The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nana, 2021-12-06 05:17:59

BAB 7: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) PENGGERAK KESEPADUAN NASIONAL DI MALAYSIA

evolusi dan pengglobalan teknologi (1) (1)

BAB 7: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) PENGGERAK
KESEPADUAN NASIONAL DI MALAYSIA

(7.1 EVOLUSI DAN PENGGLOBALAN TEKNOLOGI)

PENGENALAN

Teknologi ialah suatu sistem bagi memudahkan manusia memenuhi
keperluan dari masa ke semasa. Seterusnya maklumat bermaksud data yang
tersusun dan komunikasi ialah proses saling menghantar dan menerima maklumat
dari satu pihak ke pihak yang lain. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
merupakan suatu alat perkongsian maklumat yang berpotensi untuk
mempertingkatkan kualiti, pendidikan, ekonomi, politik dan juga sosial, sama ada
digunakan secara formal ataupun tidak formal. Ianya melangkaui batas umur, etnik,
gender sama ada lelaki atau perempuan, orang kurang upaya, muda atau tua, bangsa
tanpa ada sempadan masa.

Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) berkembang dengan
begitu cepat. Perkembangan kemajuan TMK ini sangat memberi kemudahan kepada
manusia. Namun begitu terdapat juga kesan negatif kepada pengguna. Hal ini
bergantung kepada pengguna untuk menggunakan TMK sama ada untuk urusan
yang boleh memberi manfaat atau memberi mudarat. Dalam kontek hubungan
antara manusia, tidak boleh dipisahkan. Boleh dikatakan pada masa ini setiap orang
menggunakan TMK bagi berinteraksi dengan orang lain sama ada untuk urusan
peribadi atau rasmi, perseorangan atau berkumpulan dan jarak jauh atau dekat.
Kebergantungan manusia dengan TMK menunjukkan ia adalah salah satu alat untuk
berinteraksi dan berhubung, seterusnya dapat merapatkan hubungan.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini telah digunakan dalam pelbagai
lapangan keilmuan. Keadaan ini kerana TMK bersifat fleksibel dan mudah suai
dengan semua bidang. TMK meliputi semua teknologi yang membantu penyampaian
maklumat seperti radio, televisyen, telefon mudah alih, komputer dan internet.
Selain daripada penyampaian maklumat, TMK juga turut bertindak sebagai teknologi
komunikasi sama ada jarak dekat atau jauh. Secara mudah, TMK mesti bersifat
penggunaan teknologi untuk menyampaikan maklumat dan melibatkan komunikasi
antara dua pihak.

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kami
menyiapkan Ebook ini dengan jayanya. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan jutaan


terima kasih kepada pensyarah kursus kami iaitu Puan Shakinah bt Mustapha yang telah
banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi
sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu,
kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada puan kerana memberi kepercayaan
kepada kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami masing-masing yang banyak memberi
sokongan serta dorongan dalam menghasilkan Ebook ini. Tanpa sokongan dan dorongan
mereka mungkin tidak dapat kami menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti
rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan
yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung yang sama-sama bertungkus-
lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu kami
menyiapkan Ebook ini.

Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan kami serta dapat memberi manfaat kepada diri kami
sendiri serta kepada pembaca.

7.1 EVOLUSI DAN PENGGLOBALAN TEKNOLOGI

EVOLUSI
 Evolusi dan perubahan teknologi akan terus meningkat dan berkembang dari satu
masa ke satu masa yang lain.
 Manusia perlu bersikap terbuka dan mengikut arus kemajuan teknologi supaya tidak
ketinggalan.
 Ilmu berkaitan teknologi perlu dititik beratkan dan dikuasai bagi meningkatkan
kompetensi dan kemahiran bagi mengikut arus pengglobalan teknologi.

