bermunajat kepada Allah
untuk menerima kitab Taurat untuk kaum
baginda.Pada awalnya Allah memerintahkan
baginda untuk berpuasa selama 30 hari
namun Allah telah menambah sebanyak 10
hari lagi akibat baginda bersiwak disebabkan
mulut baginda berbau padahal mulut orang
yang berpuasa lebih wangi daripada wangian
kasturi.

Nabi Yunus

Peristiwa baginda berpuasa ketika baginda
berada di dalam perut ikan Nun. Baginda
telah meninggalkan kaumnya kerana kaum
baginda telah ingkar segala suruhan dan
larangan baginda. Baginda kemudiannya
telah menaiki kapal dan telah terjadi ribut di
tengah lautan menyebabkan nakhoda kapal
terpaksa menyuruh baginda untuk terjun ke
lautan setelah nama baginda tertera
sebanyak tiga kali semasa undian. Semasa
berada di dalam perut ikan Nun baginda
telah berzikir dan bertaubat kepada Allah
SWT.Allah SWT kemudian memerintahkan
ikan Nun untuk mengeluarkan Nabi Yunus
dengan cara memuntahkan baginda ke
sebuah pulau . Baginda telah berada di
dalam perut ikan Nun beberapa hari dan ada
juga pendapat baginda telah berada di
dalam perut ikan Nun selama 40 hari.

AMALAN PADA BULAN

RAMADHAN SELAIN BERPUASA

Bersedekah

Bersedekah pada bulan Ramadhan mempunyai kelebihan yang
tersendiri daripada bulan- bulan lain. Salah satu kelebihan tersebut
ialah akan mendapat berlipat kali ganda pahala sebagai contoh
apabila kita memberi makan kepada orang yang berbuka puasa
maka pahala yang diperoleh sama seperti orang yang berpuasa
tersebut malah tidak berkurang walau sedikit. Bulan Ramadhan
juga mengajar kita untuk berkasih sayang dengan orang miskin
dengan memberi mereka sedekah yang dapat membersihkan hati
kita dan melahirkan sifat belas ihsan terhadap sesama manusia.

Membaca dan mengkhatam AL Quran

Ibadah sunat ini jika kerap dilaksanakan pada bulan Ramadhan
berbanding bulan lain akan mendapat pahala berlipat kali ganda
iaitu membaca satu huruf mendapat 10 pahala. Terdapat peristiwa
yang berlaku di dalam bulan Ramadhan iaitu Nuzul Al Quran yang
berlaku pada 17 Ramadhan. Nuzul bermaksud turun atau
berpindah dari langit ke bumi . Tambahan pula pembaca Al Quran
akan didoakan oleh malaikat. Pembaca Al Quran jugak dapat
mengetahui kesalahan ketika membaca apabila membaca bersama
ahli keluarga atau rakan- rakan. Mereka juga akan mendapat
ketenangan jiwa apabila membaca Al Quran .

Solat Sunat Terawih

Apabila tibanya bulan Ramadhan satu ibadah yang hanya terdapat
dalam bulan Ramadhan yang tidak terdapat dalam bulan yang lain
ialah solat sunat Terawih.Solat sunat Terawih dilakukan selepas
solat fardu Isyak sebanyak lapan hingga 20 rakaat. Pada tahun
2020 pertama kali solat sunat Terawih tidak dibenarkan dilakukan
di masjid atau surau dan hanya dibenarkan dilakukan di rumah
dengan ketua keluarga atau ahli keluarga yang baik bacaan Al
Quran sebagai imam . Akhir sekali pada tahun 2021 solat sunat
Terawih dibenarkan dilakukan di masjid atau surau dengan
pematuhan SOP kesihatan.

Berdoa

Doa merupakan senjata orang yang beriman. Allah SWT sangat
suka hamba-Nya memohon sesuatu kepadanya. Dalam bulan
Ramadhan kita sebagai umat Islam amat digalakan untuk
berdoa terutamanya ketika waktu mustajab doa iaitu ketika
waktu sahur, malam Lailatul Qadar , sebelum berbuka puasa,
sepertiga malam, dan juga ketika berpuasa. Doa hendaklah
dengan penuh pengharapan agar doa dimakbulkan dan dosa
diampunkan oleh Allah SWT.

Zakat

Zakat fitrah merupakan jenis zakat yang wajib dikeluarkan
oleh setiap individu yang beragama Islam jika ada lebihan
makanan atau harta. Waktu membayar zakat fitrah ialah
waktu wajib iaitu tenggelam matahari pada akhir Ramadhan
sehingga terbit matahari satu Syawal, waktu afdal iaitu
sebelum solat Sunat Hari Raya Aidil Fitri ,waktu sunat iaitu
sepanjang bulan Ramadhan,waktu makruh selepas solat
Sunat Hari Raya Aidil Fitri hingga terbenam matahri satu
Syawal, dan waktu haram iaitu selepas terbenam matahari
satu Syawal. Kadar bayaran zakat fitrah berbeza mengikut
negeri di Malaysia.

