HARI PENDAFTARAN
PELAJAR BAHARU TINGKATAN 1
MRSM PARIT
ISNIN Tentatif
11 APRIL 2022 Proses
Pendaftaran
Maktab Rendah Sains MARA Parit
Lot 3836, Mukim Belanja, Soalan
Jalan Parit - Tg. Belanja, Lazim
32800 Parit, Perak.
05-3775002/5003
WISDOM CREATES EXCELLENCE
TENTATIF HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
TINGKATAN 1 MRSM PARIT
ISNIN 11 APRIL 2022
CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
TINGKATAN 1 MRSM PARIT
ISNIN 11 APRIL 2022
1. SARINGAN KESIHATAN DI PONDOK PENGAWAL :
• Imbas MySejahtera
• Serahan “Kit Test Covid”
Makluman :
• Pintu pagar MRSM Parit akan mula dibuka pada jam 8:30 pagi.
• Patuhi setiap arahan pengawal keselamatan.
• Hanya status MySejahtera berwarna Biru sahaja yang dibenarkan
masuk, sekiranya pelajar atau salah seorang waris didapati
memiliki status MySejahtera berwarna Kuning atau Merah, perlu
menangguhkan urusan pendaftaran dan memaklumkan segera
kepada pihak MRSM Parit. Begitu juga kepada mereka yang
bergejala.
CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
TINGKATAN 1 MRSM PARIT
ISNIN 11 APRIL 2022
2. PENDAFTARAN PELAJAR :
• Pelajar diberikan nombor maktab, nama Homeroom,
nombor kelas dan nombor bilik asrama.
• Pelajar dan seorang waris dibenarkan masuk ke asrama.
Makluman :
• Pendaftaran pelajar lelaki ialah di Dewan Selera manakala
pendaftaran pelajar perempuan ialah di Dewan Iltizam.
• Penghantaran barang pelajar lelaki ke asrama boleh dilakukan
sejurus selepas selesai pendaftaran.
• Penghantaran barang pelajar perempuan adalah secara drop-off di
Surau. Masa yang diperuntukkan untuk drop-off ialah 10 minit.
• Pelajar akan dibantu Helpers untuk urusan mengangkat barang.
• Tempoh masa pendaftaran yang diperuntukkan adalah di antara
jam 8:30 pagi sehingga 10:15 pagi sahaja.
• Pematuhan SOP amatlah ditekankan sepanjang urusan dijalankan.
CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
TINGKATAN 1 MRSM PARIT
ISNIN 11 APRIL 2022
3. URUSAN DI KOPERASI MRSM PARIT :
• Pelajar dan seorang waris dibenarkan berurusan di
koperasi (sekiranya perlu).
Makluman :
• Tempoh masa yang diperuntukkan adalah di antara jam 8:30 pagi
sehingga 10:00 pagi sahaja.
• Sila layari https://tinyurl.com/koperasimrsmprt bagi melihat
senarai nama pelajar yang akan menerima barang keperluan
asrama pada hari pendaftaran.
• Pelajar yang lain akan menerima barang keperluan asrama pada
hari lain secara berperingkat bagi mengelakkan kesesakan di
Koperasi.
• Koperasi hanya menyerahkan barang keperluan asrama sahaja
tetapi tidak dibuka untuk urusan pembelian yang lain. Pelajar
boleh membuat pembelian pada hari-hari yang lain.
• Sila patuhi SOP Covid19 semasa berurusan di Koperasi.
CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
TINGKATAN 1 MRSM PARIT
ISNIN 11 APRIL 2022
4. TAKLIMAT PENGETUA DI DEWAN ILTIZAM :
• Pelajar dan seorang waris dibenarkan masuk ke
Dewan Iltizam untuk sesi Taklimat bersama
Pengetua MRSM Parit.
Makluman :
• Pelajar dan seorang waris perlu berada di Dewan Iltizam tepat
jam 10:30 pagi.
