1 TS25 - TANAMAN MODEN KONTEMPORARI TS25 - TANAMAN MODEN KONTEMPORARI SMK CONVENT GREEN LANE
2 TS25 - TANAMAN MODEN KONTEMPORARI KANDUNGAN TAJUK MUKASURAT 1. Perancangan PdP-KmR 2-8 2. The Big Idea 9-10 3. Rancangan Instrumen Pentaksiran 11-14 4. Rancangan Pengajaran 15-18 5. Sumber 19 6. Lampiran 20-27
3 TS25 - TANAMAN MODEN KONTEMPORARI Nama Guru Terlibat : RBT : Pn. Siti Ainshah Binti Ismail Geo : Pn. Goh Gaik Bee Bahasa Melayu : Cik Atiqah Binti Mohamed Pendidikan Seni Visual : Pn. Norihan Binti Mohd Zainun Sekolah : SMK Convent Green Lane, Pulau Pinang Ringkasan Projek : Murid diberi peranan dalam menjalankan proses tanaman moden yang dikenali sebagai Sistem Akuaponik. Murid akan mendapat pengalaman dari permulaan proses penanaman menggunakan sistem akuaponik bermula dari semaian anak benih sehingga proses tuaian hasil tanaman dan ternakan ikan. Projek ini sangat bermanfaat dan dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian murid pada masa akan datang. Selain itu, murid juga diperkenalkan dengan kaedah penanaman yang baru yang menjadi sumber makanan manusia iaitu tanaman dan hidupan akuakultur dalam satu sistem tanaman yang sama. Pendedahan kaedah tanaman baru yang dipelajari oleh murid dapat diperkenalkan kepada seluruh warga sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat. Melalui projek ini, hasil jualan dapat menjadi pendapatan tambahan selain menjadi sumber makanan kepada manusia. Mata Pelajaran : 1. RBT 2. PENDIDIKAN SENI VISUAL 3. GEOGRAFI 4. BAHASA MELAYU Tingkatan : Tingkatan 2 Perancangan PdP-Kmr
4 TS25 - TANAMAN MODEN KONTEMPORARI Standard Kandungan : RBT 2.5 Reka Bentuk Akuaponik PENDIDIKAN SENI VISUAL 7.0 Reka Bentuk Industri GEOGRAFI 5.2 Teknologi Hijau BAHASA MELAYU 3.4 Teknologi Amalan Hijau Standard Pembelajaran : RBT 2.5.1 Menyatakan definisi reka bentuk akuaponik. 2.5.3 Mengenal pasti komponen akuaponik. 2.5.4 Melakar reka bentuk sistem akuaponik bermaklumat. 2.5.5 Menganalisis lakaran reka bentuk sistem akuaponik. 2.5.6 Membina model reka bentuk sistem akuaponik. 2.5.7 Menilai model reka bentuk sistem akuaponik 2.5.8Mencadangkan penambahbaikan reka bentuk sistem akuaponik yang lebih efisien. PENDIDIKAN SENI VISUAL 7.1 Persepsi Seni dalam Reka Bentuk Industri 7.2 Eksplorasi Seni dalam Reka Bentuk Industri 7.3 Ekspresi Seni dalam Reka Bentuk Industri 7.4 Apresiasi Seni dalam Reka Bentuk Industri
5 TS25 - TANAMAN MODEN KONTEMPORARI GEOGRAFI 5.2.1 Menyatakan konsep teknologi hijau. 5.2.2 Menerangkan ciri-ciri produk teknologi hijau. 5.2.3 Menunjukkan contoh produk teknologi hijau. 5.2.4 Membahaskan kepentingan teknologi hijau. 5.2.5 Mencadangkan amalan berkonsepkan teknologi hijau. BAHASA MELAYU 3.4.1 Membina kerangka karangan tentang teknologi amalan hijau yang dipraktikkan. 3.4.2 Menulis kerangka cara-cara mempraktikkan teknologi amalan hijau 3.4.3 Menulis perenggan dengan menggunakan teknologi amalan hijau 3.4.4 Menulis karangan lengkap berkaitan teknologi hijau Standard Prestasi (TP6) RBT Membina model reka bentuk baharu sistem akuaponik. PENDIDIKAN SENI VISUAL Menghasilkan produk seni Reka Bentuk Industri dengan menggunakan idea sendiri secara kreatif dan inovatif serta membuat apresiasi berpandukan Bahasa Seni Visual. GEOGRAFI Menghasilkan alat atau mempersembahkan idea berkaitan teknologi hijau yang kreatif dan inovatif. BAHASA MELAYU Meringkaskan kepentingan teknologi amalan hijau dalam kehidupan seharian manusia dengan penggunaan produk-produk yang dihasilkan.
