48 KEBERSIHAN DAN KESIHATAN 5.1 Kebersihan dan kesihatan diri harus sentiasa dijaga. 5.2 Warden dan warden bertugas mingguan akan mengadakan pemeriksaan mengejut pada bila-bila masa. 5.3 Sebarang penyakit atau kemalangan hendaklah dilaporkan segera kepada warden kolej atau warden bertugas supaya tindakan selanjutnya akan diambil. 5.4 Adalah menjadi tanggungjawab penghuni asrama menjaga kebersihan bilik mereka dan kawasan sekitarnya. 5.5 Tandas dan bilik mandi hendaklah dijaga kebersihannya. Sebarang kerosakan atau kekotoran adalah tanggungjawab penghuni sendiri. 5.6 Sampah sarap hendaklah dimasukkan ke dalam tong sampah yang disediakan dan dilarang membuang sampah di merata-rata kawasan asrama. 5.7 Setiap hari Ahad pada minggu tidak pulang ke kampung akan diadakan penyampaian hadiah pertandingan keceriaan dan kebersihan bilik. RIADAH 6.1 Semua penghuni asrama diwajibkan mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum di kolej, kecuali atas alasan kesihatan yang disahkan oleh doktor. 6.2 Semua kegiatan riadah bermula pada pukul 5.00 petang dan mesti diberhentikan pada pukul 6.30 petang kecuali dengan kebenaran. 6.3 Semasa kegiatan ini, semua penghuni asrama tidak dibenarkan berada di dalam bilik asrama dan turun ke padang dengan pakaian sukan yang lengkap. 6.4 Semua penghuni asrama diwajibkan bersenam robik sebelum aktiviti permainan dijalankan. KESELAMATAN 7.1 Keselamatan harta sendiri 7.1.1 Penghuni asrama bertanggungjawab atas keselamatan barang-barang sendiri. 7.1.2 Barang-barang kemas atau berharga tidak dibenarkan di bawa ke asrama. 7.1.3 Penghuni asrama dilarang mengancam keselamatan penghuni lain. 7.1.4 Penghuni asrama tidak dibenarkan menyimpan wang yang berlebihan di asrama. 7.2 Keselamatan harta benda kolej dan asrama 7.2.1 Penghuni asrama tidak boleh menyalahgunakan harta kolej dan asrama. 7.2.2 Penghuni asrama tidak dibenarkan mengusik alatan pemadam api kecuali pada masa berlaku kebakaran. 7.2.3 Penghuni asrama tidak dibenarkan membuat sebarang sambungan bekalan elektrik. 7.2.4 Segala kerosakan bekalan elektrik mestilah dilaporkan kepada warden asrama untuk tindakan selanjutnya. 7.2.5 Penghuni asrama dilarang membaiki bekalan elektrik dengan sendiri. 7.2.6 Penghuni dilarang menggunakan mancis/pemetik api, ubat nyamuk, lilin, pelita, pemanas air dan bahan serta peralatan yang boleh mengakibatkan kebakaran. 7.3 Latihan kebakaran 7.3.1 Penghuni asrama perlu mengetahui peraturan-peraturan latihan kebakaran. 7.3.2 Jika berlaku kebakaran atau loceng kecemasan dibunyikan, penghuni-penghuni asrama mestilah meninggalkan asrama mengikut prosedur kebakaran. 7.3.3 Penghuni asrama dikehendaki mengikuti latihan kebakaran mengikut arahan warden.