GLOBALISASI
 Zaman yang penuh dengan cabaran kerana semua maklumat diperolehi dengan
cepat dan tanpa ada sekatan geografi.
 Pengglobalan teknologi memberi manfaat kepada manusia bagi memudahkan
sesuatu urusan dan pekerjaan.
 Contohnya dalam bidang pertanian dan makanan, pembinaan, pengangkutan,
teknologi maklumat, kewangan, perindustrian, perhotelan, komunikasi dan
sebagainya.

Impak Pengglobalan Teknologi

1) Impak pengglobalan teknologi dalam bidang pertanian


a. Memberikan keuntungan yang maksimum dan pengeluaran pertanian yang
produktif serta mampan

b. Galakan operasi komersil berskala besar dalam bentuk sistem perladangan
atau estet

c. Memperoleh keuntungan yang optimum iaitu penjimatan kos operasi atau
tenaga buruh dikurangkan

d. Meningkatkan pendapatan petani
e. Peningkatan penyelidikan untuk menghasilkan ciptaan baharu

2) Impak pengglobalan teknologi dalam bidang pembinaan
a. Tempoh yang singkat pemaju menyiap dan melengkapkan projek
b. Penggunaan pembinaan yang lebih baik melalui jentera, peralatan dan bahan
c. Menjimatkan masa pembinaan
d. Menjimatkan kos dengan mengurangkan penggunaan tenaga buruh

3) Impak pengglobalan teknologi dalam bidang makanan
a. Penggunaan jentera berteknologi dalam pengeluaran
b. Penghasilan makanan dalam kuantiti yang banyak pada masa yang singkat
c. Pembukaan ladang pertanian dengan mudah dan cepat
d. Teknologi yang baik mampu membekal sumber makanan yang mencukupi
e. Dapat meningkatkan prestasi ekonomi serta bertindak sebagai negara
pengeluar makanan

4) Impak pengglobalan teknologi dalam bidang ekonomi
a. Peningkatan produktiviti pembuatan
b. Meningkatkan sumbangan sektor pembuatan kepada ekonomi negara
c. Menguatkan kapasiti inovasi
d. Menambah bilangan pekerja berkemahiran dalam sektor pembuatan
khususnya dalam bidang teknologi

5) Impak positif pengglobalan teknologi dalam bidang komunikasi dan hubungan
a. Dapat mengenali antara satu sama lain
b. Boleh menjimatkan masa dan tenaga untuk berhubung dengan orang lain
c. Memperoleh maklumat dengan lebih cepat walaupun dengan jarak yang jauh
d. Mengeratkan hubungan silaturrahim diantara individu atau kumpulan
e. Perhubungan lebih mudah terutamanya diantara jarak yang jauh

6) Impak negatif pengglobalan teknologi dalam bidang komunikasi dan hubungan
a. Berita palsu dan fitnah
b. Pembaziran masa
c. Ketagihan media sosial
d. Kurang aktiviti bersemuka


SEJARAH EVOLUSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)

• Pada 31 Ogos 1970, kemerdekaan ke 13 membina masyarakat progresif yang
menggunakan sains dan teknologi moden.
• Pada tahun 1983, Dr Mohamed Awang, memulakan idea untuk
menghubungkan Malaysia dengan dunia menerusi internet.
• Pada 1989, bermulanya rangkaian computer atau dikenali sebagai (RangKoM)
• Pada 1991, jaringan (joint advance integrated networking) dilancarkan. –
adalah untuk membangunkan rangkaian komunikasi negara secara menyeluruh.

KESAN POSITIF EVOLUSI DAN PENGLOBALAN TEKNOLOGI
1. Proses menyebarkan dan mendapatkan maklumat berlaku dengan mudah
dan pantas
2. Meningkatkan taraf ekonomi masyarakat dan negara
3. Menghasilkan kerja yang lebih produktif dan bersistematik
4. Memudahkan perhubungan dan komunikasi

KESAN NEGATIF EVOLUSI DAN PENGLOBALAN TEKNOLOGI
1. Penipuan secara atas talian akan berlaku
2. Berlaku pembaziran waktu sebagai contoh pelajar bermain telefon bimbit
ehingga larut malam
3. Akan adanya jenayah cyber seperti pencurian data
4. Kos yang tinggi kerana sistem yang dilaksanakan hendaklah sentiasa dinaik
taraf

