Prosedur Perceraian Perkahwinan Di Malaysia Menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Shafynie binti Zulkeffleey | 2020112350212
Pengenalan Perkahwinan merupakan satu ikatan yang memberikan perlindungan dan kasih sayang secara berterusan antara pasangan suami isteri. Kebahagian suami isteri terbentuk apabila wujudnya pergaulan yang baik antara satu sama lain termasuklah layanan yang diberikan. Namun, apabila berlaku pelbagai isu antara suami isteri seperti pergaduhan, keganasan rumah tangga, perceraian dan lebih teruk lagi sehingga membawa kepada pembunuhan. Hal ini telah membawa kepada banyaknya berlaku kes penceraian dalam kalangan masyarakat Islam. Menurut Nur Faezah & Bahiyah (2022), sebanyak 66 440 permohonan cerai pasangan Islam difailkan di mahkamah syariah seluruh negara sejak Mac 2020 hingga Ogos lalu. Ini membuktikan bahawa pelbagai masalah rumah tangga sejak kebelakangan ini telah menyumbang kepada peningkatan kes penceraian yang sangat membimbangkan dan jelas kelihatan bahawa tiada ketenangan, cinta dan kasih sayang dalam rumah tangga.
Pengertian Perceraian Penceraian atau talak dari segi bahasa diertikan sebagai melepaskan, meninggalkan, atau melepaskan ikatan perkahwinan. Manakala pengertian penceraian atau talak mengikut istilah syarak diertikan sebagai melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz cerai atau talak. Bahasa Dari segi istilah pula, penceraian atau talak didefinisikan sebagai melepaskan ikatan perkahwinan atau terputusnya hubungan suami isteri dengan mengucapkan secara sukarela iaitu ucapan talak kepada isterinya yang mana lafaz tersebut boleh disebut dengan kata-kata yang jelas atau secara kinayah (Safrizal et al., 2020). Istilah Pengertian
Secara umumnya, penceraian dedefinisikan sebagai terputusnya ikatan perkahwinan antara suami isteri dalam membina rumah tangga yang utuh, kekal dan abadi sehingga antara keduanya tidak halal lagi untuk bergaul sebagaimana layaknya taraf suami dan isteri. Soraya dan Doni (2019) turut memperjelaskan bahawa perceraian dianggap sah apabila dilakukan oleh orang yang boleh bertanggungjawab atas keputusannya. Dalam erti kata lainnya, orang yang perbuatannya dapat diminta dipertanggungjawabkan hukum yang dikenali sebagai mukallaf. Suami isteri yang akan bercerai harus sudah cukup dewasa dan tiada ada unsur paksaan atau taklif yang berlaku.
Hukum Perceraian dalam Islam Dalam ayat al-Quran telah diperjelaskan bahawa penceraian adalah diharuskan tetapi ia adalah perkara yang dibenci oleh Allah s.w.t. Sekiranya seorang suami melafazkan talak kepada isterinya, perbuatan itu tidak berdoa namun ia dibenci oleh Allah s.w.t. Bagi isteri pula, jika dia memohon cerai tanpa sebab apatah lagi jika permohonan tersebut melakukan perkara-perkara yang menyebabkan suami terpaksa menceraikannya. Maka, wanita tersebut tidak akan masuk ke syurga. Berdasarkan hadiz riwayat Abu Dawud yang bermaksud ; “Tidak ada perkara halal yang dibenci oleh Allah selain daripada talak.” Dan: “Mana-mana wanita yang meminta talak daripada suaminya tanpa sebab yang sepatutnya, maka haram ke atasnya bau syurga Jika dilihat, penceraian bukanlah perkara yang sewenag-wenangnya boleh dilafazkan melalui talak suami atau permohonan fasakh yang dilakukan oleh isteri. Namun, sekiranya perhubungan antara suami dan isteri tersebut mendatangkan kemudaratan atau perkara sedemikian, menurut Zaini Yusnita et al. (2021) diharuskan untuk melafazakan talak sebagai jalan terakhir dalam menyelesaikan permaslahan yang berlaku di dalam suatu rumah tangga tersebut.
