The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Berikut merupakan skrip drama digital bagi subjek BMMB3083: Drama dalam pendidkan.

Nama pelajar: Nur Aishah Zuhayra binti Amir Nazari (PS3T2-7)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aishah07-415, 2022-03-18 03:25:34

Skrip drama: Ayahku Si Tukang Sapu

Berikut merupakan skrip drama digital bagi subjek BMMB3083: Drama dalam pendidkan.

Nama pelajar: Nur Aishah Zuhayra binti Amir Nazari (PS3T2-7)

TAJUK :

AYAHKU SI
TUKANG SAPU

Penulis: Nur Aishah Zuhayra binti Amir Nazari
Pensyarah: Dr Noor Hayati binti Che Mat

SINOPSIS

Kisah anak tukang sapu bernama Aiman yang
sering terima kutukan daripada kawan

sekelasnya bernama Rahman dan Zaidi akibat
pekerjaan bapaknya. Walaupun sering

diperkecilkan, dia tetap sabar dan gembira di
atas kehidupan yang bahagia bersama

ayahnya. Satu hari, Rahman dan Zaidi giat
mengacau Aiman sehingga mengakibatkan
kemalangan. Dari situ, Rahman dan Zaidi
insaf dan mereka bertiga berkawan baik.

WATAK DAN PERWATAKAN

Aiman- Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang sangat rapat
bersama ayahnya. Seorang anak yatim akibat kehilangan ibunya. Hidup

dalam kemiskinan namun bersyukur atas hidupnya. Seorang yang
sentiasa bercakap dengan kata-kata yang sopan dan sabar terhadap

kutukan yang diterima.

Pak Husin - Ayah kepada Aiman. Seorang tukang sapu di sebuah
pejabat. Seorang yang sangat sayang akan satu-satu anaknya,
Aiman. Seorang yang ceria dan sering cuba untuk
menggembirakan dan membahagiakan anaknya. Berumur 45
tahun.

Rahman - Rakan sekelas kepada Aiman. Seorang yang sangat
nakal dan sombong akibat pekerjaan bapaknya yang hebat.

Sering tidak siap kerja sekolah dan memperkecilkan pekerjaan
bapak Aiman. Rakan baik kepada Zaidi.

Zaidi - Rakan sekelas kepada Aiman. Seorang yang sangat
nakal di sekolah. Sering tidak siap kerja sekolah dan
memperkecilkan pekerjaan bapak Aiman. Rakan baik
kepada Rahman.

WATAK DAN PERWATAKAN

Cikgu Wahida - Seorang guru disiplin di Sekolah Kebangsaan
Taman Bakti. Sering menerima aduan daripada guru-guru

berkenaan masalah perilaku Rahman dan Zaidi. Berumur 35
tahun.

Cikgu Hakim - Seorang guru Bahasa Melayu di Sekolah
Kebangsaan Taman Bakti. Mengajar di kelas 6 Sejahtera.

Berumur 45 tahun.

Maisarah - Rakan sekelas kepada Aiman. Seorang budak
perempuan yang sangat comel dan bertudung. Sentiasa

membantu Aiman yang dalam kesusahan.

Pak Leman - Ayah kepada Rahman. Seorang pegawai
daerah yang rendah diri.

Danial - Rakan sekelas kepada Aiman. Seorang budak
perempuan yang sangat hensem dan baik-hati. Sentiasa

membantu Aiman yang dalam kesusahan.

BABAK 1

Semasa Aiman sedang tidur, dia bermimpi tentang ibunya. Ibunya menyanyi lagu
yang sering dinyanyikan sewaktu dia kecil.

Nyanyian ibu Aiman:
Wahai Aiman jangan menangis
Ibu ada tersenyum manis
Jangan takut ibu disini
Ibu ada ibu temani

Tidurlah wahai Aiman sayang
Ibu sayang semua sayang
Pejam mata lena lah sayang
Biar esok tersenyum sayang

Aiman terjaga daripada mimpi tersebut.

Aiman: Ya Allah. Haaa… Mengigau lagi. Rindunya ibu. Moga ibu ditempatkan dalam
kalangan orang yang beriman. (Sambil berdoa)

Aiman sambung tidur.

Suasana di dalam rumah tepat jam pukul 6.00 pagi. Aiman bersiap untuk ke
sekolah.

Pak Husin: Aiman. Bangun cepat, siap-siap nak pergi ke sekolah. Hari ini dapatlah
ayah hantar kamu naik motor, tak perlu kamu berjalan kaki. (Jerit ayah dari dapur)

Aiman: Hmmm… naik motor. Nanti kena ejek lagi dengan Rahman dan Zaidi.
Diorang kata motor ayah cabuk. Malulah aku macam ni. (Monolog dalam hati sambil
baring di atas katil)

Pak Husin: Aiman! Heiii kamu ni, lekas siap (sambil berdiri di pintu bilik Aiman)

Aiman: Yaaaaaa… ayah. Nak mandi la ni. (Bergegas mengambil tuala dan pergi ke
bilik air)

BABAK 2

Tepat jam 7.15 pagi, suasana hingar-bingar di hadapan sekolah.