49 BALIK KAMPUNG WAJIB/PILIHAN 8.1 Penghuni asrama dibenarkan balik ke kampung dengan menggunakan kad balik kampung dan ditandatangani oleh warden bertugas 2 minggu sekali. 8.2 Penghuni asrama juga dibenarkan balik ke kampung pada masa kecemasan atau pilihan dengan sebab-sebab yang munasabah setelah mendapat kebenaran daripada Pengarah / TPSA /Ketua Warden / Ketua Unit Pengurusan Asrama. 8.3 Penghuni yang balik kampung mestilah kembali semua ke asrama sebelum jam 6.00 petang pada hari yang ditetapkan. 8.4 Penghuni asrama tidak dibenarkan mengambil cuti tambahan tanpa kebenaran Pengarah / TPSA. 8.5 Semua kad balik kampung mestilah diserahkan ke pondok pengawal kolej setelah kembali dari kampung masing-masing. BERMALAM DI LUAR. 9.1 Penghuni asrama tidak dibenarkan bermalam di luar asrama kecuali mendapat kebenaran daripada pihak warden. 9.2 Penghuni asrama tidak dibenarkan tinggal di asrama semasa cuti semester kecuali yang terlibat dalam acara penting dan acara rasmi kolej setelah mendapat persetujuan daripada Pengarah. PELAWAT 10.1 Ibu bapa/penjaga dibenarkan melawat penghuni asrama pada hujung minggu dan pada hari-hari cuti am. Masa melawat adalah seperti berikut: Sabtu : 09.00 pagi – 6.00 ptg Ahad : 11.00 pagi – 6.00 ptg Cuti Am : 09.00 pagi – 6.00 ptg 10.2 Ibu bapa/penjaga dibenarkan masuk ke kawasan kolej dengan melapor diri di pondok pengawal kolej. ibubapa/penjaga perlu melengkapkan maklumat yang diminta oleh pengawal keselamatan. 10.3 Pelawat dikehendaki berjumpa dengan pengawal asrama sebelum berjumpa dengan penghuni asrama. 10.4 Pelawat boleh berjumpa dengan penghuni asrama di kawasan rehat yang disediakan. Ibu bapa/penjaga tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan asrama atau dorm pelajar. YURAN ASRAMA / YURAN DOBI 11.1 Penghuni asrama dikehendaki membayar yuran asrama / yuran dobi kepada penyelia asrama mengikut bayaran yang ditetapkan. 11.2 Semua yuran asrama hendaklah dijelaskan dalam tempoh dua minggu tiap-tiap bulan. 11.3 Kegagalan membayar yuran boleh menyebabkan penghuni disenarai hitam dari memasuki asrama untuk sesi berikutnya bagi tahun 1 hingga 3. Manakala bagi pelajar tahun akhir akan ditahan skroll DVM. 11.4 Penghuni asrama perlu memastikan bahawa mereka menerima resit rasmi asrama pada setiap kali bayaran dibuat.
50 IBADAT 12.1 Penghuni asrama yang beragama Islam diwajibkan menunaikan solat fardu dan solat Jumaat. 12.2 Pakaian untuk solat: 12.2.1 Solat Jumaat untuk lelaki sahaja. Pakaian baju melayu. 12.2.2 Semua pelajar lelaki dikehendaki memakai sepasang baju melayu dan bersongkok untuk solat berjemaah bagi waktu Maghrib,Isyak dan Subuh. 12.3 Semua penghuni asrama termasuk penghuni perempuan adalah diwajibkan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Subuh berjamaah di surau kolej. 12.4 Pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum semua pelajar asrama diwajibkan menunaikan solat di surau kolej pada setiap waktu. 12.5 Penghuni asrama yang bukan beragama Islam dibenarkan mengadakan upacara sembahyang di luar kawasan kolej setelah mendapat kebenaran dari Ketua Unit Pengurusan Asrama. PENGGUNAAN BILIK ASRAMA 13.1 Jadual waktu bertugas mestilah dipatuhi oleh semua penghuni. 13.2 Sebarang rombakan, pengalihan dan perkara-perkara yang seumpamanya adalah tidak dibenarkan. 13.3 Penghuni asrama tidak dibenarkan menconteng apa-apa juga lukisan atau tulisan terhadap harta benda kerajaan. 