SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 18 (1)
NO. 1 JALAN P18, PRESINT 18,
62150 PUTRAJAYA
"USAHA JAYA"
BUKU PERATURAN SEKOLAH
Nama Murid : ___________________________
Kelas & Tahun : ___________________________
ISI KANDUNGAN
NO KANDUNGAN HALAMAN
1. Falsafah Pendidikan Negara 1
Matlamat Pendidikan Sekolah rendah
2
2. Visi, Misi Dan Moto 3
4
3. Lagu Negaraku 5-6
7- 9
4. Lagu Maju Sejahtera 9
10
5. Lagu Sekolah 11-16
17-18
6. Perkara 1 : Waktu Persekolahan 19
19
7. Perkara 2 : Perhimpunan Khas / Harian 20
20
8. Perkara 3 : Kedatangan
20
9. Perkara 4 : Pakaian Seragam Sekolah
21
10. Perkara 5 : Kebersihan Dan Kecerian Sekolah
22
11. Perkara 6 : Kawasan Larangan 23-25
12. Perkara 7 : Kantin 26
26
13. Perkara 8 : Tatatertib Dan Kesopanan 27
27
14. Perkara 9 : Penggunaan Loker 27
28
15. Perkara 10A : Makmal Computer / Makmal 29-34
Sains Dan PSS
16. Perkara 10B : Makmal Computer / Makmal
Sains Dan PSS
17. Perkara 11 : Kokurikulum
18. Perkara 12 : Senarai Salah Laku Kategori Berat
19. Perkara 13 : Pentaksiran / Peperiksaan
20. Perkara 14 : Keselamatan Murid – Murid
21. Perkara 15 : Pertukaran Sekolah
22. Perkara 16 : Kedai Buku
24. Perkara 17 : Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
25. Perkara 18 : Hal – Hal Lain
26. Rujukan
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat malayisa yang berilmu
pengatahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara
MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk
memperkembangkan potensi individu secara seimbang dan
bersepadu meliputi aspek – aspek intelek, rohani, emosi dan
jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan
berakhlak mulia.
1
VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK
NEGARA SEJAHTERA
MISI
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI
UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU
BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
MOTO
USAHA JAYA
2
LAGU NEGARAKU
NEGARAKU
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU,
RAKYAT HIDUP,
BERSATU DAN MAJU,
RAHMAT BAHAGIA
TUHAN KURNIAKAN,
RAJA KITA
SELAMAT BERTAKHTA,
RAHMAT BAHAGIA
TUHAN KURNIAKAN.
RAJA KITA
SELAMAT BERTAKHTA
3
LAGU MAJU DAN SEJAHTERA
INILAH WILAYAH BUMI YANG BERTUAH
MAJU MEMBANGUN DIJULANG MEGAH
AMAN SENTOSA DI SEPANJANG MASA
TEGUH DISEMAI SENTIASA
MEMBARA SEMANGAT SETIAP WARGANYA
CERGAS MINDANYA SEMANGAT WAJA
PADA WILAYAH DITUMPAH SETIA
HORMAT HORMATI PENUH MESRA
BERSATULAH BERBAKTILAH SEMUA WARGA WILAYAH
SANYANGILAH LINDUNGILAH SEPENUH JIWA RAGA
KITA JAGA KEHARMONIAN SEMUA
MAJU SEJAHTERA
WILAYAH PERSEKUTUAN
4
LAGU SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA
LAPAN BELAS SATU
AYUH USAHA JAYA
MOTO KAMI SEMUA
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA
LAPAN BELAS SATU
KAMI BERWAWASAN
BERPRESTASI TINGGI
BERSAMA…..
MEMACU PENDIDIKAN
BUKTIKAN
GEMILANG KESUKANAN
PELAJARAN
KAMI BERIKRAR
5
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA
LAPAN BELAS SATU
KAMI BERWAWASAN
BERPRESTASI TINGGI
TINGKATKAN
KUALITI DAN PRESTASI
KAMILAH….
PENDOKONG CITA – CITA
WAWASAN
KECEMERLANGAN
BERSAMA…
MEMACU PENDIDIKAN
KAMILAH….
