ASSESSMENT COVER SHEET/
LEMBARAN HADAPAN PENILAIAN KURSUS
JABATAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KEBUDAYAAN
PROGRAM:
SESI 1 2021/2021
KOD KURSUS : MPU 24011 (PERMAINAN TRADISIONAL)
LECTURER’ S NAME/ : PUAN NOR WAHIDA BINTI
NAMA PENSYARAH DZALIHU’ZZABIR
TYPE OF ASSESSMENT/
JENIS PENILAIAN :
TITLE/ TAJUK TUNJUK CARA
SUBMISSION DATE/
TARIKH HANTAR : CEPER
RECEIVED DATE (fill in by lecturer) :
TARIKH TERIMA (diisi oleh pensyarah)
:
STUDENT’S NAME/ NAMA PELAJAR MATRIC NUMBER/ CLASS/
NOMBOR MATRIK KELAS
MUHAMMAD ISYRAF HAZIQ BIN IDRIS DRM1A
NUR ATIRAH BINTI MOHD NOOR 23DRM21F1049 DRM1A
SITI NUR BALQIS BINTI ZANAI ABIDIN 23DRM21F1044 DRM1A
WAN NUR NAGIHAH BINTI WAN AHMAD 23DRM21F1013 DRM1A
23DRM21F1022
MARKS/ MARKAH: CLO2 TOTAL MARKS/
CLO1 JUMLAH MARKAH
LECTURER’S COMMENT/
KOMEN PENSYARAH
ISI KANDUNGAN
• Sejarah dan latar belakang
• Kecergasan dan kecederaan sukan
• Tunjuk cara prinsip asas dan kemahiran
• Video tunjuk cara permainan tersebut
PENILAIAN 1
(TUNJUK CARA)
PERMAINAN: CEPER
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG
Ceper merupakan salah satu daripada permainan tradisional yang dimainkan oleh kanak-
kanak pada masa dahulu. Permainan ini hampir sama bentuknya dengan “ main koba “ tetapi
bahan yang digunakan adalah berbeza. Ceper adalah sejenis permainan yang menggunakan
penutup botol minuman. Penutuyp botol minuman yang diperbuat daripada timah dan ia
dileperkan adalah bahan-bahan yang dijadikan alat permainan dalam permainan ceper.
Kaedah permainan hamper sama dengan batu seremban. Tujuan utama permainan ceper ini
ialah mendapatkan point atau markah melalui menimbang dan tuju tudung botol.
Permainan ini amat terkenal dalam kalangan kanak-kanak dan remaja pada suatu Ketika
dahulu dan masih dimainkan hingga sekarang. Permainan ini amat menyeronokkan jika
dimainkan Bersama rakan-rakan ataupun ahli keluarga. Lebih ramai pemain, lebih seronok
permainan ini dimainkan. Kecuali, jika terdapat pemain yang handal , pasti berasa bosan
kerana menunggu giliran tiba. Kebanyakkan penutup botol ini boleh diperoleh daripada botol
minuman berkaca, ataupun botol kicap. Permainan ini hanya memerlukan lima buah
penutup botol sahaja.
KECERGASAN DAN KECEDERAAN
-KECERGASAN
a) Meningkatkan kemahiran manipulatif.
b) Meningkatkan keupayaan deria.
c) Menggunakan otot halus untuk menggerakkan sesuatu.
d) Menggerakkan psikomotor seperti motor kasar.
e) Meningkatkan ketangkasan deria.
f) Dapat berfikir secara sistematik dan berurutan.
-KECEDERAAN
a) Berlaku kesakitan pada jari apabila salah menjentik ceper.
b) Ianya juga akan berlaku kebengkakan kerana peralatan ceper dibuat daripada timah.
c)Boleh menyebabkan kecederaan di muka apabila pemain tuju ceper terlalu kuat.
d) Jika alatan ceper yang digunakan dalam bentuk yang rosak, ia akan menyebabkan luka.
CEPER ATAU TUDUNG BOTOL?
Permainan penutup botol ini dikenali sebagai 'Ceper'. Permainan ini amat terkenal dalam
kalangan kanak-kanak dan remaja pada suatu ketika dahulu dan masih dimainkan hingga
sekarang.
Permainan ini amat menyeronokan jika dimainkan bersama rakan-rakan ataupun ahli
keluarga. Lebih ramai pemain, lebih seronok permainan ini dimainkan. Kecuali, jika terdapat
pemain yang handal, pasti kita akan berasa bosan kerana menunggu giliran kita tiba.
Kebanyakan penutup botol ini boleh diperolehi daripada botol minuman berkaca ataupun
botol kicap. Permainan ini hanya memerlukan lima buah penutup botol sahaja seperti gambar
di bawah;
Penutup ceper
Objektif permainan ini cukup mudah, iaitu mengumpul mata sebanyak yang mungkin dan
andalah pemenangnya. Tetapi, untuk bermainnya, kita memerlukan sedikit kemahiran seperti
menimbang menggunakan tangan, dan menjentik penutup botol.
APLIKASI PERMAINAN CEPER DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Permainan ceper banyak sekali memberi manfaat dan kebaikan kepada guru dan juga pelajar
selain menjadikan sesi p&p lebih ceria. Permainan ini antara lainnya memberi kebaikan yang
mungkin tidak pernah kita bayangkan akan wujud melalui permainan yang seringkas ini.
