The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN MURID PRA 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Aini, 2024-06-24 21:38:40

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN MURID PRA 2023

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN MURID PRA 2023

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2024 Tarikh : 7 Julai 2023 Masa : 12.00 tengahari Tempat : Bilik Mesyuarat SK Lembah Subang Kehadiran : HADIR 1. Pn. Fazliyaton binti Mohamed Sharif (Guru Besar) 2. Pn. Nur Ashikin binti Saari (GPK Pentadbiran) 3. En. Mohd Bazli bin Mat Saleh (GPK Hal Ehwal Murid) 4. En. Mohd Rizol Fitri Bin Said. ( GPK Kokurikulum) 5. Pn. Yuskamalisa binti Yunus (GPK Petang) 6. Pn. Nurulaini Syazwana Binti Mat Jamaludin (Penyelaras Prasekolah) 7. Pn. Fatin Syazwani binti Abdul Hamid (Guru Prasekolah) 8. Pn. Nik Azizah binti Zamakhshari ( Guru Pendidikan Islam) 9. Pn. Nur Jalilah binti Anuar ( Guru Pendidikan Islam) 10. Cik Hamidah binti Mamat (Pembantu Pengurusan Murid) 1.0 UCAPAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi memohon urusan prasekolah disegerakan sebelum tarikh akhir sesuatu program. 1.2 Pengerusi memohon kerjasama semua pihak di prasekolah untuk menyediakan prasarana dan suasana kelas yang lebih kondusif. Tindakan : Makluman 2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Disahkan oleh : En. Mohd Bazli bin Mat Saleh Dsokong oleh : Cik Hamidah binti Mamat 3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT Tiada.


4.0 PERKARA-PERKARA BARU 4.1 PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH 2024/2025 4.1.1 Prasekolah telah mengambil tindakan menghubungi ibu bapa murid yang telah mendaftar dalam talian eprasekolah tetapi tidak menghantar borang pada 11 Mei 2023, 17 Mei 2023 dan 2 Jun 2023. Tindakan : Makluman 4.1.2 Prasekolah telah menyemak borang yang dihantar bagi memastikan borang yang dihantar lengkap. Prasekolah menghubungi semula ibu bapa untuk melengkapkan borang yang tidak lengkap. Tindakan : Makluman 4.1.3 Berakhir 30 Jun 2023, masih ada 9 permohonan yang masih belum lengkap dan tidak di hantar ke sekolah untuk semakan. Mesyuarat memutuskan untuk menolak permohonan dengan status tidak mengantar borang. Tindakan : Makluman 4.1.4 Senarai permohonan yang diterima telah diproses untuk menyenaraikan 50 calon murid yang akan didaftarkan sebagai murid prasekolah Sekolah Kebangsaan Lembah Subang pada tahun 2024/2025. Mesyuarat juga bersetuju untuk menyenaraikan calon menunggu. Tindakan : Makluman 4.2 DATA KESELURUHAN 111 PEMOHONAN 4.2.1 Jumlah keseluruhan permohonan adalah 111 permohonan. 104 daripadanya adalah permohonan online dan 7 adalah permohonan manual. Tindakan : Makluman


4.2.2 Berikut adalah data jantina dan kaum dalam senarai pemohonan. Tindakan : Makluman 4.3 SYARAT-SYARAT PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH 4.3.1 Jawatankuasa pemilihan telah sebulat suara melakukan pemilihan berdasarkan kriteria berikut mengikut keutamaan: 4.3.1.1 Memilih calon yang bertaraf warganegara. 4.3.1.2 Memilih murid berumur 6 tahun pada 2024. 4.3.1.3 Memilih calon yang mempunyai markah wajaran yang tertinggi dalam sistem. 4.3.1.4 Memilih calon yang mempunyai pendapatan perkapita keluarga yang rendah. 4.3.1.5 Menolak borang permohonan yang meragukan dan tidak lengkap. 4.3.1.6 Menolak murid yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai masalah kehadiran ( murid selalu tidak hadir ke sekolah). Tindakan : Makluman KESELURUHAN 6 TAHUN 5 TAHUN JANTINA Lelaki Perempuan 57 54 Lelaki Perempuan 42 44 Lelaki Perempuan 15 10 KAUM Melayu India Brunei Bajau 106 1 1 3 Melayu India Brunei Bajau 81 1 1 3 Melayu India Brunei Bajau 25 0 0 0


4.4 Jawatankuasa telah bersetuju untuk memilih 50 calon yang layak berdasarkan kriteria pemilihan dari 111 permohonan. Tindakan : Makluman 4.5 Senarai nama permohonan berjaya dilampirkan dalam jadual lampiran.Senarai nama keseluruhan pemohonan telah disusun mengikut kriteria pemilihan dan dilampirkan dalam jadual lampiran. Ibu bapa boleh menyemak permohonan masing-masing pada 5 Ogos 2023 secara atas talian. Tindakan : Makluman 4.6 Penyelaras perlu mengemaskini senarai pemohonan berjaya di dalam sistem sebelum 23 Julai 2023. Tindakan : Penyelaras Prasekolah 5.0 ORIENTASI MURID PRASEKOLAH TAHUN 2023 5.1 Satu taklimat orientasi awal akan diadakan bersama ibu bapa murid yang layak untuk permohonan 2024 pada 13 Januari 2024 di dewan. Jika terdapat kekangan untuk bersemuka pada hari berkenaan, orientasi akan dijalankan secara atas talian ( online). Tindakan : Guru Prasekolah dan PPM Umur 6 tahun 5 tahun 50 0 Jantina Lelaki Perempuan 26 24 Agama Islam 50 Kaum Melayu Bajau 47 3 KESELURUHAN 50


5.2 Ibu bapa yang gagal hadir pada taklimat pendaftaran tersebut perlu dihubungi semula oleh pihak prasekolah untuk memastikan persetujuan menerima atau menolak tawaran kemasukan ke prasekolah SK Lembah Subang. Tindakan : Guru Prasekolah dan PPM 5.3 Murid yang menolak tawaran kemasukan ke prasekolah perlu menyatakan sebab bertulis penolakan tawaran dan peluang akan dibuka kepada calon simpanan mengikut senarai di dalam lampiran permohonan. Tindakan : Guru Prasekolah dan PPM 5.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA Tiada. 6.0 HAL-HAL LAIN 6.1 Pembantu Pengurusan Murid telah mendapat kelulusan untuk menanggung kerja. Dengan itu, guru besar memohon PPM untuk membantu guru untuk sesi petang sehingga jam 5.30 petang. Tindakan : PPM 6.2 Guru besar memohon perancangan café dirancang dengan segera. Tindakan : Pn. Fatin 6.3 Encik Rizol menawarkan pertolongan untuk gerak kerja perancangan café. Tindakan : Makluman 6.4 Pn. Fatin memaklumkan berlaku kebocoran pada bumbung prasekolah apabila hujan lebat. Tindakan : Makluman 6.5 Guru besar memohon ustazah prasekolah untuk mengajarkan amali solat pada murid prasekolah. Tindakan : Ustazah prasekolah


Laporan bergambar Mesyuarat Pemilihan Murid Prasekolah bagi sesi kemasukan 2024/2025


Click to View FlipBook Version