The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-BOOK INI MENERANGKAN TENTANG ALATAN GERUDI TANGAN SEPERTI CARA PENGGUNAAN GERUDI, CARA PENYIMPANAN GERUDI, DAN FAKTOR KESELAMATAN SEMASA MENGGUNAKAN
MESIN GERUDI TANGAN. SEMOGA BERMANFAAT. TERIMA KASIH.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AgogoCrew Official, 2020-04-27 04:14:13

ALATAN GERUDI TANGAN BY MERBAU TEAM

E-BOOK INI MENERANGKAN TENTANG ALATAN GERUDI TANGAN SEPERTI CARA PENGGUNAAN GERUDI, CARA PENYIMPANAN GERUDI, DAN FAKTOR KESELAMATAN SEMASA MENGGUNAKAN
MESIN GERUDI TANGAN. SEMOGA BERMANFAAT. TERIMA KASIH.

REKA BENTUK DAN PEMBUATAN

PERABOT

ALATAN

GERUDI
TANGAN

BY MERBAU TEAM

ISI KANDUNGAN

CARA PENGGUNAAN GERUDI
CARA PENYIMPANAN GERUDI
FAKTOR KESELAMATAN SEMASA

MENGGUNAKAN
MESIN GERUDI TANGAN

AHMAD ZULKAMAL HAKIM BIN KAMARUDDIN
D20191089739

MUHAMMAD AIDIL HUSAINI BIN MAZLI
D20191089755

MUHAMMAD ZUL HIFHZI BIN CHE HASSAN
D20191089761

UMMU SOHAEIR BINTI MOHD RAZI
D20191089757

NUR SYAFIQAH BINTI AZEMI
D20191089758

NORAFIQAH BINTI SHAARI
D20191089764

•CARA PENGGUNAAN

GERUDI

1. Menyediakan bahan - Pastikan bahagian
bahan yang hendak digerudi dalam
keadaan baik dan menanda bahagian
tersebut dengan betul dan tepat.

2. Memilih mata gerudi yang sesuai -
Mata gerudi yang dipilih mestilah sesuai
dengan penggunaannya.

 Gerudi pintal (twist drill) – Gerudi ini digunakan dalam
kerja-kerja umum.

 Gerudi benam (countersinking) – Gerudi ini berukuran besar
pada hujung dan kecil pada batang. Hujung gerudi bersudut
60 darjah. Digunakan untuk membenamkan skru kepala
benam dan rivet kepala benam.

 Gerudi pusat (center drill) - Mempunyai dua hujung dan dua
pembenam yang bersudut 60 darjah dan hujung 118 darjah.
Gerudi ini dibuat dalam dua arah iaitu kanan dan kiri.

 Gerudi melubang senggat (counterbore) – Mempunyai dua
tingkat garispusat. Satu bagi pemotong an dihujung terdapat
satu batang untuk menahan gerudi semasa menggerudi.

3. Meletakkan mata gerudi ke
bahagian kepala gerudi - Pastikan
mata gerudi dipasang dengan baik dan
ketat. Untuk mengetatkannya, ikut
arah jam dan untuk melonggarkan
mata gerudi, pusing ke arah lawan
jam.

4. Memeriksa keadaan tetapan gerudi - Gerudi
mestilah mempunyai bateri yang cukup dicas.
Tentukan kelajuan yang sesuai sekiranya gerudi
mempunyai tetapan kelajuan dan jika ianya berwayar
pastikan wayar disambung ke plug dan suis
dihidupkan.

5. Mulakan kerja gerudi - Pastikan hujung
mata gerudi menyentuh bahagian bahan yang
ditanda pada sudut yang sesuai. Mulakan
dengan menarik picu gerudi secara perlahan-
lahan dan teruskan penggerudian sehingga
selesai.

6. Memeriksa lubang yang digerudi - Periksa
lubang yang telah digerudi supaya
bersesuaian dengan pengikat. Contoh : skru,
bolt dan nut.