13.4 Penghuni asrama tidak dibenarkan menggantung pakaian di merata-rata tempat. Semua pakaian hendaklah digantung di dalam almari. Pakaian basah mestilah disidai di ampaian yang disediakan di kawasan asrama. 13.5 Alat-alat muzik, radio, gitar, dan sebagainya tidak boleh disimpan atau digunakan di asrama. 13.6 Kain cadar dan sarung bantal hendaklah sentiasa terpasang dengan kemas dan rapi. 13.7 Segala kerosakan di kamar masing-masing adalah tanggungjawab sendiri. PENGGUNAAN PERALATAN ELEKTRIK 14.1 Penghuni asrama tidak dibenarkan membawa / menyimpan / menggunakan peralatan elektrik. DEWAN MAKAN 15.1 Makanan dan minuman disediakan pada masa yang ditentukan dan dipamerkan di papan kenyataan asrama. Penghuni asrama dikehendaki mematuhi jadual tersebut. 15.2 Makanan dan minuman tidak disediakan sebelum atau selepas waktu yang telah ditentukan. 15.3 Penghuni asrama mestilah mengambil makanan dan minuman dengan cara beratur dan tidak boleh dibawa keluar dari dewan makan. 15.4Segala peralatan di dewan makan tidak boleh dibawa keluar kecuali dengan kebenaran warden/penyelia asrama. 15.5 Kebersihan dewan makan hendaklah dijaga dengan baik. 15.6 Penghuni asrama dilarang memasuki kawasan dapur. 15.7 Pakaian semasa masuk ke dewan makan hendaklah kemas, rapi , bersih dan memasukkan baju ke dalam seluar (bagi pelajar lelaki). Penghuni tidak dibenarkan memakai seluar pendek dan pakaian yang tidak senonoh. 15.8 Makanan dan minuman untuk penghuni yang sakit dibenarkan dibawa keluar dengan kebenaran warden. BILIK REHAT DAN BILIK BELAJAR 16.1 Kebersihan dan kekemasan bilik rehat dan bilik bacaan mestilah dijaga dengan baik. 16.2 Perabot tidak dibenarkan dibawa keluar. 16.3 Akhbar, majalah dan buku-buku tidak dibenarkan dibawa keluar dan hendaklah dijaga dengan baik dan dalam keadaan sempurna.
51 BILIK SAKIT 17.1 Penghuni asrama yang sakit dikehendaki tinggal di bilik sakit. Penghuni yang lain tidak dibenarkan masuk kecuali dengan kebenaran warden asrama. 17.2 Kebersihan dan kekemasan bilik mestilah dijaga. 17.3 Pesakit-pesakit akan dihantar segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. 17.4 Pesakit yang dihinggapi penyakit berjangkit akan diarahkan menjalani rawatan rapi di hospital dan dibenarkan balik ke kampung dengan mendapatkan kebenaran daripada warden. BILIK, TANDAS DAN BILIK MENGGOSOK 19.1 Penghuni asrama tidak dibenarkan merendam pakaian di dalam sinki. 19.2 Tentukan semua paip air ditutup apabila sudah digunakan. 19.3 Penghuni asrama tidak dibenarkan membasuh pakaian atau mandi semasa waktu kelas persediaan asrama dan selepas jam 11.00 malam. 19.4 Kebersihan bilik tersebut hendaklah dijaga sepanjang masa. 19.5 Seterika boleh didapati di pejabat warden dan penggunaannya hanya boleh digunakan di bilik menggosok. Pastikan seterika dipulangkan selepas digunakan. 19.6 Air panas boleh didapati dari “water dispenser” yang berada di setiap blok pada bila- bila masa.
52 11.0 PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN 11. 1 Panduan Pendaftaran Pelajar Lama “Pendaftaran” di sini membawa maksud melapor diri untuk mengikuti pengajian seterusnya di kolej vokasional. Pelajar dikehendaki melapor diri sepertimana yang diarahkan. Kegagalan pelajar mengikuti arahan tersebut adalah merupakan satu kesalahan tatatertib. 11.1.2 Maklumat Am Syarat Pendaftaran Pelajar Lama : Memenuhi satu daripada syarat-syarat berikut: a. Mendapat keputusan Kedudukan Baik (KB), Kedudukan Bersyarat (KS) atau Mengulang Semester (MS). b. Mendapat kelulusan penangguhan pengajian bagi semester sebelum atau pertukaran kursus. 