PENDOKONG CITA – CITA
WAWASAN
KECEMERLANGAN
6
PERKARA 1 : WAKTU PERSEKOLAHAN
1.1 WAKTU MULA PERSEKOLAHAN
Semua murid telah berada dalam kawasan sekolah sebelum jam
7.30 pagi bagi Tahap 2 (Tahun 4, 5, 6) dan 1.10 tengah hari bagi
Tahap 1 (Tahun 1, 2, 3).
1.2 TAHAP SATU (TAHUN 1, 2 dan 3)
HARI WAKTU
Isnin hingga Khamis 1.10 Tengah Hari – 6.10 Petang
Jumaat 2.40 Petang – 6.10 Petang
1.3 TAHAP DUA (TAHUN 4,5 dan 6)
HARI WAKTU
Isnin hingga Khamis 7.30 Pagi – 1.00 Tengah Hari
Jumaat 7.30 Pagi – 12.00 Tengah Hari
WAKTU KOKURIKULUM (Tahun 4, 5 dan 6)
Rabu : 2.30 – 4.30 petang
7
1.4 WAKTU REHAT TAHAP SATU (TAHUN 1, 2 dan 3 )
NO TAHUN WAKTU
1 Tahun 1
2 Tahun2 Isnin – Khamis
3 Tahun 3 2.10 – 2.40 Petang
Jumaat
3.10 – 3.40 Petang
Isnin – Khamis
2.40 – 3.10 Petang
Jumaat
3.40 – 4.10 Petang
Isnin – Khamis
3.10 – 3.40 Petang
Jumaat
3.40 – 4.10 Petang
1.5 WAKTU REHAT TAHAP DUA (TAHUN 4, 5 dan 6)
NO TAHUN WAKTU
1 Tahun 4 9.00 – 9.30 Pagi
2 Tahun 5 9.30 – 10.00 Pagi
3 Tahun 6 10.00 – 10.30 Pagi
1.6 KELUAR MASUK KELAS
Semua murid yang keluar masuk dari kelas semasa waktu
pembelajaran wajib mendapat kebenaran guru dan memakai pas
keluar kelas.
8
1.7 PERGERAKAN MURID
Semua murid mestilah berbaris dan beredar dengan senyap dan
pantas mengikut arahan guru semasa pergerakan kebilik yang
ditetapkan.
1.8 KELUAR SEKOLAH
Hanya ibu bapa / penjaga / waris murid / guru SKPP 18 (1) yang
boleh membawa keluar murid dari kawasan sekolah pada waktu
persekolahan.
Urusan tersebut dilakukan di pejabat sekolah serta buku rekod
kebenaran keluar sekolah wajib diisi.
PERKARA 2 : PERHIMPUNAN KHAS / HARIAN
2.1 Semua murid diwajibkan hadir dalam perhimpunan rasmi
(Hari Isnin) dan perhimpunan harian (hari Selasa – Jumaat).
2.2 Semua murid mesti berbaris mengikut kelas masing –masing.
2.3 Semua murid mestilah berpakaian lengkap dan kemas.
Walau bagaimanapun, PERKARA 1 dan PERKARA 2 adalah tertakluk
Kepada sebarang perkembangan dan arahan semasa daripada pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia dan arahan Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan Putrajaya seperti pematuhan SOP dalam situasi Pandemik
Covid-19 yang melanda Negara.
9
PERKARA 3 : KEDATANGAN
3.1 Semua murid diwajibkan hadir tepat pada waktu :
3.1.1 Setiap hari persekolahan
3.1.2 Kelas – kelas bimbingan, pemulihan, aktiviti Kokurikulum
atau sebarang acara rasmi sekolah.
3.2 Murid yang tidak hadir perlu mengemukakan surat akuan doktor
(sijil sakit) atau mengisi Google Form (GF) Ketidak hadiran dan
memaklumkan kepada Guru Kelas. Tanpa surat atau makluman
tersebut, murid dikategorikan sebagai ponteng (P).
3.3 Ketiadaan keterangan / surat sebab tidak hadir boleh menyebabkan
surat amaran tidak hadir kesekolah dikeluarkan oleh pihak sekolah
dan direkodkan di dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM).
