MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI KETIGA TAHUN 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN ST. PAUL, SEREMBAN
MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI KETIGATAHUN 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN ST. PAUL, SEREMBAN Tarikh : 07 Disember 2022 Hari : Rabu Masa : 2.00 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Kehadiran : 1. En. Santhanasamy a/l Amaladas – Guru Besar 2. En. Abd Zohir Bin Abas – Guru Penolong Kanan Kurikulum 3. En. Mohd Tarmidi Bin Meh – Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 4. En. Mohd Erwan Bin Mohd Tapsir – Guru Penolong Kanan Kokurikulum 5. Pn. Siti Nurbaya Binti Abd. Shattar – Guru Kaunseling 6. Cik Kalashini Rajendran – Setiausaha Kokurikulum 7. En. Muhamad Ridha Bin Abdul Rahman– Setiausaha Sukan 8. Pn. Ilya Irni Binti Mohamad 9. En. Lo Wen Keong 10. En. Mohd Khusairi Bin Ibrahim 11. En. Abdul Razak Bin Mohd Noh 12. Dr. Shobana a/p Jeyasingam 13. Dr. Bavani a/p Nageswana Row 14. Pn. Chua Geok Eng 15. Pn. Ganthimathi a/p Thenrengan 16. En. Izmayudi Bin Mohd Yusoff 17. En. Logeswaran a/l Hari Raman 18. Pn. Marlina Binti Mohd Shil 19. Pn. Madiyati Binti Hitam 20. En. Mohd Khairul Bin Baharudin 21. Pn. Norhaizan Binti Abdul Razak 22. Pn. Norlily Binti Mansor 23. En. Norulazman Bin Mohammed Nor 24. Pn. Norul Laimatul Asila Binti Ibrahim 25. Pn. Perveen Kaur a/p J.Pritam Singh Gill 26. Pn. Rachel Sharmilla a/p Vasuthavan 27. Pn. Rumaizah Binti Omar 28. Pn. Shamala Pillai a/p N.C.Pillai 29. Pn. Taranjit Kaur a/p Karam Singh 30. En. Shaiful Adly Bin Abd. Karim 31. En. Rosli Bin Johar 32. Pn. Roziah Binti Latip
33. Pn. Lai Leng Foon 34. Pn. Gayathry a/p Siwaraju 35. En. Wan Zakaria Bin Wan Mohamad Zen 36. Pn. Raihan Binti Mohd Hairon 37. Pn. Roslilawati Binti Che Mat 38. Pn. Rosmarida Binti Othman 39. Pn. Hanisah Binti Mohamed 40. Pn. Tharini a/p Manoharan 41. En. Wan Rosli Bin Wan Ahmad 42. Pn. Vimala Devi Subramaniam 43. Pn. Nafisah Rosya Nasution Binti Syamsul Bahari 44. Pn. Nor Ashmawi Akbar Bin Nor Azhari Shah 45. Pn. Nur Hidayah binti Zainon Mohamed 46. Pn. Norsamihah Binti Safa’I (Kuarantin) 47. Pn. Roziah binti Latip 48. Pn. Umu Nashibah Binti Saadon 49. Pn. Maimon binti Hj. Semion Tidak Hadir (Bersebab) : 1. En. Mohd Faizal Shariff 2. Pn. Nor Sharifatulhuda Binti Salehuddin 3. En. Prasath a/l K.Sivaganam Turut Hadir: 1. - Agenda Mesyuarat : 1.1 Perutusan Pengerusi 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Kali Kedua 2022 3.0 Perkara Berbangkit (Jika ada) 4.0 Pembentangan 5.0 Hal-hal Lain 6.0 Penutup 1.0 Ucapan Aluan Pengerusi (Guru Besar) 1.1 Pengerusi mengucapkan syabas dan tahniah di atas komitmen PK Koko dan guru-guru kokurikulum yang telah berjaya menjayakan program kokurikulum secara luar biasa pada tahun ini.
