The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-7903978, 2021-03-17 22:01:54

SINOPSIS NOVEL HEMPASAN OMBAK

SINOPSIS NOVEL HEMPASAN OMBAK

SINOPSIS NOVEL
HEMPASAN OMBAK
(BAHASA MELAYU

TINGKATAN 3)

NAMA: FATIN ADAWIYAH BINTI RAZMAN
KELAS: 3 INQUIRER

SEKOLAH: SMK PANTAI IBWS
GURU SUBJEK: PUAN SA’ADIAH BOHARI

BAB 1 : WARISAN?

Farid, lelaki yang berusia 19 tahun, kini telah mengambil alih
perniagaan batik bapanya setelah kematian bapanya, Haji Badrul.
Kematian bapanya telah melemahkan nadi perniagaan yang menjadi
kebanggaan keluarganya. Perniagaan mereka meleset danhutang
bertimbun-timbun. Tiada seorang ahli keluarganya yang mampu
menguruskan peninggalan perniagaan bapanya. Ayahnya tidak pernah
mengumumkan kepada mereka tentang hutang-hutang yang kini
semakin menimbun. Tomsiah merupakan kerani yang berdedikasi. Dia
membantu Farid. Dia menyatakan bahawa bapanya tidak berhutang
dengan bank,tetapi dengan pembekal. Tomsiah juga memberikan
gambaran kedudukan perniagaan keluarganya.Tomsiah memberikan
nombor telefon Encik Mokhsein yang boleh menolong Farid dalam
bahagian pengurusan perniagaan itu.

BAB 2 : MENGGAPAI AWAN

Punca kematian bapa Farid telah dinyatakan kepadanya oleh seorang
doctor. Kata doktor itu, bapanya mengidap penyakit barah iaitu barah
perut. Ada yang menyatakan bahawa bapanya di santau. Akan tetapi,
Farid menerima kenyataan bahawa bapanya telah dijemput oleh Allah
S.W.T . Farid menaikkan keyakinannya untuk menambah ilmu untuk
menguruskan perniagaan bapanya. Walaupun perniagaan bapanya
berjalan seperti biasa, ada juga agen yang mengambil kesempatan
untuk tidak membayar hutang. Pak Nik, salah seorang pekerja bapanya
memaklumkan bahawa kuota pengeluaran dikecilkan kerana bekalan
bahan asas penghasilan batik semakin berkurangan. Batik keluaran
mereka juga tidak berapa laku di pasaran. Kemudian Tomsiah pula
menujukkan failhutang dan memohon Farid untuk meminta bayaran
kepada ejen yang masih berhutang.

BAB 3 : TITIAN NIAGA

Suatu malam, Keluarga Hajah Zaoyan makan malam bersama-sama.
Mereka berbual tentang banyak perkara. Ibu Farid perasaan yang Farid
semakin kurus dan kurang bersosial kerana sibuk dengan menguruskan
hal periagaan keluarganya. Ibu dan abangny mendesak Farid untuk
memberitahu hal masalah yang dialaminya semasa menguruskan
perniagaan batik keluarganya. Dan farid meluahkannya. Farid berasa
sangat malu pada dirinya sendiri kerana tidak mampu menguruskan
perniagaan itu seperti usahawan muda yang lain yang sebaya
dengannya. Ibunya berpesan yang dia tidak mahu perniagaan bapanya
bubar begitu sahaja. Ibunya ingin menggadaikan barang kemas dan
tanah untuk menyelamatkan syarikatnya. Farid terfikir tentang
cadangan ibunya sebelum tidur. Dia teringat yang Tomsiah ada
menyuruhnya berjumpa dengan seseorang yang boleh membantunya.

BAB 4 : AZAM USAHAWAN
MUDA

Pada awal pagi, Farid telah pergi ke tapak bangsal batik perusahaannya. Dia
memikirkan prospek meluaskan perusahaan batiknya dan bangga kerana sifat
kerja keras bapanyanya tertanam dalam dirinya. Farid mempunyai azam yang
sangat tinggi. Dia ingin mencontohi kawannya, Abdul Kaber yang berasal dari
india malabor yang mempunyai kedai kainkecil di jalan benggol dan Chew
Teck Heng dar Kampung Cina yang menjual mi. Walaupun kawan Farid
berniaga kecil kecilan tetapi mereka berjaya kerana mereka sentiasa bersabar
semasa berniaga dan juga kecekapan. Semangat mereka itulah yang mebuatkan
Farid bertambah yakin untuk memajukan lagi industry batiknya. Dalam
mesyuarat yang farid hadiri, dia mencadangkan idea yang bernas iaitu
meningkatkan kualiti batik perusahaannya selain promosi yang efektif.
Masalah kos turut dibincangkan. Tomsiah mencadangkan asset yang kurang
produktif hendaklah dijuakl sekali gus untuk mengurangkan beban syarikat.