Prosuder penghantaraan surat adalah seperti jadual dibawah :
SURAT TIDAK HADIR TIDAK HADIR BUKAN
Amaran 1 BERTURUT – TURUT BERTURUT - TURUT
Pada hari ke-3 Pada hari ke-10
Amaran 2 7 hari selepas Amaran 1 10 hari selepas Amaran 1
Amaran Terakhir ( 10 Hari ) ( 20 Hari )
Buang sekolah
7 hari selepas Amaran 2 20 hari selepas Amaran 2
( 17 Hari ) ( 40 Hari )
14 hari selepas Amaran 3 20 hari selepas Amaran 3
( 31 Hari ) ( 60 Hari )
10
PERKARA 4 : PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
Murid wajib memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan
lengkap dengan lencana dan tanda nama dipakai setiap hari persekolah,
menghadiri upacara – upacara rasmi sekolah dan ketika lawatan rasmi.
4.1 PAKAIAN SERAGAM MURID LELAKI
4.1.1 Seluar bagi murid lelaki ialah seluar panjang biru tua(navy
blue).Seluar pendek yang sama warnanya boleh dipakai
sekiranya dikehendaki oleh ibu bapa atau penjaga mereka.
4.1.2 Tali Pinggang
Sekiranya bertali pinggang adalah jenis yang kepalanya tidak
bersaiz besar atau berhias. Lebar tali pinggang tidak melebihi
1 ½ inci atau 3.75cm. warna tali pinggang sama ada hitam
atau biru tua.
4.1.3 Baju
Baju adalah bewarna putih dan berlengan pendek.
4.1.4 Tali Leher
Murid hanya dibenarkan memakai tali leher sekolah yang
telah ditetapkan.
4.1.5 Kasut dan Stoking
Kasut bagi murid – murid sekolah adalah kasut berkanvas
hitam / putih dan berstoking hitam / putih.
4.1.6 Rambut dan Kuku
Murid – murid lelaki mestilah menjaga rambut supaya
sentiasa kemas dan pendek. Rambut tidak boleh diwarnakan
dengan sebarang warna atau berfesyen. Kuku mestilah
pendek dan tidak boleh dicat atau diinai.
11
4.2 PAKAIAN SERAGAM MURID PEREMPUAN
4.2.1 Baju Kurung berwarna putih dan kain sarung berwarna biru
tua.
4.2.2 Pakaian murid – murid perempuan adalah“pinafore tunic
”berwarna biru tua (navy blue) labuhnya sampai kelutut.
4.2.3 Tudung / Mini Telekung
Murid – murid perempuan dibenarkan memakai tudung /
mini telekung yang berwarna putih dan berbentuk segitiga
dua sama dan tidak berenda di tepinya.
4.2.4 Kasut dan Stoking
Kasut bagi murid – murid sekolah adalah kasut berkanvas
hitam / putih dan berstoking hitam / putih.
4.2.5 Rambut / Kuku / Riben
i. Hendaklah menyikat rambut dengan kemas.
ii. Rambut yang panjang diikat kemas dengan
menggunakan riben hitam / biru gelap.
iii. Rambut tidak boleh diwarnakan.
iv. Berkuku pendek dan tidak boleh dicat atau diinaikan.
4.2.6 Alat – Alat Solek
Murid – murid dilarang memakai sebarang alat solek
walaupon nipis kecuali murid – murid yang terlibat dalam
program sekolah dengan kebenaran guru.
4.2.7 Murid – murid tidak dibenarkan memakai atau membawa
barang – barang kemas seperti gelang, rantai leher, anting –
anting, cincin dan seumpanya.
12
4.3 PAKAIAN SEMASA SUKAN / PENDIDIKAN JASMANI / AKTIVITI
KOKURIKULUM
4.3.1 Semua murid mesti memakai kemeja-T (T-Shirt) sekolah atau
kemeja –T rumah sukan masing – masing.
4.3.2 Kasut dan stoking – kasut kanvas berwarna hitam / putih dan
stoking berwarna hitam atau putih.
4.3.3 Semua murid mesti memakai seluar trek (track bottom)
berwarna biru gelap dan tidak bercorak.