6 TS25 - TANAMAN MODEN KONTEMPORARI Hasil Pembelajaran : RBT 1. Menyatakan definisi reka bentuk akuaponik 2. Melakar reka bentuk baharu sistem akuaponik bermaklumat. 3. Menganalisis lakaran reka bentuk baharu sistem akuaponik. 4. Membina model reka bentuk baharu sistem akuaponik. 5. Menilai model reka bentuk baharu sistem akuaponik. 6. Mencadangkan penambahbaikan reka bentuk sistem akuaponik. PENDIDIKAN SENI VISUAL 1. Memperihalkan sejarah perkembanganReka Bentuk Industri. 2. Menjelaskan 2 prinsip Reka Bentuk Industri dari aspek: i. Bidang Reka Bentuk Industri: a. Reka Bentuk Produk b. Reka Bentuk Perabut c. Reka Bentuk Automotif ii. Peranan dan Fungsi iii.Prinsip dan Elemen iv.Ergonomik 3. Membuat eksperimentasi dan penerokaan alatan, bahan dan proses dalam penghasilan lakaran. 4. Membanding beza penentuan Reka Bentuk Produk berdasarkan: i. bentuk mengikut fungsi ii. fungsi mengikut bentuk 5. Menterjemahkan hasil daripada eksperimentasi dan penerokaan alat, bahan dan proses dalam penghasilan reka bentuk produk melalui lakaran dan lukisan perincian. 6. Mempamerkan hasil produk seni. 7. Menghayati hasil produk seni sendiri dan rakan dengan Menumpukan pada aspek Bahasa Seni Visual. 8. Menjelaskan pengalaman sendiri dalam penghasilan produk seni.
7 TS25 - TANAMAN MODEN KONTEMPORARI GEOGRAFI 1. Menyatakan konsep teknologi hijau. 2. Menyenaraikan ciri-ciri produk teknologi hijau. 3. Memberi contoh produk teknologi hijau. 4. Menjelaskan kepentingan teknologi hijau. 5. Mencadangkan amalan berkonsepkan teknologi hijau. BAHASA MELAYU. 1. Membina kerangka karangan tentang teknologi amalan hijau yang dipraktikkan. 2. Menulis kerangka cara-cara mempraktikkan teknologi amalan hijau. 3. Menulis perenggan dengan menggunakan teknologi amalan hijau. 4. Menulis karangan lengkap berkaitan teknologi hijau. Kriteria Kejayaan : RBT 1. Menjelaskan 3 kelebihan reka bentuk akuaponik. 2. Menjelaskan sekurang-kurangnya 1 maksud Reka Bentuk Akuaponik. 3. Mengenal pasti sekurang-kurangnya 5 komponen akuaponik. 4. Melakar reka bentuk satu sistem akuaponik bermaklumat. 5. Menganalisis lakaran reka bentuk sistem akuaponik. 6. Membina model reka bentuk sistem akuaponik. PENDIDIKAN SENI VISUAL 1. Memperihalkan sejarah perkembanganReka Bentuk Industri. 2. Menjelaskan 2 prinsip Reka Bentuk Industri dari aspek: ii. Bidang Reka Bentuk Industri: d. Reka Bentuk Produk e. Reka Bentuk Perabut f. Reka Bentuk Automotif ii. Peranan dan Fungsi
