The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norfadhilahmustaffa, 2021-02-21 01:21:04

BULETIN UNIT ICT BIL 3 2021

BULETIN UNIT ICT BIL 3 2021

Bil 3 : M3 FEBRUARI 2021

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera. Semoga warga guru SMK Bandar
Baru Serting sentiasa terpelihara dan dirahmati Allah swt hendaknya. Bertemu
kita lagi dalam perkongsian ilmiah Buletin Unit ICT Bilangan ke-3. Pastinya
debaran di hati guru makin terasa kerana esok akan bermulanya Peperiksaan
SPM bagi kohort 2020. Semoga murid-murid SPM SMK Bandar Baru Serting
diberikan ketenangan, dipermudahkan menjawab soalan peperiksaan dan
dikurniakan kecemerlangan buat mereka, Insha Allah.

Baiklah, dalam segmen pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua
tentang 6 perkara yang kita perlu tahu iaitu berkenaan platform pembelajaran
DELIMa KPM. Sebagai seorang guru atau mungkin juga sebagai ibu bapa,
pengetahuan ini amat penting supaya kita dapat membantu anak-anak kita
melalui proses pendidikan secara digital dengan lebih baik serta dapat
menyokong usaha KPM dalam membangunkan sistem pembelajaran digital yang
bertaraf antarabangsa.

Platform pembelajaran DELIMa KPM

Apakah sebenarnya DELIMa? Adakah ia merupakan platform baharu
pembelajaran digital KPM? Baik, mari kita kenali apa itu DELIMa.

1. Penjenamaan semula platform MOE Digital Learning

DELIMa merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative
Malaysia. Ia merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital
Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE.

DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem
pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh
digunakan oleh para pendidik dan juga pelajar untuk belajar secara dalam talian.

Acara pelancaran yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia, Dr. Habibah Abdul Rahim pada 15 Jun 2020

2. Diakses menggunakan akaun Google sedia ada

Sepertimana MOE Digital Learning, DELIMa masih menggunakan platform
yang sama iaitu halaman Google Sites sebagai tapak asas bagi platform ini.
Oleh itu, guru dan pelajar boleh mengakses platform DELIMa menggunakan
e-mel MOE Digital Learning (DL) yang telah dibekalkan sebelum ini.

Platform ini mengekalkan reka bentuk antaramuka sedia ada, cuma ia
membawakan beberapa menu tambahan serta penampilan logo baharu

DELIMa.

3. Disokong tiga rakan strategik utama: Google, Microsoft dan
Apple

Google menerusi Google for Education, Microsoft menerusi Microsoft
Education dan Apple menerusi Apple Education menjalankan pelbagai
program untuk pendidikan global sebagai salah satu tanggungjawab sosial
korporat mereka.

Mereka menyokong inisiatif terkini KPM ini dengan menyediakan akses khas
kepada sistem dan aplikasi-aplikasi pendidikan serta membekalkan idea serta
modul-modul pembelajaran.

Penyertaan ketiga-tiga gergasi digital terkemuka ini sebagai rakan strategik
membuktikan KPM kini lebih terbuka dalam penggunaan sebarang teknologi

pembelajaran.
Google menawarkan pakej G-Suite for Education yang terbukti sebagai
sebagai satu ekosistem pembelajaran online terbaik berasaskan
perkomputeran awan (cloud computing).
Microsoft pula menawarkan alternatif kepada aplikasi daripada Google,
manakala Apple menawarkan sumber pembelajaran berasaskan kreativiti
kepada guru dan pelajar.

4. Disokong oleh pelbagai rakan dalam penyediakan kandungan
DELIMa

KPM menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti MDEC, Digi,
UNICEF, ASTRO dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk
membekalkan kandungan pembelajaran kepada para guru dan pelajar.

Sebagai contoh, PNM menawarkan beribu-ribu e-buku percuma kepada guru
dan pelajar, MDEC menyediakan kandungan pembelajaran bagi subjek Reka
Bentuk dan Teknologi manakala DIGI pula menyediakan modul Keselamatan
Siber.

Banyak lagi kandungan pembelajaran akan disediakan di platform ini pada
masa hadapan.

5. Menawarkan ruang kerjasama dengan lebih ramai pihak

Antara budaya baharu yang ingin diwujudkan adalah memberi demokrasi
kepada pembelajaran, memantapkan kemahiran pelajar untuk keperluan
masa hadapan serta pembangunan komuniti dengan galakan perkongsian
kepakaran dan kemahiran. KPM telah membuka ruang kerjasama kepada
lebih ramai pihak dalam usaha menyokong ekosistem pembelajaran di
Malaysia.

6. Memperkasa perkongsian idea daripada guru

DELIMa merupakan platform perkongsian dan kolaborasi yang menyediakan
ruang untuk para guru mengetengahkan idea-idea dalam pendidikan. Oleh
itu, mereka menyediakan platform yang dikenali sebagai Ruang Ilmu
menerusinya.

KPM mempelawa para guru untuk berkongsi sebarang kandungan pendidikan
menerusi halaman khas yang disediakan menerusi platform ini. Ini untuk
mengalakkan guru berkongsi sumber pembelajaran serta membolehkan guru
menyokong antara satu sama lain.

Ruang Ilmu dipromosikan sebagai satu platform utama perkongsian guru.
Kesimpulannya, DELIMa merupakan satu inisiatif yang dibangunkan KPM
untuk menawarkan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan secara digital. Ianya
akan memudahkan guru dan pelajar belajar dengan penawaran pengalaman
penggunaan platform digital secara tunggal untuk pelbagai perkara.
Ayuh! Terokai dan manfaatkan platform DELIMa secara optimum.
Sekian sahaja untuk kali ini. Bertemu lagi pada minggu hadapan. Semoga
bermanfaat dan selamat berhujung minggu.
Salam Ukhuwah

Penyelaras Bestari
Smk Bandar Baru Serting


Click to View FlipBook Version