Jenis-jenis Perceraian Talak Talak berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud melepaskan atau membuka ikatan. 01 Fasakh Fasakh diertikan sebagai melepaskan ikatan perkahwinan antara suami dan isteri atas permohonan isteri melalui hakim. 02 Khuluk Khuluk atau tebus talak akan berlaku bila mana keinginan isteri yang bersungguh untuk bercerai 03 Li’an Li’an menurut hukum syarak dalam Eka Gifriana (2018) disebut sebagai sumpah seorang suami apabila menuduh isterinya melakukan zina. 04 Zihar Zihar pada istilah syaraknya diertikan sebagai suami menyamakan tubuh badan isterinya dengan muhram suami dengan mana-mana anggota badannya 05
Prosedur Perceraian Perkahwinan Secara Talak Menurut kepada Enakmen Keluarga Islam Selangor dan Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan memperuntukkan jika kedua-dua suami dan isteri atau salah satu pihak suami atau isteri ingin membuat permohonan penceraian perkahwinan secara talak, maka permohonan tersebut perlulah dikemukan kepada Mahkamah Rendah Syariah di tempat suami isteri tersebut tinggal. Permohonan tersebut termasuklah butiran perkahwinan, sebab-sebab hendak bercerai, langkah-langkah yang telah diambil untuk mencapai perdamaian, perjanjian nafkah dan tempat berlindung serta lain-lain. Jika salah seorang pihak suami atau isteri bersetuju terhadap penceraian tersebut dan Mahkamah mendapati bahawa perkahwinan tersebut telah berpecah belah. Maka, Mahkamah akan menasihatkan suami supaya melafazkan talak satu di hadapan Mahkamah dan perceraian tersebut akan direkodkan perceraian tersebut serta menghantar satu salinan rekod itu yang memperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan. Walaubagaimanapun, sekiranya berlaku sebaliknya iaitu salah seorang pihak tidak bersetuju terhadap penceraian itu dan Mahkamah mendapati terdapat kebarangkalian yang munasabah untuk pasangan suami isteri tersebut berdamai. Maka, mahkamah akan melantik suatu jawatankuasa pendamaian. Jawatankuasa ini terdiri daripada seorang Pegawai Agama sebagai Pengerusi, seorang wakil suami dan seorang wakil isteri. Jawatankuasa Pendamai akan diberikan tempoh selama enam bulan dari tarikh pelantikan atau dalam tempoh lain yang diluluskan oleh Mahkamah untuk menjalankan usaha-usaha pendamaian. Jika jawatankuasa Pendamai melaporkan pendamaian telah dicapai atas persetujuan bersama, dengan itu Mahkamah akan menolak permohonan untuk perceraian. Namun, sekiranya tidak mencapai perdamaian bersama, jadinya jawatankuasa pendamai akan membuat perakuan dan cadangan-cadangan bagi menjaga kebajikan keluarga tersebut dan seterusnya menasihatkan suami supaya melafazkan satu talak.
Prosedur Perceraian Perkahwinan Secara Taklik Permohonan cerai taklik hanya boleh dibuat oleh pihak isteri apabila suami melanggar lafaz taklik yang telah dilafaz dan ditandatangani oleh sebagai persetujuan dan perjanjian dalam tempoh pernikahan, begitu juga sebaliknya bagi suami yang ingin buat permohonan ke atas isteri yang melanggar taklik yang dilafazkan. Peruntukkan mengenai cerai taklik dikeluarkan oleh Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri kecuali di negeri Perlis, seksyen 50 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam memperuntukkan bahawa seorang perempuan yang bersuami berhak mendapatkan penceraian tertakluk kepada syarat-syarat taklik yang dibuat selepas berkahwin, Mahkamah akan menetapkan bahawa penceraian yang demikian telah berlaku. Mahkamah akan memeriksa permohonan tersebut dan membuat siasatan atas kes tersebut mengenai kesahan perceraian itu, jika bukti dan faktanya kukuh bahawa penceraian itu adalah sah mengikut Hukum Syarak, kes tersebut akan disahkan dan direkod kemudian salinan rekod akan dihantar sebagai perakuan kepada Pendaftar dan Ketua Pendaftar untuk didaftarkan. Permohonan dan pengisian borang cerai taklik boleh dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah di tempat suami atau isteri bermaustatin. Pemohon mestilah melampirkan bersama sijil nikah, laporan polis, laporan perubatan serta dokumen-dokumen yang berkaitan. Penceraian jenis taklik ini sangat menekankan terhadap bukti berlakunya pelanggaran lafaz taklik. Permohonan tersebut mestilah disertakan dengan bukti yang jelas dan saksi sebagaimana yang telah dinyatakan dalam hukum Syarak dan Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah seperti yang diterangkan di bawah seksyen 86 (5) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 iaitu keterangan mengenai penceraian hendaklah bersama dua orang saksi lelaki atau seorang saksi lelaki dan dua orang saksi perempuan. Sekiranya syarat tersebut tidak dipenuhi, maka permohonan penceraian tersebut akan ditolak.