4.4 TANDA NAMA DAN LENCANA SEKOLAH
Semua murid dikehendaki memakai tanda nama dan lencana
sekolah yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
13
Surat PekelilingIkhtisas No. 2/1976
Lampiran A
14
Berseluar Panjang dan
Berkemeja Lengan Pendek
Lencana
Tag nama
Kaki seluar 8”-9”
paras buku lali
15
Memakai Penafor dan Blaus
Berbaju Kurung, Berkain
sarung serta Bertelekung Mini
16
PERKARA 5 : KEBERSIHAN DAN KECERIAN SEKOLAH
5.1 BILIK DARJAH / KELAS
5.1.4 Tanggungjawab semua murid untuk menjaga kebersihan dan
kecerian kelas.
5.1.2 Guru kelas bertanggungjawab menyediakan jadual bertugas
dan semua murid mesti mematuhinya.
5.1.3 Setiap kelas mempunyai sudut pembelajaran dan menghias
kelas dengan bahan – bahan akademik.
5.1.4 Sebelum meninggalkan kelas, kerusi dan meja mesti disusun
dengan teratur, suis lampu dan kipas ditutup. Pintu dan
tingkap juga ditutup.
5.1.5 Semua murid tidak dibenarkan memindahkan kerusi/ meje /
perabot antara kelas.
5.1.6 Komputer dan suis utama ditutup.
5.2 KAWASAN SEKOLAH
5.2.1 Semua murid harus menjaga kebersihan dan kecerian
sekolah
5.2.2 Dilarang sebarang perbuatan vandalism.
5.2.3 Kawasan sekolah adalah kawasan ‘Zero Sampah’.
17
5.3 TANDAS SEKOLAH
5.3.1 Gunakan tandas dengan betul seperti mengepam pam
tandas dan menjaga kebersihan tandas.
5.3.2 Gunakan air secara berhemah seperti menutup pili air
setelah digunakan.
5.3.1 Murid – murid hendaklah melaporkan segera sebarang
kebocoran atau kerosakan tandas kepada guru.
5.4 PAPAN KENYATAAN
5.4.1 Sebarang kenyataan yang ditampal / ditulis mestilah
mendapat kebenaran guru.
5.4.2 Dilarang melakukan sebarang pengubahsuaian atau
vandalism pada info yang ditampal.
5.5 HARTA BENDA SEKOLAH
5.5.1 Semua murid bertanggungjawab menjaga dan menghargai
harta benda sekolah seperti asset yang ada di dalamkelas,
makmal komputer, makmal sains, bilik RBT, bilik seni, PSS,
surau stor, kantin, dewan, padang, bilik persalinan, tandas
dan lain-lain.
5.5.2 Sebarang kerosakan harta benda sekolah hendaklah
dilaporkan segera kepada guru.
5.5.3 Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah digantikan
oleh murid yang berkenaan.
5.5.4 Semua harta benda yang dipinjam hendaklah dipulangkan /
diletakkan ketempat asalnya.
18
PERKARA 6 : KAWASAN LARANGAN
6.1 “Kawasan Larangan” merupakan kawasan yang murid tidak
dibenarkan masuk tanpa urusan / tanpa kebenaran guru.
6.1.1 “Kawasan Larangan”melibatkan pejabat sekolah, bilik guru,
semua bilik khas, stor / bilik – bilik rehat pekerja, kawasan
belakang bangunan, kawasan letak kereta serta bangunan
sekolah SMKPP 18(1) yang terletak bersebelahan dengan
sekolah ini.
PERKARA 7 : KANTIN
7.1 Semua murid mestilah makan dan minum secara bersopan di kantin
sekolah.
7.2 Murid – murid berbaris ketika membeli makanan dan minuman
Serta membuang sampah ke dalam tong sampah.
7.3 Semua bekas makanan dan minuman hak milik kantin dimasukkan
ke dalam bekas – bekas yang disediakan selepas digunakan.
7.4 Murid – murid dilarang masuk kebahagian memasak atau tempat
penyedian makanan dan ke kafeteria guru.
7.5 Semua murid dilarang membeli makanan dari luar kawasan sekolah
termasuk dari sekolah menengah.
19
PERKARA 8 : TATATERTIB DAN KESOPANAN
8.1 Setiap murid wajar mengenali guru – guru dan kakitangan sekolah.
8.2 Murid bersikap hormat kepada warga sekolah / pelawat.
8.3 Ucapan salam diberikan apabila berjumpa sesama islam dan ucapan
selamat sejahtera bagi bukan islam.