Vroommm (Bunyi motor)

Pak Husin: Nah duit belanja harini. Nanti hati-hati balik rumah. Jangan nakal-nakal di sekolah. (Dalam
nada mengusik dan sambil menghulurkan wang RM 2)

Aiman: Ish, ayah ni. Tak payahlah cakap macam tu. (sambil membuka helmet dan turun daripada
motorsikal) Aiman bukan budak kecil lagi. Nampak tu kawan-kawan Aiman. Malu kalau mereka dengar
nanti. (Sambil menerima duit belanja dan mimik muka malu)

Pak Husin: Ha ha ha ha. Apa nak malu, takda apa nak malulah. Haaa… dah dah, pergi ke kelas. Ayah
pergi dulu ya. Assalamualaikum.

Aiman: Hmmmm.. Ok, hati-hati, ayah. Waalaikumussalam. (Menyalam ayahnya)

Kelihatan Rahman dan Zaidi berjalan mendekati Aiman.

Rahman: Hei Aiman. Dah siap ke kerja sekolah cikgu Hakim? Boleh kita orang tengok kerja sekolah
kau?

Aiman: Dah tapi aku tak boleh bagi tiru.

Zaidi: Kenapa kau ni, bagi je la. (Nada tinggi dan sambil menolak bahu Aiman)

Aiman: Cikgu Hakim kan dah kata kerja sekolah tu buat sendiri dan jangan bagi rakan lain meniru.

Rahman: Aduh kau ni! Janganlah baik sangat. Cikgu Hakim takkan tahu punya. Meh cepat sini!

Rahman dan Zaidi mula menarik dan mencari buku kerja di dalam beg sekolah Aiman.

Cikgu Wahida: Hei kamu semua! Buat apa tu! (Nada yang marah sambil memegang rotan)

Rahman dan Zaidi mula berlari ketakutan melarikan diri.

Cikgu Wahida: Aduiiiii mereka tu! Tak habis-habis nak cari masalah dengan kamula. Ha, kamu ok tak,
Aiman?

Aiman: Ok cikgu, takde apa-apa. Saya masuk kelas dulu ya.

Cikgu Wahida: Hmmmm.. Ye la. Kalau ada masalah bagitau saya. Penat dah saya layan masalah
mereka di bilik disiplin. Besar kepala betul. Haa, masuk kelas cepat.

Aiman: Terima kasih, Cikgu.

Cikgu Wahida: Sama-sama.

BABAK 3

Di dalam kelas 6 Sejahtera, semasa waktu pembelajaran Bahasa Melayu bersama-sama Cikgu Hakim.

Cikgu Hakim: Kelmarin saya suruh siapkan latihan objektif muka surat 35 kan. Siap tak semua? Siapa tak
siap, sila berdiri.

Rahman dan Zaidi kelihatan takut dan berdiri.

Cikgu Hakim: Apa alasan kamu lagi, Zaidi, Rahman? Saya bagi kerja tu dua hari yang lepas, itu pun kamu tak
dapat siapkan. Dah, pergi berdiri luar kelas sana. Siapkan kerja tu, baru masuk kelas balik.

Rahman dan Zaidi berdiri di luar kelas sambil menyiapkan kerja sekolah. Selepas 15 minit, mereka pun
masuk ke kelas.

Cikgu Hakim: Baik kelas, seperti yang dijanjikan, harini saya nak kamu buat karangan mengenai pekerjaan
ayah kamu. Bila siap, saya nak kamu baca karangan kamu di hadapan kelas. Boleh mula sekarang.

Siap karangan tersebut. Cikgu Hakim memanggil satu persatu murid untuk membaca karangan mereka.
Tibalah giliran Aiman. Aiman kelihatan malu dan risau namun dia beranikan diri untuk membaca
karangannya.

Aiman: Walaupun ayahku seorang tukang sapu, namun aku tidak malu kerana pekerjaan itu yang membuatku
dapat bersekolah dan hidup dengan sebaiknya. (Membaca ayat terakhir karangannya)

Tepukan daripada guru dan rakan sekelas.

Cikgu Hakim: Bagus karangan kamu Aiman! Walaupun apapun pekerjaan seseorang, kita perlu bersyukur
atas nikmat yang diberikan. Kamu semua kena sentiasa gembira kerana disebabkan pekerjaan ibu bapa
kamu, kamu dapat bersekolah pada hari ini. Baiklah, sampai di sini sahaja topik hari ini. Terima kasih semua.

Satu kelas: Terima kasih, Cikgu.

Pada waktu rehat, di dalam kelas.

