The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Tsaqib Adib, 2023-09-25 15:03:07

kerja etika ni boss

kerja etika ni boss

KESAN PERADABAN DALAM WARISAN DAN PENDIGITALAN SEJAGAT PUAN MARHAYU BINTI ABDUL JAMAI


AHLI KUMPULAN MUHAMMAD TSAQIB ADIB BIN MAZLAN 02DSB23F1068 MUHAMMAD ADEEL HAKIM BIN HUSSIN 02DSB23F1072 NABIL HAFIZ BIN AB HAKIM 02DSB23F1045 MUHAMMAD ZHARIF AMSYAR BIN ABD RAHIM 02DSB23F1056


• Maksud warisan dari Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2007) telah menerangkan definisi warisan sebagai sesuatu yang diterima secara turun temurun oleh seseorang dengan sesuatu kelompok masyarakat daripada generasi terdahulu. MAKSUD WARISAN & JENIS WARISAN warisan ketara warisan tak ketara • Warisan ketara adalah sesuatu yang kekal dilihat dan dipegang sama ada statik atau mudahalih. • ( STATIK )Merujuk kepada tapak tanah bersejarah,monumen,bangunan atau sesuatu yang tidak boleh dipindahkan. Contoh, tapak tanah bersejarah di Lembah Bujang dan Pusat Bandar Lama Melaka. • ( MUDAH ALIH )Merupakan artifak-artifak bahan budaya yang boleh dipindahkan. Contohnya, artifak seperti batu nisan, tekstil dan ukiran kayu. • Warisan tak ketara adalah warisan tidak nyata iaitu ilmu dan kepakaran yang ditafsir melalui tradisi lisan,nilai - nilai adat dan budaya. • Contohnya, acara perayaan, ritual kepercayaan, seni persembahan, seni tampak, seni perubatan tradisional sukan dan permainan tradisional.


Pengenalan warisan dan pendigitalan sejagat Pemeliharaan warisan sejagat amat penting bagi sesebuah negara yang mempunyai berbilang kaum seperti Malaysia. Keupayaan memelihara warisan ini bergantung kepada masyarakatnya sendiri dan perkongsian nilai serta semangat cinta akan negara. Pemeliharaan warisan menjadi semakin penting pada era globalisasi ini yang penuh dengan pengaliran nilai, budaya dan kepercayaan secara bebas dalam kalangan masyarakat. Tambahan lagi, teknologi maklumat serta media digital juga berpotensi dalam menghakis warisan negara.


Kesan baik 1. PENINGKATAN JARINGAN KOMUNIKASI 2. MENDEKATKAN MANUSIA DARI SELURUH DUNIA 3. MENINGKATKAN TARAF HIDUP DAN MEMBUKA RUANG KEPADA PERKONGSIAN ILMU TANPA SEMPADAN


Kesan buruk 1. PERKEMBANGAN INTERNET TANPA SEMPADAN INI MENYBABKAN MASYARAKAT BERDEPAN DENGAN CABARAN MEDIA YANG MENJADI PLATFORM UTAMA 2. MUDAH MEMPENGARUHI PEMIKIRAN DAN GAYA HIDUP


Etika Terhadap Warisan Dan Pendigitalan Sejagat Dalam mengharungi era digital ini kita perlulah mengambil berat tentang etika terhadap warisan dan pendigitalannya. Hal ini kerana usaha pendigitalan warisan ini pada dasarnya ditujukan buat kebaikan kita sebagai penduduk sejagat dalam memelihara dan memulihara khazanah tanah air kita yang dikurniakan. Contoh Etika Terhadap Warisan Dan Pendigitalan Sejagat Ini Adalah : • Mencari maklumat berkenaan warisan daripada sumber yang sahih. • Tidak memanipulasi maklumat sama ada yang dicari mahupun diberikan.


Penutup • Peradaban secara umumnya adalah sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan tinggi, baik, halus dan sopan ke arah pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa. • Pengajaran daripada kitaran sejarah masyarakat patut dijadikan iktibar agar generasi muda tidak leka dengan keamanan dan kemewahan yang dikecapi.


KONKLUSI Justeru itu, pemeliharaan warisan negara ini amat penting dan perlu dijadikan sebahagian daripada strategi bagi memupuk pembinaan masyarakat terutamanya dalam kepelbagaian masyarakat.


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version