11.1.3 Makluman Tarikh Pendaftaran Makluman akan dibuat sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula dan surat panggilan pendaftaran akan dihantar kepada pelajar selepas keputusan peperiksaan diumumkan. 11.1.4 Keperluan Pendaftaran Pelajar dikehendaki membawa perkara-perkara berikut semasa mendaftar: 11.1.5 Satu daripada dokumen asal berikut: a. Surat tawaran; b. Surat kelulusan penangguhan pengajian; atau 11.1.6 Kiriman Wang / tunai Untuk Asrama (jika ditawarkan) 11.1.7 Kiriman Wang / tunai untuk sumbangan PIBG 11.1.8 Pakaian dan Rupadiri Semasa Pendaftaran Pelajar hendaklah berpakaian kemas, bersih dan sopan. Pelajar Islam dikehendaki menutup aurat. Semua jenis pakaian hendaklah TIDAK menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan. 11.1.9 Berkasut serta berstokin. 11.1.10 Rambut mestilah kemas Rambut pelajar lelaki hendaklah pendek. Paras belakang TIDAK melebihi paras kolar baju, paras tepi TIDAK melebihi paras atas telinga dan paras depan TIDAK melebihi paras dahi. 11.1.11 Pelajar TIDAK dibenarkan memakai topi, baju ‘T’ tanpa kolar, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan semasa mendaftar. PERINGATAN: Pelajar-pelajar yang TIDAK mematuhi peraturan pakaian dan rupa diri seperti yang dinyatakan di atas TIDAK akan didaftarkan. 11.1.12 Bantuan Kewangan • Kolej Vokasional TIDAK menyediakan biasiswa atau sebarang bantuan kewangan. Walaubagaimanapun pelajar boleh memohon bantuan kewangan melalui Kolej Vokasional atau memohon sendiri daripada mana-mana penaja. • Pelajar bertanggungjawab menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain. • Pelajar dinasihatkan supaya berusaha mendapatkan maklumat dan seterusnya (jika layak) memohon bantuan dari Yayasan Negeri masing-masing sebelum mendaftar diri di Kolej Vokasional.
53 11.1.13 Rupa diri Pelajar Lelaki Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih dan sopan. Pelajar Islam dikehendaki berpakaian menutup aurat. i. Baju korporat mengikut ketetapan jabatan masing-masing. ii. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in). iii. Baju hendaklah sentiasa dikenakan butang dengan sempurna. iv. Pemakaian baju kebangsaan dibenarkan tetapi hendaklah lengkap bersampin, berkasut dan bersongkok hitam. v. Berseluar “slack” vi. Berkasut dan berstokin. vii.Selipar, terompah, capal dan seumpamanya TIDAK dibenarkan. viii.Sebarang bentuk perhiasan TIDAK dibenarkan. 11.1.14 Rambut i. Rambut hendaklah sentiasa pendek dan kemas. Paras belakang TIDAK melebihi paras kolar baju, paras tepi TIDAK melebihi paras atas telinga dan paras depan TIDAK melebihi paras dahi. ii. Rambut berfesyen seperti “afro”, “punk”, “skinhead”, berekor atau diwarnakan TIDAK dibenarkan. 11.1.15 Rupa diri Pelajar Perempuan 11.1.16 Pakaian Ke Kelas / Bengkel / Makmal i. Pakaian baju korporat mengikut ketetapan jabatan. ii. Berseluar yang TIDAK ketat. iii. Selipar, terompah, kasut bertumit tinggi (yang runcing) TIDAK dibenarkan. Kasut berladam yang berbunyi juga TIDAK dibenarkan. 11.1.16 Rambut i. Rambut hendaklah kemas. Rambut berfesyen seperti berekor atau diwarnakan TIDAK dibenarkan. ii. Pelajar Islam dikehendaki memakai tudung. 11.1.17 Perhiasan. Memakai barang kemas berlebihan TIDAK dibenarkan. Berikut merupakan jadual pakaian pelajar: Hari Pakaian Isnin Baju Korporat Selasa Baju Korporat Rabu Baju Korporat Khamis Baju Batik Jumaat Baju Korporat Sabtu (Berganti) Baju Korporat • Pelajar diwajibkan memakai kasut kanvas hitam bertali dan berstoking bagi baju korporat, dan baju batik kolej. Manakala bagi baju T, pelajar dibenarkan untuk memakai kasut sukan yang berwarna gelap. • Bagi pemakaian baju bengkel pelajar diwajibkan memakai kasut yang telah ditetapkan oleh bengkel masing-masing. • Tudung pelajar hendaklah mengikut peraturan syarak, dan tudung mestilah berwarna