8.4 Murid amat digalakkan untuk mengamalkan Salam Hormat sesama
warga sekolah dan pelawat.
8.5 Tingkah laku yang baik diamalkan sepanjang tempoh persekolahan
dan menjaga nama baik sekolah.
PERKARA 9 : PENGGUNAAN LOKER
9.1 Loker hanya untuk menyimpan buku atau barang keperluan sekolah
sahaja.
9.2 Ditegah menyimpan barangan larangan seperti alat mainan.
9.3 Kunci loker adalah tanggungjawab masing – masing.
PERKARA 10 (A) : MAKMAL KOMPUTER / MAKMAL SAINS DAN
PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)
10.1 Murid – murid dilarang masuk tanpa guru atau Peyelaras IT.
10.2 Murid – murid tidak dibenarkan membawa masuk beg,
menggunakan komputer untuk tujuan bermain, mengubahsuai
perisian yang sedia ada dan sebagainya.
10.3 Murid – murid dilarang berbuat bising, makan minum, bergurau –
senda atau berkejar kejaran di dalam makmal, dan PSS.
20
PERKARA 10 (B) : PERATURAN PENGGUNAAN KOMPUTER DI
BILIK DARJAH DAN DI MAKMAL KOMPUTER
1. Pastikan perkakasan komputera dalam bersih.
2. Dilarang membersihkan komputer dengan kain basah atau bahan
berminyak.
3. Dilarang membawa makanan atau minuman.
4. Gunakan ID Pengguna dan kata laluan yang ditetapkan.
5. Membuka dan menutup computer dengan prosuder yang betul.
6. Tidak dibenarkan mengubah konfigurasi dan pengesetan.
7. Dilarang memasukkan ‘screen saver’gambar dan perisian luar atau
muat turun dari Internet ke dalam komputer.
8. Semua fail hendaklah disimpan dalam‘folder server’ yang ditetapkan
sahaja.
9. Dilarang menggunakan disket (cakra liut) dari rumah melainkan
dengan kebenaran guru.
10. Kerapkan pengesanan virus dan ‘scandisk’ komputer sekiranya
perisian lambat ‘launch’.
11. Tutup semua suis komputer dan soket elektrik setelah digunakan.
12. Penggunaan peralatan sokongan seperti pembesar suara dan fon
kepala hendaklah dikembalikan.
13. Memaklumkan kepada guru dengan segara sekiranya ada
kerosakkan pada perkakasan komputer.
21
PERKARA 11 : KOKURIKULUM
11.1 Semua murid Tahap 2 diwajibkan mengambil bahagian dalam
aktiviti kokurikulum berikut :
❖ Kelab dan Persatuan
❖ Pasukan Unit Beruniform
❖ Sukan / Permainan
11.2 Kedatangan murid adalah wajib serta direkodkan.
11.3 Murid – murid berpakaian mengikut aktiviti yang disertai iaitu unit
berunifom / pakaian sekolah / pakain sukan.
11.4 Murid tidak dibenarkan menjalankan aktiviti tanpa Guru Penasihat.
11.5 Aktiviti kokurikulum sekolah pada hari Rabu : 2.30 petang hingga
4.30 petang.
11.6 Murid – murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah ketika
aktiviti kokurikulum dijalankan.
11.7 Setiap hari rabu (waktu pagi), semua murid Tahap 2 perlu memakai
baju Unit Beruniform masing – masing dengan lengkap.
11.8 Sekiranya ada aktiviti yang melibatkan jurulatih khas, tempat dan
masa yang akan berubah, ibu bapa dan murid akan dimaklumkan.
11.9 Walau bagaimanapun, aktiviti kokurikulum tertakluk kepada
sebarang perkembangan dan arahan semasa seperti perlaksanaan
Norma Baharu Menangani Covid -19.
