SKKK3013 PORTFOLIO
Biodata Diri NAMA: KELVIN HII LU MING ANGKA GILIRAN: 2020072340232 KELAS: SEJARAH SJKC 1
Syukur kepada Tuhan bahawa saya dapat menyempurnakan kerja kursus bagi kod subjek Seni Dan Kraf Untuk Kanak-Kanak (SKKK 3013) dengan jayanya. Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Encik Alvin Sapun, selaku Seni Dan Kraf Untuk Kanak-Kanak kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk melunaskan tugasan yang diberikan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah saya Encik Alvin Sapun atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Penghargaan
01 02 03 04 Pengenalan ISI KANDUNGAN 05 Sumber Ilham (Koleksi Boneka Tangan) Kajian Maklumat & Subjek Matter Sebagai Sumber Ilham Olahan-olahan Lampiran 06 Rujukan
Seni Kraf Kanak-kanak Boneka Boneka Tangan 1.0 Pengenalan
Apa itu seni KRaf? Konsep Kraf Kanak-kanak merujuk kepada pendekatan pengajaran dan pembelajaran kraf kepada kanak-kanak. Ia melibatkan pendekatan yang kreatif, holistik dan berpusatkan kanak-kanak untuk memupuk perkembangan mereka dalam pelbagai aspek seperti kognitif, fizikal, sosial dan emosi.
Apa itu boneka? Boneka merupakan sebarang benda atau objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Pelbagai objek boleh dijadikan boneka sekiranya objek tersebut digerakkan oleh pemain. Semasa menggerakkan boneka itu, pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain aksi boneka tanpa suara.
Boneka tangan atau juga dikenali sebagai hand puppets lebih mudah disediakan dan lebih praktikal digunakan oleh kanak-kanak. Kanak kanak akan memasukkan keseluruhan pergelangan tangan mereka ke dalam watak yang dilukis atau dibentuk. Bagi menyediakan boneka jenis ini, pelbagai bahan boleh digunakan. Antaranya ialah stokin, sarung tangan, beg kertas dan sampul surat. Bekas telur, bekas dadih dan lain-lain turut boleh digunakan seperti watak kucing, tikus dan sebagainya. Dengan menggunakan boneka tangan, kanak-kanak lebih bebas membuat pergerakan. Apa itu boneka tangan?
2.0 Sumber Ilham (koleksi boneka tangan)
KOLEKSI GAMBAR FAUNA (BERUANG PERANG) Sumber ilham saya adalah menggunakan konsep kehidupan haiwan yang berada di Amerika Utara
Sumber: Pexels
KOLEKSI GAMBAR BONEKA TANGAN Berikut merupakan contoh koleksi sumber ilham yang berkaitan dengan boneka tangan:
3.0 KAJIAN MAKLUMAT & SUBJEK MATTER SEBAGAI SUMBER ILHAM
Ikan merupakan sumber makanan penting bagi sesetengah spesies, terutamanya beruang perang yang berkumpul banyak-banyak pada kawanan salmon. Beruang perang (Ursus arctos) ialah sejenis beruang besar yang bertaburan di seluruh Eurasia dan Amerika Utara. Beruang ini beratnya 100 hingga 680 kilogram KAJIAN MAKLUMAT SUBJEK MATTER Ciri-ciri beruang perang termasuk badan besar dengan paha yang pendek dan gempal, muncung yang panjang, telinga yang kecil dan bulat, bulu yang kasar dan berjumbai-jumbai, tapak kaki plantigred dengan kuku yang bengkok dan ekor yang pendek.