54 11.1.1 8 Menghadiri Kuliah / Bengkel Kehadiran ke kolej adalah 8.00 pagi pada setiap hari tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Pelajar dikehendaki menghadiri semua kuliah / bengkel atau lain-lain pengajaran berhubung dengan kursus pengajiannya dan MESTILAH: 1. Kehadirannya TIDAK kurang 80%. 2. Berada dalam bilik kuliah / bengkel mengikut jadual yang ditetapkan 3. Mendapat kebenaran bertulis Ketua Jabatan untuk TIDAK hadir 4. Memberi alasan bertulis yang munasabah untuk mendapat kelulusan ketidakhadirannya daripihak kolej sekiranya perkara (5.3) di atas TIDAK diperolehi terlebih dahulu. 11.1.19 Kebersihan dan Kemudahan 1. Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran kolej. 2. Segala kemudahan yang disediakan oleh kolej hendaklah digunakan dengan penuh tanggungjawab, cermat, selamat tanpa sebarang pembaziran kuasa elektrik, bekalan air dan bahan-bahan yang digunakan. 3. Pelajar hendaklah menjaga atau memelihara semua kemudahan yang terdapat di kolej supaya kepentingan pelajar lain juga terpelihara. 4. Pelajar dipertanggungjawab untuk menentukan / memastikan semua suis lampu / kipas / alat hawa dingin / komputer / mesin di matikan sebelum meninggalkan kelas / bengkel / makmal / de- wan kuliah. 11.1.20 Harta Benda Perbuatan merosakan harta benda kolej seperti perabot, peralatan dalam bilik / makmal / bengkel, kenderaan rasmi kolej atau menconteng dinding / notis rasmi / pekeliling rasmi atau merosakan tanaman di dalam kolej adalah menjadi suatu kesalahan tatatertib 11.1.21 Penglibatan pelajar dalam persatuan / badan / pertubuhan / kumpulan dan parti politik • Pelajar TIDAK dibenarkan menjadi ahli mana-mana parti politik, kesatuan sekerja atau manamana pertubuhan kecuali terlebih dahulu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada menteri atau wakil kuasa •Pelajar TIDAK dibenarkan menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana pertubuhan, badan, kumpulan yang diharamkan. •Semua aktiviti pelajar yang hendak dijalankan di dalam dan luar kolej hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Pengarah. •Penerbitan dan pengedaran sebarang dokumen atau risalah di dalam ataupun di luar kolej hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis Pengarah. 11.1.22 Gangguan Ketenteraman • Pelajar TIDAK dibenarkan membuat bising, ketawa dengan kuat, bertempik, melaung-laung atau bercakap secara kurang sopan sama ada di bilik kuliah / dewan kuliah / bengkel / makmal / perpustakaan / pejabat pentadbiran atau berhampiran dengannya. • Pelajar TIDAK dibenar menimbulkan suasana kacau bilau, huru hara atau menghasut pelajarpelajar menentang pihak berkuasa kolej. • Pelajar boleh menyuarakan segala rasa TIDAK puas hati melalui saluran tertentu seperti jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), maklum balas pelanggan atau peti cadangan 11.1.23 Penceramah Luar Pelajar mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah sebelum menjemput pihak luar untuk memberi ceramah / perbincangan kepada pelajar di dalam atau luar kolej. Kebenaran ini tertakluk kepada had dan syarat yang ditetapkan.