• Hanya 1 orang waris sahaja dibenarkan masuk untuk sesi taklimat
berkenaan.
• Pematuhan SOP amatlah ditekankan sepanjang urusan dijalankan.
CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
TINGKATAN 1 MRSM PARIT
ISNIN 11 APRIL 2022
5. SESI BERSAMA PENASIHAT HOMEROOM DAN SERAHAN
DOKUMEN DI BLOK AKADEMIK :
• Pelajar dan seorang waris dibenarkan untuk sertai sesi
bersama Penasihat Homeroom.
• Penyerahan dokumen berkaitan dan resit pembayaran
kepada AJK serahan dokumen.
Makluman :
• Sesi akan dijalankan di Blok Akademik tepat jam 11:30 pagi.
• Pematuhan SOP amatlah ditekankan sepanjang urusan dijalankan.
• Waris akan meninggalkan MRSM Parit setelah penyerahan
dokumen selesai.
CARTA ALIR PERGERAKAN TRAFIK
PROSES PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
TINGKATAN 1 MRSM PARIT
ISNIN 11 APRIL 2022
SOALAN LAZIM
HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 2022
MRSM PARIT
1. Bilakah sesi pendaftaran pelajar baharu tingkatan 1 MRSM Parit akan dijalankan?
· Hari Isnin bertarikh 11 April 2022.
2. Adakah terdapat ketetapan waktu untuk mendaftar?
· Ya. Waktu mendaftar bermula pada jam 8:30 pagi sehingga 10:30 pagi
meliputi tempoh daftar masuk ke asrama dan pengurusan asrama. Pelajar
digalakkan untuk hadir awal. Sesi diteruskan dengan Taklimat bersama
Pengetua MRSM Parit pada jam 10:30 pagi dan Taklimat bersama Guru
Homeroom pada jam 11:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari.
3. Adakah ibu bapa/penjaga boleh menemani pelajar sepanjang hari pertama di
MRSM Parit?
· Hanya seorang waris sahaja dibenarkan untuk berurusan bersama pelajar
semasa hari pendaftaran sehingga jam 12:30 tengah hari iaitu selepas sesi
Taklimat bersama Penasihat Homeroom.
SOALAN LAZIM
HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2022
MRSM PARIT
4. Borang deklarasi kesihatan perlu diserahkan kepada siapa?
· Borang deklarasi kesihatan diserahkan kepada guru Homeroom semasa
pertemuan Homeroom. Keluarga dan pelajar juga perlu imbas MySejahtera
yang disediakan di pondok pengawal. Sekiranya status MySejahtera pelajar
atau salah seorang keluarganya berwarna kuning atau merah, maka pelajar
dikehendaki pulang dan menangguhkan sesi pendaftaran. Begitu juga dengan
mereka yang bergejala.
5. Bagaimanakah urusan pendaftaran pelajar di asrama?
· Pelajar akan ke asrama setelah mendapat nombor bilik dari kaunter
pendaftaran dengan di temani oleh helpers dan ibu/bapa. Kaunter pendaftaran
bagi pelajar lelaki ialah di Dewan Selera manakala pelajar perempuan di
Dewan Iltizam.
6. Adakah terdapat kemudahan pembelian barangan di koperasi?
· Bagi mengelakkan kesesakan sewaktu hari pendaftaran, urusan pembelian di
koperasi hanya akan beroperasi pada hari lain mengikut waktu pejabat.
SOALAN LAZIM
HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2022
MRSM PARIT
7. Berapakah bayaran pendaftaran pelajar baharu tingkatan 1 TAHUN 2022?
· Bayaran pendaftaran berjumlah RM161. Perincian bayaran pendaftaran boleh
dirujuk pada Dokumen Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu MRSM Tahun
2022. Untuk senarai bayaran wajib seperti saham koperasi, dobi, dan lain-lain
boleh dilakukan secara ansuran.