• Melatih Koordinasi Mata dan Tangan
Koordinasi mata dan tangan amat penting dalam melahirkan seorang pelajar yang bakal
menguasai kemahiran-kemahiran asasatihaa. Koordinasi mata dan tangan biasanya dititik
beratkan dalam aspek menulis, terutama menyalin nota, serta melukis. Permainan ceper
melatih kemahiran ini melalui peraturannya. Sebagai contoh, semasa ingin menjentik ceper,
pemain terlebih dahulu akan memberiatihs kepada sasaran. Apabila mata mulaiatihs, jari
akan menjentik ceper. Selain itu, bagi memulakan permainan, ceper akan disusun dan diputar
bagi mendapatkanatihann yang pertama. Ini juga melatih koordinasi tangan dalam memilih
daya yang bakal digunakan.
Dalam permainan ini juga, terdapat aksi permainan selambut. Proses ini dilalui bagi
memungut mata. Permainan selambut yang diaplikasi secara langsung di dalam permainan
ini juga sebagai bukti bahawa wujudnya proses melatih kemahiran koordinasi dan tangan di
dalam permainan ceper. Tangan melambung, mata melihat ceper, dan tangan
menyambutnyaatihani.
• Keseimbangan
Dalam aksi melambung dan menyambut ceper bagi mendapatkan mata, wujud jugaatihann
keseimbangan. Hal ini dipraktikkan semasa menyambut ceper dengan belakang tangan
selepas melambungnya. Bukan semua orang mampu melakukannya, dan memerlukanatihann
yang banyak. Justeru, permainan ceper adalah antara permainan tradisional yang tanpa kita
duga telah memberi latihan tersebut secara tidak langsung.
• Pengiraan
Permainan ceper antara permainan yang agak unit bagi penulis. Ini kerana mata bagi setiap
ceper adalah sepuluh, dan sekiranya bagi setiap pusingan jentikan pemain mampu melepasi
halangan yang timbul, markah maksima biasanya mencecah seribu dan boleh disimpan di
dalam ‘bank’. Hal yang ini melatih kecekapan pelajar dalam mengira dari aspek tambah dan
tolak.
• Pemikiran Kreatif
Permainan semestinya memupuk pemikiran kreatif. Dan, permainan ceper tidak ketinggalan
dalam memupuk pemikiran yang sedemikian rupa. Sedar atau tidak, pemikiran kreatiflah
yang mewujudkan permainan ceper. Siapa sangka, hanya dengan menggunakan tudung
botol, permainan ceper mampu menarik minat orang ramai.
• Strategi
Permainan ceper merupakan suatu permainan yang memerlukan pemain memikirkan suatu
strategi bagi menyelesaikan jentikan uraian ceper. Setiap ceper yang dijentik tidak boleh
terkena ceper yang lain. Justeru, strategi yang baik perlulah difikirkan. Ada pemain yang
menggunakan tangan sebagai dinding pemantul, dan ada pula yang mencongkes ceper bagi
menyentuh ceper target.
TUNJUK CARA ASAS PRINSIP PERMAINAN CEPER
Permainan ceper merupakan suatu permainan yang boleh dimainkan samada dalam
berkumpulan dengan maksima 2 ahli setiap kumpulan, ataupun dimainkan secara individu
dengan maksima pemain seramai 5 orang. Permainan ringkas yang hanya memerlukan lima
keping tudung botol besi (ceper). Setiap ceper membawa markah sebanyak satu markah,
namun sekiranya selambut ceper dibuat dengan menangkap, maka setiap ceper akan dikira
dengan dua markah, keseluruhannya ada sepuluh.
Sebelum memulakan permainan, ceper-ceper akan disusun secara bertingkat dan diputar bagi
mendapatkan pecahan ceper. Kemudian, pemain akan melagakan setiap ceper dengan
jentikan tanpa menyentuh mana-mana ceper yang berada di sekitarnya.
KEMAHIRAN PERMAINAN TRADISIONAL CEPER
Kesemua ceper hendaklah diputarkan dengan cara menyelerakkan taburan ceper di atas
lantai, berkeadaan ceper itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain, jika ceper
tersebut bersentuhan pihak lawan perlu membetulkannya. Seterusnya pihak lawan akan
menentukan ceper yang perlu dijentik pada pihak pemain. Oleh itu, pemain akan menjentik
ceper ke arah yang pihal lawan tentukan dan tidak boleh bersentuhan dengan ceper yang lain.
Jika terlanggar pemain tersebut tidak boleh meneruskan permainan itu sehingga pihak lawan
melanggar ceper tersebut pula. Dan giliran pihak lawan pula untuk bermain sehingga kalah.
Setelah selesai kesemua peringkat dilalui oleh permainan ceper, pemain hendaklah
menimbang ceper untuk mendapatkan mata. Pemain harus menimbang ceper dengan bijak
kerana 1 ceper mewakili 2 markah. Sekiranya pemain dapat bermain sehingga ke peringkat
menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan
semula sehingga terlanggar ceper. Jika pemain dapat menimbang kesemua ceper tersebut,
pemain itu akan mendapatkan markah keseluruhan iaitu 10 markah.
VIDEO TUNJUK CARA PERMAINAN CEPER:
https://youtu.be/XVQIePEyI-o