BAB 5 : LANGKAH PERTAMA

Farid pergi ke Jalan Tok Lam untuk bertemu dengan Encik Mokhsein.

Farid mendapat layanan yang baik oleh Encik Mokhsein. Encik
Mokhsein amat tertarik dengan sikap Farid yang mempunyai jiwa yang
besar , inovatif dan berpemikiran jauh. Mereka nerbincang tentang ilmu
perniagaan dan peluang serta penglibatan orang melay, khususnya
dalam DEB. Encik Mokhsein berterus terang dengan Farid bahawa Haji
Badrul banyak mengajarnya tentang selok belok dalam perniagaan
semasa dia bekerja di syarikat batik nusantara milik keluarga Farid.
Pendapat Encik Mokhsein dengan Pak Nik bahawa masalah perniagaan
batik Haji Badrul kerana khianat sesetengah syarikat lain akan kejayaan
Haji Badrul. Bagi mengatasi masalah tersebut, Encik Mokhsein
mencadangkan idea kepada Farid untuk berani mencari pasaran baru
dan idea idea yang baik untuk Farid lakukan.

BAB 6 : ILHAM DARIPADA
ZURAIDA

Pada suatu hari, Farid pergi ke kedai pakaian di stesen bas Jalan Banggol
untuk berjumpa dengan kawan lamanya, Zuraida, pemilik kedai pakaian itu.
Dia terkejut dengan kehadiran Farid. Farid sangat kagum akan kegigihan
Zuraida yang setelah 10 tahun mengusahakan kedai pakaian mereka. Dia
selalu curi curi belajar sementara menunggu pelanggan datang membeli.
Zuraida isalah seorang yang merendah diri. Dia juga mengatakan kepada farid
bahawa perniagaannya itu tidak sehebat perusaahan rakan kelasnya.

Farid memberitahu Kak Tom bahawa semalam dia berjumpa dengan Encik
Mokhsein dan harini pula dia berjumpa dengan Zuraida.

BAB 7: BATIK,CINTA

Farid mengunjungi ke kedai Zuraida untuk membawa dia makan tengah hari di
Restoran Mail yang terletak di seberang Jalan Bonggol. Zuraida memuji Farid
bahawa pelajar dari kelas tingkatan 5 Sastera 1 itu sudah berjaya menjadi tauke
muda. Farid memberitahu yang dia menghadapi masalah besar dan
memerlukan pertolongan. Zuraida walaubagaimanapun,sedia membantu tanpa
mrngharapkan sebarang balasan. Zuraida mencadangkan bahawa Farid
menjual batik keluarannya di kedai Zuraida. Farid juga menceritakan bahawa
syarikatnya tidak dapat memusing modal kerana ada agen yang tidak jujur dan
lambat membayar hutang. Zuraida juga mencadangkan kepada Farid untuk
memodenkan batik keluarannya agar pasaran meluas serta mampu bersaing
dan memenuhi cita rasa pelanggan terkini. Selepas makan dan pulang ke kedai
Zuraida ,Farid dapat merasakan satu perasaan yang mengembang kepada
Zuraida.

BAB 8: CORAK BAHARU

Di pejabat, Farid asyik memikarkan corak baharu yang moden untuk
keluarannya. Kak Tom bersetuju dengan cadangan Farid supaya memodenkan
batik perusahaan. Farid kemudiannya bercadang untuk meminta bantuan Encik
Mokhsein bagi menilai dan memberikan pendapat tentang projek memodenkan
batiknya. Semasa berbincang dengan Encik Mokhsein , beliau memuji nya
kerana dia adalah contoh usahawan yang hendak dilahirkan oleh DEB iaitu
seorang yang berdaya saing. Encik Mokhsein bersetuju deangan “Pembesaran
Keupayaan Pengeluaran Batik Cap dan Perintis Batik Lukis Syarikat Batik
Nusantara” dilancarkan segera. Menurut beliau, walaupun Farid masih muda,
dia berpotensi untuk berjaya dalambidang perniagaan. Encik Mokhsein yakin
yang projek Farid dapat menaikkan maruah bansa dan martabat industri
kampung. Beliau juga berjanji membantu Farid dalam pemasaran produk Farid
supaya tidak jatuh ke tangan ejen yang tidak bertanggungjawab. Kemudian,
Encik Moksein bertanya tentang perkembangan projek Farid.