8 TS25 - TANAMAN MODEN KONTEMPORARI iii.Prinsip dan Elemen iv.Ergonomik 3. Membuat eksperimentasi dan penerokaan alatan, bahan dan proses dalam penghasilan lakaran. 4. Membanding beza penentuan Reka Bentuk Produk berdasarkan: iii. bentuk mengikut fungsi iv. fungsi mengikut bentuk 5. Menterjemahkan hasil daripada eksperimentasi dan penerokaan alat, bahan dan proses dalam penghasilan reka bentuk produk melalui lakaran dan lukisan perincian. 6. Mempamerkan hasil produk seni. 7. Menghayati hasil produk seni sendiri dan rakan dengan Menumpukan pada aspek Bahasa Seni Visual. 8. Menjelaskan pengalaman sendiri dalam penghasilan produk seni. GEOGRAFI 1. Menyatakan konsep teknologi hijau. 2. Menyenaraikan sekurang-kurangnya empat ciri-ciri produk teknologi hijau. 3. Memberi sekurang-kurangnya 3 contoh produk teknologi hijau. 4. Menjelaskan sekurang-kurangnya 3 kepentingan teknologi hijau. 5. Memberi cadangan dan menerapkan amalan berkonsepkan teknologi hijau. BAHASA MELAYU 1. Membina kerangka karangan tentang teknologi amalan hijau yang 2. dipraktikkan dengan 5 isi utama. 3. Menulis kerangka 5 cara-cara mempraktikkan teknologi amalan hijau. 4. Menulis perenggan dengan menggunakan 5 contoh produk teknologi 5. amalan hijau. 6. Menulis 1 karangan lengkap berkaitan teknologi amalan hijau.
9 TS25 - TANAMAN MODEN KONTEMPORARI The Big Idea : Tanaman Moden Kontemporari Soalan Pencetus Idea : RBT : 1. Mengapakah tanaman menggunakan sistem akuaponik lebih baik berbanding tanaman menggunakan hidroponik? 2. Bagaimanakah sistem tanaman moden boleh membekalkan sumber makanan di kawasan bandar? 3. Bagaimanakah penduduk bandar dapat menanam sendiri sumber makanan mereka? 4. Berapakah tempoh masa yang sesuai untuk menuai hasil tanaman dan ikan? PENDIDIKAN SENI VISUAL : 1. Bagaimanakah reka bentuk industri dapat membantu penduduk bandar bercucuk tanam di dalam kawasan yang sempit. GEOGRAFI : 1. Bagaimanakah teknologi hijau boleh membantu dalam masalah 2. kekurangan tanah untuk pertanian di kawasan bandar? BAHASA MELAYU : 1. Apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk menerapkan teknologi amalan hijau dalam kalangan masyarakat? 2. Jelaskan kelebihan aktiviti amalan hijau ini jika dipraktikkan di sekolah mahupun di rumah. 3. Huraikan kesan yang mungkin berlaku jika amalan hijau ini tidak The Big Idea
10 TS25 - TANAMAN MODEN KONTEMPORARI dipraktikkan. 4. Cadangkan kaedah-kaedah untuk memperkenalkan teknologi amalan hijau kepada masyarakat. 5. Cadangkan produk-produk yang dihasilkan berkaitan teknologi amalan hijau.