4.0 Olahanolahan
PERKEMBANGAN IDEA (LAKARAN)
PILIHAN WATAK BONEKA
KAJIAN WARNA
KAJIAN WARNA
LATAR Gambar pokok di hutan akan dijadikan satu latar untuk boneka beruang
BAHAN DAN TEKNIK KERTAS A4 GUNTING Gam PENSEL MARKER PEN WARNA
Sediakan Bahan-Bahan Proses Penghasilan
Melakar produk yang ingin dihasilkan atas kertas Menggunakan marker berwarna hitam untuk membuat lis hitam pada bahagian tepi (outline)
Cantum dan gam bahagian yang telah digunting Warna boneka tangan mengikut kajian warna yang dipilih
Hasil akhir Gunting kertas mengikut bentuk lakaran subjek matter
5.0 lampiran
anak patung beruang Kraf KANAK-KANAK
6.0 RUJUKAN
Haziah Ans. (2016). Membuat Boneka Tangan Dari Kertas. Selangor: Fakultas Ilmu Tarbiyah dan Keguruan. Kanmani Munusamy. (2013). Apa Itu Boneka. Kuala Lumpur: Budiman Sdn. Bhd. Liana. (2013). Kepentingan Boneka Dalam Media Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Pustaka Ilmu Raya. Loy Chee Luen. (2011). Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak. Kuala Lumpur: Gerak Ilmu Sdn. Bhd. Miguel Moore. (2023). Ciri-Ciri Beruang Perang. Amerika: Universiti Press. RUJUKAN
Pada suatu hari, si tikus berjalan-jalan di sekitar taman. Tiba-tiba, si tikus melihat si beruang sedang berjalan melenggang. Kemudian, si tikus menghampiri si beruang dan mengajaknya bermain bersama dengannya. Si Tikus: Jom, kita bermain bersama! Si Beruang: Tidak mau lah, bermain denganmu sangat membosankan. Si Tikus: Huh, sombong sekali kamu! Si beruang tidak menghiraukan perkataan si tikus itu. Ia meninggalkan si tikus seseorang di sana. Pada waktu petang, si tikus rasa lapar. Kemudian, si tikus pergi hutan mencari makanan. Oleh sebab berjalan bersendirian, si tikus menyanyi lagu supaya tidak rasa bosan. Semasa di hutan, si tikus nampak seekor lembu sedang makan rumput. Tuan lembu ini juga menyediakan beberapa biji epal kepada lembu untuk makan. SI TIKUS DAN SI BERUANG YANG SOMBONG
Si Tikus: Boleh berkongsi epal kamu kepada saya? Aku rasa sangat lapar. Si Lembu: Boleh. Tidak masalah. Jom kita sama makan sekali. Tadi kamu pergi mana? Si Tikus: Saya berjalan di taman dan si beruang tidak mahu bermain dengan saya. Si Lembu: Yakah? Tapi si beruang dulu bermain dengan saya juga. Jangan sedih si tikus, kamu masih boleh berkawan dan bermain dengan haiwan lain. Si Tikus: Si beruang bermain dengan kamu? Sombong si beruang tak mahu bermain dengan saya! Si Lembu: Jangan marah, kita terus makan. Pada masa itu, si beruang memasang telinga di belakang pokok. Tiba-tiba, si beruang berjalan di depan mereka. SKRIP CERITA
Si Beruang: Kenapa kamu cakap buruk saya! Kamu tikus yang bosan dan saya tidak mahu bermain dengan kamu. Si Tikus: Kamu sombong sangat! Keluar sekarang. Si Beruang: Saya tak mahu nampak kamu! Si Lembu: Jangan bergaduh, kita semua boleh jadi kawan yang baik. Si Beruang meninggalkan mereka dan berjalan ke tempat lain. Dalam perjalanan, si beruang sangat marah dan menendang apa saja yang ditemukan. Ia menendang bunga, batu dan pokok. Tiba-tiba, pokok jatuh dan menimpa tubuhnya. Ini terpaksa si beruang menjerit untuk mendapat bantuan. Lepas tu, si tikus mengikut suara si beruang dan tengok apa yang berlaku. SKRIP CERITA
Si Tikus: Kenapa kamu ditimpa oleh pokok? Kamu tidak kuat mengangkat pohon itu? Si Beruang: Pohon ini sangat besar, aku tidak dapat gerak. Tolong aku! Si Tikus: Aku cuba mengerat batang pohon di bahagian tengah sehingga batangnya terbelah dua. Si Beruang: Terima kasih si tikus yang bantu aku membebaskan diri dari pohon itu. Kamu kawan yang baik dan tidak pendendam. Maafkan aku tadi pagi tidak mahu bermain dengan kamu. Aku berjanji tidak akan sombong lagi. Si Tikus: Aku berjanji tidak akan membicarakan buruk orang lain. Sejak masa itu, si beruang dan si tikus menjadi kawan yang sangat baik. Mereka saling tolong-menolong dan bermain bersama. SKRIP CERITA