0.3 ARTIKEL
SAMPINGAN

Oleh Athirah Binti Mohamad Pudi

Matlamat puasa adalah untuk membina takwa. Untuk
tujuan itu puasa perlu dilakukan dengan cara serta adab
yang betul. Apabila kesemua ini dilakukan dengan
sempurna, seseorang bukan sahaja akan memperoleh
takwa, malah lebih dari itu dia juga akan memperoleh
segala kebaikan yang lain. Antara kebaikan itu ialah
meningkatkan kesihatan badan melalui proses
detoksifikasi.

8



Pantun Ramadan

Pokok keladi di tepi paya,
Tumbuh bersama pohon pegaga,

Selamat berpuasa untuk semua,
Semoga amalan bertambah pahala.

Daun pandan hijaunya indah,
Enak baunya hati pun ceria,

Penuhi Ramadan dengan ibadah,
Moga keredaanNya milik semua.

Jangan takut meredah paya,
Bunga tanjung baunya wangi,

Puasa mendidik hati manusia,
Jangan menzalimi tapi mengasihi.

Membeli laksa bersama kuih,
Pau kukus berinti kelapa,

Siang berpuasa malam berterawih,
Amalan tadarus usahlah lupa.

Buah zaitun buah kurma,
Juadah wajib bulan Ramadan,

Seribu bulan sudah menjelma,
Hargainya dalam apa jua keadaan.

Coraknya lembut warna sepadan,
Indah ditonton daun dan dahan,

Sempena menyambut bulan Ramadan,
Maaf dipohon segala kesalahan.

11

05.SEBMERAITSAA

OLEH NURUL ANISAH BINTI AZHAR

12

UMAT ISLAM MULA BERPUASA ESOK

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan
mula berpuasa esok, Selasa 13 April, demikian
diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,
Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini.

Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh
Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-
Pertuan Agong selepas diperkenan Duli-Duli
Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman ringkas itu disiarkan secara
langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia
(RTM), malam ini.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan
bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat
Islam di Malaysia ialah pada hari ini, 12 April,
bersamaan 29 Syaaban 1442 Hijrah.

13

BAZAR RAMADAN
KEMBALI MERIAHKAN
LAPAN STESEN LRT
MULAI SELASA

PETALING JAYA: Kemeriahan suasana membeli
juadah berbuka puasa akan mewarnai semula
lapan stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT)
sepanjang Ramadan ini bermula Selasa depan.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Datin
Norlia Noah berkata Bazar Ramadan dalam norma
baharu tersebut melibatkan stesen LRT Putra
Height, Glenmarie, Kelana Jaya, Pandan Indah,
Cempaka, Damai, Gombak dan Bangsar.

Beliau berkata selain memberi platform kepada
peniaga kecil menjana pendapatan, Bazar
Ramadan yang diwujudkan di ruangan parkir dan
jejantas itu, diharap memudahkan warga kota
yang berkejar dari tempat kerja untuk membeli
makanan berbuka puasa di rumah.

14

Rapid KL Support Lokal 2.0 merupakan
kesinambungan inisiatif tanggungjawab sosial
korporat (CSR) yang dilancarkan tahun lalu, bertujuan
membantu rakyat Malaysia yang terkesan dengan
penularan COVID-19.

Di bawah kempen berkenaan, pasukan media sosial
Prasarana telah membuat promosi secara agresif dan
percuma kepada lebih 15 peniaga kecil di media
sosial Rapid KL, yang berjaya menghasilkan 2.3 juta
'social media engagement reach' dengan lebih
RM800 ribu 'PR value'.

Norlia berkata, edisi kedua inisiatif berkenaan diharap
dapat menghasilkan impak dan penglibatan yang
lebih besar daripada media massa, bagi membantu
lebih banyak pemilik perniagaan termasuk pengusaha
makanan dalam talian yang beroperasi dari rumah.

Terdahulu, sebanyak 10 peniaga yang menyertai
'Rapid KL Support Lokal 2.0' di LRT Lembah Subang
mempamerkan produk makanan mereka, antaranya
Dapur Hasnah, Pak Syed Nasi Kuning, Strawberry
Shots, Botoi Teh Thai, Sky Pastries dan Kantin
Pramugara.

15

06 RUANGAN IKLAN

OLEH
SITI NUR HIDAYAH BINTI IZHAM

16

RAMADHAN
KAREEM

17

ISTIMEWA
18


Click to View FlipBook Version