The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Warisan Budaya Masyarakat Cina dalam perayaan hantu lapar di Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shue Ying Liau, 2024-06-03 02:21:44

Warisan Budaya Masyarakat Cina dalam perayaan hantu lapar di Malaysia (2)

Warisan Budaya Masyarakat Cina dalam perayaan hantu lapar di Malaysia

HANTULAPAR MPU 1042 KENEGARAAN MALAYSIA A232 PERAYAAN RRoohh nneenneekk mmooyyaanngg mmaahhuuppuunn ssaauuddaarraa mmaarraa tteerrddeekkaatt aakkaann kkeemmbbaallii kkee dduunniiaa mmaannuussiiaa RRoohh aattaauu hhaannttuu yyaanngg ttiiddaakk tteennaanngg bbeerrkkeelliiaarraann ddii dduunniiaa mmaannuussiiaa ddii mmaannaa mmeerreekkaa ttiiaaddaa wwaarriiss yyaanngg bboolleehh mmeenngghhiiddaanngg ddaann mmeemmbbeerrii mmaakkaann kkeeppaaddaa mmeerreekkaa A T L P


MPU 1042 KENEGARAAN MALAYSIA A232 KELAS I KUMPULAN 4 AHLI KUMPULAN 299507 Liau Shue Ying 299527 Lim Xu Yen 298570 Chia Jia Yi 298649 Fua Jia Yee 298805 Gim Ee Aie 298847 Ghayathri A/P Ramesh 298909 Ong Qi Yang 298998 Nur Emieliya Natasha Binti Halim 299026 Tan Zheng Xuan 299546 Winnie H'ng


PAGE 2-8 LATAR BE LAKA N G PAGE 9-13 T RAD ISI DA N R I T UAL PAGE 1 PE N G E N ALA N PAGE 14-22 PE N G AR UH T RAD ISI T E RHADAP MAS YARAKAT K O N T EMP O RAR I PAGE 23-27 L E G ASI DA N MASA HADAPA N WAR ISA N PAGE 28 KESIMP U LA N ISI KANDUNGAN PAGE 29 S UMBE R R U J UKA N


节 Pengenalan Warisan tak ketara ialah perayaan, adat resam, amalan dan tradisi lisan yang telah dibawa dari generasi ke generasi dan diikuti oleh masyarakat sehingga hari ini. Warisan budaya masyarakat Cina di Malaysia sangat kaya dan beragam . Salah satu warisan tak ketara penting dalam kalendar tradisional masyarakat Cina ialah Perayaan Hantu Lapar. Perayaan ini, yang dikenali sebagai "Zhong Yuan Jie" atau "Yu Lan Jie" dalam bahasa Mandarin, jatuh pada bulan ketujuh kalendar lunar Cina, yang juga dikenali sebagai bulan hantu. 中元 Masyarakat Cina mengadakan pelbagai upacara dan aktiviti untuk menenangkan roh-roh yang tidak mempunyai keturunan atau yang mati secara tragis. Melalui perayaan ini, generasi muda diajar untuk menghormati nenek moyang dan menjaga keharmonian antara dunia nyata dan alam roh. PA G E 1 |


SEJARAH PERAYAAN HANTU LAPAR juga dikenali sebagai Perayaan Zhong Yuan merupakan satu perayaan yang disambut oleh penganut Buddha sejak ratusan Perayaan Hantu Lapar tahun yang lalu. Perayaan ini telah menjadi sebagai satu warisan budaya Cina dan diadakan pada setiap tahun hari ke-15 bulan ke-7 dalam kalendar Lunar. Hari itu dikenali sebagai Hari Pembukaan Nereka kerana pintu neraka akan dibuka kepada semua roh-roh orang mati termasuk hantu pulang ke rumah untuk bertemuan dengan keluarga mereka dan mencari makanan sehingga penghujung Julai dalam kalendar Lunar kembali ke neraka. Pada bulan ini, orang Cina menganggapnya sebagai bulan malang, di mana mereka biasanya tidak akan mengadakan masjlis perkahwinan atau berpindah rumah. PA G E 2 |