Kendalian Kerja/Kegunaan/Operasi Mesin
Gerudi

1. Menggerudi lubang
2. Melubang benam
3. Melubang senggat dan meratakan permukaan bintik
4. Melulas
5. Membenang dalam
6. Menggerek lubang

Langkah-langkah Penjagaan Mata & Mesin
Gerudi

i. Mata gerudi hendaklah disimpan dalam kotak penyimpan mata gerudi
setiap kali selepas ianya digunakan.

i. Mata gerudi hendaklah sentiasa diminyakan untuk mengelakkan ianya
berkarat.

i. Gunakan kelajuan yang betul mengikut jenis-jenis logam yang hendak
digerudi.

i. Mata gerudi hendaklah dicengkam dengan kuat pada ‘chuck’ dan jangan
sekali - kali mencengkam terlalu hampir dengan hujung lurah. Ini boleh
menyebabkan mata gerudi mudah patah.

i. Pelinciran adalah penting kerana haba dan geseran yang dihasilkan oleh
bahagian yang bergerak.

i. Ikut manual pengilang untuk kaedah pelinciran yang betul.

i. Bersihkan setiap mesin selepas digunakan. Bersihkan T-slot, alur, dan
kotoran dari tali pinggang dan takal.

Kaedah Pemasangan Mata Gerudi
Dan Benda Kerja Sebelum Proses
Penggerudian

i. Mata gerudi hendaklah dipasang dengan betul bagi
membolehkan ia berputar sepusat.

i. Gerudi berbatang lurus dipegang di dalam cuk, sementara
gerudi berbatang tirus dipasang terus pada spindal atau
menggunakan liang sendi dan soket.

Langkah penyenggaraan mesin
gerudi

1. Matikan suis mesin.
2. Tanggalkan mata gerudi dengan menggunakan kunci

bindu.
3. Bersihkan mata gerudi dan meja gerudi daripada sisa

bahan dan habuk
4. Simpan mata gerudi dan kunci bindu di tempat asalnya.

Cara Penyimpanan Gerudi

• Mata drill disusun didalam setiap ruang mengikut saiz.
• Wayar palam digulung dan diikat menggunakan

pengikat yang sesuai.
• Wayar ini disimpan di bahagian ruang yang betul

FAKTOR KESELAMATAN SEMASA MENGGUNAKAN

MESIN GERUDI TANGAN

Mesin gerudi tangan perlu dikendalikan dengan berhati-hati agar
sebarang kemalangan atau kecederaan dapat dielakkan semasa proses
menggerudi.Antara panduan keselamatan yang perlu dipatuhi adalah
seperti:

Faktor Keselamatan Diri

1.Memakai pakaian yang sesuai dan gunakan gogel.(cermin mata
keselamatan)
2.Jangan pakai pakaian yang longgar kerana dikhuatiri akan tersangkut pada
benda yang berputar.
3.Memakai kasut getah agar jurumesin tidak mudah tergelincir dan terjatuh.
4.Sentiasa berdiri dalam posisi yang betul dan stabil bagi mengelakkan
kecederaan pada diri sendiri.

Faktor Keselamatan Bengkel

1.Memastikan kawasan sekelliling bersih dan lantai tidak berminyak
agar jurumesin tidak terjatuh.
2.Pengudaraan di bengkel tidak terhalang atau tertutup.Tingkap perlu
dibuka agar sisa benda kerja yang berterbangan dapat dibebaskan.
3.Memastikan seorang jurumesin sahaja yang berada dalam kawasan
kerja pengendalian mesin gerudi tersebut.

Faktor Keselamatan Alatan

1.Bersihkan tatal gerudi menggunakan berus,dan bukan
menggunakan kain.
2.Memastikan di antara mata gerudi dengan benda kerja
mempunyai ruang kelegaan sebelum memulakan kerja.
3.Sentiasa kunci bindu mesin gerudi dengan kemas untuk elak
mata gerudi tercabut.
4.Mengapit benda kerja pada ragum gerudi untuk mencegah
benda kerja berputar bersama-sama mata gerudi.
5.Sentiasa matikan suis semasa menukar mata gerudi dan
selepas operasi menggerudi dilakukan.

SUMBER RUJUKAN

 https://news.ralali.com/amp/jenis-jenis-mata-bor-dan-
fungsinya/

 https://ms.mustdothis.com/95441-How-to-Use-a-Drill-88
 https://www.wanista.com/2012/5614/review-alat-

pemutardrill-automatik-keluaran-bosch/
 https://www.slideshare.net/zarasudeyh/mesin-gerudi
 http://mrazhashim.blogspot.com/p/langkah-keselamatan.html
 https://scholar.google.com/scholar?hl=en&as_sdt=0%2C5&q=ke

selamatan+penggunaan+mesin+gerudi&btnG=#d=gs_qabs&u=%2
3p%3D71dmgXBL9hAJ
 https://scholar.google.com/scholar?hl=en&as_sdt=0%2C5&q=ke
selamatan+penggunaan+mesin+gerudi&btnG=#d=gs_qabs&u=%2
3p%3DFSTPB5LT7WsJ

TERIMA KASIH !


Click to View FlipBook Version