22
PERKARA 12 : SENARAI SALAH LAKU KATEGORI BERAT
12.1 TINGKAH LAKU JENAYAH
12.1.1 Berjudi
12.1.2 Mencuri
12.1.3 Melawan guru
12.1.4 Melawan pengawas
12.1.5 Mengancam guru
12.1.6 Mengancam pengawas
12.1.7 Mengancam murid
12.1.8 Memukul guru
12.1.9 Memukul pengawas
12.1.10 Memukul Murid
12.1.11 Mencederakan guru
12.1.12 Memeras ugut
12.1.13 Membuli
12.1.14 Mengangotai kumpulan haram / kongsi gelap
12.1.15 Mencederakan murid
12.1.16 Menyalahguna dadah
12.1.7 Membawa senjata berbahaya
12.1.18 Mencabul kehormatan
12.1.19 Menceroboh bilik khas
12.1.20 Menceroboh kedai sekolah, membuka pejabat
sekolah
12.1 21 Menceroboh bilik guru
12.1.22 mengedar dadah
12.1.23 Menunjuk perasaan / berpiket
12.1.24 Mengganggu ketenteraman sekolah
12.1.25 Menaruh secara besar – besaran
23
12.2 TINGKAH LAKU LUCAH
12.2.1 Bercumbu -cumbuan
12.2.2 berdua -duan tanpa tujuan (khalwat)
12.2.3 Membawa bahan – bahan lucah kesekolah
12.2.4 Mengintai murid – murid perempuan
12.2.5 Menggunakan perkataan lucah
12.2.6 Melakukan perkataan lucah
12.2.7 Menulis perkataan lucah
12.2.8 Melukis gambar – gambar lucah
12.3 TINGKAH LAKU KURANG SOPAN DAN BIADAP
12.3.1 Berkelakuan kasar terhadap guru
12.3.2 Berkelakuan kasar terhadap pengawas
12.3.3 Berkelakuan kasar terhadap murid
12.3.4 Berbahasa kesat
12.3.5 Menyimpan rokok / vape
12.3.6 Menghisap rokok / vape
12.3.7 Mengganggu pengajaran dan pembelajaran
12.3.8 Tidak menghormati guru
12.3.9 Tidak menghormati pengawas
12.4 TINGKAH LAKU MUSNAH
12.4.1 Merosakkan harta benda sekolah
12.4.2 Merosakkan harta benda Guru Besar dan guru – guru
12.4.3 Merosakkan harta benda kantin sekolah
12.4.4 Merosakkan harta benda murid lain
24
12.5 TINGKAH LAKU TIDAK JUJUR / MENIPU
12.5.1 Menipu yang melibatkan wang
12.5.2 Menipu yang melibatkan kepercayaan
12.6 PONTENG Ponteng kelas
12.6.1 Ponteng sekolah
12.6.2 Ponteng perhimpunan
12.6.3 Ponteng kegiatan luar bilik darjah
12.6.4 Ponteng kegiatan kokurikulum
12.6.5 Ponteng ujian
12.6.6 Ponteng peperiksaan
12.6.7
12.7 TINGKAH LAKU TIDAK MEMENTINGKAN MASA
12.7.1 Berkeliaran di kawasan sekolah
12.7.2 Datang lewat ke sekolah
12.7.3 Lewat ke perhimpunan
12.7.4 Makan di kantin pada waktu pembelajaran
12.8 KEKEMASAN DIRI
12.8.1 Rambut Panjang
12.8.2 Berkuku Panjang
12.8.3 Memakai pakaian tidak mengikut peraturan sekolah
12.8.4 Memakai barang kemas
12.9 LAIN-LAIN KESALAHAN
12.9.1 Membuang sampah merata-rata
12.9.2 Tidak menyiapkan kerja sekolah
25
PERKARA 13 : PENTAKSIRAN / PEPERIKSAAN
13.1 Murid – murid mesti mematuhi peraturan – peraturan pentaksiran /
peperiksaan sekolah
13.2 Murid – murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah
walaupun waktu pentaksiran / peperiksaan berakhir lebih awal dari
waktu sekolah kecuali mendapat arahan dari Guru Besar
13.3 Murid – murid yang mengambil pentaksiran / peperiksaan semasa
cuti sekolah tidak dikecualikan dari pada mematuhi peraturan -
peraturan dan undang – undang sekolah.