Prosedur Perceraian Perkahwinan Secara Khuluk Permohonan cerai bagi khuluk boleh dimohon oleh pihak isteri walaupun tanpa alasan berpecah belah dalam perkahwinan. Hal demikian kerana, penceraian yang disebabkan khuluk merupakan pilihan bagi pihak isteri apabila penceraian tidak dapat dilakukan melalui lafaz talaq, fasakh mahupun taklik dengan cara memberikan pampasan atau tebusan kepada pihak suami. Kes penceraian secara khuluk ini diperuntukkan di dalam dalam Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri seperti yang termaktub di bawah Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (2006) dimana suami yang tidak bersetuju untuk menjatuhkan talak dengan kerelaannya sendiri tetapi bersetuju untuk bercerai dengan cara penebusan talak, Mahkamah akan menetapkan jumlah bayaran tebus talak yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan mengarahkan suami untuk melafazkan cerai. Kemudian, penceraian itu akan dikira sebagai talak ba’in sughra atau penceraian yang tidak boleh dirujuk semula. Mahkamah akan merekodkan kes penceraian tersebut itu dan menghantar satu salinan rekod yang diperakui oleh Pendaftra yang terlibat serta Ketua Pendaftar untuk didaftarkan. Jika kedua-dua pihak gagal untuk mencapai persetujuan bersama mengenai jumlah bayaran tebus talak tersebut, Mahkamah akan membuat tafsiran terhadap jumlah tersebut mengikut Hukum Syarak dengan mengambil kira taraf dan sumber kewangan pihak suami dan isteri. Dalam pada itu, sekiranya Mahkamah mendapati bahawa terdapat kemungkinan bahawa pendamaian boleh dilakukan antara pasangan tersebut. Mahkamah akan melantik Jawatankuasa Pendamai dan kesnya akan diselesaikan seperti mana yang telah diperjelaskan di dalam Prosedur Penceraian Perkahwinan Secara Talak.
Prosedur Perceraian Perkahwinan Secara Fasakh Melihat kepada prosedur perceraian secara fasakh, ia boleh dibuat oleh kedua-dua pihak suami dan isteri. Hak permohonan fasakh kebiasannya diberikan kepada isteri memandangkan suami mempunyai hak untuk melafazkan talak. Akan tetapi, pada masa kini permohonan fasakh boleh dibuat oleh pihak isteri mahupun suami yang tertakluk kepada Enakmen Keluarga Islam Selangor Selangor, 2003, s.53. Isteri yang boleh membuat permohonan fasakh setelah wujudnya lebih daripada satu alasan fasakh dan mengisi borang khusus dan menyediakan segala dokumen yang berkaitan seperti saksi-saksi, laporan perubatan, laporan polis, serta dokumen lain-lain. Tuntutan fasakh adalah sama seperti perceraian secara talak, bezanya adalah perceraian secara fasakh tiada rujukan kepada Jawatankuasa Pendamai atau Hakam. Dalam kes perceraian secara fasakh, permohonan pembubaran perkahwinan memerlukan bukti yang sangat berat kepada pihak yang menuntut, Setiap alasan dan dakwaan yang dikemukakan perlulah disokong dengan bukti yang kukuh serta keterangan saksi yang mencukupi tertakluk kepada Undangundang Keterangan negeri-negeri (Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003, s. 86). Proses ini memakan masa yang lama untuk dimohon serta dibicarakan. Oleh demikian, memandangkan prosedur permohonan perceraian secara fasakh ini memakan masa yang panjang dan beban pembuktian yang berat. Kebiasannya isteri akan dinasihatkan supaya memilih pemisahan perkahwinan secara talak, cerai taklik atau khuluk.