1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada Cg Prasath dan pasukan hoki sekolah kerana telah berjaya merangkul pingat Johan dalam Kejohanan Paulian Super 5 yang diadakan pada 4 Disember 2022. 1.3 Penganjuran Kejohanan Hoki Paulian Super 5 kali ini merupakan sejarah kerana buat pertama kali, sekolah menganjurkan kejohanan pada waktu malam dan ini semua hanya menjadi realiti kerana minat dan kesungguhan Cikgu Prasath. Makluman : Semua guru 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu 2.1 Jawatankuasa Mesyuarat Guru telah mengesahkan minit mesyuarat yang lalu tanpa sebarang pindaan. Pencadang : Puan Bavani a/p Nageswana Row Penyokong : Pn. Maimon binti Datuk Hj. Semion 3.0 Perkara Berbangkit Tiada 4.0 Pembentangan 4.1 HARI SUKAN 4.1.1 GPK Kokurikulum, En. Mohd Erwan Bin Mohd Tapsir membentangkan data pencapaian Kejohanan Hari Sukan Sekolah yang telah diadakan pada 30 Julai 2022 yang lepas. 4.1.2 Keputusan dan markah yang telah diperoleh oleh setiap rumah sukan ialah seperti berikut: Acara Adrian (K) Barnitus (M) Edward (H) John (B) Perbarisan 35 25 40 30 Hiasan Rumah 35 25 40 30 Merentas Desa 31 23 40 38 Sukantara 206 250 247 226 Tahun 1 20 4 9 11 Tahun 2 13 15 10 6 Tahun 3 35 21 21 34 Tahun 4 30 61 31 44 Tahun 5 34 54 35 61 Tahun 6 52 40 61 31 Jumlah 491 518 534 511
4.1.3 Bagi acara padang tahap 2, rumah John telah berjaya meraih 3 pingat emas dan 3 perak. Pingat emas telah dirangkul dalam acara Lompat Tinggi (Tahun 5), Lompat Jauh (Tahun 5) dan Lontar Peluru (Tahun 6), manakala pingat perak telah dirangkul dalam acara Lompat Tinggi (Tahun 4), Lontar Peluru (Tahun 4) dan Lontar Peluru (Tahun 5). 4.1.4 Rumah Barnitus pula telah berjaya memperoleh 6 pingat emas dalam acara balapan tahap 2 iaitu dalam acara 4x200m (Tahun 4 dan 5), 100m (Tahun 4), 200m (Tahun 4 dan 5) dan 4x100m (Tahun 4) 4.1.5 Anugerah Atlit Terbaik pula seperti berikut: Tahun Nama Pencapaian (Emas) 4 Haziq Al. Adham Bin Ayub (Barnitus) 3 Emas - Lompat Tinggi - 100 m - 200 m 5 Putera Raees Rafael (John) 3 Emas - Lompat Jauh - Lompat Tinggi - 100 m 6 Haziq Arsyad (Edward) 2 Emas - 100 m - 200 m 4.1.6 Acara perbarisan telah dijuarai oleh Rumah Edward. Diikuti oleh rumah Adiran, John dan Barnitus. 4.1.7 Bagi hiasan Rumah Sukan pula, dengan hanya menggunakan belon-belon bagi menghias rumah, Rumah Edward dinobatkan sebagai Johan. Ini diikuti dengan rumah Adrian, John dan Barnitus. 4.1.8 Keputusan keseluruhan pencapaian rumah sukan ialah seperti berikut: Johan Edward (534) Naib Johan Barnitus(518) Ketiga John (511) Keempat Adrian (491) 4.1.9 PK Kokurikulum mengucapkan ribuan terima kasih di atas komitmen semua guru yang telah bertungkus-lumus merancang strategi dan persaingan sihat yang telah membawa kepada kejayaan Karnival Hari Sukan Kali Ke-121/2022 ini. Makluman: Semua guru
4.2 HARI SUKAN NEGARA 4.2.1 Hari Sukan Negara telah diadakan pada 8 Oktober 2022 pada waktu pagi. Program Hari Sukan Negara peringkat Sekolah pada tahun ini telah dijayakan dengan gilanggemilang dengan bantuan guru-guru dan tidak dilupakan guru-guru praktikum dari IPG Bandar Enstek. 4.2.2 Acara pada pagi tersebut telah dimulakan dengan acara senamrobik yang telah diketua oleh Cik Siti Baiduri, Cik Siti Syarifah, Cik Aina, Cik Siti Zulaikha dan Cik Nur Hidayah. 4.2.3 Antara acara sukan tradisional yang telah dimainkan pada hari tersebut ialah seperti berikut: Tahun Sukan Tradisional Tahun 1 Batu Seremban Tahun 2 Congkak Tahun 3 Carom Tahun 4 Bola Beracun Tahun 5 Timang Capteh Tahun 6 Bola Speak Berkain Pelikat Makluman: Semua guru 4.3 PERKHEMAHAN 4.3.1 GPK Kokurikulum memaklumkan bahawa Perkhemahan Badan Beruniform pada tahun ini telah dijayakan pada 11-13 November 2022 dengan penyertaan seramai 120 orang peserta daripada 4 badan beruniform yang berdaftar di sekolah ini iaitu Pengakap, TKRS, St. John dan BSSM. 4.3.2 Kesemua peserta adalah murid-murid tahap 2 dengan keutamaan diberikan kepada murid tahun 6. 