Rogers (1991) telah mengkategorikan sejarah perkembangan ICT kepada empat
era utama iaitu:
i. Era Penulisan
ii. Era Percetakan
iii. Era Telekomunikasi
iv. Era Interaktif atau saling bertindak


Era Penulisan

Bermula sejak tahun 4000 sebelum masihi apabila orang sumeria menulis pada
papan batu
Pada era ini buku penting disalin semua dengan tulisan tangan oleh individu yang
mempunyai tulisan yang kemas
Oleh yang demikian, pengetahuan tidak dapat berkembang dengan luas kerana
bahan bacaan terhad dan menjadi milik ekslusif mereka yang boleh membaca.

Era Percetakan

Bermula daripada 1456 apabila terciptanya mesin cetak oleh Gutenberg dari negara
Jerman.
Pada hakikatnya, teknologi percetakan telah wujud di negara China sekitar tahun
1041 dengan terciptanya kertas dan mesin taip cerai di China.
Dengan penemuan teknologi percetakan ini, lebih banyak buku dapat dicetak dan
diedarkan. Justeru, ilmu pengetahuan dapat berkembang.

Era Telekomunikasi

Bermula pada tahun 1844 apabila Morse telah mencipta telegraf.
Teknologi ini membolehkan manusia berkomunikasi pada jarak jauh.
Banyak ciptaan lain telah muncul dalam era ini seperti telefon,radio dan televisyen.
Hingga hari ini telekomunikasi memainkan peranan penting dalam urusan
komunikasi kita semua.

Era Interaktif atau saling bertindak

Bermula pada tahun 1946 dengan terciptanya komputer.


Dalam era ini orang ramai perlu aktif untuk mendapat dan memilih maklumat yang
dikehendaki kerana terdapat banyak sumber maklumat dalam pelbagai bentuk yang
dapat digunakan.
Di samping itu, teknologi pada era ini juga membolehkan integrasi pelbagai media
(convergence) dan menghasilkan media yang mempunyai kepelbagaian fungsi.

KESIMPULAN
Kesimpulan, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ini
sememangnya diakui memberikan kesan yang mendalam kepada golongan belia
sama ada dari sudut negatif atau positif. Walaubagaimanapun, perkara ini
adalah bergantung kepada sejauhmana kebijaksanaan golongan belia dalam
menggunakan medium itu sendiri. Hal ini kerana, penggunaan teknologi tanpa
had dalam kalangan belia untuk kepentingan peribadi akan memberikan kesan
yang buruk kepada mereka. Namun begitu, perkara ini boleh dihadapi sekiranya
belia menggunakan teknologi dengan baik seperti tempat mencari
maklumat, bahan dan sumber pengetahuan kerana ini akan mendatangkan
kebaikan kepada belia yang menggunakannya. Oleh itu, belia kini haruslah
sudah mampu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai jenis pengetahuan
dan kemahiran. Ini didorong lagi oleh desakan hidup mereka yang seiring
dengan peredaran zaman sekarang. Menyiapkan diri dengan pelbagai jenis
pengetahuan adalah perlu dalam kalangan belia masa kini supaya setanding
dengan belia dari negara luar.

SUMBER RUJUKAN:


 Munirah Mustaffa, Mohamad Bazli Md Radzi, Naimah Ghazali, Wan Mohd Tarzmizi

Wan Othman, Mohamad Faizal Ahmad & Mohammad Tarmizi Balya, (2020).

Penghayatan Etika Dan Peradapan, Kucing Sarawak: Perpustakaan Negara Malaysia.
 https://youtu.be/_sjbygMnv3I
 https://youtu.be/KlNCeydcXwA
 https://www.researchgate.net/publication/315457295_TEKNOLOGI_KOMUNIKASI_D

AN_MAKLUMAT_MALAYSIA


Click to View FlipBook Version