SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SIK
Ramadan hampir tiba di penghujung. Tidak lama Syawal akan
menjelang. Semua persiapan sedang rancak dibuat oleh umat
Islam. Wanita antara yang paling sibuk ketika ini. Sudah 2 tahun
tidak dapat menyambut raya bersama sanak saudara akibat
pandemik. Raya tahun ini sangat istimewa. Semua ingin
memakai baju raya yang paling cantik. Rasa hati tertunai
apabila penjawat awam mendapat bantuan khas RM500.
Kerajaan juga membenarkan pengeluaran wang KWP sejumlah
RM10,000. Hati berbunga-bunga kerana dapat membeli baju
raya. Tersenyum penuh kegembiraan apabila dipuji nampak
cantik. ”Like” yang banyak daripada rakan-rakan media sosial
menambahkan lagi ghairah berkongsi gambar-gambar
memakai baju raya.
Perkara ini adalah lumrah. Semua manusia mahu nampak
cantik. Malah perkara dibenarkan oleh syariat. Kita digalakkan
memakai pakaian yang paling baru dan elok. Namun yang
sedihnya ada yang memakain kain sarung untuk baju kurung
dan kebaya, namun sengaja dibelah untuk menyerlahkan betis
dan paha. Kepala ditutup lingkup, tetapi betis dan paha tetap
dibuka.
Pendek kata betis dan paha diperagakan di pagi raya. Memakai
tudung tapi terdedah bahagian dada. Baju pula membalut
tubuh sehingga nampak bentuk badan. Semuanya boleh
ditonton secara percuma . Namun perlu ingat, boleh dilihat
tetapi dipegang jangan. Ramadan yang dilalui selama sebulan
entah ke mana hasilnya. Adakah taqwa yang diperolehi atau
lapar dan dahaga sahaja?
Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita
yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda Rasulullah
SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau
sebaliknya? Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita
seperti ini untuk mendapat syafaat Nabi di akhirat kelak? Benar,
mungkin seseorang wanita mungkin berjaya meraih pandangan
istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikan yang
memukau. Tetapi ingatlah, keseronokan itu adalah palsu dan
sementara sahaja, serta tidak menampakkan sebarang nilai
buat kehidupan kekal di alam barzkah dan akhirat selain
menambahkan azab sahaja Takutlah dengan azab Allah.
Hakikatnya, sebagai hamba Allah dan umat nabi Muhammad,
kita diajar untuk menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai
panduan untuk mendapat kepastian baik buruknya sesuatu
perkara. Bukan ikut perasaan dan kepala hotak saja. Dalam hal
ini Allah berfirman yang bermaksud:-
”Hai Nabi! Katakanlah! Kepada isteri-isterimu anak-anak
perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin semua
hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka
atas (muka-muka ) mereka. Yang demikian itu lebih
memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita
Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab:59)
"Don't Judge A Book By Its Cover"
Ungkapan ini selalu kita dengar, saya yakin anda juga biasa
mendengarnya. Kata-kata wanita yang tidak menutup aurat
dengan sempurna yang sering mendakwa bahawa hatinya baik
dan suci, tak mengumpat, tak mengata orang, tak dengki kat
orang dan selalu solat walaupun ia berpakaian ketat serta
mendedahkan aurat.
”Wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ni”.” Kami juga
baik”. Kata depa untuk berhujah walaupun orang kata cuba
tegakkan benang yang basah. Ada juga sudah makin ‘advance’
lantas berhujah dengan hadis nabi pulak tu yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa
luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan
amalan kamu” (Riwayat Muslim)
Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat
orang yang sewenang-wenangnya berhujah dengan hadis
untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal
yang selari dengan kehendaknya sahaja. Seorang pekerja yang
dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game’ semasa
waktu kerjanya sedangkan kerja yang diarahkan belum
disiapkan lagi, lalu si majikan pun berkata: ”Macamana kamu
nak cemerlang dalam kerja kamu kalau macam ni”.
Lalu pekerja menjawab: “Saya luaran saja nampak main ‘game’
boss, tapi hati saya ikhlas dan saya bekerja dengan cemerlang”.
Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakapnya? Adakah
Allah boleh menganggap hati seseorang itu suci dan baik
dengan melanggar perintahnya? Menurut neraca Islam
kebaikkan hati seseorang boleh dilihat diperingkat pertamanya
dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakan sentiasa menyalahi
kehendak dan hukum yang diletakkan dalam Islam, ia adalah
tanda kekotoran hatinya.
Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak
Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat
pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik
diperingkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana
Allah atau selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.
Justeru, ‘we can judge a book by its cover in certain cases’ iaitu
apabila perkara asas dalam Islam dilanggar, maka sudah tentu
‘that cover is reflecting what’s inside the heart of a person’.
Antara Lawak Dan Hukum
Kita juga sering mendengar orang khususnya kaum adam
berkata, ”tak pa kan? Kalau pandang kali pertama”. Tak
berdosakan”? Sedih juga bila dipermain-mainkan hukum tuhan
ni akibat kejahilan mereka.
Sebuah hadis yang bermaksud: Dari Jarir bin Abdullah, ia
berkata: ”Saya pernah bertanya kepada Rasulullah tentang
melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja”? Maka
jawab Nabi: ” Palinglah pandanganmu itu!”
Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya
sebagainya datang dalam hadis nabi kepada Saiyyidina Ali r.a..
Ada pulak yang kata,” Tak pa kan ustaz kalau tengok sekali
sahaja, tapi lama”. Hak ni pun haru biru jugak. Yang haram
tetap haram, tertengok tak pa, tapi hendaklah terus alihkan
pandangan. Jangan terus tengok. Tu.. nak tambah dosa.
Beristighfarlah walaupun kita tak sengaja tertengok. Kalau
tengok lama tu eloklah cepat-cepat taubat nasuha.
Belum Sampai Seru
Eh..eh.. ada pulak yang kata tak sampai seru untuk
pakai tudung menutup dada. Nak seru apa lagi!. Allah
dah seru kita sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Tak
sedar ka? ”Ya lah ustaz, nak pakai tudung menutup
dada biarlah ikhlas. Kalau sekadar pakai, tapi tak ikhlas
nak buat apa?” Sekurang-kurangnya bila nak pi Mekah
atau bulan Ramadhan ka? Mungkin mula nak pakai kut.
Cik adik oiiii! ” Dengar sini baik-baik.” Kita tahu ka bila
kita nak mati? Kut-kut mana tau pi jumpa tok nujum dia
bagi tau bila nak mati. Haram tu. Ya lah, buah nyior
masa dia masih berputik dekat tandannya punyalah
banyak... Beratus.. tapi bila dah besar ... nak jadi kelapa
muda, banyak yang kita lihat yang gugurkan? Begitu
juga dengan kita, jangan dok sangka umur kita panjang,
manatau Allah nak ambil balik, tak sempat kita taubat.
Kan naya tu. Janganlah harap orang tolong tutupkan
aurat kita masa kapan. Tutuplah aurat lebih awal.
Berazamlah untuk menjadi muslimah yang solehah.
Ramadan telah mengubah kita menjadi muslimah
solehah. Tandanya dapat dilihat pada pagi 1 Syawal.