11 TS25 - TANAMAN MODEN KONTEMPORARI Rancangan Pentaksiran : Kaedah & Instrumen/Tugasan Eviden RBT Tugasan : Murid menghasilkan model sistem penanaman moden Akuaponik Kaedah Pentaksiran : Pemerhatian : Hasil tanaman dan ikan menggunakan sistem akuaponik. Lisan : Soal jawab bersama-sama murid berkaitan proses tanaman secara akuaponik seperti kelebihan, cara semaian anak pokok, sistem perpaipan yang digunakan, peralatan yang digunakan dan sebagainya. Bertulis : Murid membuat lakaran idea 3D bermaklumat, membuat anggaran kos menggunakan konsep SMART dan membuat dokumentasi projek. Permarkahan: 1. Hasil tanaman 2. Senarai item soalan 3. Dokumentasi projek Rancangan Instrumen Pentaksiran
12 TS25 - TANAMAN MODEN KONTEMPORARI PENDIDIKAN SENI VISUAL Tugasan : Murid menghasilkan lakaran reka bentuk industri. Kaedah Pentaksiran : Pemerhatian : Pelajar mencari bahan atau maklumat melalui laman sesawang. Lisan : Soal jawab bersama-sama murid berkaitan ciri-ciri reka bentuk yang sesuai untuk kawasan yang sempit. Bertulis : Murid membuat lakaran industri mengikut tema yang diberikan. Permarkahan: 1. Senarai item soalan 2. Lakaran reka bentuk industri GEOGRAFI Tugasan : Murid perlu memberi cadangan amalan teknologi hijau yang boeh membantu dalam masalah kekurangan tanah pertanian di bandar. Permarkahan: 1. Senarai item soalan. 2. Laporan
13 TS25 - TANAMAN MODEN KONTEMPORARI Kaedah Pentaksiran : Pemerhatian : Pelajar mencari bahan atau maklumat melalui laman sesawang. Lisan : Soal jawab bersama-sama murid berkaitan ciri-ciri dan kepentingan produk teknologi hijau. Bertulis : Murid membuat laporan terhadap hasil carian masing-masing berdasarkan contoh produk hijau, ciri-ciri serta kepentingannya terhadap alam sekitar. BAHASA MELAYU Tugasan : Murid perlu menyenaraikan kaedah-kaedah teknologi amalan hijau yang boleh meminimumkan degradasi kualiti persekitan dan menjimatkan tenaga dan sumber asli. Kaedah Pentaksiran : Pemerhatian : Pelajar mencari bahan atau maklumat melalui laman sesawang. Lisan : Soal jawab bersama-sama masyarakat sekeliling seperti guru dan murid berkaitan kaedah teknologi amalan hijau yang diketahui. Permarkahan: 1. Senarai item soalan 2. Laporan
14 TS25 - TANAMAN MODEN KONTEMPORARI Bertulis : Murid membuat ringkasan laporan terhadap hasil carian masing-masing berdasarkan produk yang boleh meminimumkan degradasi kualiti persekitan dan menjimatkan tenaga dan sumber asli.
15 TS25 - TANAMAN MODEN KONTEMPORARI Langkah Pengajaran Aktiviti Pembelajaran RBT 1. Murid dipecahkan kepada 3 kumpulan murid. 2. Murid diminta membina carta organisasi projek (Pengurus projek, setiausaha, bendahari, pereka bentuk dan pembangun model). 3. Dalam kumpulan, murid mencetus idea melalui pembelajaran kendiri. Murid disediakan kemudahan laptop dan alat tulis. (mendapatkan maklumat) 4. Hasil maklumat yang diperolehi diterjemahkan dalam bentuk lakaran idea (lukisan industri). 5. Murid diminta menganalisis lakaran serta bahan-bahan yang diperlukan. 6. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, murid membuat anggaran kos dan perbelanjaan menggunakan konsep SMART. 7. Aktiviti seperti dalam jadual kerja dilaksanakan bermula dengan proses penyediaan bahan dan peralatan. 8. Murid membina model seperti yang dirancang dalam kumpulan kerja berdasarkan lakaran 3D maklumat yang telah dipilih. Rancangan Pengajaran
16 TS25 - TANAMAN MODEN KONTEMPORARI 9. Murid mula menyemai biji benih. 10. Murid membuat jadual penjagaan tanaman secara harian sertta merekod hasil dapatan. 11. Murid memindahkan anak pokok ke bekas tanaman akuaponik. 12. Dalam kumpulan, murid membuat penilaian terhadap model yang dibina. 13. Murid menuai hasil tanaman setelah mencapai tempoh matang. 14. Pelajar menyediakan dokumentasi projek. 15. Murid membuat persembahan hasil projek melalui perbentangan. PENDIDIKAN SENI VISUAL 1. Guru menerangkan aktiviti yang akan dilakukan pada kelas kali ini. 2. Pelajar membuat carian di internet reka bentuk sistem akuaponik yang sesuai bagi kawasan tempat tinggal penduduk di bandar. 3. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pelajar diminta mencetuskan idea lakaran industri secara 3D dalam kumpulan. 4. Guru menilai hasil kerja pelajar 5. Guru menganalisis lakaran reka bentuk industri pelajar. 6. Murid membuat persembahan hasil projek melalui perbentangan.