Prosedur Perceraian Perkahwinan Secara Li’an Permohonan penceraian secara li’an boleh dilakukan oleh isteri kerana li’an merupakan hak isteri dan suami perlu melakuakn li’an apabila diminta oleh isteri. Jika terdapat tuduhan yang dilontarkan oleh suami, isteri boleh segera membuat permohonan terhadap pembubaran perkahwinan secara li’an di Mahkamah. Prosedur penceraian secara li’an adalah tidak begitu jelas dalam undang Keluarga Islam di Malaysia, namun Akta Undang-undang Keluarga Islam (wilayah-wilayah Persekutuan) 2006: s. 50A telah memperjelaskan bahawa “Jika pihak-pihak kepada suatu perkahwinan telah bersumpah secara li’an mengikut Hukum Syarak di hadapan Hakim syar’ie...”. Oleh demikian, kes li’an ini perlu dilakukan di hadapan Hakim dan dihadiri oleh segolongan orang Islam dan suami isteri akan berdiri ketika berli’an. Sekiranya li’an disabitkan kerana tuduhan zina dan penafian anak, maka hakim hendaklah memerintahkan suami membuat pengakuan seperti berikut ; “Bahawa aku bersaksikan Allah, sesungguhnya aku adalah benar dalam membuat tuduhan terhadap isteriku ..........binti ...........telah melakukan zina”. Pengakuan tersebut hendaklah diulang sebanyak empat kali dan pada lafaz yang kelima suami mestilah melafazkan dan mengaku bahawa ; “Allah akan melaknati aku jika sekiranya aku berdusta dalam membuat tuduhan terhadap ................binti................telah melakukan zina”. Setelah itu, Hakim akan meminta isteri pula untuk membuat pengakuan dengan berkata ; “Aku bersaksikan Allah sesungguhnya suamiku.............bin............adalah berdusta dengan tuduhan zina terhadapku”. Pengakuan tersebut akan diulang sebanyak tiga kali dan pada kali kelimanya, isteri mestilah menyebut ; “Laknat (kemurkaan Allah) akan menimpaku jika sekiranya suamiku benar dalam tuduhannya”. Kemudian, setelah suami dan isteri selesai melafazkan li’an, hakim akan memerintahkan mereka untuk berpisah dan tinggal berasingan buat selama-lamanya. Mahkamah akan merekod pembubaran secara li’an tersebut dan menghantar rekod yang diperakui kepada Pendaftar dan Ketua Pendaftar bagi tujuan pendaftaran.
Kesimpulannya, Allah s.w.t telah menetapkan bahawa penceraian merupakan jalan terakhir bagi penyelesaian perselisihan suami isteri bila mana tiada cara lain untuk menyelesaikannya. Hal ini termasuklah kegagalan dalam proses atau langkah perdamaian antara suami dan isteri yang bersengketa oleh dua wakil dari pihak keluarga suami dan isteri tersebut. Oleh demikian, pengetahuan dan amalan agama Islam yang kukuh mampu menjadi tunjang utama dalam mewujudkan perkahwinan yang kuat dan dipenuhi rasa kasih sayang serta sakinah dalam sesebuah rumah tangga. Terdapat beberapa pandangan yang menyatakan bahawa isu perceraian perlu ditangani dengan pendekatan yang lebih berhemah dan terbaik bagi mengelakkan pasangan suami isteri yang membuat keputusan memilih untuk bercerai atau berpisah.