BAB 9: BATIK SUMBER REZEKI

Encik Mokhsein telah merasmikan bangsal yang baru siap dibina. Perasmian
ini dilancarkan secara bersederhana dan lebih kepada kenduri doa selamat.
Encik Mokhsein membawa sepupunya, Harini Noor, graduan seni reka fabric
lepasan UITM dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di sebuah adademik
seni tampak di Australia. Kehadiran Hartini Noor menimbulkan perasan
cemburu Zuraida dan dia meninggalkan majlis tersebut. Encik Mokhsein
mencadangkan Farid mengambil belia tempatan sahaja sebagai pekerja bagi
mengurangkan kos. Dengan bantuan Atan, tujuh orang pekerja sudah
disenaraikan namanya oleh Farid. Hartini meminta Farid memanggilnya
kakak. Hartini Noor menceritakan kepada Farid tentang kaedah, corak dan
sejarah batik asli serta pengalamannya belajar. Farid yakin batik modennya
mampu bersaing dengan syarikat batik lain dan tidak lupa janjinya hendak
meletakkan batiknya dijual di gerai Zuraida.

BAB 10: MAAFKAN AKU, EDA

Zuraida terkejut apabila farid muncul di gerainya pada pukul 10.15 pagi. Dia
tidak menyangka Farid mempunyai masa berjumpa dengannya walaupun ada
primadona batik modennya. Farid kurang senang dengan perasaan cemburu
Zuraida. Akhirnya Farid menjelaskan Hartini Noor bekerja secara kontrak
sebulan sahaja dan dia telah bertunang sertanya umurnya 25tahun
menyebabkan Farid memanggilnya kakak. Hartini Noor telah Berjaya
mendidik pekerja-pekerja kilang batik Farid dengan baik. Kerja mencanting
batik atas kain sutera yang dilakukan oleeh Hartini sangat halus. Farid
mengajak Zuraida mengelilingi Semanjung sebagai strategi promosi dan
yakin dengan sifat semula jadi keperempuannya. Petang itu, Zuraida ke
bengkel syarikat Farid dan dia terpukau melihat hasil kerja Hartini. Namun
Hartini merendah diri dan dia tidak mahu dianggap primadona. Walapun sudah
sebulan mencurahkan ilmu kepada Farid, Kak Hartini tidak minta sebarang
ganjaran langsung.

BAB 11: BARA DENDAM

Mukhtar berasa marah kerana jualan batiknya merosot walaupun komisen
telah diberi 35%. Dia dulunya berasa puas hati apabila melihat perniagaan
batik Haji Badrul musnah selepas kematian Haji Badrul. Namun Mukhtar
kembali marah apabila mendapat tahu batik keluaran syarikat Rajawali
miliknya susah laku kerana batik moden kini menambat hati pengguna.
Mokhtar mengganggap Farid sebagai budak mentah dan tidak mampu berbuat
apa-apa untuk meyelesaikan masalah syarikat arwah bapanya. Bagaimanapun
Mukhtar mula risau apabila mendapat tahu Farid pernah datang ke pejabat
Mokhsein dan berbaik dengan Zuraida, anak saudaranya. Mukhtar datang ke
gerai Zuraida dan memarahinya kerana menjual batik moden milik syarikat
Farid. Zuraida mempertahankan haknya, tetapi Mukhtar mengugutnya jika
terus menjual batik moden keluaran syarikat Farid. Zuraida mula terpikir,
mungkin Mukhtar dalang kepada kemusnahan syarikat milik keluarga Farid
pada masa dahulu. Farid pula telah mendapat surat layang. Hal ini
membimbangkan keluarga Farid tetapi dia tidak takut kerana menyedari
ugutan tersebut kerana cemburu dengan bengkel baharunya berupaya
menghasilkan corak lebih moden, namun ibunya memberitahu bahawa dia
akan melaporkan surat layang kepada pihak polis.

BAB 12: SAMSENG

Pagi-pagi sebelum ke tempat kerja, Farid mendapat panggilan daripada Zuraida.
Zuraida ingin berjumpa dengan Farid kerana ada perkara penting. Farid tergesa-
gesa berjumpa dengan Zuraida. Zuraida memberitahu Farid kerana ada orang
mengugut gerainya akan dirobohkan sekiranya menjual batik moden syarikat
Farid. Oleh itu, Zuraida terpaksa menutup gerainya dan mengajak Farid ke
rumahnya di Kampung Tanjung untuk menceritakan perkara rahsia. Ibu Zuraida
suka Farid berkawan dengan anaknya dan berharap Mukhtar, bapa saudara Zuraida
tidak mengganggu hubungan anaknya. Farid risau dan berasa bersalah kerana
hubungannya dengan Zuraida menimbulkan kemarahan Mukhtar dan bunyinya
hampir sama dengan surat layang. Manakala di bengkel Farid pula, Mahmood
membuat kekacauan kononnya sebelum Masri dan Azmi merupakan bekas pekerja
syarikat majikannya yang dirampas oleh Syarikat Batik Nusantara. Hartini Noor
yang ketakutan meminta bantuan Pak Nik. Melihat Azmi diperlakukan kasar oleh
Mahmood menyebabkan Masri ingin membantu tetapi Mahmood mencurahkan
lilin panas ke muka Masri. Mahmood lari dan Pak Nik bercadang ingin
melaporkan kepada pihak polis. Kepulangan Farid ke syarikatnya disambut dengan
aduan kekacauan tersebut.