Selama bulan ini, orang ramai akan mengadakan pelbagai upacara seperti menyembah makanan, membakar wang kertas, jongkong, lilin, meletakkan tanglung sungai dan mempersembahkan korban . THE HISTORY OF THE "SHODWE" Pada masa yang sama, tokong Cina akan mengadakan pameran kuil dan membiarkan dewa Cina "Da Shiye" datang untuk menenangkan hantu dan menghalang mereka daripada menimbulkan masalah kepada orang ramai. Selain itu, tokong-tokong tersebut juga akan menyediakan persembahan pentas seperti wayang kulit Cina dan persembahan konsert untuk meraikan sempena bulan hantu. Mereka juga akan melaksanakan upacara amal untuk mengurangkan penderitaan jiwa-jiwa yang sentiasa menderita dan kelaparan. PA G E 3 |


Perayaan Hantu Lapar berasal dari kisah “Mulian menyelematkan ibunya”. Mulian telah mengikuti Buddha Sakyamuni dari dia kecil. Pada suatu hari, dia mengetahui ibunya telah meninggal dunia. Mulian sangat merisaukan ibunya yang telah meninggal dunia. Dia menggunakan kuasa spiritualnya untuk melihat ibunya yang tinggal di alam bawah tanah selepas kematian. Dia mendapati ibunya telah menjadi hantu kelaparan dan tiada sebarang makanan untuk dimakan. Setelah melihat ini, Mulian berasa sangat sedih, maka dia menggunakan kuasa ilahinya untuk menghantar makanan kepada ibunya. Tetapi sebaik sahaja makanan itu dihantar sampai ke mulut ibunya, makanan itu segera berubah menjadi nyala api. Buddha memberitahunya ibunya telah melakukan banyak dosa yang jahat semasa dia hidup. Jadi dia jatuh ke alam hantu kelaparan selepas kematiannya. Halangan jahat ini tidak dapat diselesaikan oleh Mulian seorang kerana mestilah mengumpulkan kekuatan semua orang bersama-sama untuk membantu ibunya. Oleh itu, Mulian dan bhikkhu-bhikkhu lain mengadakan upacara penyembahan besar untuk menyelematkan ibunya dari lautan penderitaan. Legenda ini telah diturunkan kepada generasi berikutnya dan secara beransur-ansur membentuk adat istiadat masyarakat Cina. Setiap tahun pada pertengahan bulan ketujuh dalam kalendar lunar, kaum Cina akan menyediakan pelbagai makanan untuk menyembah hantu kelaparan yang keluar dari alam bawah tanah supaya menyelesaikan rungutan mereka. Lama kelamaan, adat Perayaan Hantu telah terbentuk untuk memberikan roh-roh yang telah meninggalkan dunia untuk keluar mencari makanan dan barangbarang keperluan. PERAYAAN HANTU LAPAR ASAL USUL PA G E 4 |


N O . 1 N O . 4 N O . 2 KEPERCAYAAN PERAYAAN HANTU MENGURANGKAN SUARA PADA WAKTU MALAM JANGAN TEGAKKAN PENYENPIT DALAM MANGKUK MENYIMPAN BAJU SEBELUM LANGIT GELAP N O . 3 Pada bulan perayaan hantu, kaum Cina mempercayai beberapa pantang yang tidak boleh atau perlu dielakkan untuk berlaku pada bulan ini. Hal ini disebabkan oleh mereka percaya jika mereka melanggar pantang larang tersebut maka mereka akan membawa nasib malang. Ia juga menyebabkan hantu mengambil kesempatan ini mencederakan badan dan roh manusia. MENJAUHI KAWASAN AIR N O . 5 JANGAN TEPUK BAHU ORANG LAIN D O N’T D O T H A T IF Y O U W A N T ‘S O M R T HIN G’ F O L L O W Y O U PA G E 5 |


Pada waktu malam merupakan waktu hantu yang amat aktif di kawasan luar. Oleh itu, kaum Cina akan simpan baju yang sidai di luar sebelum gelap kerana mereka ingin mengelakkan hantu melekat pada pakaian mereka terumatanya pakaian lembap. Hantu suka tempat yang sejuk dan lembap. Jika mereka pakai baju yang sidai di luar pada waktu malam maka mereka akan barasa kurang sihat dan dirasuk oleh hantu. Tingkah laku ini adalah tidak sopan dan tidak tuah kepada kaum Cina kerana tindakan ini menyebabkan mereka mengasosiasikan tindakan meletakkan kemenyan semasa sembahyang. Mereka menegakkan penyepit dalam mangkuk nasi akan menyebabkan hantu salah anggap nasi itu adalah hidangan kepadanya. Jika manusia makan nasi tersebut maka mereka akan demam dan kurang sihat. P ERAYAA N H A N T U LAPAR MENYIMPAN BAJU SEBELUM LANGIT GELAP JANGAN TEGAKKAN PENYEPIT DALAM MANGKUK PA G E 6 |