17 TS25 - TANAMAN MODEN KONTEMPORARI GEOGRAFI 1. Pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan. 2. Dalam kumpulan, pelajar mencetus idea melalui pembelajaran kendiri. Pelajar disediakan kemudahan laptop dan alat tulis. (mendapatkan maklumat) 3. Pelajar perlu membentangkan hasil perbincangan mengikut kumpulan masing-masing. 4. Guru membimbing dan memberi komen terhadap pembentangan setiap kumpulan. 5. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pelajar perlu menulis laporan sebagai kerja rumah. BAHASA MELAYU 1. Pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan. 2. Dalam kumpulan, pelajar membahagikan bahagian masing- masing untuk melengkapkan ringkasan dapatan. 3. Pelajar perlu membentangkan hasil perbincangan mengikut kumpulan masing-masing. 4. Guru membimbing dan memberi komen terhadap pembentangan setiap kumpulan. 5. Berdasarkan maklumat yang
18 TS25 - TANAMAN MODEN KONTEMPORARI diperolehi, pelajar perlu menulis ringkasan laporan kaedah teknologi amalan hijau.
19 TS25 - TANAMAN MODEN KONTEMPORARI Sumber 1. Buku Teks Tingkatan 2 2. Buku Rujukan 3. Rujukan Internet (video youtube) https://www.youtube.com/watch?v=Vna NhOtQOcQ https://www.youtube.com/watch?v=dSt1 kSfvrhk https://www.youtube.com/watch?v=Se6N l8vkl6k https://www.youtube.com/watch?v=vLnL mDE4rEI https://www.youtube.com/watch?v=QRY zIFi1BM4 Sumber
20 TS25 - TANAMAN MODEN KONTEMPORARI Jadual Garis Masa Perlaksaan KmR-PBL Minggu 1 2 3 4 5 6 Mendapatkan maklumat Melakar reka bentuk Menganalisis lakaran Menghasilkan model Menilai model Membuat cadangan penembahbaikan reka bentuk Mendokumentasi semua bahan dan melengkapkan laporan Pendidikan Seni Visual Geografi Bahasa Melayu Lampiran
21 TS25 - TANAMAN MODEN KONTEMPORARI LAPORAN PERMERHATIAN MINGGU 1 1. Mencari maklumat berkaitan sistem akuaponik. 2. Menghasilkan lakaran 3D bermaklumat sistem akuaponik. Rajah 1 : Proses mencari maklumat.
22 TS25 - TANAMAN MODEN KONTEMPORARI Rajah 2 : Lakaran 3D bermaklumat pelajar. Rajah 3 : Lakaran 3D bermaklumat pelajar. Rajah 4 : Lakaran 3D bermaklumat pelajar. MINGGU 2 1. Bina carta organisasi tugas dan jawatan. 2. Beli bahan dan peralatan. 3. Semai biji benih sayuran. (salad dan pak choy)
23 TS25 - TANAMAN MODEN KONTEMPORARI Pemerhatian tapak semaian: 1. Anak benih sayuran mula disemai. 2. Jadual tugasan menyiram dan pemerhatian tumbesaran anak benih di catat. Rajah 5 : Proses semaian biji benih.
24 TS25 - TANAMAN MODEN KONTEMPORARI Rajah 6 : Pelajar mencatat hasil pemerhatian. MINGGU 3 1. Setiap ahli mula membuat model akuaponik seperti yang dirancang dalam jadual (proses memotong dan cantuman bahan dilakukan). Rajah 7 : Pelajar membuat proses mengukur dan memotong.
25 TS25 - TANAMAN MODEN KONTEMPORARI Rajah 8 : Proses membuat kemasan. Rajah 9 : Proses menanda. Rajah 10 : Proses menanda.
26 TS25 - TANAMAN MODEN KONTEMPORARI Rajah 11 : Proses membuat lubang pada bekas tanaman. Pemerhatian tapak semaian: 1. Anak benih mula bercambah. MINGGU 4 1. Pengujian model akuamponik dilakukan. 2. Pengujian kekuatan cantuman dan kekuatan bahan yang digunakan.
27 TS25 - TANAMAN MODEN KONTEMPORARI MINGGU 5 1. Perbentangan projek pelajar. 2. Penilaian dan permarkahan hasil projek pelajar.