Rahman: Aku sedih dengan kau. Dahla tiada ibu. Ayah tukang sapu. (Nada mengejek)

Zaidi: Eh Rahman, hari jadi Aiman nanti, apa kata kita beri dia penyapu? Ayah dia mesti gembira dapat
hadiah sesuai dengan pekerjaanya.

Rahman dan Zaidi ketawa.

Maisarah: Tak baik cakap macam tu. Beritahu cikgu nanti.

Zaidi: Sikit-sikit nak mengadu kau ni, Maisarah. Macam budak-budak.

Danial: Dah Maisarah, biarkan mereka. Dorang mana nak faham perasaan orang. Aiman, kau ok?

Aiman: Aku tak apa-apa. Aku dah keras hati dengar sindiran mereka. Terima kasih Danial, Maisarah. (Nada
sedih)

BABAK 4

Dalam perjalanan pulang ke rumah. Aiman terserempak dengan
Rahman dan Zaidi yang menaiki basikal.

Rahman: Hei anak tukang sapu. Balik jalan kaki ke? Kesian. Kenapa tak
suruh ayah kau amik naik motor cabuk sama dengan besi buruk itu.
Tengok ni, ayah aku belikan basikal baru. Ayah aku pegawai daerah tak
macam ayah kau.

Rahman dan Zaidi ketawa.

Aiman: Apa korang nak lagi. Aku penatlah. Aku nak balik.

Zaidi: Eleh…. Kenapa kau? Nak nangis ke? Ha nangislah. Biar satu
kampung tahu kau ni cepat menangis orangnya. Hahahahahha.

Rahman dan Zaidi pusing mengelilingi Aiman sambil ketawa dengan
basikal mereka. Tanpa diduga, basikal Rahman hilang kawalan dan
jatuh ke dalam parit.

Rahman: Tolong! Tolong! Tolong aku! Aiman, Zaidi tolong aku! (Nada
menangis sambil berpaut pada batang yang terdapat di parit)

Zaidi: Rahman ! Macam mana ni, Aiman ! (Nada gelisah)

Aiman: Tenang, Zaidi ! Kita panggil orang kampung minta tolong cepat!

Aiman dan Zaidi bergegas meminta pertolongan pada orang kampung
yang terdapat disekitar tersebut. Rahman berjaya diselamatkan dan
dibawa ke hospital.

BABAK 5

Pada malam harinya, Aiman berada di rumah bersama ayahnya sambil menonton televisyen.

Pak Husin: Sedapkan buah anggur ni. Majikan ayah yang bagi. Kalau nak harap ayah beli,
mungkin lambat lagi. (Sambil membelai rambut Aiman)

Aiman: Ish ayah ni. Cakap macam itu pula.

Tok tok tok. (Bunyi ketukan pintu)

Pak Husin: Siapa pulak datang malam-malam ni. Ya, siapa tu? (Sambil bergegas ke pintu rumah)

Aiman mengikut ke pintu bersama ayahnya.

Pak Leman: Assalamualaikum Pak Husin, saya Leman.

Pak Husin: Laaaa Leman. Haaa.. ada apa datang malam-malam buta ni?

Pak Leman: Mmmmm… saya datang hendak ucapkan terima kasih dan minta maaf atas salah
laku anak saya ini. Kalau bukan sebab Aiman, mungkin Rahman dah dibawa arus agaknya.
Aiman, terima kasih bantu anak pak cik. Rahman, sini kamu. Minta maaf dekat Aiman dan Pak
Husin cepat.

Rahman: Aiman, aku minta maaf sebab ejek dan selalu cari gaduh dengan kau. Aku janji akan
ubah sikap aku. Pak Husin, saya minta maaf kerana memperkecilkan tentang pekerjaan pak cik.
Maafkan salah silap saya.

Aiman: Takpa lah, Rahman. Asalkan semuanya selamat, aku lega. Aku maafkan kau.

Pak Husin: Betul tu, Rahman. Jangan buat perangai macam tu lagi ya. Walaupun pakcik seorang
tukang sapu namun pekerjaan inilah yang dapat memberi rezeki kepada kami. Kita sebagai
manusia kena berbaik-baik antara satu sama lain. Pak cik harap kamu sedar tu.

Rahman: Baik, pakcik. Saya sedar. Saya akan berbaik-baik bersama Aiman selepas ni.

Akhirnya, Aiman, Rahman dan Zaidi saling bermaaf-maafan antara satu sama lain. Mereka
berkawan dengan gembira.

Suara latar: Kesimpulannya, janganlah kita memperkecilkan pekerjaan seseorang. Justeru itu, kita
sebagai manusia perlu sentiasa berkata dengan kata-kata yang sopan bersama seseorang agar
tidak menyinggungkan perasaan seseorang. Kita juga perlu saling hormat-menghormati tentang
situasi seseorang agar tidak menyebabkan mereka sedih.


Click to View FlipBook Version