4.3.3 Sekolah juga telah menjemput guru pelatih dari IPG Bandar Enstek untuk menjadi fasilitator setiap kumpulan bagi menjayakan program ini. 4.3.4 Pelbagai aktiviti telah disusun bagi memberi peluang kepada murid untuk membina jati diri murid sebagaimana yang dihasratkan oleh KPM. Antara aktiviti tersebut adalah aktiviti masakan rimba, explorace, kawad kaki, bantu mula, malam kebudayaan dan aktiviti bantu mula yang telah dikendalikan dengan kerjasama JPAM. 4.3.5 Aktiviti masakan rimba yang pada awalnya dirancang pada waktu petang telah diawalkan ke waktu pagi agar semua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan sebaiknya walaupun perkhemahan ini dijalankan pada musim hujan. Khemah pun
pada tahun ini telah didirikan di dalam dewan terbuka kerana tidak sesuai dipasang di padang sekolah akibat hujan yang menyebabkan padang menjadi becak 4.3.6 Keputusan segera untuk menukar syif guru-guru yang bertugas waktu pagi dan petang selepas mempertimbangkan keadaan cuaca telah mendapat kerjasama guru-guru. Dengan pelaksanaan LDP masakan rimba, semua guru telah mempunyai pengetahuan masakan rimba dan dapat membantu menjayakan program perkhemahan ini, 4.3.7 PK Kokurikulum turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang telah memberi kerjasama dan membantu menjayakan program perkhemahan ini tidak kira siang atau malam. Makluman: Semua guru 4.4 Hoki 4.4.1 Tahun ini pencapaian sekolah dalam permainan Hoki semakin meningkat. 4.4.2 Dengan adanya lampu di sekeliling turf, sekolah sudah mampu menjayakan kejohanan sehingga ke waktu malam. 4.4.3 Perlawanan akhir pada malam Ahad pun telah menjangkau jam 11.30 malam. Ini merupakan satu kejayaan kepada sekolah. 4.4.4 Selepas menjuarai MSSD Seremban 1, 9 orang murid sekolah kita telah dipilih bagi mewakili pasukan daerah bagi MSSNS dan seterusnya 3 orang murid tahun 6 telah dipilih bagi mewakili pasukan Negeri Sembilan ke MSSM yang telah diadakan di Kuantan, Pahang. 4.4.5 Murid-murid yang telah mewakili negeri tersebut ialah Rajvinder, Ahmed Raziq dan Naufal Hamizan dari kelas 6 Newton. 4.4.6 Satu lagi kejayaan yang telah menjadi berita hangat baru-baru ini ialah kejayaan pasukan hoki sekolah dalam menjuarai kategori LB 11 tahun Kejohanan Hoki 5 Sebelah SPI. 4.4.7 PK Kokurikulum mengucapkan tahniah kepada Cikgu Prasath dan pasukan hoki sekolah. Makluman: Semua guru 4.5 SKPMg2 4.5.1 Buat masa ini, sistem masih menunjukkan penangguhan pengisian bagi memberi laluan migrasi sistem ke sistem baharu.
4.5.2 Apabila sistem telah pulih, maklumat pengisian akan dihebahkan kepada guru-guru. Makluman: Semua guru 4.6 PAJSK 4.6.1 PK Kokurikulum mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah melengkapkan data kemenjadian murid dalam Google Sheet yang diedarkan. 4.6.2 Bagi sukan permainan, unit hoki telah mencatatkan pencapaian tertinggi di peringkat kebangsaan iaitu tempat keempat. Bagi kelab persatuan, Unit STEM telah mencapai 2 anugerah GOLD di peringkat antarabangsa. Bagi UBB pula, 3 orang murid telah mengambil bahagian dalam Cabaran Kokurikulum PBB Peringkat Kebangsaan. 4.6.3 Guru-guru dimohon untuk melengkapkan data PAJSK di dalam sistem selepas sistem dibuka. Maklumat akan disampaikan apabila sistem dibuka. Makluman: Semua guru 5.0 Hal-hal Lain 5.1 Masih ada unit yang belum melengkapkan data kemenjadian murid. Sila lengkapkan agar data tidak tercicir. Makluman: Semua guru 6.0 Penutup 6.1 Ucapan penangguhan oleh pengerusi mesyuarat. 6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang. Disediakan oleh : SETIAUSAHA KOKURIKULUM MESYUARAT KOKURIKULUM BIL. 3/2022 Tarikh : 09 DISEMBER 2022