BAB 13: API!

Jam 2 pagi, keluarga Hajah Zaoyah terjaga kerana berlaku kebakaran di bangsal
batik baharunya. Tiga lembaga berlari meninggalkan kawasan itu dan menuju ke
keretanya lalu memecut. Farid berusaha memadamkan kebakaran menggunakan
alat pemadam api tetapi gagal. Jiran-jirannya membantu sebelum pasukan bomba
datang. Farid merasa sedih melihat bengsal batik modennya yang dibinanya tidak
sampai sebulan musah dan sebahagian besarnya tinggal rangka . Siasatan
mendapati 75% harta benda musnah. Dalam kesedihan Farid menyakinkan
abangnya bahawa kebakaran bengsal batik mode nada kaitan dengan ugutan surat
layang yang diterimanya. Ibunya telah menyerahkan surat layang tersebut kepada
Pak Nik untuk dilaporkan kepada pihak polis. Ibu dan abangnya menasihati Farid
menerima takdir tuhan selepas solat subuh. Keesokan paginya, kawasan kebakaran
menjadi tumpuan. Masing-masing terkejut. Pekerja bahagian batik asli diminta
bekerja seperti biasa. Hartini Noor terkejut tetapi kagum dengan ketenangan dan
kesabaran Farid. Pihak polis mengesahkan kebakaran berkaitan dengan surat
layang dan kekacauan oleh Mahmood. Tengah hari Zuraida datang melawat
Keluarga Farid dan bersempati. Inspector Ruzman menjelaskan bahawa Mukhtar,
pemilik Syarikat Batik Rajawali punca segalanya.

BAB 14: OMBAK

Mukhtar ditahan di lokap Balai polis Daerah Kuala Terengganu. Dia didakwa
mengupah tiga samseng membakar bangsal batik moden syarikat Farid. Tiga hari
kemudian, encik Mokhsein yang baru balik dari Singapura . Menurut encik
Mokhsein punca segalanya berlaku kerana sifat hasat dengki, dia juga menerima
ugutan sejak berbaik dengan Farid. Encik Mokhsein menyampaikan berita baik
kepada Farid bahawa butik dari Singapura dan Kuala Lumpur ingin melanggan
batik moden keluaran perniagaan Farid. Selain itu, Encik Mokhsein merancang
mencarikan Farid peluang mengadakan pertunjukkan kesenian anjuran Perbadanan
Kemajuan kraftangan Malaysia. Farid terhutang budi dengan encik Mokhsein ,
Zuraida dan Hartini Noor yang banyak membantu. Zuraida pula melanjutkan
pelajaran di Dungun dalam bidang pertadbiran perniagaan. Mahkamah Rendah
Terengganu menjatuhkan hukuman bahawa Mukhtar didapati bersalah dan akan
meringkuk tiga tahun dalam penjara di Marang. Mukhtar berbuat jahat kerana
kemerosotan jualan batik dan hutang syarikatnya. Farid bermimpi Mukhtar datang
meminta maaf dan insaf. Mokhsein datang mengajak Farid dan Zuraida ke majlis
perkahwinan Hartini Noor di Kuantan. Ibu Farid mengusik anaknya tetapi Farid
menjelaskan bahawa dia masih muda untuk berkahwin kerana hendak
menyambung pelajaran dahulu.

SINOPSIS KESELURUHAN

Farid ialah seorang remaja yang berumur 19 tahun dan merupakan anak
kepada Haji Badrul. Dia ilah pewaris untuk perniagaan ayahnya. Haji Badrul
telah meninggal dunia kerana menghidap penyakit barah dalam perut. Ibunya,
Hajah Zaoyah terpaksa menyerahkan tanggungjawab yang ini kepada Farid
kerana adik beradiknya yang lain tidak berdya untuk mewarisinya. Pelbagai
cabaran dan dugaan yang ditempuhi Farid. Contohnya masalah agen yang liat
membayar hutang, batik kurang laku dan juga dikhianati oleh syarikat lain.
Akan tetapi, Farid tetap berusaha untuk memajukan perniagaan keluarganya.
Dengan sokongan dan bantuan keluarga dan beberapa orang yang mahir dalam
bidang perniagaan dan seni batik ini, Farid akhirnya dapat menjalankan
perniagaannya dengan lancar dan baik.

RUJUKAN

• NOVEL HEMPASAN OMBAK
• BUKU NOTA


Click to View FlipBook Version