PERKARA 14 : KESELAMATAN MURID - MURID
14.1 Keselamatan diri adalah tanggungjawab murid sendiri
14.2 Murid mestilah bertanggungjawab menjaga keselamatan diri
semasa menjalan kanak tiviti persatuan / kelab / sukan / permainan
dan aktiviti di dalam bilik darjah.
14.3 Kemalangan akibat kelalaian sendiri serta keingkaran arahan adalah
di luar tanggungjawab pihak sekolah.
14.4 Sebarang gangguan dari pada pihak luar hendaklah dilapurkan
segera kepada pihak sekolah.
26
PERKARA 15 : PERTUKARAN SEKOLAH
15.1 Dibenarkan hanya dengan kebenaran / kehendak ibu bapa atau
penjaga.
15.2 Sekiranya murid daripada kelas peperiksaan ibu bapa penjaga
hendaklah memastikan pertukaran Pusat Peperiksaan telah dibuat.
PERKARA 16 : KEDAI BUKU
16.1 Semua murid yang ingin berurusan di kedai buku sekolah mestilah
pada wanktu yang ditetapkan kecuali dengan kebenaran guru.
PERKARA 17 : SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
17.1 Semua murid mestilah menjaga bulu – buku pinjaman dengan baik.
17.2 Tulis nama, kelas dan tahun di ruangan yang disediakan
17.3 Semua buku pinjaman mestilah dipulangkan dalam keadaan baik
apabila ;
17.3.1 pada akhir tahun
17.3.2 diberhentikan sekolah
17.3.3 diarahkan pihak sekolah
27
PERKARA 18 : HAL – HAL LAIN
18.1 Semua murid tidak dibenarkan membawa sebarang bentuk alat
permainan elektronik dan bukan elektronik.
18.2 Semua murid dilarang membawa telifon bimbit, jam pintar dan
seumpanya kesekolah.
18.3 Dilarang sama sekali membawa benda – benda tajam ke sekolah
kecuali alat tulis seperti gunting untuk aktiviti Pendidikan Seni Visual
dan lain – lain yang berkaitan sahaja.
18.4 Dilarang membawa komik, majalah atau sebarang objek yang tiada
kaitan dengan pelajaran
18.5 Murid – murid dilarang berniaga di dalam kawasan sekolah.
18.6 Murid – murid tidak digalakkan membawa lebihdari Rm 10.00
kesekolah kecuali dengan tujuan – tujuan yang tertentu.
18.7 Ibu bapa murid perlu merekod di dalam buku khas di pejabat
sekolah untuk menjemput pulang murid lebih awal daripada waktu
persekolah tamat.
18.8 Ibu bapa yang ingin berurusan dengan anak / guru / kakitangan
sekolah ini mestilah mengisi boring di sediakan.
18.9 Ibu bapa tidak dibenarkan berada bersama murid di dalam kelas
atau dikawasan sekolah.
28
RUJUKAN
ORDINAN PELAJARAN 1957
Peraturan – peraturan pelajaran (disiplin sekolah) 1959.
BUKU – BUKU PANDUAN
• Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Am Disiplin Sekolah –
Sekolah, Pencetakan Adabi, 1981.
• Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Bagi Ibu Bapa Mengenai
Disiplin Murid – Murid Sekolah, Pencetakan Dewan Bahasa Dan
Pustaka, 1982.
• Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Dan Tatacara Disiplin
Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru, Percetakan Dewan Bahasa Dan
Pustaka, 1983
• Unit Disiplin, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Sekolah, Percetakan
Watan Sdn Bhd, 1994
SURAT – SURAT PEKELILING IKHTISAS
A. TINDAKAN JENAYAH DAN TINGKAH LAKU SOSIAL
• Surat pekeliling ikhtisas bilangan 4/1982. Permainan ‘pin table’,
video game, game watch, 01.10.1982.
• Surat pekeliling ikhtisas bilangan 4/1991. Pelaporan kejadian tidak
diingini.
29
B. PERATURAN / TINDAKAN DISIPLIN
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1968. Pembuangan Murid –
Murid Daripada Sekolah – Sekolah Kerana Kelakuan Curang,
10.09.1968.
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/1968. Tatatertib Di Sekolah –
Sekolah 18.09.68
• Surat Pekeliling Bilangan 6/1968 Dan 8/1968. Tambahan Kepada
Surat Pekeliling ‘Profesional’ Kementerian Pelajaran (Gantung
Persekolahan 12.10.1968).