MENJAUHI KAWASAN AIR Pada perayaan hantu, kaum Cina akan mengelakkan pergi ke kawasan berair contohnya sungai, tasik, air terjun, pantai dan sebagainya. Hantu lemas yang malang akan menunggu orang hidup bermain air di kawasan tersebut. Hantu akan menangkap mereka dan akhirnya orang hidup akan mati disebabkan oleh lemas. Oleh sebab itu, pada bulan perayaan hantu akan berlaku kes kematian atas lemas di kawasan air. Kaum Cina mempercayai mereka tidak boleh bersiul atau mengeluarkan bunyi hentam pada waktu malam. Hal ini disebabkan oleh bunyi-bunyi ini akan menyebabkan hantu menganggap mereka boleh nampak dia dan memanggil dia. Oleh itu, suara ini akan menarik hantu-hantu mari. Kaum Cina juga tidak memanggil nama penuh orang lain pada waktu malam. MENGURANGKAN SUARA PADA WAKTU MALAM PA G E 7 |


JANGAN TEPUK BAHU ORANG LAIN Kaum Cina mempercayai orang mempunyai tiga api iaitu satu api di atas kepala dan dua api berada di atas kiri dan kanan bahu. Oleh itu, mereka tidak boleh tepuk bahu orang lain kerana api atas bahu itu akan dipadamkan. Jika seseorang memanggil mereka maka mereka tidak boleh menoleh dengan cepat tetapi pusing kepala dengan perlahan. Hantu akan mengambil kesempatan untuk merasuk badan orang hidup semasa api dipadamkan dengan banyak. PA G E 8 |


TRADISI DAN RITUAL TRADISI DAN RITUAL Pentas nyanyian ini biasanya dibina sebagai pentas sementara di kawasan lapang, dilengkapi dengan peralatan bunyi, lampu dan hiasan lain, dan barisan kerusi diletakkan di tempat duduk penonton di bawah pentas Barisan pertama biasanya kosong dan dikhaskan untuk hantu Membenarkan hantu duduk di barisan hadapan dan menikmati layanan VIP adalah satu bentuk penghormatan kepada nenek moyang yang telah meninggal dunia. GE T A I Perayaan Hantu lapar di Malaysia dimodenkan dengan pengasaan persembahan pentas seolah-olah konsert dipanggil getai. JA N G A N D U D UK D I BAHA G IA N HADAPA N SEKAL I KE T IKA T E N G O K PE R SEMBAHA N Getai biasanya disusun pada waktu malam, dan persembahan di atas pentas termasuk skit jenaka, sihir, nyanyian dan tarian, dan lain-lain, dan terdapat persembahan sepanjang bulan ketujuh dalam kalendar lunar. PA G E 9 |


Pada hari itu, orang ramai akan membakar wang kertas, rumah kertas, pakaian kertas dan barangan lain untuk menghormati saudara mereka yang telah meninggal dunia. Apabila membakar wang kertas, orang akan membakar pelbagai jenis dan kuantiti mengikut keperluan yang berbeza. Sebagai contoh, anda boleh membakar beberapa wang kertas, jongkong kertas, dan rumah kertas dan pakaian kertas mengikut keperluan . Pengorbanan keluarga merujuk kepada penyediaan bekalan korban di rumah, meletakkan persembahan di rumah pada masa tertentu, dan menunggu saudaramara yang meninggal dunia pulang ke rumah untuk "menziarahi saudara-mara" dan menikmati persembahan. Korban Wang neraka KOR B A N R U M A H KOR B A N LI A R korban liar merujuk kepada aktiviti korban yang dijalankan di luar rumah, iaitu korban korban yang disediakan diletakkan di luar untuk ibadat. Mengikut adat resam, korban liar perlu menyediakan makanan, kek kukus, buah-buahan, gula-gula dan kertas pakaian. JANG AN G ANG G U KERTAS SE M BAHYANG YANG D IBAKAR ATA U M AKANAN YANG D ISE D IAKAN IT U M UNG KIN ' M AKANAN' UNT U K 'HANT U -HANT U YANG LAPAR' . PA G E 1 0 |


