The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-36359439, 2022-09-14 04:27:25

BUKU PROGRAM UNITY WALK

BUKU PROGRAM UNITY WALK

Sekalung Bicara

Timbalan PPD Sektor Perancangan
TUAN MUSA BIN ISMAIL

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia Tuan Haji Zulkurnain bin Che Ali,
Timbalan Datuk Bandar Subang Jaya, Majlis Bandaraya Subang Jaya,
Yang Dihormati ACP Wan Azlan bin Wan Mamat,
OCPD Subang Jaya,
Yang Dihormati Puan Lee Jen Uyin,
Ahli Majlis MBSJ, Merangkap Pengerusi MBSJ MPP Zon 3,
Yang Dihormati Tuan Insp Mohd Nor Azmi bin Jaludin,
Ketua Polis, Balai Polis USJ 8,
Yang Dihormati TPgB Syed Shahril Anuar bin Syed Sulaiman,
Ketua Balai Bomba Subang Jaya,
Yang Dihormati Encik Shakrani bin Shamsudin,
Persatuan Teater Malaysia,
Yang Berusaha Encik Noor Hashimi bin Hasan,
Guru Besar SK USJ 12,
Yang Berusaha Hajah Normawati binti Tajuddin,
Pengetua SMK USJ 12,
Yang Berusaha Puan Ros Nita binti Tajuddin,
PK HEM SMK USJ 13,
YDP-YDP PIBG, pegawai-pegawai seranta, guru-guru dan pelajar dari SK USJ 12, SMK USJ 12
dan SMK USJ 13 yang dikasihi sekalian.

.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita
bersama-sama pada pagi ini dalam menjayakan Program Merdeka Unity Walk 2022.

Saya berasa teruja kerana program ini dapat dilaksanakan dengan kolaborasi tiga buah
sekolah, iaitu SK USJ 12, SMK USJ 12 dan SMK USJ 13. Terima kasih saya ucapkan kepada PIBG
dan pegawai seranta sekolah yang memberikan sokongan padu bagi menjayakan program
yang amat bermakna ini.

Seperti yang kita sedia maklum, tema hari kemerdekaan pada tahun ini ialah Keluarga
Malaysia Teguh Bersama. Justeru, tema pakaian tradisional amat bertepatan sekali dipilih
untuk program ini kerana rakyat Malaysia sememangnya terdiri daripada pelbagai kaum
dan kaya dengan budaya masing-masing. Tema ini mendedahkan pelajar dengan keunikan
dan kecantikan khazanah kebudayaan masyarakat berbilang kaum. Secara tidak langsung
dapat menerapkan jati diri dalam kalangan peserta program ini.

Saya difahamkan pada hari ini, pelajar-pelajar telah berarak agak jauh juga. Walaupun
penat, namun semangat patriotisme dapat disemarakkan di samping mendedahkan pelajar
tentang pengorbanan pejuang zaman dahulu. Secara keseluruhannya, penyatuan kolaborasi
ketiga-tiga sekolah ini dapat menterjemahkan kesepaduan pelbagai kaum sekolah-sekolah
di Subang Jaya. Tidak dapat saya gambarkan betapa bangga dan gembiranya saya
kejayaan pelaksanaan program ini.

Burung bangau di sawah padi,
Luka berdarah diikat tali,
Jika patriotisme kurang disemadi,
Mungkin sejarah lampau berulang kembali.

Saya percaya perasaan cinta akan negara inilah yang boleh menjadi tali pengikat utama
kepada perpaduan bangsa di negara ini.
Akhir kata, dengan lafaz Bismilahirahmanirahim, saya dengan ini merasmikan penutupan
sambutan Bulan Kemerdekaan dan Merdeka Unity Walk SK USJ 12, SMK USJ 12 dan SMK USJ 13
bagi tahun 2022.

Sekian, terima kasih.

Tuan Musa bin Ismail
TIMBALAN PPD SEKTOR PERANCANGAN

Pengenalan

“Program Merdeka Unity Walk ini adalah satu program yang dianjurkan
oleh gabungan tiga buah sekolah iaitu SK USJ 12, SMK USJ 12 dan SMK USJ
13. Kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan PIBG serta kolaborasi
yang padu daripada pihak Majlis Bandaraya Subang Jaya, MPP MBSJ
Zon 3, pihak polis dan bomba. Melalui program ini diharap dapat
memupuk semangat cinta akan tanah air dalam kalangan murid
khususnya. Cinta akan negara inilah yang akan menjadi tali pengikat
utama kepada perpaduan bangsa di negara ini.”

Objektif

“Program Merdeka Unity Walk ini adalah bertujuan untuk menyubur dan

mengukuhkan lagi hubungan dan perpaduan antara tiga buah sekolah.
Semangat kerjasama dan kolaborasi yang ditunjukkan adalah seiring
dengan tema kemerdekaan pada tahun ini iaitu Keluarga Malaysia
Teguh Bersama. Dengan adanya program seperti ini diharap hubungan
kekeluargaan ketiga-tiga buah sekolah dapat dikukuhkan lagi
disamping dapat menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam
kalangan murid.”

ATURCARA MERDEKA
UNITY WALK

9.45 pagi : Murid berkumpul di dewan
10.00 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku

: Nyanyian Lagu Negeri Selangor
10.10 pagi : Persembahan pembukaan

: Bacaan doa
: Ucapan aluan Guru Besar SK USJ 12

Encik Noor Hashimi bin Hasan
: Ucapan perasmian

Tuan Musa bin Ismail
Timbalan PPD Sektor Perancangan
: Gimik perasmian
: Persembahan SMK USJ 12
: Persembahan SMK USJ 13
: Persembahan Persatuan Teater Malaysia
: Persembahan SK USJ 12
: Penyampaian cenderahati
: Nyanyian lagu patriotik
: Sesi bergambar
11.30 pagi : Majlis bersurai

Penghargaan

Setinggi-tinggi penghargaan

dan terima kasih atas kerjasama, sumbangan
dan budi baik daripada semua pihak yang

terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan dan memastikan
kelancaran perjalanan program ini
terutamanya
PPD Petaling Perdana
Guru Besar SK USJ 12
PIBG SK USJ 12
Pengetua SMK USJ 12
PIBG SMK USJ 12
Pengetua SMK USJ 13
PIBG SMK USJ 13
Majlis Bandaraya Subang Jaya
MBSJ MPP ZON 3
Polis Subang Jaya
Bomba Subang Jaya
Persatuan Teater Malaysia
Nestle
Faber Castell
McDonald’s
Bank Islam

SEKALUNG TAHNIAH


Click to View FlipBook Version