55 11.2 KESALAHAN-KESALAHAN YANG BOLEH MENGAKIBATKAN PENGGANTUNGAN/PEMBUANGAN PELAJAR DARI KOLEJ Di antaranya: Mencemar nama baik kolej, kakitangan atau pelajarnya sama ada di dalam atau di luar kolej dengan kelakuan, kata-kata atau tulisan menerusi apa jua bentuk media cetak mahupun elektronik. Menggangu atau menghalang aktiviti pengajaran atau pembelajaran di kolej. Merosak, mencacat (vandalisme) harta benda milik kolej, kerajaan, awam atau perseorangan. Mengganggu atau menghalang kakitangan atau pelajar kolej daripada menjalankan tugasnya yang sah. Membuat, mengguna, mempamer, menampal dan memiliki panji-panji, poster, lambang dan lain-lain untuk tujuan menghasut pelajar lain melanggar tatatertib di dalam atau di luar kolej. Menerbit atau mengedar dokumen-dokumen di dalam atau di luar kolej dengan tujuan untuk menghasut atau memburuk-burukkan kolej atau pihak lain. Menjalankan perniagaan / perkhidmatan, kedai atau gerai di dalam kolej tanpa kebenaran bertulis dari pihak kolej. Membuat kenyataan dalam bentuk lisan atau bertulis kepada pihak luar mengenai kolej, kakitangan atau pelajarnya. Membuat bantahan secara lisan atau bertulis mengenai sebarang keputusan pihak kolej tanpa melalui saluran yang ditetapkan. Terlibat dengan perjudian, pertaruhan atau loteri. Meminum, mengedar, menyimpan, menyorok atau membuat minuman keras / bahan kimia yang memabukkan / mengkhayalkan. Berkeadaan mabuk kerana minuman atau sesuatu bahan yang diambil untuk memabuk atau mengkhayalkan. Menonton, memiliki, mendengar, menampal, mengedar, menyorok atau terlibat dengan pertunjukan bahan-bahan lucah. Memberi atau menyebar maklumat palsu. Mengingkari arahan sah pihak berkuasa tatatertib, pensyarah, pegawai atau kakitangan kolej yang diberi kuasa. Memalsukan tanda tangan atau cop rasmi pihak berkuasa kolej atau pihak lain yang terlibat dengan kolej. Melakukan ugutan atau buli pada bila-bila masa sama ada di dalam atau di luar kolej. Berkelakuan biadab dan angkuh terhadap mana-mana kakitangan atau pelajar kolej atau pihak lain dengan kelakuan, lisan atau tulisan. Bergaduh, terlibat atau bersubahat dengan pergaduhan sama ada di dalam atau di luar kolej. Berkelakuan sumbang atau TIDAK sopan seperti bercumbu-cumbuan atau berkhalwat dan membuat sebarang perilaku atau isyarat lucah sama ada di dalam atau di luar kolej. Melibatkan diri dengan kegiatan pelacuran atau aktiviti seks yang dilarang. Melakukan penyambungan elektrik atau talian telefon secara haram di mana-mana kawasan kolej. Melibatkan diri dengan kegiatan mencuri, merompak, menyamun,memeras ugut dan menculik. Memiliki,menyorok, menyimpan, mengedar, menjual dan mempamer senjata berbahaya seperti senjata api, senjata tajam, buku lima, kerambit dan lain-lain. Dituduh oleh mahkamah terbabit atau disyaki melakukan kesalahan jenayah sivil atau jenayah syariah. Terlibat dengan najis dadah seperti mengambil, mengedar, menyorok, menyimpan atau menjual. Menghisap, mengedar, menyorok, memiliki, menyimpan atau menjual rokok atau rokok elektronik. Terlibat dengan pemboikotan / pemulauan aktiviti sah kolej. Terlibat dengan demonstrasi yang TIDAK dibenarkan di luar atau di dalam kolej. Menimbul, menghasut isu perkauman, integrasi nasional untuk tujuan mewujudkan suasana tegang, perpecahan atau permusuhan. Memungut atau cuba memungut wang dengan cara persendirian,pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar. Menganggotai atau memberi sokongan kepada kumpulan, badan atau pertubuhan yang diharamkan oleh pihak kolej atau kerajaan. 11.2.1LARANGAN MEROKOK DAN VAPE Pelajar DILARANG merokok dan vape di mana-mana kawasan kolej. Pelajar DILARANG merokok dan vape di luar kawasan kolej dengan berpakaian yang melambang pelajar kol