PERAYAAN HANTU PADA SETIAP TAHUN HARI KE-15 BULAN KE-7 DALAM KALENDAR LUNAR LAPAR PA G E 1 1 |


Da Shi Ye (Raja hantu) Di hujung khemah penyembahan, disembahkan Dashiye (raja hantu) juga dikenali sebagai “Pudu Gong” yang akan diletakkan di tengahtengah mezbah. Tugas Dashiye juga bertujuan untuk sebagai amaran kepada orang ramai supaya sentiasa berbuat baik dan mengumpul jasa baik agar tidak terlibat dalam Jalan Hantu Kelaparan “E’guidao”. Mengawal disiplin hantu-hantu yang datang menerima sedekah di kawasan itu. Pada hari terakhir, upacara penghantaran balik Dashiye diadakan dan patung kertas besar dibakar bersama-sama dengan kertas-kertas duit. Muka Dashiye adalah garang dengan gigi taring menonjol keluar. Dashiye biasanya adalah dalam keadaan duduk dan berpakaian general. Buddhisawa Guanyin berdiri di atas kepalanya. PAGE 12 |


Buah-buahan Buah-buahan dilarang letak iaitu nanas, pisang, plum, buah pir, jambu batu dan tomato. Dalam Bahasa Minnan, nanas, pisang, plum dan buah pir bermakna “jemput datang ramai-ramai” ; manakala jambu batu dan tomato bermakna “berliar-liar”, ini akan menyebabkan gangguan. Masa yang sesuai Dilarang menjalankan ritual dalam masa tengah hari disebabkan terlalu banyak 'yang' tenaga Dilarang menjalankan ritual selepas matahari terbenam, hal ini akan menyebabkan hantu-hantu tinggal. Semasa sembahyang, ahli ibadah juga dilarang menyebut nama sendiri, ketawa dan mengutuk agar tidak memprovokasi hantu-hantu. Semasa menyediakan ritual “Pudu” perlu sediakan tiga binatang yang sempurna iaitu ayam, khinzir dan ikan. Penduduk-penduduk mempercayai ini dapat memastikan generasi akan datang dapat dilahirkan tanpa kecacatan dari fizikal. Tiga Binatang Pantang larang ketika ritual “Pudu” dijalankan 'Pudu' pada asalnya adalah istilah Buddha, yang bermaksud untuk menggubakan kuasa sihir secara meluas untuk membolehkan semua makhluk hidup dibebaskan. PAGE 13 |


Pengaruh tradisi terhadap masyarakat kontemporari Perayaan Hantu Lapar mempunyai latar belakang agama dan budaya yang mendalam Ia digunakan terutamanya untuk menyembah nenek moyang dan orang yang telah meninggal dunia, untuk menenangkan hantu dan berdoa untuk perlindungan dan perlindungan nenek moyang. Oleh sebab Perayaan Hantu Lapar ialah perayaan yang mempunyai sejarah yang lama, maka ia mempunyai pengaruh tradisi terhadap Masyarakat terutamanya terhadap Masyarakat Cina. PAGE 14 |


Pengaruh terhadap generasi muda agar mereka dapat terus mewarisi budaya tersebut Perayaan Hantu Lapar memainkan peranan yang sangat penting dalam Taoisme dan juga Buddhisme. Masyarakat Cina percaya bahawa hantu akan keluar dan berkeliaran pada hari tersebut. Untuk menenangkan semangat mereka. Oleh itu, generasi muda boleh mempelajari tentang cara untuk membuat persediaan bagi menyambut perayaan tersebut seperti menyediakan makanan kepada nenek moyang dan juga cara membuat persembahan iaitu nyanyian opera. PA G E 1 5 |