8. Adakah kaunter pembayaran yuran dibuka semasa hari pendaftaran?
· Tidak. Pihak MRSM Parit tidak menerima sebarang pembayaran yuran
semasa hari pendaftaran. Pelajar digalakkan membuat pembayaran secara atas
talian melalui aplikasi MARAeps.
9. Untuk sementara waktu, bolehkah anak saya memakai uniform sekolah lama?
· Boleh. Pembelian baju uniform rasmi maktab boleh dilakukan secara
berperingkat bagi mengelakkan beban perbelanjaan.
SOALAN LAZIM
HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2022
MRSM PARIT
10. Adakah sesi orientasi akan dijalankan terhadap pelajar baharu?
· Sesi orientasi atau lebih mesra dikenali sebagai Minggu Silaturrahim akan
dijalankan selama 5 hari bermula pada 11 April 2022 sehingga 15 April 2022.
11. Adakah pihak MRSM Parit akan menyediakan makanan kepada para pelajar
pada hari pendaftaran?
· Ya. Pihak MRSM Parit hanya akan menyediakan makanan kepada pelajar
non-muslim seawal makan tengah hari iaitu selepas selesai sesi Taklimat
bersama Guru Homeroom. Manakala pelajar Muslim pula akan mula makan
ketika waktu berbuka puasa.
SOALAN LAZIM
HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2022
MRSM PARIT
12. Apakah maksud Homeroom?
· Sekumpulan pelajar sebaya menjalani hidup bersama dalam suasana
persaudaraan dengan seorang guru penasihat yang berfungsi sebagai
pembimbing dan penjaga.
13. Apakah fungsi sebuah Homeroom?
· Sebagai satu unit keluarga yang berperanan dalam mewujudkan kehidupan
yang harmonis, kesefahaman, perkongsian isu dan masalah, mengembangkan
potensi dan bakat, sentiasa mewujudkan suasana kekeluargaan yang
mengamalkan nilai kerjasama dan ukhwah yang tinggi.
14. Siapakah penasihat Homeroom?
· Penasihat Homeroom ialah guru yang dilantik untuk menjaga ahli homeroom
dan berperanan sebagai penjaga sementara pelajar. Penasihat homeroom
bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan dan mengembangkan potensi diri
pelajar sepanjang keberadaan di maktab.
15. Berapakah jumlah ahli dalam sesebuah Homeroom?
· Jumlah ahli adalah seramai 15 orang pelajar (lelaki & perempuan) dalam
tingkatan yang sama.
SOALAN LAZIM
HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2022
MRSM PARIT
16. Apakah aktiviti yang akan dijalankan oleh Homeroom?
· Aktiviti Homeroom merangkumi program bimbingan akademik,
pembangunan bakat, kepimpinan, khidmat masyarakat, jamuan dan lawatan.
17. Apakah ibu bapa / penjaga boleh menyampaikan maklumat kepada
anak melalui Penasihat Homeroom?
· Ya. Ibu bapa / penjaga boleh meminta bantuan Penasihat Homeroom untuk
menyampaikan maklumat penting kepada anak-anak mengikut budi bicara
Penasihat Homeroom. Penasihat Homeroom juga menjadi perantara
penyampai maklumat kepada ibu bapa / penjaga berkaitan info-info yang
perlu disampaikan oleh pihak MRSM.
18. Adakah saya dibenarkan menghubungi Penasihat Homeroom di luar
waktu pejabat?
· Ya. Ibu bapa / penjaga disarankan untuk menghubungi anak atas urusan
kecemasan yang berlaku ketika di luar waktu pejabat.
19. Adakah pihak MRSM Parit akan melaksanakan taklimat bersama ibu
bapa / penjaga sebelum hari pendaftaran?
· Tidak. Pihak MRSM Parit akan melaksanakan taklimat semasa Hari
Pendaftaran iaitu pada pukul 10.30 pagi di Dewan Iltizam.