5567 57 11.2.2 PERATURAN PENGGUNAAN KOMPUTER RIBA (LAPTOP) / NETBOOK 1. Pelajar hanya dibenarkan membawa Komputer riba (Laptop)/ Netbook. 2. Pelajar DILARANG membawa peralatan lain seperti Galaxy Tab, Ipad, Blackberry dan semua jenis “Smartphone”. 3. Pelajar dikehendaki mendaftarkan Laptop/netbook yang dibawa kepada Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP). 4. Pelajar hanya dibenarkan menggunakan laptop/Netbook bermula jam 6.00 pagi sehingga 10.30 malam sahaja. 5. Pemantauan akan dilakukan oleh warden/pihak kolej selepas jam 10.30 malam sehingga 6.00 pagi. Pelajar dianggap melanggar peraturan sekiranya menggunakan Laptop/Netbook melebihi masa yang ditetapkan dan pelajar yang terlibat boleh dikenakan tindakan disiplin. 6. Urusan percetakan adalah tanggungjawab pelajar sendiri tetapi pihak koperasi kolej ada menyediakan tempat percetakan untuk memudahkan urusan percetakan pelajar.(berbayar). 7. Pelajar dilarang menggunakan laptop/Netbook di SURAU . 8. Pelajar boleh menggunakan laptop/netbook sewaktu P&P sama ada di dalam kelas atau bengkel dengan kebenaran guru mata pelajaran berkenaan. 9. Para pelajar hanya dibenarkan menggunakan jalur lebar yang telah sedia ada di Kolej dan pelajar yang membawa”broadband” dikehendaki mendaftar dengan Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP). 10. Pelajar juga hanya dibenarkan mengakses perkara-perkara yang berkaitan dengan pelajaran sahaja. 11.2.3 PERATURAN TELEFON BIMBIT 1. Peraturan penggunaan telefon bimbit di kawasan Kolej dan Kolej Kediaman masih merujuk kepada Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 2/2009: Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Menggunakan Telefon Bimbit oleh Murid di Sekolah seperti yang dilampirkan. 2. Pelajar luar DILARANG sama sekali membawa telefon bimbit ke kawasan Kolej. 3. Pihak Kolej berhak mengambil dan menyimpan telefon bimbit yang dibawa pada bila-bila masa. 4. Tuntutan telefon bimbit boleh dituntut oleh penjaga setelah dibenarkan untuk dituntut. 5. Pihak kolej tidak akan mengambil sebarang tindakan atas aduan kehilangan melibatkan telefon bimbit. 11.3 HAL-HAL LAIN 4.1 Pelajar TIDAK boleh terlibat dalam apa-apa pekerjaan, perniagaan, perdagangan atau aktiviti lain, sama ada sepenuh atau separuh masa, yang pada pendapat Pengarah adalah TIDAK diingini. 4.2 Pelajar kolej dikehendaki sentiasa menjaga nama baik dan imej kolej sama ada di dalam atau di luar kolej. 4.3 Pelajar digalakkan menggunakan peti cadangan yang disediakan untuk memberi cadangan. 4.4 Pelajar yang bukan penghuni asrama TIDAK dibenarkan berada di asrama lelaki atau perempuan atau menggunakan segala kemudahan yang terdapat di asrama kecuali kafetaria atau surau. 4.5 Pelajar juga tertakluk kepada Peraturan dan Undang-Undang Khas peperiksaan, bengkel, workshop, makmal, perpustakaan, asrama dan lain-lain yang telah dan akan dikeluarkan oleh pihak kolej dari semasa ke semasa.
5567 57 12. BAHAGIAN PENGURUSAN JAMINAN KUALITI Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan melaksanakan Sistem Pengurusan Jaminan Kualiti bagi memenuhi visi dan misi penubuhan kolej dan memenuhi kehendak Negara. Selaian itu, bahagian ini juga menjadi sumber rujukan dalam proses penyediaan dokumen akreditasi MQA. Baha- gian ini juga merancang dan mengawal selia pelaksanaan proses-proses Penjaminan Kualiti 4P bagi memastikan perjalanan Penilaian Berterusan (PB) dan Penilaian Akhir (PA) kolej mematuhi SOP pentaksiran yang telah ditetapkan oleh BPTV dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dipatuhi. Bahagian Jaminan Kualiti juga bertanggungjawab menyebar luas amalan kepimpinan terbaik di semua peringkat pengurusan kolej bagi meningkatkan profesionalisme melalui maklum balas pelanggan dan aduan pelanggan. Di samping itu, bahagian ini turut merancang, mengawal selia, dan memantau pelaksanaan Program Amalan Berkualiti EKSA di kolej serta mengurus dan mengawal selia program Kesedaran Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (OHSAS – Occupation Health And Safety As- sessment Series For Health and Safety Management Systems). Bahagian ini bertanggungjawab juga menyelaras pembudayaan inovasi dan penyelidikan. 12.1 Hala tuju Program Kolej Vokasional . 12.2 Hala tuju Graduan untuk melanjutkan pelajaran BEKERJA 70% MELANJUTKAN PELAJARAN 20% USAHAWAN 10% 57
56 13. SEKALUNG PENGHARGAAN 58