Pengaruh terhadap aktiviti sosial masyakarat Malaysia Semasa meyambut Perayaan Pesta Hantu Lapar, Masyarakat Cina akan mengadakan pelbagai aktiviti, seperti upacara korban, persembahan pentas, persembahan nyanyian opera dan juga persembahan drama tradisional. Aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh Masyarakat Cina dapat mengukuhkan perpaduan Masyarakat Cina, hal ini kerana Masyarakat Cina akan saling memberi salam Ketika menyertai aktiviti penyambutan Perayaan Pesta Hantu Lapar. Bukan ini sahaja, aktiviti-aktiviti tersebut juga dapat disertai oleh kaum lain yang berminat, maka mereka dapat mempelajari tentang budaya kaum Cina, ini dapat mengeratkan hubungan antara kaum di Masyarakat Malaysia. PA G E 1 6 |


Perayaan ini merupakan salah satu peraayaan yang berfungsi sebagai akar budaya yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. Tradisi ini diwarisi dari generasi ke generasi dengan perasaan yang penuh spiritual . Bukan itu Sahaja, perayaan ini meberikan kesempatan kepada Masyarakat untuk melibatkan dalam ritual dan praktik yang dianggap suci dan penting dalam budaya mereka .Mereka akan mengadakan persembahan, mengadakan makanan kepada hantu lapar. Pada masa ini, mereka lebih mengenali dan mendalami dalam perayaan ini. Ini akan, mewujudka kebanggan warisan budaya dan memberikan asas yang kuat bagi Masyarakat untuk mengenali , menghormati dan merayakan warisan budaya mereka. PENGUATAN IDENTITI BUDAYA PA G E 1 7 |


Tradisi perayaan hantu lapar masih diamalkan dalam masyarakat cina hingga masa kini. Namun, tradisi ini mengamalai perubahan mengikut perubahan zaman. Perubahan tradisi ini dapat dilihat dari pelbagai aspek : Makna pengamalan tradisi ini terhadap masyarakat Penurunan Penglibatan Perubahan sambutan Perubahan dalam kaedah korban Perubahan Tradisi Perayaan Hantu Lapar PERAYAAN HANTU PAGE 18 |


Perayaan hantu lapar secara berkembang menjadi perayaan untuk perjumpaan keluarga dan perhimpunan rakan-rakan. Pada hari ini, orang ramai kembali ke kampung halaman mereka untuk bersatu semula dengan keluarga mereka, menyembah nenek moyang mereka bersama-sama, dan menikmati kehangatan keluarga. MAKNA Pengamalan TRADISI INI TERHADAP MASYARAKAT Dengan perkembangan masyarakat dan kepelbagaian budaya, perayaan hantu lapar juga sentiasa berkembang. Dalam masyarakat moden, perayaan hantu lapar bukan hanya perayaan penyembahan nenek moyang tetapi ia juga merupakan perayaan yang mengintegrasikan pelbagai unsur budaya dan ciri-ciri tempatan. PAGE 19 |


Kehidupan moden telah mengurangkan penglibatan bagi ramai orang. Ramai anak muda tidak dapat pulang ke kampung halaman mereka untuk meraikan perayaan hantu lapar bersama keluarga mereka kerana jadual kerja mereka yang sibuk dan kadar kehidupan bandar yang pantas. Di samping itu, untuk perayaan tradisional seperti perayaan hantu lapar, sesetengah orang muda mungkin kurang minat dan semangat untuk mengambil bahagian dan lebih suka memilih cara lain untuk menghabiskan percutian ini. Mereka rasa bahawa tradisi ini tidak penting dan tidak perlunya mereka untuk mengambil bahagian dalam pelaksanaan perayaan ini. Penurunan Penglibatan PAGE 20 |


Perubahan Sambutan Dalam masyarakat moden, aktiviti perayaan hantu lapar lebih tertumpu kepada hiburan dan pengkomersialan, seperti persembahan, drama pentas, pertunjukan cahaya dan perayaan lain secara beransuransur menggantikan pameran kuil tradisional dan persembahan rakyat. Bukan begitu sahaja, terdapat juga sesetengah yang melakukan mengadakan penerbangan belon, layanglayang. Ini dikatakan kerana unsur-unsur budaya baru ini dapat menjadikan perayaan hantu lapar lebih berwarnawarni dan lebih sesuai dengan keperluan estetik orang moden. Aktiviti perayaan hantu lapar tradisional seperti perarakan tanglung dan persembahan opera juga telah berubah. PAGE 21 |