Rujukan : Ahmad Rezy, M. (2022). Meninjau Ulang Iwadl Khuluk Perspektif Keadilan Gender. Al-Manahij: Jurnal Kajian Hukum Islam, 16(1), 77–90. https://doi.org/10.24090/mnh.v16i1.6027 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303). Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (2006). Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003, s. 86). Akta Undang-undang Keluarga Islam (wilayah-wilayah Persekutuan) 2006: s. 50A Eka Gifriana. (2018). Li’an Dalam Perspektif Hukum Islam dan Hukum Positif. Jurnal Hukum Perdata Islam, 19(2). https://jurnal.uinbanten.ac.id/index.php/syakhsia/article/view/3311
Ferdi, A. (2021). Analisis Hukum Islam Terhadap Kontekstualisasi Makna Zihar Dalam Perkawinan (Studi Kajian Pemikiran Ulama Tafsir) - Raden Intan Repository. Radenintan.ac.id. http://repository.radenintan.ac.id/id/eprint/15580 Kalis, S. (2018). Sikap Etis Gereja Terhadap Perceraian dan Pernikahan Kembali. Kurios, 4(2), 135. https://doi.org/10.30995/kur.v4i2.80 Kamalia, K. D. (2019). Fast Track Sebagai Salah Satu Kaidah Perceraian Kajian Di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam Negeri Selangor. http://repository.uinsu.ac.id/id/eprint/8990
FMastura, R., Nurhanisah, H., & Atiratun Nabilah, J. (2020). Analisa Hukum Berkaitan Aktiviti Wanita Dalam Iddah Talak Raj’ie Menurut Pandangan Fuqaha. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 21(2), 11–21. https://doi.org/10.37231/jimk.2020.21.2.479 Mohd Zaidi, Raihanah, A. (2019). Kelewatan Pengendalian Kes Fasakh Dalam Aspek Undang-undang Tatacara Mal: Kajian Kes Di Selangor: Delay of Fasakh Proceedings in Shariah Court Civil Procedure: A Case Study in Selangor. 27(3), 459–486. https://doi.org/10.22452/10.22452/js.vol27no3.3
Nur Faezah, M., & Bahiyah, A. (2022). Isu-isu Perhubungan Suami Isteri dalam Keluarga Islam di Malaysia: Analisis Literatur. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences. http://www.bitarajournal.com Norizan Razali,. (2021). Pelaksanaan Perceraian Fast Track di Mahkamah Syariah Negeri Selangor Dalam Perspektif Maqasid Al-Syari’ah - UIN - Ar Raniry Repository. Ar-Raniry.ac.id. https://repository.ar-raniry.ac.id/id/eprint/18386 Nasaiy, A. (2018). Penyebutan ’Iwad dalam Penjatuhan Khulu’ : Kontribusi Abu Ishaq Al-Syirazi. Samarah : Jurnal Hukum Keluarga Dan Hukum Islam, 2(1).
Rizka Rahmadani,. H. (2022). Tinjauan Hukum Islam Terhadap Pemenuhan Hak-Hak Istri Yang Ditalak Bain Kubra Secara Agama Kecamatan Tambusai Kabupaten Rokan Hulu - Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau Repository. Uin-Suska.ac.id. http://repository.uin-suska.ac.id/61828/1/BAB%20I-%20BAB%20V.pdf Safrizal, M.Ag, & Karimuddin MA. (2020). Penetapan Jatuh Talak Dalam Perspektif Hukum Positif Dan Fiqh Syafi’iyah. Jurnal Ilmiah Al-Fikrah, 1, 267–288. Soraya, D., & Doni, M. (2019). Pertimbangan Hakim dalam Menetapkan Nafkah Anak Pasca Perceraian (Studi Putusan Hakim Nomor 0233/Pdt.G/2017/MS-MBO). El-Usrah : Jurnal Hukum Keluarga, 2(1). https://jurnal.ar-raniry.ac.id/index.php/usrah/
Sapira, P., Muhammad Harun, & Erniwati. (2020). Konsep Li’an Studi Komparasi Dalam Kitab Bidayatul Mujtahid Dan Fiqh Sunnah. Jurnal Muqaranah, 4(2). Seksyen 50, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303). Subseksyen 5, seksyen 86, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Seksyen 53, Enakmen Keluarga Islam Selangor Selangor, 2003.
Zikri Hidayat. (2022). Problematika Penggunaan Media Massa Dalam Pemanggilan Perkara Cerai Ghaib Di Era Digital (Studi Di Pengadilan Agama Kelas IA Tanjung Karang) - Raden Intan Repository. Radenintan.ac.id. http://repository.radenintan.ac.id/18794/1/bab%201%20-%20bab%202.pdf Zaini Yusnita, M. J., Zanariah Dimon, & Sharifah Hana, A. R. (2021). Kuasa Hakam Dan Kesannya Terhadap Kes-Kes Permohonan Perceraian Tanpa Persetujuan Satu Pihak: Satu Sorotan Literatur.