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1972. Peraturan – Peraturan
(Tatatertib Sekolah) Pelajaran 1959, 04.02.1972.
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 9/1975. Disiplin Di Sekolah:
Perraturan – Peraturan Sekolah Untuk Murid – Murid,
04.11.1975.
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11/1976. Mengharamkan
Semua Jenis Permainan Judi Di Sekolah – Sekolah, 09.10.1976
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/1983. Mengenakan Hukuman
Biasa Terhadap Murid – Murid Yang Melakukan Perbuatan –
Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan –
Peraturan Pelajaran, 07.11.1983.
30
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/1988. Keselamatan Diri
Pelajar Di Sekolah, 01.03.1988.
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/1991. Tata Kelakuan Pelajar
Ketika Di Masjid, 05.02.1991
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1992. Pengharaman Pensil
Berbentuk Alat Suntikan (Syringe) Di Sekolah – Sekolah,
27.07.1992.
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1996. Perlaksanaan Kuasa
Disiplin Dan Hukuman Di Sekolah, 03.09.1996.
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/2003. Kuasa Guru Merotan
Murid, 29.10.2003.
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/2009. Penguatkuasaan
Larangan Membawa Dan Menggunakan Telefon Bimbit Oleh
Murid Di Sekolah, 25.05.2009.
C. RAMBUT DAN PAKAIAN
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/1976. Potongan Rambut Murid –
Murid, 07.01.1976.
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1983. Pakaian Seragam Murid –
Murid Sekolah, 09.03.1983.
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/1985. Pakaian Seragam Murid –
Murid Sekolah (Pindaan), 12.11.1985.
31
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1992. Pemakaian Tudung / Mini
Telekung Bagi Pelajar – Pelajar Perempuan, 14.02.1992.
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1993. Pakaian Seragam Sekolah,
03.06.1993.
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/1996. Penampilan Diri Pelajar,
Kekemasan Dan Kerapian Berpakaian, 24.06.1996.
D. BERKENAAN DENGAN TEMBAKAU
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6A/1975. Disiplin - Murid – Murid
Menghisap Tembakau Rokok, 05.09.1975.
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1975. Salah Guna Dadah – Garis
Panduan Unruk Guru Dan Guru Besar, 19.08.1975.
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/1979. Laporan Murid – Murid
Dalam Keadaan Risiko Penyalahgunaan Dadah Yang Memerlukan
Pertolongan, 26.03.1979.
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1997. Hukuman Terhadap Murid
Menghisap Rokok, 22.05.1997.
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5/1997. Sekolah Sebagai Kawasan
Larangan Merokok.
32
E. UMUM
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1977. Pengelolaan Walkhaton Di
Sekolah – Sekolah, 27.09.1977.
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 9/1977. Menganjur Dan Menjual
Loteri Di Sekolah, 03.10.1977.
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1978. Acara Suaikenal Di Sekolah
– Sekolah, 02.05.1978.
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1983. Larangan Permainan
Bahan – Bahan Letupan, 23.04.1983.
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1983. Garis Panduan Mengenai
Pungutan Derma Melibatkan Murid – Murid Sekolah, 14.06.1984.
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1984. Tambahan Kepada Surat
Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1984 – Perhimpunan Sekolah,
10.09.1984.
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1998. Program Skim Lencana
Anti Dadah Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD),
03.02.1988.
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5/1988. Penyakit Demam Kepialu
(Tifoid), Taun (Kolera), Penyakit Kuning (Hepatitis B) Dan Keracunan
Makanan, 10.03.1998.
33
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan7/1988. Penyertaan Pelajar Dalam
Pertandingan Atau Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Atau Badan
Induk Sukan, 10.03.1988.
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 12/1989. Garis Panduan Dari Segi
Pengcegahan Kebakaran Bagi Bangunan Dan Asrama, 09.12.1989.
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1994. Menanam Semangat
Patriotisme Di Kalangan Pelajar Dan Senaman Ringkas Dalam Bilik
Darjah, 12.09.1994.
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1995. Keselamatan Diri Pelajar
Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta
Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan Di Dalam Dan Di Luar Sekolah,
06.04.1995.
34