Perubahan Dalam Kaedah Korban Ramai keluarga pada zaman ini lebih suka memilih ritual yang dipermudahkan, seperti hanya menjalankan persembahan yang mudah. Kebanyakan keluarga pada zaman ini akan melaksanakan upacara membakar selepas kematian. Selepas itu, mereka akan meletakkan tulang atau mayat yang telah dibakar di tempat penempatan khas di Persatuan Buddha yang berdekatan dengan mereka. Mereka akan meminta pihak persatuan Buddha untuk menjalankan persembahan kepada arwah nenek moyang bagi pihak mereka. PAGE 22 |


LEGASI DAN MASA HADAPAN WARISAN Perayaan Hantu Lapar haruslah dipraktikkan dan diwarisi oleh masyarakat cina pada masa hadapan kerana perayaan ini telah mendatangkan pelbagai manfaat dan pengajaran yang baik. Berikut adalah beberapa sebab warisan budaya perayaan harus diwarisi oleh masyarakat cina: pada masa hadapan? M e n g a p a k a h p e r a y a a n ini m a sih p e rlu diw a ris k a n ? Adakah perayaan ini masih perlu dipraktikkan PAGE 23 |


Peningkatan ikatan dalam komuniti Dengan melaksanakan upacara-upacara yang terdapat dalam warisan budaya ini, masyarakat cina boleh mengeratkan hubungan mereka apabila mereka bekerjasama menyediakan persiapan upacara-upacara tersebut. Mereka boleh mengenali antara satu sama lain dan akhirnya melahirkan satu ikatan yang kukuh dalam kalangan mereka. Keadaan ini telah mewujudkan satu komuniti yang mempunyai ikatan sosial yang kuat dan tidak mudah dipecahbelahkan oleh pengaruh luar. PAGE 24 |


Masyarakat dapat mengenali serta memahami asal usul dan jati diri sendiri dengan lebih mendalam dengan mewarisi tradisi perayaan ini. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan nenek moyang mereka. Dengan ini, mereka akan lebih terikat dengan masyarakat mereka dan melahirkan rasa bangga demi identiti mereka. Dalam Perayaan Hantu Lapar, masyarakat cina Buddha dapat mempelajari pelbagai nilai-nilai murni yang baik. Sebagai contoh, mereka akan menghargai jasa nenek moyang mereka dengan menjalankan upacara memperingati arwah nenek moyang mereka seperti membakar wang kertas. Tindakan ini merupakan tanda ketaatan dan kesyukuran mereka kepada nenek moyang mereka. Dengan menjalankan upacara seperti ini, mereka akan sentiasa mengingati nenek moyang mereka. Pembentukan identiti sendiri Penghayatan nilai kemanusiaan PA G E 2 5 |


LANGKAH-LANGKAH MEMELIHARA DAN MELESTARIKAN WARISAN PERAYAAN HANTU LAPAR UNTUK MASA DEPAN Perayaan Hantu Lapar haruslah dipraktikkan dan diwarisi oleh masyarakat cina pada masa hadapan kerana perayaan ini telah mendatangkan pelbagai manfaat dan pengajaran yang baik. Berikut adalah beberapa langkah memelihara warisan Perayaan Hantu Lapar dalam kalangan generasi muda pada masa depan : Penggunaan teknologi modern seperti media sosial, aplikasi, dan situs web dapat membantu dalam menyebarkan informasi tentang Perayaan Hantu Lapar dan mendorong penyertaan masyarakat. Penggunaan Teknologi: PA G E 2 6 |


Menyelenggarakan pameran di muzium, galeri seni, atau pusat kebudayaan yang menampilkan artefak, foto-foto lama, dan informasi sejarah tentang Bulan Hantu Lapar. Pameran interaktif dengan panduan audio dapat menarik minat generasi muda. Melalui program pendidikan formal dan informal, seperti kurikulum sekolah, dan kelas budaya, generasi muda dapat dipersiapkan untuk memahami, menghargai, dan meneruskan tradisi Perayaan Hantu Lapar. Pendidikan Generasi Muda: Pameran Sejarah dan Budaya: MEMELIHARA DAN MELESTARIKAN WARISAN PERAYAAN HANTUN LAPAR PA G E 2 7 |


KESIMPULAN P A D A S E T I A P T A H U N H A R I K E - 1 5 B U L A N K E - 7 D A L A M K A L E N D A R L U N A R Perayaan Hantu Lapar adalah warisan tak ketara yang kaya dan penting bagi masyarakat Cina di Malaysia. Ia menekankan penghormatan kepada nenek moyang dan roh-roh yang tidak tenang melalui pelbagai upacara dan persembahan. Perayaan ini tidak hanya mengeratkan hubungan keluarga tetapi juga memperkukuh nilai-nilai tradisional dalam masyarakat moden. Secara keseluruhan, perayaan ini memperkaya kepelbagaian budaya dan menekankan pentingnya menghormati nenek moyang dalam konteks masyarakat kontemporari.Ia juga memperkuat ikatan komuniti melalui kerjasama dalam upacara. Namun, tradisi ini semakin dilupakan oleh generasi muda. Untuk melestarikannya, penggunaan teknologi, pendidikan generasi muda, dan pameran sejarah budaya perlu diterapkan. Langkah-langkah ini akan memastikan perayaan ini terus dipraktikkan dan diwarisi, memperkaya warisan budaya dan memperkukuh komuniti. PA G E 2 8 |


Basit. (2024). Senaraikan Kepentingan Warisan Perayaan Masyarakat di Malaysia. Diperoleh daripada https://tanya.wislah.com/senaraikan-kepentingan-warisanperayaan-masyarakat-di-malaysia/ 1. DaJiYuan. (6 Sept 2009). Orang Cina Malaysia meraikan Pesta Hantu dan berdoa untuk keselamatan rumah mereka . Diperoleh daripada https://www.epochtimes.com/gb/9/9/6/n2648494.htm 2. Nadia Ghafar. (17 August 2023). Hungry Ghost Festival:Ini Fakta Menarik Tentang Sambutan Bangsa Cina, Yang Korang Perlu Tahu! Diperoleh daripada https://lobakmerah.com/hungryghost-festival-ini-fakta-menarik-tentang-sambutan-bangsa-cina-yang-korang-perlu-tahu/ 3. KyChia. (7 Sept 2017) Pesta Hantu Malaysia bukan sekadar Pesta Hantu! Diperoleh daripada https://www.sinchew.com.my/20170907/%E9%A9%AC%E6%9D%A5%E8%A5%BF %E4%BA%9A%E4%B8%AD%E5%85%83%E8%8A%82%EF%BC%8C%E4%BD %95%E6%AD%A2%E9%AC%BC%E8%8A%82%E8%BF%99%E4%B9%88%E7 %AE%80%E5%8D%95%EF%BC%81/ 4. Rohman. (n.d.). 5 Contoh Karangan Kepentingan Warisan Budaya. Diperoleh daripada https://cerdika.com/my/kepentingan-warisan-budaya/ 5. MediaCorp. (2023). Hungry Ghost Festival: Perayaan Hantu Lapar. Retrieved from https://berita.mediacorp.sg/singapura/hungry-ghost-festival-perayaan-hantu-lapar683261 6. Andre Lai. (21 Ogos 2021). Perayaan 'Hantu Lapar', tahun ini lapar kuasa?. Diperoleh daripada https://www.suarakeadilan.my/post/perayaan-hantu-lapar-tahunini-lapar-kuasa 7. Research and Development MRM (28 May 2023), Hungry Ghost Festival: Kisah Ibu Dari Neraka. Diperoleh daripada https://askislamnow.com/article/hungry-ghost-festivalkisah-ibu-dari-neraka 8. Janice Lim. (17 August 2021) As getai remains virtual this Hungry Ghost month and demand drops, performers worry about uncertain future. Diperoleh daripada https://www.todayonline.com/singapore/getai-remains-virtual-hungry-ghost-month-anddemand-drops-performers-worry-about-uncertain 9. DiyanaI Rahip. (29 August 2023). 'Festival Hantu Lapar' – Bulan suci penganut Buddha, Taoism bersedekah. Diperoleh daripada https://mediavariasi.com/2023/08/festival-hantulapar-bulan-suci-penganut-buddha-taoism-bersedekah/# 10. SUMBER RUJUKAN PA G E 2 9 |


Click to View FlipBook Version